Tabung nuffnang sayer :

Tuesday 30 September 2014

I'm Married ~ Engagement & Solemnization

Hamboi lama sangat aku dah tak berblogging kan??? Kan dah kata kalau aku busy memang berzaman pulak laa nak update entri. Tapi bila free tu setiap hari kalau boleh nak upload setiap hari. Tak pun bila free tu idea pulak kering. Hihihihihi Tapi kali ni nak cite pasal HARI NIKAH aku. Hik hik mood gatal sangat kan?? Ok sebenarnya beberapa hari ni aku agak busy untuk menguruskan wedding. Giler penat beb !!! Nasib baiklah kahwin ni sekali seumur hidup. Penat giler Allah jek tahu. Nasib baik laa persiapan aku ni 100% mak yang banyak tolong. Ayah pulak Mr. Banker. Hihihi Tapi ada jugak aku bagi sikit duit untuk tambah2. Persiapan kahwin ni dibuat start bulan 3 sehinggalaah bulan 9. Bermakna dalam tempoh 6 bulan selepas majlis merisik aku. 


Majlis akad nikah aku ni beserta majlis pertunangan. Memang we all nak jimatkan bajet. Tak nak membazir pada benda2 yang entah hape2 jek laaa. Aritu cuma buat majlis antara keluarga sahaja. Majlis merisik, kemudian terus decide untuk hari nikah beserta pertunangan sekali. Dah jimat di situ. Mungkin tak ramai yang buat majlis bertunang, dan menikah sekali kan?? Sebab rata2 orang sekarang pertunangan itu kalau bole nak buat besar-besaran. Bukan ke setiap majlis tu memakan belanja yang agak besar?? Jadi dua belah family sepakat untuk adakan pertunangan sebelum majlis akad nikah.


Seminggu sebelum majlis tu aku dah mintak cuti sebab nak tolong emak kan? Berat jugak tugas bila majlis bertunang dan nikah pagi, reception pulak tenghari. Kesian pulak mak buat sensorang. sO aku mintak cuti seminggu sebelum dan selepas majlis kahwin. Majlis akad nikah aku di sebelah pagi sabtu, 27 September 2014 yang lepas. Tapi baru dapat nak upload blog kan?? Untuk majlis perkahwinan ni, mak pilih bridal di kuantan sendiri. Asri Bridal namanya. Servis dia memang tip top !! Memang terbaik and sporting gler. Majlis hari tu bermula jam 9 pagi. 

sesi mensarungkan cincin pertunangan oleh ibu mentuaku


selesai majlis pertunanganku. Simple je kan? Hihihi Masa ni berdebar untuk sesi akad nikah pulak

Masa ni baru rasa berdebar  gler tunggu tok kadi bagi tazkirah sket.


Dup dap dup dap ... Huhuhuu masih leh senyum lg sebab tok kadi buat lawak sket






Akhirnya aku telah menjadi Puan kepada Nick Afi dengan sekali lafaz. 

sementara menunggu batal air semayang, aku sign surat akuan nikah dulu


Batal air semayang 




Bersama ibu dan bapa kedua belah pihak

sempat tanya tudung ok x?





Ok itu sahaja untuk hari pernikahan ku. Huhu hari tu agak rushing jugak sebab jam 11.00 pagi we all dah balik homestay untuk salin baju pulak. Reception start jam 12 tghari sehingga 4 petang. untuk next entri aku akan cerita pasal reception tu ye?? 

12 comments: