Tabung nuffnang sayer :

Showing posts with label Dinar Emas. Show all posts
Showing posts with label Dinar Emas. Show all posts

Sunday, 28 August 2016

OK TAK Hantaran Kahwin pakai Emas Dinar??

Sebenarnya aku sendiri dah lupa pasal hantaran kahwin aku nih. Kebetulan ada seorang member lama bertanya balik sebabnya dia pun nk berkahwin and berminat untuk menggunakan emas dinar kot. Hihihi tak tanya lelebih la pulak, sebab aku busy aritu. Makanya aku cuma sharing sikit dekat dia. Tup tup tengok dekat blog pun aku tak update pasal hantaran nih. Patot la dia cakap aku tak sharing dalam blog lagi pasal dinar nih. Actually aku pun lupa nak ambik gambar barang-barang hantaran and especially emas la kan? Sebabnya majlis bertunang, nikah and resepsi aku buat dekat dewan. sO lepas akad nikah, emas of course teros bawak masuk simpan dalam kereta la. Kalau tak simpan alamatnya memang tak dapek lagi la kan???

Kebetulan lately staff-staff aku pun dok sebut pasal emas dinar. Ada yang memang dah start kumpul kan? Aku pun baru remind balik yang aku pun memang ada simpan dinar. Hahahaha boleh terlupa kan? Tapi hajatnya memang nak simpan untuk kegunaan yang sangat-sangat EMERGENCY. Kalau biasa-biasa rasanya aku tak akan gadai lagi emas dinar aku nih. Lagipun emas ni akan naik day by day. Contohnya tadi aku godek masuk Public Gold untuk tengok rate terbaru untuk hari ni. WOW 1 Dinar PG jual RM777 and sell RM715. Means that kalau nak beli tu RM777 ? 

Terkejut tengok harga sekarang. Mahal ! Masa zaman en suami beli dulu-dulu kumpul untuk hantaran kahwin ni, 1 Dinar dalam RM550 - RM600. Ada la jgk pernah beli masa 1 Dinar RM530. Itu zaman 2014 kotttt.... sO en suami kumpul 10 dinar untuk buat hantaran + duit sekali. Duit tuh rahsia la kan? Jeng..jeng ... jeng... Duit tu aku dah masukkan semua ke dalam tabung haji. Dinar memang tak sentuh 1 pun lagi. See korang boleh nampak kalau en suami bagi semua duit pada aku rasanya ada jugak la habis ke SHOPPING mende tak pekdah !



So ni lah rupa hantaran aku dulu. Duit rahsia. Haha beserta 10 keping Dinar Emas. 


Kalau ikut kiraan la kan? En suami beli tahun 2014. 

1 Dinar RM550 x 10 dinar = RM5,500.00 (Beli dari PG)


tahun 2016 

1 Dinar RM777 x 10 dinar = RM7,770.00 (beli dari PG)
1 Dinar RM715 x 10 dinar = RM7,150.00 (sell to PG)

Untung adalah sikit dalam RM1K lebih sikit2. Sebab ni anggaran sahaja. 

Ni lah dia dinamakan menggadakan duit tu ye. Hihihi 2017 ... 2018 ???? Tak tahu lah mcm mn pulak harga emas ni kan? Jadi jom menyimpan emas untuk masa depan. Hihihi. 

Wednesday, 20 November 2013

Kumpul Dinar emas

Ohhhhh geram plak arini sempat plak tangai ni gatai pegi check harga semasa Emas Dinar Public Gold. Hisssh !! Bila buka je , memang terkejut laa sebab harga turun harini . RM566.00 untuk 1 Dinar ?????????? Memang tekejut la sebab aku baru je beli 2 Dinar bln ni. Macamana nak borong lg? Adessss.... Eh tapi bukan aku lah yang beli, Encik BF yang beli sebab dia tengah kumpul2 Emas Dinar ni, kengkonon untuk hantaran Kawin kaaannn ??? Masa we all beli arituh 1 Dinar RM578.00 . Sebab dalam bulan lepas, 1 Dinar mencecah RM640.00 . Memang terasa rugilah bagi we all yang sedang mengumpul duit sebab kalau nak membeli, better beli semasa harga sedang turun and jatuh, sebab emas ni kita tak jangka bila dia nk naik turun? Buat Nye bulan depan naik???? Tak ke rugi? Sebab emas dinar ni penah mencecah RM800.00 untuk 1 Dinar tak silap aku masa 2011 - 2012 macam tu.
 
