Tabung nuffnang sayer :

Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Sunday, 18 December 2016

Ice cream bentuk pelik tapi sedappppppp di pride of snow ice

its dessert time !! Minggu lepas aku balik Kuantan cuti seminggu. Amik kau seminggu terus memang heaven laaa. Hihihi sape tak suka cuti lama kan?? Nak nak balik rumah parents sendiri. Husband tak dapat cuti lama pun. Dia cuma hantar aku jek then balik dengan bas. Then seminggu kendian dia naik bas ke Kuantan and amik aku and baby balik KL. Bila balik Kuantan ni mak aku memang kaki jalan. Di samping adik adik yang suka jugak berjalan. Kitorang dari pagi lagi keluar breakfast kat luar haa. Then ke ECM Mall Jap saja cuci mata. Dah agak lama shopping tu mak cakap nak belanja ice cream. Aku ingatkan ice cream apa laa. Sebelah tu Baskin Roobin. Haha ingatkan Baskin Roobin la kan?? Rupanya bukannnnn. Haha jakun sekejap bila masuk kedai ice cream tu haa. 

Tengok rupa dia memang pelik sikit. Tapi rasa dia sedappppp. Lembut and tak manis tak tawar. Just nice. Ada campur buah-buahan. Healthy sikit la kan?? Orang sentiasa ramai kedai nih. Portion dia besar ada kecik pun ada. Yang besar buleh share 2 orang la. Aritu kami order 3 flavor, then share 6 orang. Kalau sorang makan ish rasanya memang tak akan habis. Kami order ice cream mangga, coklat dan vanilla milk. 

sempat posing selepas ice creeam da habis. 







Banyakkan portion dia? Ni size biasa rasanya. Kalau yg kecik pun ada. tapi mcm tak berbaloi. Baik beli besar terus 







total price dia almost RM30 jugak 3 ice cream. tp pueh hati !

Wednesday, 26 October 2016

Shellout di Opis

Shellout di Opis semalam sempena orang tak ramai di Opisku. Hihihi sebenarnya tak plan pun nk buat kan, tapi bila ternampak page dorang ni macam menarik hati pulak. Rasa nak mencuba pulak kan. Tengok macam sedap! Lagipun tak payah nak tanya and dengar soalan paling susah di dunia 

" Lunch makan kat mana????" 

OMG seriously soalan tu paling susah untuk dijawab kalau kawan-kawan kat opis tanya. Aku selalu jawab. Entah ! Tak tahu lagi. Hahahaha kadang ktorang tak makan pun. Kadang macam biasa take delivery jugak laa jawabnya. Malas betul nak menapak keluar. Penat dengan musim-musim panas ni kan?? sO lebih baik duduk di opis, pasang aircond layan movie ke. Tapi during lunch hour jek la wei !! 

Dipendekkan cerita, we all 1 unit pun decide bolehlah nak mencuba. Tambah pulak price dia macam reasonable. Mungkin sebab still in promotion price kot. Katanya laaa sebab promosi until 1 November 2016 ?? Xtau la aku pulak. sebab tukang order and deal ni staff aku. sO masa hari kejadian tu aku cuma tau orang tu dah smpai untuk setup all the things. Oh ya ! Lupa cakap. Nama page facebook dia Shellout di Rumah & Pejabat . sO dorang akan datang and sediakan bahan2. Kita cuma sediakan meja jek laa. Xkan dia nak bawak meja pulak kan??? SO sediakan meja yang dah dikosongkan ikutlaa berapa banyak korang order. 

Untuk promosi yang berjalan sekarang ni. 1 pek RM120 untuk 6 orang makan. Means kalau korang ada 14 or 13 orang. Order la 2 pek (12 orang) kan?? Simple. Hihii macam kami 1 unit ni ada 7 orang jek. sO kami order yang 1 pek untuk 6 orang makan. Amik nasi tambah extra 1. Tapi tiba-tiba staff lg 1 tu MC maka kami berenam la makan. so nasi lebih tu dijadikan nasi tambah. HARUS ada nasi tambah wei !! Lauk dia punya laaah banyak !!! Memang tak rugi order. Nasi da habis lauk byk lagi sO kami ratah jek laaa. Ketam dapat 1 sorang kikikiki. Air pun disediakan. 

