Tabung nuffnang sayer :

Tuesday 29 May 2012

Facebook ^_^


Hye good morning ollss.. Pagi-pagi ni kat KL da hujan. memang sejuk gler la jawabnya. Semalam panas. Harini memasing dah pakai blazer. macam aku pakai ni !!


Kenapa aku post wall facebook aku? haaa sebenarnya ramai kawan-kawan aku mengadu yang dorang tak dapat nak search facebook aku. hurmmm macam mana tu ye??? even dorang tekan Mescya Azmi pn mmang tak akan dapat. Hadoh ! kalau dari mutual friends je dapat search aku.. Pelik btol fb sekarang kn? macam-macamlah. Dari kes timeline, etc.. 

s0 kalau ada kawan-kawan blogger nak tahu facebook aku b0leh lah add sini! Nanti korang akan jumpa profile picture aku yang ni okeh !


Nama facebook aku MesCya Azmi




Sunday 27 May 2012

Breakfast with Choc Cadbury & Oreo


Good morning alls and happy monday !!! Huhuhu hari ni aku lewat sikit pergi opis. s0 tak sempat nak breakfast bagai dekat cafe or kedai makan. kalau tak, pepagi aku dah tibai nasi lemak + milo'o ais. Tak pun capati + kuah sardin + teh ais. Peghhhh sedap !! mana tak naik je badan kn??

Tapi kalau aku tak sempat makan, or jamah apa-apa makanan. Tak kiralah pagi ke, or malam, or tengahari..... Memang ni lah menu aku. Candbury Hot Chocolat cicah biskut Oreo .. TERBAIKKKK !!!!! Korang dah cuba?? 

Aku suka cadbury hot chocolate lagi dari milo atau apa-apa jenis minuman berchocolate lah. Bagi aku Cadbury ni tak manis sgt.. dan tak muak. Sedap-sedap je rasa di lidah aku. Memang dah jadi sajian sampingan aku sejak di kampus lg sampai lah dah bekerja sekarang ... 

Apa lg.. sambung kerja balik okeh !!


 

 


Thursday 24 May 2012

Tips: Microsoft Word pn boleh buat password??


Hye Olls.. Salam jumaat. Fuh ! Tetiba tadi aku belajar satu perkara dari bos aku. Aku sure pasti ramai yang dah tahu macam mana nak securitykan Microsoft Word (MW) korang kan?  In case lah ada secret atau rahsia penting yang perlu di jaga. Bagi memasitikan data dan maklumat yang kita tulis tu selamat, lebih baiklah kita simpan dan buat password. Kebetulan unit aku sekarang sedang sebuk mempersiapkan paper kabinet untuk menteri. s0 untuk memastikan data-data selamat dan rahsia kerajaan ni tak tersebar, maka lebih baik ciptakan password untuk kita dan orang-orang tertentu sahaja yang mahu tahu. 

Aku rasa ramai yang dah tahu kan cara-caranya. Tapi tak apa, aku still boleh share cara-cara untuk memastikan data korang semua selamat .

 Pertama : 
macam biasa lepas korang dah habis taip apa yang nak di taip dan tulis, mestilah orang boleh baca sesuka hatikan ??? S0 untuk selamat baik buat password macam password untuk draw duit.


 Kedua:
Tekan butten atas yang windows tu akan keluar ni. 
Korang semua klik yang dah ada anak panah merah.
Prepare


 Ketiga : 
Lepas tekan prepare. Automatik akan keluar 
Encrypt Document
Haaa yang ada anak mangga dan kunci ni.


Ke empat:
Last sekali lepas tekan tadi tu, automatik akan keluar macam anak pnah bawah. 
s0 korang semua boleh lah masukkan apa je password korang. 
then ada confirmation password. 
Kemudian siaplah. later on try la tutup dan buka balik. pasti akan minta password.
s0 masukkanlah. 
hehe 

Alahai camne leh tersalah order tiket wayang ??


Maaflah sebenarnya kejadian ni berlaku pada malam rabu lepas. Tapi yang sebetulnya memang langsung tak ada masa nak update entri untuk minggu ini. Nak baca blog kawan-kawan pun cuma sempat la 10 minit. lepas tu kene tutup cepat-cepat sambung kerja aku, kalau tak memang kene staya back la smpai lewat malam. s0 nak cerita sikit macam mana aku boleh tersalah beli tiket wayang. Huish ! ini akan terjadi kalau korang beli secara online. s0 of course la aku pergi tengok wayang malam tu di Sunway Piramid TGV. Skang ni pun sambil-sambil update dan menulis, aku ngah tunggu pdf yang aku nak tgk loading. Mak ai lama pulak menunggu kan nak appear fully pdf satu .satu.. 