Memang la nak kawin lambat lagi, tapi di sebabkan nak kumpul tu bkn senang jugak, so alternative kami amik dengan kumpul sedikit-sedikit. Tak rugi pun kumpul emas Dinar ni. Manalah tahu masa beli sekarang RM580.00 1 Dinar. TUp tup 2014 - 2015 harga mncecah RM800 1 Dinar ??? Memang untunglaaaa siapa yang sanggup melabur. Buat masa skang kita pun tahu harga emas sedang jatuh. Tapi ura-ura mengatakan emas sedunia akan naik 2014 - 2015 byk jgk .. Jadi lebih baik mmbeli masa harga murah. Tah kenapa aku ni berangan plak nak hantaran dari emas dinar gituww kan? hihihi sO en BF terpaksalah mengumpul sikit-sikit. Lagipun tak lah membebankan dia. Aku berangan nak mintak dia kumpul lebih kurang 15 keeping pun jadilaaa..
 
Bagi sesiapa yang tak pernah tahu pasal Dinar bolehlah start search melalui google, sebab banyak kelebihan Dinar ni. Aku dan dia pilih Emas Dinar dari Public Gold. Haaaa yang tak pernah tengok Dinar Public Gold, meh tengok gambar bawah. Picture ni aku google je sebab sama-sama masih mencari ilmu dan pengetahuan dalam emas ^_^.
 

 
Memang dia ada banyak size. Comel dan kecik molek je rupanya. Hari-hari aku akan search info pasal Dinar ni, and bagi aku memang banyak kelebihan kalau kita mengumpul Dinar. Ada macam-macam kelebihan kita kumpul dinar emas ni. Antaranya:
  1. Matawang Syariah
  2. Diungkapkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith
  3. Digunakan sejak 2500 tahun
  4. Di kenali oleh semua orang
  5. Sangat bernilai walau sedikit dan kecil
  6. Nilai yang sebenar dan stabil
  7. Mudah dicairkan
  8. Lambang kekayaan sebenar
  9. Melindungi kekayaan
  10. Tidak boleh dimonopoli
  11. Menghapuskan riba
  12. Menghapuskan kemiskinan
  13. Menghapuskan spekulasi
  14. Menghapuskan risiko pertukaran matawang
  15. Nilainya bukan hutang
  16. Menyelesaikan krisis ekonomi
  17. Memberikan keadilan kepada masyarakat
  18. Mengurangkan masalah sosial seperti jenayah
  19. Merapatkan jurang antara kaya dan miskin
  20. Kos Haji semakin menurun berbanding dinar
  21. Mempercepatkan pembahagian pusaka
  22. Memudahkan pelaksanaan hudud
  23. Pembayaran zakat lebih tepat
  24. Penggunaan tiada batasan masa dan tempat
  25. Tiada inflasi
  26. Tidak terbakar
  27. Tidak berkarat
  28. Tiada tarikh luput
  29. Warnanya tidak akan pudar
  30. Tidak boleh dibinasakan
  31. Tidak boleh ditiru
  32. Tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpannya
  33. Tidak boleh dimanipulasi
  34. Tidak perlu jaminan kerajaan
  35. Beratnya lebih ringan daripada wang kertas yang sama nilai
  36. Matawang 1 dunia pada masa hadapan
  37. Boleh digadaikan

Tah tak tahu lah nape hati ni memang nak sangat hantaran dari Dinar walaupun dlu aku yang penah tolak mentah-mentah dari dia yang nak sangat kumpul benda ni . Korang boleh baca balik entri aku pasal dinar sebelum ni kat cerita dinar 1 & dinar 2 .
 
Hihi lepas tu aku ada usha-usha contoh gubahan hantaran dengan dinar ni. Weh banyak yang cun melecun. Memang buat aku tak sabar nak tunggu smpai 10 , 20 dinar !! ekekekeke ... 
 
 

 



 
 
Okey tepuk dada Tanya selera ye ^_^
sekadar berkongsi
gambar 2 semua dipetik dari google
 
 
 

Monday, 8 July 2013

Emas dinar di Public Gold

Hari ni aku sempat lagi selak-selak blog sekejap sambil rehat tenghari. Tangan ni lately mesti nak usha pasal emas dinar. Hihihi tak salah pun kumpul emas untuk masa depan jugak. Actually aku ada lah buat sedikit research. Ye lah kita nak beli barang mahal so macam-macam yang perlu di pikirkan. Perlu di ambil kira. Kalau kene tipu niaya je. Tak naklah kne tipu duit habis beribu riban. Okey sebenarnya kenapa aku dengan Dia sibuk sangat kumpul emas? Haaaa sebabnya nak kahwin laaa.. sO ide a ni pn datang dari dia jugak. Dia yang sibuk nak kumpul emas. Aku ni yang dari awal dah memang poyo tak nak tahu pun emas dinar ni apa?? Perspektif orang melayu. Hihihi ermmm aku memang tak nak amik tahu and tak pernah cuba nk amik tahu. Itu laaa salah Nye sikap aku. Tapi sekarang aku dah sedar yang emas dinar ni memang penting. sO oleh sebab idea Dia agak bernas, maka aku pun amik kata sepakat untuk beri sokongan dia kumpul. Eh bukan mudah nak kumpul emas ni. Lagi pula harga emas 1 dinar ni bkn murah. Tapi!!! disebab kan emas sekarang tengah murah. Jadi apa salahnya membeli ? Gila tak murah sekarang kan emas turun RM145 1 gram????
 


