Tabung nuffnang sayer :

Monday, 31 March 2014

Fuh ! Selesai Book review \O/

 
 
Kulit buku
 
Okey. Memula dah tunjuk kan buku apa yang aku review minggu lepas. Huhu dekat opis aku ni, All officer 41 mesti and WAJIB buat book review. Tak kiralah bila. So kene bersedia bila nama keluar and ada dalam senarai. Selalunya senarai nama memang disediakan oleh pihak library kami. Jadi tup tup tu pulak nama aku keluar untuk book review March 2014. Fuh !!! Berpeluh den. Jadinya aku telah ke library untuk meminjam buku seperti tajuk di atas. CREATIVE CONSPIRACY. huhuhu Nak tak nak memang kene buat jugak. So selalunya top management pun akan hadir untuk dengar book review ni. Book review cuma dijalankan sebulan sekali je and setiap bulan tu cuma 3 officer akan dipilih untuk membentang apa isi-isi buku yang dibaca .
 
Aku dengan buku yang akan dipresent selepas ini.
 
ni presenter pertama
 
tengah nervous sambil tunggu turn nombor 2

Warga / staff yang datang untuk dengar book review. Masa ni Dato' TKP 2 kami beri penjelasan. Kebetulan part presenter 1 ni present buku pasal bidang bahagian mereka "Regulatory"

Okey turn aku dah sampai. Prepare untuk masuk slide dalam laptop. fuh ! Cuak ! CUak !!




Yeay ! Tamat... Presenter ketiga plak buat book review

selesai je presentation, kami bertiga diberi token of appreciation =) Selamattttt
 
Okey sebenarnya tajuk perbentangan buku aku tu adalah  "Creative Conspiracy : The New Rules of Breakthrough Collaboration" Buku ni more on tips how to collaborate, and create some creative thinking or ideas. In terms of any project or tugasan yang telah diamanahkan untuk kita. So bila ada sesuatu tugasan misalnya, mestilah kita memerlukan sesebuah kumpulan kan? Dari situlah akan wujudnya macam mana kita nak hasilkan sesuatu idea yang baik, kita memerlukan team, macam mana team yang kita nak pilih. Apa ciri-ciri orang yang kita nak elak untuk berada dalam kumpulan kita yang menghalang kita dan ahli-ahli lain untuk menghasilkan tugasan yang baik. Jadi dalam buku ni ada memberi tips untuk kerjasama yang baik. So boleh la sesape lepas ni baca buku ni. Kat bawah ni aku selitkan juga slide presentation aku. Hihihi. Aku tak amik semua pn as book review. Aku amik yg penting-penting sahaja.
 

Biodata penulis.

 




Friday, 21 March 2014

JERUK MADU PAK ALI !!

Oh lupa pulak aku nak selit pasal Jeruk Madu Pak Ali masa aku ke Pulau Pinang minggu lepas. Ralik dok cerita agenda kat sana, lupak plak benda paling best boleh di sharing dengan u Ollss ! Haaa sesape yang p Penang tu, memang rugi kalau tak cari kedai Jeruk Madu Pak Ali ni. Sebab Jeruk dia bukan macam jeruk-jeruk biasa tau. Sedapppp sangat !! Memang lain. Peminat tegar jeruk memang tak melepaskan peluang laah kalau ke Penang. Harga pun berpatutan. Macam aku, feveret sangat jeruk mangga ni haaa. Pek besar dalam RM6.50 mcm tu. Jom layan gambar jeruk k
 
Jeruk fevered. Suka mangga ni je =)
 
baca kandungan dia =)
 
 

Tuesday, 18 March 2014

Sambil menyelam minum air =)