s0 sempatlah aku mengarut sensorang kat blog ni. Actually aku memang nak cerita pasal aku tersalah booking tiket wayang. Haish! ni kalau tersalah beli tiket bas or flight, mau masak aku burn ! tapi lain kisahnya kalau tertukar masa masa booking tiket. Mungkin mata aku masa tu letak dekat rumah ataupun memang aku tersalah tekan. sebenarnya malam tu aku memang nak spend time dengan dia sebanya berkemungkinan besar aku terpaksa datang kerja sabtu dan ahad untuk siapkan kerja-kerja aku. Hish ! tak suka btol. Jadinya aku ajak dia tgk wayang rabu ni. First time tu guna cara online kan? selalunya memang pergi sekali beli. Kiranya bergantung pda nasiblah datang-datang tengok cerita apa yang ada. Tak pernah amik port pasal online nih. Kalau tak sebab kawan aku ajar. Lagipun kalau pergi dengan dia, sah-sahlah dia yang dah bayarkan. Tapi kali ni aku saja nak try cara online.

Di pendekkan cerita.. Tengah tekun buat kerja yang time dah menunjukkan pkul 6.30 petang, aku terpandang tiket tu rupanya jam 6.15 petang ??? huhu seingat aku..aku memang klik pkul 8.15 malam. Kalau 6.30 petang memang aku tak balik lagi lah. Sebab meamang plan nak tengok 8.15 malam. Cepat-cepat kawan aku call kan TGV tu balik. Then bernasib baik sebab still dapat tukar masa tu. Perghh !! selamat kan? kalau tak buang je duit ... bila aku sampai sana malam tu pun jam dah pkul 8.10 malam. lagi 5 minit !!! alahai nape la jadi begini. Tapi sampai je kat sana, aku jumpa dengan orang yang uruskan pasal tukar masa tadi, then dia bawa aku masuk and tunjukkan seat sekali. hehe 

s0 review movie aku pasal cerita NONGKRONG ni ??? hurmmm cm mn nak ckp ek?? Senang cerita aku bagi sk0r 1/5 la.. Maybe bagi aku macam kurang menarik je. Ada la lawak sikit-sikit, tapi macam pernah dengar je lawak nya. heheheheh mungkin dorang pun cedok jugak kan lawak-lawak tu. Tapi tak apa, sape2 boleh tengok. Cuma komen aku, aku kureng sikit pada cerita ni. Cerita dia pun lebih kurang cerita Nangkung kan ? s0 bg aku Nangkung lg better kot dari Nongkrong ni.. Huhuhu produser make sure carilah idea-idea baru yang gempak lagi untuk tidak membazirkan duit kami-kami menonton cerita melayu di pawagam. Sebab totally kawan-kawan aku ni, mostly akan bercakap, yang d0rang cuma akan menonton cerita Hollywod je di pawagam sebab rasa tak berbaloi nak tengok cerita melayu. Cerita melayu boleh beli CD xpn download internet ! huhu ... No komen ! 

korang-korang kalau nak tahu preview cerita ni. sila klik sini !


Monday 21 May 2012

Kapal perang part 2 macam battleship x?

 gambar credit to google


Hei.. hari ni macam nak update sikit lagi pasal lawatan aku ke Kapal perang KD Mahawangsa minggu lepas. Sebelum ni aku dah pernah cerita pada entri yang ni ! s0 kali ni aku nak sambung ada sikit je lagi. Kali ni, aku nak tambah lagi gambar-gambar yang aku upload dari handphone aku sendiri. Sebenarnya memang teruja sangat and gembira sangat masa dapat melawat kapal tu. Maklumlah, bila lagi nak masuk dalam kapal perang kan? Sebelum cuma dapat tengok kat dalam filem battleship je. s0 kali ni boleh melawat and masuk lagi mana-mana je bahagian aku nak pegi.. fuh ! best tuh ..

s0 dari situ boleh lah tengok anak-anak kapal or navy yang handsome-handsome.. Pegawai-pegawai navy yang tampan kan? hehe.. j0m lah layan gmabr je okeh?? Ada masalah or pertanyaan, drop je komen .. Aku cuma share sikit info melalui gambar2 je dlu okeh?
















Friday 18 May 2012

Where is the L0ve ?



Where is the Love? 

sebenarnya cinta ada je di mana-mana. Andai sekarang ada yang sedang putus cinta atau sudah kehilangan orang yang tersayang, ataupun di tinggalkan kekasih yang tidak bertanggungjawab, s0 janganlah berhenti berharap lagi dan berputus asa. Chills every0ne !! 

"kau tak pernah rasa dan tak pernah ada tempat aku, boleh lah suruh chills kan?" 

