Tabung nuffnang sayer :

Tuesday 23 July 2013

Berangan kejap! dengan projek kahwin "rustic english"

Semalam dapat berita gembira sorang kawan aku nih dah nak bertunang ogos depan. Wah happy je dengar kawan-kawan mula menamatkan zaman bujang. Bukan apa, sepanjang aku kenal dia, memang dia tak pernah bercinta. sampai dia penah cakap dah give up. Tapi tup-tup aku Nampak dia update status pasal nak betunang?? Hihi risik punya risik, Alhamdulillah kalau Allah nak kasi jodoh tu orang cakap tak ke mana. Alhamdulillah.....  Hah bila aku dok bertanya dia sakan semalam. Tiba-tiba aku terkena balik. Hik hik ayat paling selalu aku dengar sekarang ni mesti "Kau bila pulak Sha?" Huk huk sedih je nak menjawab. Tapi apa-apa pun semua tu kerja Allah. Tapi ada jugaklah plan nak kahwin tu cuma masih sibuk kumpul duit. Kalau boleh tu memang tahun depan jugak aku nak tamatkan status bujang nih! Huh dah bosan jgk duduk sensorang.
 
Haa hobi aku ni kadang kalau tak ada keje, memang aku suka search info-info pasal perkahwinan and apa tema selalu orang guna. Boleh kata kan nak cari idea mana tahu kalau tahun depan dah nak kahwin. eh perasan kejap! Jadi bila dah selalu blogwalking blog-blog kawan yang dah berkahwin dapatlah sikit idea. Hurmm tah nape tiba-tiba aku suka sangat konsep ala-ala Rustic English. Bila dah ada konsep yang di idam-idam tu tangan selalu gatai cari idea-idea tentang Rustic English ni. Rustic English ni lebih kurang macam kedesaan English. Ala-ala english giteww.. Cewah! Hah nak tengok beberapa idea yang aku suka tentang Rustic English ni.
 
 

Pelamin rustic: 

Bab pelamin ni selalu yang aku perhatikan pelamin rustic tak terlalu mewah. Simple and comel je. Hihihihi .. 3 gambar pelamin bawah ni antara faveret aku. Tapi aku paling suka gambar nombor 1 nih! Wah cantiknyeeeee ...
 
 


 

kad kahwin
 
Bila sentuh kad kahwin je, aku tiba-tiba terus ada dalam kepala nak jenis camne. Hik hik walaupun berangan tapi tak salah kan nak usha-usha. sO lepas ni tahu dah mana nak cari and apa yang nak dicari. Cantik-cantik and siap ada yang aku blogwalking ajar DIY kad macam ni. Kiranya kalau rajin boleh DIY sendiri jep. =) Tapi kalau tak rajin boleh tempat.
 




 
 

 
 
Bunga tangan dan bunga telur :
 
Aku suka benda simple-simple. Tak suka Nampak colourful or pelik. Hihihi simple is cute okey. Hihi Bungan ni boleh DIY beli fresh flower dekat Chow Kit Road, or Jalan Tar ke. =)
 

 
 
 
Kalau dapat putih pink best nyeee bunga telur nih . Juga boleh DIY sebab banyak blog ajar cara-cara buat bunga telur sendiri

 
 
 
Gubahan Hantaran :
 
Kalau boleh nak tema putih jugak. Gediks kan??? Smpai ke barang hantaran pun dah usha konsep nyeee. Ini pun boleh DIY sebab anak sulungkan. sO lepas2 ni adik-adik boleh pakai =)
 


 
 

 
Baju akad nikah :
 
lelaki of course la baju melayu putih / gold camtu.
 
Perempuan pula ermmm dress sopan kaler putih. Maybe DIY kot. =) Nak yang simple je..
 
