Tabung nuffnang sayer :

Saturday, 9 January 2016

terobek my first sketch 4 years ago

Kikikiki ketawa sensorang bila aku dok susun-susun buku and planner yang mana boleh pakai lagi. Haaa tu diaa tetiba nak start new hobby nih. sO mula laaah dok geledah mana-mana planner yang masih boleh dipakai. Tak mo membazir nak beli baru. Pakai dulu bagi perabih baru pikir planner cun melecun yang baru. Kulit x kisah yang penting isinya, Hobi baru aku tu nanti aku share next time yeee. sO berbalik kepada cerita susun-susun buku lama makanya aku terjumpa la sketch lama-lama dulu yang aku pernah lukis untuk design baju sendiri. Hihihi nak jadi designer baju kengkononnya tapi kelauttt. Makanya bakat tersebut dipendam sahaja. Tapi kalau aku nk tempah baju pada tailor tu aku lukis laa hihihi.. 

First sketch masa aku nk design baju untuk ke dinner opis. Tema pulak shades of blue sO kene ada unsur-unsur biru. Aku nak design murah-murah jek. sO memang aku carik and godek idea dari google. Ada la sikit-sikit so cantum jadik la seperti sketch di bawah ni. Aku mintak tukang jahit tu jahitkan sebijik macam aku lukis tu. 2 3x jugak la sesi nak membetulkan sebab ada pulak tak kene. Bukan cerewet tapi kalau dah smpai singkat pun 1 hal. Itu isu besar jgk !! 




Habis bab baju biru tu, then kemudian aku sesaja nak buat baju dress ala jubah yang colourful. masa ni tak tahu nk buat desing apa, main redah jek laa. Lagipun size aku memang tak ada kat kedai yang ready made. slalu nanti panjang sgt laa, ketat kat pinggul, pinggang pendek and macam-macam lagi la tak kene. sO aku decide tempah jek laa kan??


Tak ada picture real yang full huhu 

Then pulak untuk baju raya 2 tahun lepas sebelum aku mengandung and kahwin. Yang ni aku memang nak gini laaa. sO memang tukang jahit tu ikut jek la pattern aku nak. Yang kali ni aku letak kain lace. 

Tak lama lagi jek aku dah nak naik keje dah. Habis dah cuti bersalin 3 bulan aku. Huuuu nak masuk keje pun kene ada mood baju baru. Sebenarnya ni bukan kain baru beli pun. Yang lama dah beli tp perap kt almari tak p tempah sebab aku duk pening nak buat cmne laa pattern baju ni. Kain cotton, tapi nak bg nampak lain aku p tambah kain kosong kat bawah. Kain tu corak bentuk riben. Haaa yang ni belum siap lagi. Isnin ni baru siap. Kene tunggu aku pakai masa masuk keje nanti laaa 


Last sekali aku dok pikir nak tempah lg 1 abaya / dress jubah laa. Ni dok pikir kaler apa jek la nk buat. sO memang blom carik lagi kainnya tp design dah adoo



Tuesday, 5 January 2016

AKAR KOPI - Kedai makan dalam HUTAN di KUANTAN

Hampir 3 bulan jugak laaa aku cuti bersalin dekat rumah aku di Kuantan. Orang lain 2 bulan cuti dah balik. Ada tu habis pantang 44 hari dah balik, tapi aku lebih selesa di sini. Hihihi bila lagi nak merasa dok rumah mak kita mcm dedulu kan??? Lepas ni bermula laah kehidupan yang mencabar + busy. sO sekarang ni kita enjoy the moment laa.. Lama sangat dok Kuantan ni haaa, sampai pepagi mesti parents aku ajak breakfast dekat 1 tempat ni yang aku rasa macam unik jugaklaaa. Tempat dia di tengah-tengah town kuantan jugak. But nice !

Menu yang disajikan simple jek. Nasi lemak RM1.60, roti bakar dan of course air KOPI ! Kopi ais and kopi panas. Selain dari air tu tak dak kat sini ye? Melainkan air tin or botol dalam peti ais dia. Simple jek tapi makanan dia sedap. Selalu sampai beratur panjang orang yang membeli makanan ni pun. Nasi lemak dia kecik jek so kalau sebungkus tu memang tak cukup. Selalunya aku makan 3 bungkus ! Aku suka breakfast mcm ni. senang and simple. 

Mana nak dapat lagi breakfast santai-santai macam ni. Memang tenang sangat tengok suasana dia. Kalau pergi pagi tak ramai sangat orang. Tapi lepas jam 12 tengahari meamng orang ramai sangat-sangat sampai que pun panjangggg sebab kedai ni berkonsep SELF SERVICE ye.. Jadi yang ada datang ke Kuantan or bercuti ke sini mai la singgah n try kedai makan ni. ..