Rileks.. sebenarnya hampir setiap orang penah mengalami masalah putus cinta kan? Even aku pun. Tak pernah ketinggalan ada pengalaman macam ni. Memanglah masa mula-mula tu, rasa sedih ... asyik menangis.. Tak ada selera nak makan.. dan bla..bla..bla..

s0 apa kata korang nangis je sepuas-puas hatinya dulu, then chills !! Dunia ni belum berakhir lagi. s0 think positf. Masih ramai dan berjuta-juta lelaki ataupun perempuan yang sedang di rancang untuk di pasangkan kepada kita. Mungkin yang lepas tu, lepaslah. Pasangkan azam baru untuk mengubah hidup kita lebih baik lepas ni. Bak entri aku yang lepas .. kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah ? Hehehe macam aku.. aku da jumpa cinta baru aku.

Maybe dia tak lah sekacak mana.. tapi dia manis dan tampan je di mata aku.. 

Mungkin dia tak lah sekaya mana.. tapi dia sempurna dan ada pekerjaan yang bagus dan halal untuk aku..

Mungkin dia tak lah ada kereta mewah.. tapi dia ada kereta untuk kemana-mana.. dan untuk bawa aku berjalan-jalan.

Mungkin dia taklah berpendidikan tinggi hingga Master holder.. tapi dia still ada pendidikan untuk di banggakan oleh aku.

Mungkin dia tak lah sesempurna di mata orang lain. Tapi dia sempurna je di mata aku.. 

Mungkin dia taklah selalu ada masa untuk aku.. tapi dia selalu jujur dan ingat aku .. 





Thursday 17 May 2012

iM using Sabun Susu Beras ^_^

sebenarnya minggu lepas aku baru je order lagi produk sabun susu beras ni. Sedozen terus order. Ambik kau. Maybe 4 bulan punya stok la kot. Tak payah nak tukar-tukar lagi. Senang.. Lagipun aku dah serasi dengan sabun ni. s0 tak ada masalah kot nak pakai. Tapi bergantung kepada keadaan. Cuma sekarang ni aku rasa selesa and senang nak pakai make up. Actually rasanya aku dah pernah cerita pasal produk ni pun untuk entri sebelum ni. 3 minggu lepas menggunakan sabun susu beras !!

s0 masuk hari ni dah 2 bulan lebih kot aku guna. Tak ada masalah pun. Muka still rasa fresh dan bersih lepas basuh. Bukan nak promote okey! cuma nak share je rasa dia macam mana lepas gunakan. Cuma maybe lah masa mula-mula pakai tu ada rasa pedih sikit. Rasa sakit. Tapi rasanya tak adalah teruk mana pun sakitnya. Tak lama pun . Dalam seminggu dah pulih macam biasa. Untuk sesiapa yang berminat boleh lah tanya and order terus dgn kawan aku ni meera izara  !

Meh tengok rupa produk yang aku pakai tu? 

 Yang atas tu Pembersih sabun kolagen . Dia macam de bijik2 sikit. sedap pakai. 
Krim putih tu, krim susu beras. Lembut dan wangi..


NI pembersih sabun ketul. Selalunya aku guna pembersih ni dlu then barulah aku pakai pemersih sabun atas tu. Barulah rasa muka betul2 bersih dan ringan. Lepas mandi tu barulah aku pakai krim susu beras tu untuk malam sahaja. Sebelum tido aku basuh. 
hehe sebab still setia pakai krim safi rania ^_^
Hasilnya pagi-pagi besok muka tegang and licin. 

Hasilnya lepas aku pakai produk ni? 
Ok lah aku ambik gambar terlatest la. Ni gambar terbaru. 
Oh sorry eye beg still nampak. huhuhu
 








Wednesday 16 May 2012

Cerita Perodua Aku ??



Ada sape-sape lagi yang menggunakan kereta Perodua?? Aku rasa memang ramai yang menggunakan kereta perodua right? Kalau ada, jomlah sertai 'What's Your Perodua Story?' di http://www.peroduastory.com.my/story/ and ceritalah pengalaman korang semua sepanjang dengan kereta perodua ni. s0 mungkin inilah masanya untuk korang semua bercerita tentang pengalaman pahit manis, atau untuk sebarang aduan atau ingin mengutarakan sebarang penambahbaikkan untuk perodua. Aku dah.. korang bila lagi  ^_^ 
CERITA PERODUA AKU? 