Minggu lepas sangat busy. Eh bukan minggu lepas jew. Actually sepanjang bln ni tersangattlaaa busy. Huhu pasai tu la lama tak update entri baru ! Huhuhu Banyak perkara nak fikir. Mana nak fikir urusan kahwin lagi, kerja lagi =( Huhuhu sO minggu lepas ada outstation di Penang. Jadi dapatlah bekerja sambil hilangkan stress. Tapi sebenarnya keje di luar lagi banyak stressnye. Hadehhh Balik je dari Pulau Pinang tros pack balik barang untuk balik Kuantan ^_^ . Tapi bersyukur lah busy pun dapat elak masa terbuang je kan?? Masa ke Pulau Pinang tu, teruja pun ada jugak, walau cuak nak kene fly. Dah la time tu MH370 baru je hilang 3 hari kan? Dah pulak nak kene fly ke Penang. Penang je pun, tapi macam rasa cuak jugak dalam flight memakan masa 1 jam tuh. Ish ! mintak dijauhkan. Panjang lagi kehidupanku dan masih banyak amat ibadat tak puas nak buat ni. Kumpul pahala banyak. sO kronologi sepanjang ke Pulau Pinang tu agak memenatkan. Masa sangat pack ! fuh !! Nak bernafas tu pun payah. Kepala asyik mengantuk je keletihan.
Dari jendela flight FY2088 (hihi naik Firefly je sebab dekat nak ke Subang berbanding KLIA)
Jam 12 dah bergerak ke Airport Subang. Flight berlepas dalam 2.20 petang.



Baru sampai USM



Sesi perbincangan dengan pihak USM . Actually we all arrived dalam 3.20 pm, tapi nak amik luggage lagi, nak tunggu teksi, ada yang nak p tandas kan? So dalam 3.45 ptg we all gerak ke USM. Sampai sana dalam 4.30 ptg mcmtu


set up information board. Keje memenatkan. Hampir 140 slide kot nak ditampal. Lepas dah habis bincang sket2 so we all kene set up board untuk Exhibition. Masa ni we all la officer, we all la tampal2. =)






Siap pasang information board di hadapan Dewan dalam USM. Dalam jam 6.00 ptg semua siap dipasang. Penat dah. Nak Chek in hotel pulak
 

Cek in hotel dalam jam 6.30 ptg cmtu, sempatlah nak jama' huhuhu. Dalam 8.30 mlm tu well keluar makan2. mala tu pekena Nasi Kandaq ! =)
 
 
Balik bilik dalam Jam 9.30 mlm. Aku tros iron-iron baju untuk pakai esok. Wuuuuu =( Mata mengantok. Tido2 esok jam 6.00 pg da bangun untuk siap2. Esok pagi tu kene prepare untuk emcee :p
 
 
 
peserta yang hadir pada 12 mac 2014, di USM
 
Rest kejap smbil dengar presentation
 
Program di USM habis dalam jam 2.00 ptg macam tu. Makan2 sat, we all tros balik hotel utk mandi, solat ke rest and so on. Kemudian, 3.15 ptg tu we all kene gerak ke Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Penang. So tros shoot ke sana =)
 
 


Time ni memang tuka pakai sluar da sebab kaki da sakit. Hihi sempoi je. Agenda utama lepas tu nak p jenjalan =)
pekena Pasemboq ! hihi =)
 
malam tu we all balik. Then aku pack baju2 pasal esok da nak check out. Sambil tu waiting bff lama yang nak datang ke bilik. Akhirnya dapat jmpa beliau yang hamper brapa tahun tak jmpa kan =). Sekarang aku memang malas nak make up sangat2 .. Lolss sangat tp selesa. Borak2 lg tau2 je kol 1 pg baru dapat tido. Esok jam 6.00 pg kene bangun da. Haish !


Oke rini turn I kasi briefing :p

 
 
Okla da pnt nak cite . hihii akhir sekali hari ke tiga tu we all smpai ke rumah dalam jam 6.30 ptg jgk. Giloss penat. Malam tros Zzzzzz 

