Tabung nuffnang sayer :

Thursday 18 June 2015

Puasa ni dah kahwin !!!

Dah macam drama kat TV3, Raya ni dah kahwin pulak. Huhuhuhu Tapi sekarang kan tengah on mood ramadhan. Makanya tercuit jugak rasa hati ni nak bercerita tentang puasa aku kali ni. Puasa kali ni banyak giler beza dengan puasa aku tahun2 sebelum ni. Kalau sebelum ni, puasa aku mestilah dengan kawan-kawan, dengan housemate, xpun Alone. Paling ketara adalah semua tu aku beli di bazar Ramadan sahaja sebabnya aku memang tak memasak langsung. Rumah sewa dlu semua barang-barang dapur yang housemate punya. Segan pulak nak menumpang. Lagipun tak akan laaa nak masak serentak lepas balik kerja. Senang aku jalan kaki jek kat bazar yang kebetulan sejengkal jek dari rumah. 

Puasa tahun ni, memang banyak bezanya. Sekarang ni tak terkejar-kejar nak ke bazar ramadan lagi. Tak pikir nak beli apa untuk juadah berbuka. Sebabnya.. sekarang ni aku memang memasak sahaja. Rasa macam tak ada selera nak beli lauk di luar. Huhuhu padahal aku bukan rajin benor memasaknya haaa. Tapi okey laa rasa lebih senang plus aku pun sekarang berbadan dua. Jadi rasa nak balik rumah terus. Tak nak bersesak-sesak di bazar lagi. Lagipun banyak pengalaman beli di bazar tak seperti apa yang kita jangka kan. Sebab tu aku lebih rela memasak sendiri di rumah. Lagipun kene berjimat-cermat dah sekarang. Kos hidup di bandar semakin tinggi. 

Seminggu ni aku dah buat jadual nak masak. Haaaa memang lauk semua dah penuh sepeti aku borong. Makanya sebelum semangat memasak ni berkobar-kobar lupus, baik aku merajinkan diri untuk memasak. Total yang dah di spend untuk lauk seminggu berpuasa ni, aku habiskan  RM80 untuk 2 orang termasuk sahur. Murah tak? Kalau ke bazar ni hurmmm tak tahu laah berapa yang habis. Sehari RM10 seorang. Dua orang RM20.00 sebab terpengaruh macam-macam makanan lain lagi kan?? RM20 untuk seminggu RM140.00 Ok la dapat jimat RM 60.00 seminggu . Yeay !!!! Tapi RM140 dulu cuma berbuka sahaja. Sahur aku cuma minum air + kurma. Harus berjimat-cermat. Penjawat Awam kan bakal terima gaji awal dan tanpa gaji 56 hari. Huhu ni kalau tak tahu berjimat hancusss hidup.

Sahur pertama dengan tumis sardin + telur dadar. Jadik la kan??
Berbuka hari pertama ayam butter . Masak lebih untuk sahur sekali. 
Berbuka hari ni?? Hurmmm macam nak masak udang sos tiram + telur dadar + sayur pak choi sos tiram ok x??? 

saja buat sos butter lebih. Hihihi
resepi boleh refer entri ni.

Oh lupa lagi 1 tahun ni aku berpuasa dengan berbadan dua. Huk huk.. semoga Allah kuatkan tubuh badan aku nak teruskan puasa sebulan ni. So far masuk hari kedua ni masih ok. Cuma rasa mengantuk + baby selalu bergerak dalam perut. Kandungan dah masuk 5 bulan 2 minggu. Almost 6 months laaa. Tips yang aku belajar untuk berpuasa masa mengandung ni, sahur jangan lupa susu + kurma. 