"Perodua Myvi adalah kereta pertama aku. Memang semestinya kereta pertama yang aku miliki. Masa Myvi mula-mula keluar dulu, aku still belajar tahun kedua terakhir Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu. Masa tu asyik tengok je orang yang pandu kereta MyVi dari jauh. Cun betul kereta ni. Comel sangat! Masa tu mulalah berangan nak pakai kereta ni kalau dah kerja nanti. Bila habis belajar tahun 2009 tu, aku terus bekerja. Memang tak sempat nak menganggur walau sehari. Kiranya terus dapat kerja yang bagus. Alhamdulillah… jadinya, angan-angan nak pakai kereta tu memang kuatlah sebab senang untuk urusan ulang-alik ke tempat kerja.
Awal-awal kerja ni, memang ulang-alik dengan kereta emak, iaitu Perodua Viva. Memang jimat minyak dan tak ada masalah langsung. Tapi bila aku di arahkan untuk bertukar balik ke ibu pejabat dari cawangan Terengganu, emak dan ayah hadiahkan perodua Myvi SE kepada aku. Macam mana mak dan ayah tahu kereta idaman aku pun tak tahu. Duit muka kereta memang mak dan ayah bayarkan. Cumanya aku hanya perlu membayar duit ansuran bulanan. Sama seperti Perodua Viva. Perodua Myvi juga menjimatkan minyak. Kiranya sekarang ni, aku Cuma perlu isi RM40 seminggu untuk ulang alik ke tempat kerja dari kelana Jaya ke Petaling Jaya. Campur lagi dengan ronda-ronda sabtu ahad untuk keluar bersama kawan-kawan. Kiranya menjimatkan.
Bagi aku memang berbaloi dan senang untuk aku pandu Perodua Myvi untuk kemana-mana. Rasa yakin dan selesa. Paling aku suka sebab tempat duduknya boleh dilaras menjadi lebih tinggi. Jadi aku boleh nampak jelas masa memandu. Dah macam naik perodua kembara pula rasanya. Memang selesa dan membuatkan aku lebih yakin nak memandu kot .. dan bla bla bla ... " 


Oh walaupun myvi aku ni pernah excident teruk.. tapi aku tetap sayangkan beliau..


dah la tu.. banyak sangat aku membebel..
kereta aku pon dah back to normal.. 
ready to drive !!! 

opss lupa..
 I LOVE MY MYVI MUCH ! 


 


ekspresi muka berubah-ubah ikut mood
















ni sebenarnya adalah ekspresi muka aku bila ikut mood. hehehehe... tetiba nak update entri ekspresi muka sebab bila godek-godek dalam laptop tadi, terjumpa banyak muka-muka aku yang macam-macam jenis. Paling teruk bila aku dah mula bosan.  s0 gambar di atas tu memang aku sedang bosan dan malas. Tak tahu nak ekpresi macam mana. Jadi kalau orang tengok pun tahu aku ngah bosan kan?? 

Actually tu picture masa aku ngah rehearsal untuk program pagi semalam. Punyalah lama rehearsal tu, sebab kami balik jam 9 malam dah.. hadoiii esok pagi dah nak kene bangun pagi-pagi. Kali ni program ni di adakan di Sime Darby Convention Centre. Rehearsal berpuluh kali selagi KP tak puas hati. Sebenarnya gambar atas tu kira okeh la sikit dari gambar di bawah ni yang memang tahap maksima kebosananan..!! 


Ha... tu dia bila dah semakin bosan dan bosan dan bosan!! Kepala pun dah pening lalat . Tak sabar nak balik. Heheheh bila KP tengok muka memasing dah cam gini dia cuma cakap " alah ini baru sikit. Sekali sekala program, balik lewat pun tak apa." huhuhu betul gak cakap dia. Tapi still gak mood kepenatan.. Tapi esoknya, bila dah jumpa geng !! mood tu bertukar happy balik.. hehe 




Nampak tak bila dah pagi tu, ekspressi muka da lain.. hihi lagi-lagi time ni memang ramai orang. S0 tak bolehlah nak mood muram kan??? hadoi.. Tak apalah.. nanti aku upload lagi cerita di sebalik program ni.. Creanova 2 . ^_^

 tapi bila aku tension or marah. mungkin muka aku berubah macam ni 



buruk betol. so abaikan !

Sunday 13 May 2012

nak jadi NaVy sekejap lah ^_^ (Peringatan: Penuh gambar)

Baru-baru ni aku melawat satu kapal perang pertama di Malaysia yang berjaya mendapat pengiktirafan 5S/ Quality Environment by company aku. Masa melawat kapal tu memang excited lah sebab rasa macam naik kapal dalam cerita BATTLESHIP . hehehehe. Lama jugak kitorang ronda-ronda dalam kapal tu saje.. dekat 2 jam lebih sambil di instruct oleh seorang fascal yang berpangkat gak la dalam kapal ni. tengok paku kt bahu dia pun da tahu kn?? 

s0 tak mo cerita lelebih, layan gambar je la okeh !
 

On the way nak naik



Taklimat kejap

Jom ronda 
 



Bilik Kapten

Katil navy