Wednesday, 5 March 2014

Product Review: Vaseline Lotion

Kemain pepagi dah update entri kan? Sesaja sementara FREE kan?? sO nak up entri ringkas sikit. Sementelaah dengan cuaca panas sekarang ni, kulit aku jadi macam menggelupas and tak licin je. Guna lotion lain pun sebelum ni macam tak jadi apa pun. Actually aku tak suka sangat pakai lotion sebab lagi rasa macam melekit, lagi-lagi kalau berpeluh or lepas mandi ke, terkena air ke dia mcm berminyak sangat. Rasa macam licin-licin gitu. sO sebabkan keadaan tu membuatkan aku jarang guna lotion walaupun lotion kat rumah ni dekat 4 btol tak berhabis tapi beli baru. Ni peal masa boros dulu-dulu. Kendian bila jarang guna lotion tmbah pulak hari panas, kulit aku memang jadi kering. Bila garu je menggelupas. Huhuhuhu tengok kulit orang lain licin and gebu je kan??? sO 1 hari tu, masa aku beli belah kat Watsons tu, ada kasi free gift lotion Vaseline. Botol kecik jep. Untuk trial set kan?? Hurmmmm cam terdetik jugak kat hati. Selalu sangat iklan lotion ni dalam TV, tapi tak pernah tertarik nak beli. Lagipun pernah tengok harga dia kat farmasi, memang mahal !! sO malas nak try, sebab ingatkan sama je function dengan lotion lain.


Tapi bila da dapat FREE ni, aku pun cuba je laaa. Lepas dapat tu, balik je tros cuba. Ermmm macam best ! Dia terus meresap dalam kulit kita. Bau pun Wangi sesedap rasa, tak laahhh wanggi giler2 macam lotion perfume. Kira bau yang menyenangkan. Ceyyy nak test kan? Jadi aku try la dalam seminggu. Ermmm paling aku suka tang dia terus meresap tu. Kiranya kalau kita panas or berpeluh tak ada la unsur-unsur rasa melekit and berair dek lotion tu. Masa sapu malam-malam sebelum tidor, mandi esok pun memang tak rasa dah lotion tu. Kiranya dia terus meresap. Kulit pun of course dah tak kering and jadi licin balik macam biasa. SO aku memang decide untuk terus beli lotion ni. Tapi tak nak beli yang pek besar, pasal kalau boleh nak bawak dalam beg ke mana-mana. Kemain kalau dah jatuh hati kan?? So memang produk ni recommended sangat2 ye..


Taraaaa dah beli lotion ni tp size 200ml je. Harga pun dalam RM8.90

Lotion dia kaler pink gitu. Letak sikit je kat tangan so aku akan sapu dari lengan sampai tapak tangan ^_^

Monday, 3 March 2014

List untuk barang-barang Hantaran perlu dari awal-awal

Wow.. Tahun 2014 ni memang tahun mencabar and sangat-sangat busy. Aku je la kot rasa. kekekekeke.. Tak tahulah u olls pun feeling macam tu ke tak ? Tapi setiap hari rasa macam ada je benda-benda nak dilakukan. Dalam kepala dah ada senarai nak buat. Tak kiralah personal or pasal kerja sekali pun sebab kerja pun bertimbun sangat-sangat di pejabat lately. Macam-macam benda dan aktiviti nak dibuat. Plus-plus terpilih jadi jawatankuasa itu ini kann ?? Feeling cam orang penting sangat, tapi tak lah penting sangat pun. Hurmmm ... Oke ! beralih topic. Sebab macam tak kene je kan dengan tajuk di atas?

Okey Bab barang-barang hantaran . Huhuhu ermmm secara puratanya .. Ceyyyy .. purata tak tahan tu. Selalu kita perhati rata-rata orang beli barang yang mahal and branded untuk hantaran. Ermmm tp klau aku, aku akan pastikan hantaran tu semua yang memang aku pakai. Contoh kan, Kalau beli kasut as hantaran, jangan beli yang lace ke, yang tinggi cantik and bila lepas majlis kahwin nanti, kasut ut u Olls simpan dalam almari je sebab Nampak over kalau nak bawak berjalan or ke opis, Sebab terlalu tinggi jadi tak leh bawak jalan-jalan nnti sakit kaki berjalan lama, and so on laaa. sO pe kata beli je kasut yang boleh bwak teros berjalan. Kalau nak khas untuk ke opis, ha pun boleh beli kasut untuk ke opis. Ada banyak yang cantik and selesa dengan harga berpatutan. Okey bercakap dari pengalaman observe seseorang =)