 
Ha suka simple cm dress ni. Hihi kalau buat kaler putih and kat pinggang kaler gold pun cantek. baju ni DIY sendiri je. Cun-cun harga RM200 ^_^

 
Belakang ada riben
 
 
Baju bersanding :
 
Lelaki of course la suit / blazer hik hik ^_^
 
Perempuan plak dress sopan. ermmm kaler tu yang macam pening pikir. Tapi tak apa. Saja gedik-gedik nak fikir.  Maybe macam suka kaler gold. HUrmmm tp sebenarnya kalau majlis kat dewan boleh la konsep macam ni. Kalau kat umh tu better pakaian pengantin pun baju tradisional melayu. Tapi ada 1 contoh baju ni cm aku suka sangat. Cantik!! ^_^
 

 
 
 

Bilik pengantin :
 
Ermm macam nak putih jugak. Hihi putih tu simple and cantik.
 

 
Cantik kan tapi alang-alang bilik aku latar putih. sO senang nak DIY nanti. Hihi nih bilik aku kat kampong. Eh bkn kampong pn tapi rumah mak ayah ^_^ ..
 
 
Dah memang rustic so tak payah touch up banyak-banyak
 
 
 
Hiasan meja makan :
 
lebih selesa ada bunga-bunga yang fresh
 


 
 
Door Gift :
 
Ermmm msih jek usha-usha apa door gift tuan rumah yang murah tapi berguna. Hihi antara dalam list yang dah di usha:
1. Buah epal letak riben kecik kt tangkai. RM0.50 sebiji
2. coklat
3. kek marble
 
O_O pening .. tapi ada jek gambar-gambar menarik
 




Hihi dah penat sharing.. ermm well sebenarnya best jugak usha benda-benda camni kan? sO nanti lah aku share lagi pasal wedding project ni ^_^
 
 
 

 
pssttt semua gmbar ni credit dari google je ^_^ ;) 
 
 
 

 

Monday 8 July 2013

Emas dinar di Public Gold

Hari ni aku sempat lagi selak-selak blog sekejap sambil rehat tenghari. Tangan ni lately mesti nak usha pasal emas dinar. Hihihi tak salah pun kumpul emas untuk masa depan jugak. Actually aku ada lah buat sedikit research. Ye lah kita nak beli barang mahal so macam-macam yang perlu di pikirkan. Perlu di ambil kira. Kalau kene tipu niaya je. Tak naklah kne tipu duit habis beribu riban. Okey sebenarnya kenapa aku dengan Dia sibuk sangat kumpul emas? Haaaa sebabnya nak kahwin laaa.. sO ide a ni pn datang dari dia jugak. Dia yang sibuk nak kumpul emas. Aku ni yang dari awal dah memang poyo tak nak tahu pun emas dinar ni apa?? Perspektif orang melayu. Hihihi ermmm aku memang tak nak amik tahu and tak pernah cuba nk amik tahu. Itu laaa salah Nye sikap aku. Tapi sekarang aku dah sedar yang emas dinar ni memang penting. sO oleh sebab idea Dia agak bernas, maka aku pun amik kata sepakat untuk beri sokongan dia kumpul. Eh bukan mudah nak kumpul emas ni. Lagi pula harga emas 1 dinar ni bkn murah. Tapi!!! disebab kan emas sekarang tengah murah. Jadi apa salahnya membeli ? Gila tak murah sekarang kan emas turun RM145 1 gram????
 


Cantik kan gubahan hantaran dinar? yang perak tu dirham
 
Okey.. Sebenarnya ramai yang tak tahu pasal kelebihan emas kan? Let say laaa emas memang murah. Kami bercadang nak kumpul 20 keping emas dinar. So total yang ada sekarang tak sampai lah 5 keping. Sedang kumpul sikit-sikit.. Hihihihi ermm then, 1 dinar yang Dia beli tempoh hari RM575.00 iaitu bersamaan 4.25 gram untuk emas 916. Haa banyak tu 4.25 gram cuma RM575?? Kami bukanlah nak berkahwin sekarang. Mungkin ada jodoh, inshaa Allah hujung tahun depan atau awal tahu 2015. So bila dah membeli awal-awal nih contoh pengiraan aku penah buat:
 
2013
RM575 x dengan 20 keping ? = RM11,500 .
 
Tapi cuba bayangkan yang harga emas akan naik tahun depan atau dua tahun depan lagi?? sebab dalam sejarah emas dinar public gold ni penah cecah RM800 untuk 1 dinar.
 