Cantik kan gubahan hantaran dinar? yang perak tu dirham
 
Okey.. Sebenarnya ramai yang tak tahu pasal kelebihan emas kan? Let say laaa emas memang murah. Kami bercadang nak kumpul 20 keping emas dinar. So total yang ada sekarang tak sampai lah 5 keping. Sedang kumpul sikit-sikit.. Hihihihi ermm then, 1 dinar yang Dia beli tempoh hari RM575.00 iaitu bersamaan 4.25 gram untuk emas 916. Haa banyak tu 4.25 gram cuma RM575?? Kami bukanlah nak berkahwin sekarang. Mungkin ada jodoh, inshaa Allah hujung tahun depan atau awal tahu 2015. So bila dah membeli awal-awal nih contoh pengiraan aku penah buat:
 
2013
RM575 x dengan 20 keping ? = RM11,500 .
 
Tapi cuba bayangkan yang harga emas akan naik tahun depan atau dua tahun depan lagi?? sebab dalam sejarah emas dinar public gold ni penah cecah RM800 untuk 1 dinar.
 
2015
Kalau RM800 x 20 keping ? = RM16,00 jadinya.. Untung banyak. Hihi tak apalah untung ke tidak yang penting emas ni bila kita memerlukan tuh masih boleh di tolak atau di jual balik. Korang try la jugak hihi .. best tau. Lagi-lagi emas ngah murah sekarang ni..
 
Antara kelebihan lain tentang emas dinar ni adalah :
 
1. Mampu atasi krisis ekonomi : sumber dari sini!
 
KUALA LUMPUR 2 April 2012 - Penggunaan dinar emas dan dirham perak diyakini mampu menjadi penyelesaian kepada krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang.
Ketua Jabatan Kewangan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, penggunaan wang kertas sebenarnya memudahkan serta menggalakkan spekulasi dan manipulasi mata wang kerana ia tidak memiliki nilai seperti dinar emas.
"Sebenarnya penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam perniagaan bukan sesuatu yang baru kepada dunia kerana ia digunakan sejak zaman dahulu lagi.
"Ini kerana dinar emas dan dirham perak merupakan wang sebenar yang merangkumi prinsip keadilan, ekonomi dan kestabilan serta mapan. Ia bukan sahaja baik untuk negara Islam tetapi juga kepada semua negara lain," katanya.
- Utusan Online
 
2. Sebagai Mahar perkahwinan
 
Mahar perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W kepada Aishah r.a adalah sebanyak 500 Dirham Perak.
Manakala Habibah binti Ramlah dinikahi Nabi Muhammad S.A.W dengan sebanyak 500 Dinar Emas.
 
3. Dapat guna balik time sesak-sesak.
 
4. Menguntungkan bila beli time murah, jual pada harga naik.
 
Irma Hasmie gunakan dinar emas


Woooo giler tgk emas banyak and berkilauan..
 
Bila agaknya nak cecah 20 keping. Hik hik ..
 

Saturday, 6 July 2013

emas dinar untuk hantaran kahwin ??

Korang pernah dengar pasal emas dinar or Public Gold tak ? Haaaa aku nak sharing sikit pasal benda ni. Mula-mula aku pun tak amik endah pasal benda-benda ni. Aku sendiri tak pernah kisah pasal emas dinar ni. Yang kelakarnya, masa mula-mula bf aku Tanya pendapat dia nak beli emas dinar aku siap condemn and bergaduh. Mestilah sebab kita tak tahu apa-apa pastu melibatkan duit yang banyak jugak. Memang teruk jgk bergaduh. Hahaha sebab dia plan nak kumpul emas dinar ni banyak-banyak. So mana tahu thn dpn beranak and berganda, silap2 boleh jadi hantaran kahwin. Lagi aku hangin sebab ingat kan mengarut!!
 
Tapi tah kenapa tiba-tiba je bila da cool tuh, and kembali waras. Hati aku cm terdetik nak tahu. Apa sebenarnya emas dinar. Kenapa dia beria sgt nak. Paling aku pelik sebab ramai jgk kawan-kawan aku yang sibuk cari emas dinar. Wah!! apa kah?? dah macam fenomena. Lagi rumet aku sendiri pn cakap dia penah tempeh and cari emas dinar nih, tapi sayangnya da habis and ada plak kedai yang tak mo jual. Pergghhh!



Okey tu laaa bentuk emas dinar. Sekarang ni si dia ngah kumpul koleksi emas dinar 20 keping. Hihii sementara tgh murah tu membeli la. Kalau tak menyesal nanti! 

Antara artis pnh buat hantaran emas dinar ni M.Nasir and Irma Hasmi.