5 bulan lbh sudey. Berat pun naik 6 kg 

Tuesday 16 June 2015

MENGIDAM DIP n DIP BEFORE BULAN PUASA

Tak sangka akhirnya ada jugak makanan yang aku mengidam. Huhuhu sebab during pregnancy ni rasanya aku tak ada laaa nak mengidam. Makan jek apa saja.. Alahan pun alhamdulillah until now masih belum ada apa-apa alahan. Risau jugak sebab ada orang cakap, kalau tak ada alahan awal-awal, mungkin tengah-tengah or hujung-hujung. Harap sangat tak ada langsung la kan??? Supaya aku boleh laa settle kan mana-mana kerja yang patut. Alhamdulillah Allah beri kesihatan pada aku walaupun aku ni ada anemia. -_- HB pun selalu low, sO kene makan banyak sayur-sayuran, seafood and segala makanan yang sihat. 

Oh... cerita pasal mengidam pulak, entah mcm mana boleh terbangun dari tidur and nak makan benda-benda manis macam dip n dip ni. Sebelum ni tak pernah pulak teringin nak rasa or tak ada pun rasa nk makan kan?? Hihi plus aku bukan makan benda-benda macam tu sangat. Perut mesti nak nasi jugak !! Google pasal dip n dip ni kebetulan dah memang ada dekat Sunway Pyramid. Tengok gambar dalam google lagi la buat kecur liur. Huhuhu masa tu ahad, sO macam tak senonoh kan bangun-bangun jek dah whatssap encik suami nak makan benda tu. Kebetulan lak encik suami kerja pagi tu sat. sO kene la tunggu dia balik keje. 

Lepas dia balik tu we all siap-siap and terus ke Sunway. Hohoho nasib baik encik suami layankan aje kan? Sampai-sampai kebetulan parking pun senang dapat. Betul kot orang tua-tua cakap, kalau bawak perempuan mengandung senang dapat parking. hihi

aku nk makan ni jek sebenarnya hihihihihi 



da habissss 

bole tahan jugak harga dia. 
Harga pun boleh tahan jugak. Kalau makan jarang-jarang okey laaa no problem. Lagipun makanan + coklat dia memang best. Lembut jek rasa. Tak terlalu manis, tak terlalu tawar. 

Monday 15 June 2015

BELANJAWAN NIKAH ;)

Disebabkan sekarang ni musim orang nikah + kahwin, maka aku pun buat laa entri mengenai kahwin ni. Memandangkan aku pun baru jek melasungkan perkahwinan. Ceyyyy sebenarnya bulan ni da masuk 9 bulan. Okey la tu tak sampai setahun lg kan?? Plus majlis resepsi aku pun buat awal tahun ni jugak. Terpaksa ditangguhkan kerana banjir besar di Kelantan tahun ni. Okey sebenarnya aku terdetik nak share belanjawan ni sebab ada sepupu and kawan-kawan bertanya. Al-maklumlah musim perkahwinan. Memasing nak tahu berapa peruntukan untuk langkah penjimatan. 

Okey, sebenarnya majlis kahwin aku ni simple and berkadar jimat. Tak nak membazir and mencipta hutang selepas berkahwin pulak. Sebab tu parents aku decide nak adakan 3 majlis pada 1 hari. Majlis merisik aku pun tersangaaaaaattttttttttttttttt lah simple. Tak ada pelamin bagai. Hihi nanti aku buat entri lain pasal merisik and macam mana tergeraknya peracangan ktorang untuk tamatkan hubungan ni dengan merisik and kahwin thn lepas jugak. Untuk majlis perkahwinan pulak, parents decide nak jimat and ada kan 1 hari. 

9.30 pagi - majlis bertunang
10.30 pagi - akad nikah
12.30 tengahari - majlis bersanding

Penat memang penat, tapi berbaloi. Kalau difikirkan bertunang pun makan duit banyak jugak. Jadinya parents aku cuma decide merisik pun sudah berbaloi. Cincin tanda pun diberi jugak kiranya kan??? Aku pun bersyukur sebab parents aku tersangat memahami dan tidak membebankan aku dengan majlis-majlis yang banyak and grand-grand. Untuk mas kahwin pun aku ikut Pahang iaitu RM22.50. Duit hantaran dari lelaki parents aku tak usik and memang kasi 100% pada aku. TQ umi ayah ! 