Eh jom la layan gambar. Banyak cakap lak pepagi nih! 








Tuesday, 23 February 2016

Western murah di Maipi Corner Jalan Kebun, Shah Alam

Tak sangka betul masih ada kedai makan yang menawarkan harga murah di kala ekonomi negara tengah di saat krisis and barang semakin mahal ni. Nak shopping banyak-banyak pun risau and kene fikir untuk berjimat-cermat. Tapi tu lah, memang betul tak sangka masih ada lagi kedai makan yang murah. Especially western dia laaa. Kalau nasi goreng ke apa ke tak kisah sangat. Tapi pernah ke korang makan Chicken cop RM5.50? Lamb cop RM6.50????? Hihihi makanan pun not bad. Sangat sedapppp and puas hati. 

Sebenarnya kebetulan jugak ktorang ni keluar berjalan-jalan. Perut lapar. Tengok jam eh dah nak pkul 6 petang. sO dah duduk area Kota Kemuning sebab tengok rumah yang dalam progress nak siap tu, sO teringat kedai Maipi Corner ni. Terus ajak en.Suami ke sana. Waktu operasi kedai jam 4.00 petang. sO we all sampai situ dalam 5.40 petang cmtu laa. Masa sampai tu orang dah ramai tapi masih ada tempat and meja makan yang kosong. Adalah beberapa meja gitu. sO belek-belek menu, nak Order tu orang dah beratur agak panjang jugak. Sekali tengok belakang mak ai orang ramai giler bederet tunggu kat luar kedai dah !! Ramainye orang sebab ada yang berdiri and tunggu turn kan pelanggan yang dah sudah untuk bangun.

Nasib baik ktorang awal sikit jeekkk. Awal 15 minit gitu. Kalau datang pkul 6 sure confirm punya tak ada tempat duduk. Mau berdiri lama laaa jawabnya. Hihihi sesudah order tu kene tunggu dalam 15 minit jugak laa sebab orang ramai kan? Bau dah semerbak duduk kat dalam tu. Then tak lama tu taraaaaaaaaaaaaaaaaaa makanan pun sampai. Memang banyak sos dia ! I loike !


Aku order chicken cop. En. suami pulak lamb cop 





Air dia pun gabag kat sini. Besar kot!! Tapi murah
Aku order hot chocolate RM3.50
En. Suami milo ais RM5.00 






Antara menu dia:



banyak lagi menu dia. ada
Chicken wings
meatballs 
etc.




peta ke maipi corner


Tuesday, 5 January 2016

AKAR KOPI - Kedai makan dalam HUTAN di KUANTAN

Hampir 3 bulan jugak laaa aku cuti bersalin dekat rumah aku di Kuantan. Orang lain 2 bulan cuti dah balik. Ada tu habis pantang 44 hari dah balik, tapi aku lebih selesa di sini. Hihihi bila lagi nak merasa dok rumah mak kita mcm dedulu kan??? Lepas ni bermula laah kehidupan yang mencabar + busy. sO sekarang ni kita enjoy the moment laa.. Lama sangat dok Kuantan ni haaa, sampai pepagi mesti parents aku ajak breakfast dekat 1 tempat ni yang aku rasa macam unik jugaklaaa. Tempat dia di tengah-tengah town kuantan jugak. But nice !

Menu yang disajikan simple jek. Nasi lemak RM1.60, roti bakar dan of course air KOPI ! Kopi ais and kopi panas. Selain dari air tu tak dak kat sini ye? Melainkan air tin or botol dalam peti ais dia. Simple jek tapi makanan dia sedap. Selalu sampai beratur panjang orang yang membeli makanan ni pun. Nasi lemak dia kecik jek so kalau sebungkus tu memang tak cukup. Selalunya aku makan 3 bungkus ! Aku suka breakfast mcm ni. senang and simple. 