Tak nak banyak membebel sangat pun sebab lain orang lain caranya. Mungkin ada cara dia tersendiri kan? sO sebenarnya untuk hantaran kahwin aku nanti, aku dah start beli pun sikit-sikit walau kahwinnya awal tahun depan kot. Ni pun salah 1 cara untuk menjimatkan keadaan . Hihihi beli time sale and beli sikit-sikit. Kalau nak beli sekali harung semua tu ermmmm macam banyak pulak keluarkan duit. sO setakat ni dalam perancangan aku dan dia nak buat hantaran 7 berbalas 9 hantaran sahaja. ^_^ . Of course la sebelah lelaki 9 dulang dan perempuan pulak 7 dulang.  Tapi mostly barang-barang hantaran yang hampir complete ni kami beli sikit-sikit. Itu pun barang yang boleh di simpan laa. Beli sikit-sikit means sambil-sambil kumpul duit untuk barang tu and bila ada masa so beli. Hihi Jadi lama-lama tak sedar barang dah makin complete. Antara barang-barang yang ada pada senarai bawah ni adalah dibeli start bulan Mei tahun lepas. sO da nak complete boleh lah focus untuk duit majlis pulak ^_^.


Checklist dulang hantaran:
LELAKI :
1. Cermin mata Rayban - Done
2. Jam tangan G-Shock - Done
3. Kasut jalan Primavera - Done
4. Baju Melayu sepasang  Crocodile - Done
5. Baju t-shirt & Kemeja Polo - Done
6. Towel Jean Perry 2 helai - Done
7. Wallet Levi's  - Done
8. Chocolate - not yet
9. Cincin nikah - not yet

Barang-barang lelaki already complete. Tinggal 2 je barang dia lagi nak di cari. Itu pun untuk chocolate aku biarkan untuk last minute nanti.

PEREMPUAN :
1. Handbeg Coach - Done
2. Jam Tangan Elle - Done
3. Batik crepe Terengganu 2 helai - Done
4. Mas kahwin + gelang emas - Done
5. Dulang wang hantaran (10 Dinar + Cash) - Dinar done, Cash not yet
6. Alat make up - not yet
7.Telekung & Rainbow Tafsir quran - Done

Hihihi legaaaaaaaaaaa giler bila buat checklist untuk barang-barang hantaran yang sudah semakin selesai. Huhu kalau tak pening jugak kepala nak memikirkan barang and duit ckup tak. Dengan keperluan untuk akad nikah dan bersanding lagi. Gulp !! giler la banyak duit nak pakai.. HUhuhu tapi nak berbelanja secara berhemah je untuk nikah ni. Sebab tak nak laa membazir untuk benda-benda yang hanya pakai 1 hari and beberapa jam je ni pun.

Untuk make up tu aku nak choose beberapa item brand M.A.C. Plus-plus aku ni memang suka bermake up jugak kan? Jadinya start bulan 1 lagi dah kumpul RM100 sbln dalam sampul lain untuk beli make up. Jadi dari aku dah terbelanja beli baju ke, benda-benda merepek kan? Aku dah simpan untuk beli 1 lagi hantaran make up. Oh memang konsep aku dan dia, kitorang beli barang masing-masing. Beli je apa nak beli, sO masa nikah nanti just exchange je barang-barang. Hihihi .. Simple. Jadi tak lah smpai kene berdua jugak nak beli barang-barang. Haish sekarang tengah pening macam mana nak hias hantaran-hantaran ni semua. Huk huk.. we all ada je mengjengah idea- idea terkini. Hurmmm what should I ???
 
Klau boleh nak dulang macam ni

Macam ni oke ke?? Hurmmm

Nice gler yang ni. Huk huk tapi byk nk pakai fresh flower kan ? Tapi bole je limited kan

Ni pun nice.



macam nice jugak. RM25.00 beli 10 dulang RM100



Hiasan bakul pun lawa tau. Lagi nmpk cute. ^_^
Tapi bakul ni mahal sgt. RM35.00