Majlis pertunangan. Sarung cincin and sempat jadik tunangan orang selama 1 jam :) 

Cincin tunang tempah dekat habib. Disebabkan benda-benda yang ada sentimental value ni, sO tak kan berkira sangat pasal $$$$. Tapi korang beli masa Habib buat sales yeee. Jangan beli time tak ada sales. Sangat rugi !! Cincin tunang aku dalam RM5k lbih tapiiiiiiii dapat less 50% so around RM3k smthing. Sorry da lupa!! Lagipun encik suami bayarkan. Banyak lagi pattern and price dekat Habib. sO korang lebih baik beli time murah ye. 

Memang nak emas putih + berlian sebab tak nak emas. Banyak sangat emas dah

Habis part bertunang. sO kos bertunang aku cuma sebentuk cincin pertunangan. Jimat kan?? Itupun kos dari pihak lelaki. Hiihihi Dalam jam 10.30 pagi tu baru we all selamat diijab kabul. Itupun dalam masa 1 jam tu proses mendengar khutbah dan nasihat daripada tok kadi. Bukan main terus kahwin jek oii. Bila masuk part akad nikah tu yang macam sayu and hiba sket. Aku dok tahan laaa air mata ni huhu.. Tapi alhamdulillah semuanya selamat dengan 1 lafaz jek

Akad nikah. Upacara batal air semayang aku plak, pihak lelaki tak bagi cincin. CUkup laa dapat 1. sO batal dengan sarung gelang emas. TQ sayang :) 

Okey checklist untuk majlis kahwin aku and bajet ( Jemputan 500 orang)

Pelamin
Baju 3 pasang (Tunang / sanding + bersanding + sambut menantu) 
Meja beradap
Booth untuk photobooth
meja hiasan kek
Make up 2x (tunang/akad nikah + sanding)
veil, tudung, peralatan lain-lain

2.  RM3,000.00 (*) link doorgift
Dorgift: RM5.00 x 600 jemputan

3. RM 1,000.00 (*)
Dewan (The Royal Pahang Golf Club)

4. RM 10,800.00 (*)
Katering: RM18 x 600 jemputan

5. RM 450.00 (*)
Kek kahwin 3 tingkat. (No dummy) 

6. RM - link kad kawin
Kad Kahwin (Sponsored) 1,000 pcs. 

7. RM100 link photobooth
DIY Photobooth

8. RM - 
Instagram Photobooh (Sponsored)

9. RM 1,400 link photographer &  album wedding
Photographer (tunang + nikah + sanding + outdoor) profesional tapi sebab rege member2 

10. RM 2,000 (*)
Homestay RM250 x 8 rumah. (family lelaki 3 + family parents 5)

11. RM 2,000.00 (*)
Kerusi + meja 

12. RM270.00 (*) Link par
Sewa par 9 dulang x RM30 

13. RM 3,000.00 
7 barang hantaran (beli untuk diri sendiri and tukar dengan pihak lelaki)

make up MAC : RM600.00 
batik crepe 2 helai : RM500.00
jam tangan : RM300
Handbeg : RM 600
Telekung + tafsir : RM200
tak ingat dah lagi 2

14. RM40.00 Link bunga tangan
DIY Bunga tangan

15. RM80.00 sale  link kasut
Kasut 

16. RM 500.00 link bunga telur
Bunga telur


TOTAL : RM 29,640.00

Secara kasarnya  dekat RM30k. Tapi yang bertanda star (*) tu parents aku sponsored. Tapi rasanya da habis berjimat. Huhu tetap mahal jgk belanjanya. Zaman sekarang. Ini belum zaman GST lg -_- . kesian adik-adik aku nanti. Itu belum campur yang kecik-kecik duit minyak balik kampung selalu nak urus itu ini and macam-macam laaa. Korang leh g ke link-link yang diberi untuk entri sebelum ni ye 