Mana nak dapat lagi breakfast santai-santai macam ni. Memang tenang sangat tengok suasana dia. Kalau pergi pagi tak ramai sangat orang. Tapi lepas jam 12 tengahari meamng orang ramai sangat-sangat sampai que pun panjangggg sebab kedai ni berkonsep SELF SERVICE ye.. Jadi yang ada datang ke Kuantan or bercuti ke sini mai la singgah n try kedai makan ni. ..

Hihihi jom layan gambar pulakk





antara menu yang dipesan. 















baby pun tidur lena jek sebab redup and berangin :)

Thursday, 27 August 2015

THE PISANG CHEESE

Tengahari tadi we all lunch di Kelana Jaya. Dekat dalam kedai tu ada orang jual The Pisang Cheese pulakkkk. Memang feveret la kan? Selalu dah dengar goreng pisang cheese ni tapi tak pernah jumpa lagi yang banyak cenggini. Pisang dia pun sedap. Habislaaa makan manis lagi aku minggu ni. Aduhh lepas ni kene bilas dengan air masak banyak2 badan ni. Tapi tak apa laa fikir lepas beranak nanti 100 hari tu nak pantang mcm-mcm. 

ni namanya pisang salted caramel with cheese . Entah betui ke tidak. Hihi 
Sebenarnya ada macam-macam perisa the pisang cheese ni. So kita boleh pilih nak yang macam mana. Harga boleh tahan mahal, tapi kalau tengok ke cheese yang dia letak memang tak leh lawan laa cair air liur weiiii... 

ni la perisa yang ada dekat kedai

Aku beli 2 perisa teros. TAMAK haloba kan??? 

Ni plak chocolate cheese. Sedap ! 

Bagi yang dok area Kelana Jaya mesti dah tahu kedai mn kan?? Stadium FAM tempat selalu pemain malaysia berlatih tu. Belakang stadium tu ada kedai makan derek2. Korang carik kedai yang kiri sekali yeee. =) 

Tuesday, 16 June 2015

MENGIDAM DIP n DIP BEFORE BULAN PUASA

Tak sangka akhirnya ada jugak makanan yang aku mengidam. Huhuhu sebab during pregnancy ni rasanya aku tak ada laaa nak mengidam. Makan jek apa saja.. Alahan pun alhamdulillah until now masih belum ada apa-apa alahan. Risau jugak sebab ada orang cakap, kalau tak ada alahan awal-awal, mungkin tengah-tengah or hujung-hujung. Harap sangat tak ada langsung la kan??? Supaya aku boleh laa settle kan mana-mana kerja yang patut. Alhamdulillah Allah beri kesihatan pada aku walaupun aku ni ada anemia. -_- HB pun selalu low, sO kene makan banyak sayur-sayuran, seafood and segala makanan yang sihat. 

Oh... cerita pasal mengidam pulak, entah mcm mana boleh terbangun dari tidur and nak makan benda-benda manis macam dip n dip ni. Sebelum ni tak pernah pulak teringin nak rasa or tak ada pun rasa nk makan kan?? Hihi plus aku bukan makan benda-benda macam tu sangat. Perut mesti nak nasi jugak !! Google pasal dip n dip ni kebetulan dah memang ada dekat Sunway Pyramid. Tengok gambar dalam google lagi la buat kecur liur. Huhuhu masa tu ahad, sO macam tak senonoh kan bangun-bangun jek dah whatssap encik suami nak makan benda tu. Kebetulan lak encik suami kerja pagi tu sat. sO kene la tunggu dia balik keje. 

Lepas dia balik tu we all siap-siap and terus ke Sunway. Hohoho nasib baik encik suami layankan aje kan? Sampai-sampai kebetulan parking pun senang dapat. Betul kot orang tua-tua cakap, kalau bawak perempuan mengandung senang dapat parking. hihi

aku nk makan ni jek sebenarnya hihihihihi 



da habissss 

bole tahan jugak harga dia. 
Harga pun boleh tahan jugak. Kalau makan jarang-jarang okey laaa no problem. Lagipun makanan + coklat dia memang best. Lembut jek rasa. Tak terlalu manis, tak terlalu tawar.