Hihihi jom layan gambar pulakk





antara menu yang dipesan. 















baby pun tidur lena jek sebab redup and berangin :)

Saturday, 2 January 2016

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG 2016


Hi assalamualaikum.. Rasanya dah lama aku tak join segmen-segmen yang dianjurkan oleh blogger. Tergerak pulak hati untuk join kali ni. Hihihi kebetulan memang tahun ni nak tambah jumlah follower pun. Jumlah follower pun tak seberapa sO kalau dapat tambah kenalan blog ni lagi best. sO untuk segmen kali ni dianjurkan oleh Blogger Hasrul Hassan. Harap segmen ni dapat menambah kenalan dan follower di blog aku. 


First of all, aku nak memperkenalkan diri aku. Nama untuk blog adalah Hannis Sania. Gabungan dari nama sebenar aku. Aku hanyalah seorang blogger yang menulis apa sahaja asalkan apa yang aku rasakan menarik untuk dikongsi. Blog aku tak ada spesifikasi pun. Semua aku hentam sahaja menulis. Hihi tapi ada had dan limitasinya. Aku hanyalah seorang penjawat awam yang bekerja makan gaji. Menulis blog hanyalah sebagai hobi sampingan sebab impian aku pun nak menjadi seorang novelis. Cuma tak kesampaian jek lagi. Maklumlah kekangan masa. 

Apa yang aku inginkan pada tahun 2016 ni tak banyak pun. Macam biasa moga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun sebelum ini. Semoga diberi kesihatan baik dan rezeki mencurah-curah dari Allah s.w.t. Impian pulak aku tak listkan banyak pun. Cukup sekadar dapat melihat rumah yang dibeli siap pada tahun ni. Menunggu dengan kesabaran hampir 2 tahun. Hihihi tak sabar rasanya nak mulakan kehidupan baru di rumah baru bersama keluarga kecilku. Impian ke-2 melihat manuskrip aku siap dan sedia untuk dihantar. Inshaa Allah. Amin.. hihi semoga tahun ni berhasil. 

ok lah itu sahaja. Semoga dengan segmen ni, dapatlah menambah kenalan baru dan follower blog usang aku ni. 

Assalamualaikum 


hello 2016 !

Entri pertama di tahun baru 2016. Sebenarnya entri ni lama betul peram. Haha boleh dikatakan 2 mlm dah aku dok nak menaip tapi last-last terbengkalai camtu jek. Tak ada masa langsung nk buka blog ni. Bila si kecik bangun cepat-cepat kene tutup laptop and focus pada dia sorang. Cuti untuk bersalin 3 bulan aku dah nak habis pun lagi 2 minggu. Argghhh malasnye nak masuk kerja balik. Haha bukan apa sebab dah biasa duduk rumah kan?? Padahal dekat rumah pun bukan goyang kaki pun. Dari pagi smpai ke malam kerja kat rumah pun tak sudah-sudah.

Tak ada apa yang aku harapkan untuk tahun baru ni melainkan semuanya berjalan lancar. Diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki. Aku juga berharap sangat baby Laana diberi kesihatan yang baik untuk pembesarannya. Eksaited sangat nak tengok dia membesar. Macam mimpi pulak tahun ni ada budak tecik ni dalam life aku and en. suami. Hihihi Lepas ni semua benda yang aku lakukan dalam kepala mesti dok terpikir budak ni. Hadiah paling bermakna untuk 2015 ni of course la baby Laana. Hope aku dapat jadi ibu terbaik untuk dia.

Apa yang aku harapkan untuk tahun 2016?

Rumah 
Untuk tahun 2016 ni jugak aku menunggu rumah siap. Rasanya dah tak lama lagi nak siap. sO tak perlu nak menyewa lagi laa. Walaupun bulanan dia agak walaahhh jugak, tapi nak buat macam mana, terpaksa juga beli untuk aset. Tak larat lagi dah nak mendaki tingkat 4. Rumah yang aku beli ni rumah teres setingkat jek pun. Tak besar mana tapi cukup la untuk keluarga kecil aku. Setakat ni bertiga laa. Hihihi .. tahun untuk ikat perut la sebab banyak perbelanjaan pada rumah tu nanti. Grill, kabinet dapur, cat, peralatan dalam. Huhuhu.. Tak sabarnyeee..

Novelis
Cita-cita dan impian yang dah lama sangat ni aku idamkan. Manuskrip tak pernah habis. Tapi dalam kepala idea tu mencurah-curah cuma tak ada masa lagi. Sekarang ni memang kene buat 2 pekerjaan pun untuk menampung kos sara hidup yang makin tinggi kan?? Jadinya aku akan make sure manuskrip aku siap sebelum akhir tahun 2016 ni. Dah lama sangat peram impian ni !!

Rasanya cukuplah 2 dulu impian yang aku nak capai untuk tahun 2016 ni. Kang banyak-banyak ni takut tak tercapai pulak. Hihiihii Okey laa tak sabar rasanya nak menempuh dunia baru. counting dayss ^_^


goodnite ollss . . . . . .