Wednesday 3 June 2015

BELI RUMAH: Baru excited nak sign GADAIAN -_-

Dalam mid of mei tengah-tengah busy tu, dapat panggilan telefon dari pejabat lawyer. Memula kalau nombor +03 tu malas nak jawab sebab selalunya bank nk promote insurans . Hihi sorry bank sebab kita tak berminat. Kalau rasa nak apply credit card or apa-apa we all sendiri akan cari u ollsss ... Tapi nasib baik jugak tergerak hati nak jawab kan? Hati berbunga bila pej lawyer call nak set date 2hb untuk sign MOT dekat Pejabat Tanah Klang. Klang?? Jauh nyeee sebab aku kan keje sempadan KL . phewww -_- . Ok finee.. Demi untuk rumah sendiri kan terpaksa jugak merajinkan diri. Hati dah seronok sebabnyee aku dah memang lama dok menunggu nak sign MOT. Once MOT dah sign, duit loan dah boleh mula dibayar kepada pemaju oleh kewangan. Sekarang ni masih tergantung la kan??

Disebabkan tanah aku beli tu rezab melayu, makanya MOT akan ditandatangani oleh Pegawai tanah. sO aku pun perlu tandatangan dokumen di hadapan pegawai tersebut. Kalau pegawai tak ada, kene cari penghulu. Proses dia simple jek, tapi yang buat aku hangin adalaaaaahhhh ! Lawyer aku ni careless betul. Tak aware ke salinan apa yang perlu di bawa masa nak sign?? Tak akan la baru jadik lawyer kot. Hadoiii tak pasal-pasal dokumen tak dapat nak sign arituh. Aku ni da laa datang jauh kot. Minyak kereta pun da mahal sekarang. Tapi sabar jek laaa !!

Nak buat cmne lagi. Kalau maki pun tak guna jugak, benda tak boleh settle. sO aku cuma senyum jek laa cakap "ok tak apa !" Padahal dalam hati membara kan?? Hadoiii tolonglaa peguam2 lain kali kalau nak deal sesuatu tu buat keje secara profesional. Aku pun tak tahu apa masalah lawyer ni. Nama pun lawyer, mesti bijak pandai kan?? Tapi macam tak reti buat keje. Baru excited nak sign MOT kan, tapi dikecewakan. sO next week la kot baru selesai urusan aku ni. Kan ke da menyusahkan aku. Merugikan masa, tenaga dan duit.

Tapi masa nak balik tu sempat singgah tengok rumah sat dah setakat mana kan naik? sO masa lalu tu lega sikit laa tengok progressnya. Hihihi inshaa Allah akhir tahun depan dah boleh duduk rumah sendri kan??






ni la rumah aku nanti kalau ikutkan plan dan gambar yang diiklankan. Hihhi 

Tuesday 2 June 2015

JATUH :'(

Dah lamanye aku tak menaip kan?? Lama betoi tak update entri dekat blog usang ni. Huhuhuhu sebenarnya mood untuk update entri ni merudum lately. Hahaha mungkin kepenatan tahap maksima dengan urusan pejabat. Memang blog pun aku lama betoi tak bukak. Arini jek laa ada masa sikit nak blogwalking kan?? Seriously bln Mei lepas adalah bulan paling busy ! Segala mak nenek nak kene siapkan time tu. Banyak nak kene submit. Tambah pulak aku demam panas. Dengan projek pn banyak nak settle. Tapi Alhamdulillahhhh .... semua urusan tersebut dah selesai untuk bulan Mei. Bulan Mei ye? Hihihi SO tak bermakna lepas ni aku da boleh goyang kaki. NO ! NO ! NO ! ... cuma kuranglah busy nye sikit. Lagi-lagi bulan ni kita akan menyambut bulan Ramadhan 14 hari jek lagi kan?? 