2015
Kalau RM800 x 20 keping ? = RM16,00 jadinya.. Untung banyak. Hihi tak apalah untung ke tidak yang penting emas ni bila kita memerlukan tuh masih boleh di tolak atau di jual balik. Korang try la jugak hihi .. best tau. Lagi-lagi emas ngah murah sekarang ni..
 
Antara kelebihan lain tentang emas dinar ni adalah :
 
1. Mampu atasi krisis ekonomi : sumber dari sini!
 
KUALA LUMPUR 2 April 2012 - Penggunaan dinar emas dan dirham perak diyakini mampu menjadi penyelesaian kepada krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang.
Ketua Jabatan Kewangan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, penggunaan wang kertas sebenarnya memudahkan serta menggalakkan spekulasi dan manipulasi mata wang kerana ia tidak memiliki nilai seperti dinar emas.
"Sebenarnya penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam perniagaan bukan sesuatu yang baru kepada dunia kerana ia digunakan sejak zaman dahulu lagi.
"Ini kerana dinar emas dan dirham perak merupakan wang sebenar yang merangkumi prinsip keadilan, ekonomi dan kestabilan serta mapan. Ia bukan sahaja baik untuk negara Islam tetapi juga kepada semua negara lain," katanya.
- Utusan Online
 
2. Sebagai Mahar perkahwinan
 
Mahar perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W kepada Aishah r.a adalah sebanyak 500 Dirham Perak.
Manakala Habibah binti Ramlah dinikahi Nabi Muhammad S.A.W dengan sebanyak 500 Dinar Emas.
 
3. Dapat guna balik time sesak-sesak.
 
4. Menguntungkan bila beli time murah, jual pada harga naik.
 
Irma Hasmie gunakan dinar emas


Woooo giler tgk emas banyak and berkilauan..
 
Bila agaknya nak cecah 20 keping. Hik hik ..
 

Sunday 7 July 2013

shades of BLUE ??

Actually jumaat lepas, opis aku ada buat dinner . Tema is biru. So dengan gigih jugaklah kami-kami ni mencari idea apa ek nak pakai on that night? Well masa tahu tema apa nak pakai tu, aku sempat lah menghantar baju tu ke tailor. So dalam masa sebulan macam tu boleh lah siap.  Bajet aku tak adalah banyak pun. Aku cuma bajet xsampai RM200 je. Lagi satu aku nak baju tu nanti aku boleh pakai untuk next even atau ke majlis-majlis. Simple and nice ! Sedap mata memandang. Lepas 3 minggu macam tu akhirnya baju aku dah pun siap. Mula-mula bagi tu, aku main lakar je pada kertas macam mana pattern aku nak nanti.
 
Hihi cantik tak combination colour ? Perfect sangat. Cuma tang lengan tu besar sikit tapi tak apa nanti-nanti kita outer ek !
 
 
Actually ni lakaran masa aku mula-mula nak baju ni. Simple-simple je supaya boleh di bawa ke mana-mana majlis tak Nampak over and janggal.
 
 
Paling aku suka part ada butang-butang macam candy. Comel sangat. Memang tak sabar nak pakai. Hihi So dengan tailor ni bajet dalam RM200 macam tu. Kain, lace and all dia yang carikan. So aku cuma tahu amik yang sudah disiapkan. Tak sangka plak sampai ke tudung pun beliau tolong buatkan and jahitkan. Hihi best gler!!
 
 
Okey ni tudung yang tailor aku jahitkan. Dia tambah lace sama macam lace kt baju aku. :) Haaa dah la bercerita. jom layan gambar dinner aku jumaat lepas
 
 
Sempat bergambar dengan Misha Omar. Penyanyi undangan malam tu.

My boss