Alhamdulillah jugak kandungan aku sendiri dah masuk 5 bulan . Yeay ! Another 4 months kan? Lepas tu boleh cuti lama. Erk ! CUTI lama tu ok. Tapi takut nak beranak pun iye jugak. Siang malam memikior haish cmne laa sakitnye bersalin tu kan?? Tapi kene redha and kuat. Lepas tu ada kakak kat opis nasihat kene aktif and banyak bergerak untuk mudah proses bersalin. Yess ! pun aku buat. Kira aktif jugak la tu kalau dah busy kat opis, mesti semua kerja kene buat macam lipas kudung. Hihi ada masa aku stress jgk, tapi ada masa aku chills. Itu kan dah keje kita. Periuk nasi kita, sO kena positif kan diri. 

ni masa scan dekat KK Kelana Jaya :) Doktor cakap susah betul nak scan sebab dia aktif  sangat bergerak sana sini.
ni pulak masa nk msuk lg 1 weeks 5 bulan. HUhu orang cakap tak berapa nampak pun aku preggy. Baju kurung pun masih boleh pakai. Tapi beberapa helai jek laa yang tukang jahitnya pandai jahit baju. Means kalau badan naik pun still boleh pakai. Padahal berat aku naik 5 kg da ni. 

Okey.. sebenarnya nak dijadikan cerita, ada insiden yang tak berapa elok aku nak cerita. Semalam, aku ada janji dengan lawyer untuk sign MOT rumah dekat Pejabat Tanah Klang. Beli rumahnye di Shah Alam, tak tahu lah kenapa kene sign di Pejabat Tanah Klang. Mungkin Daerah Klang, Mukim Shah Alam kot. Entah ! sO pagi-pagi aku dah pergi pejabat tanah dengan encik suami. Rasa lapar kan, sO ktorang makan dekat kafeteria bawah tu. Masa dah selesai, and nak naik lif, tengah tunggu lif, aku tak sedar bila masa ada laaa seorang kanak-kanak lingkungan 13 - 15 tahun datang dengan tolak troli. Troli yang untuk angkut barang-barang besar. Budak tu ermm kategori OKU atau lebih tepat lembam laaa. Mungkin dia tak tahu apa-apa kan?? 

sO dia bawak troli tu laju smpai aku sendiri tak sedar dia ada kat belakang, sebab aku pandang lif la kan?? Tahu-tahu jek, dia langgar aku dengan troli tu sampai aku agak terjatuh atas troli tu. Kuat jugak terhentak sebab ada pelanggaran berlaku kan, Bila troli tu langgar betis aku, smpai terduduk la kan?? sO badan aku tak dapat nak seimbang. Jatuh terduduk. Memula memang tak rasa laah sakitnye. Tapi malam smlm, pergghhh !! Lenguh 1 badan. Menggigil jugak takut la apa-apa berlaku pada kandungan aku ni kan.

Ni la troli yang dia gunakan. Huhu imagine aku jatuh terduduk atas troli tu. Punya laa sakit pinggul ni 

Sedihnyee tapi entah kenapa mulut aku and encik suami terdiam jek tengok budak tu. Budak tu pun macam diam and pandang pun tak ada perasaan. Dia mcm tak tahu pun dia salah. Aku pn terkejut kan, sO just diam jek laaa. Then kakak dia yang datang amik dia. Encik suami pun tak sedar bila budak tu datang. Huhuhu benda kita tak jangka berlaku kan?? Kalau kita rasa kita dah lebih berhati-hati pun orang lain pulak yang datang langgar. Mungkin ujian Allah. Nk tahu sejauh mana kita bersabar. Mcm mn kita menghadapi situasi dengan orang istimewa mcm tu kan?? 


Redha dan bersabar jek. Sakit tu memang la sakit 1 badan kan? Sampai hari ni pun masih rasa tau. Semalam lepas punch out, aku terus bergegas ke klinik. Nak jmpa doktor and scan. Risaunye Allah jek tahu. Memang tak duduk senang selagi tak tahu keputusan kan, sO lepas scan semua, Alhamdulillah, degupan jantung normal, air ketuban pun normal, uri tak jatuh, kepala baby da ke bawah. Syukur sangat. Alhamdulillah Terima Kasih Allah =)