Tabung nuffnang sayer :

Thursday 23 October 2014

my first trial TOMYAM PEKAT ALA THAI

First trial sangat kaaannnn ?? Hahaha orang first time baru nak belajar memasak gini la jawabnyaaa. Ala resipi ni pun aku google jugak kot. Tapi tak ingat kat mana, sebab aku cari randomly sajoo. Jadi resipi pun aku main ingat-ingat masa zaman pernah tolong mak masak dulu-dulu. Ada la jugak kenkadang masuk dapur tolong kacau-kacau kuah. sO malam semalam decide nak masak tomyam la pulak. Sebenarnya dah lama nak masak, tapi bahan-bahan tak cukup pulak. Kalau tak ada serai + daun limau purut memang tak jadik laaa tomyam ku ini.
Jadi malam semalam operasi bermula lepas pergi carik 2 benda tu. Aku memang start masak resipi2 yang simple dlu. Sekarang kan dalam proses belajar memasak. KONON sangat kan?? Yee aku memang tak pandai masak. Sebab tak di trained dari kecik lagi. Semua yang dah prepared atas meja. Even baju pun dah siap bergosok. Tapi nasib baik tahu iron baju yee u olls !!


Beginilah hasilnya tomyam aku. Ok la kan? Ada jugak rupanya. Bila rasa pun yess ada rasa tomyam, masam-masam gittew. Hahaha tak sangka pulak I did it !! Berjaya jugak aku menghasilkan tomyam ni ye?? sO tomyam cara aku la kan??
Bahan-bahan :
Cili giling jenama Puteri
Lengkuas 1 inci
Bawang merah 3
Bawang besar 1
Bawang putih 3
Serai
Daun limau purut
Sayuran (Boleh ikot suka) Macam aku pakai tomato, carrot & bunga kubis
ayam dipotong dadu and kecik2
garam + Gula macam biasa
Air asam jawa
Kiub tomyam Maggi
Cara-Cara :
1. Aku blanderkan sikit bawang merah, bawang besar, lengkuas and bawang putih tu jadik 1 bahan lain. Kemudian aku tumis bawang-bawang tu sampai naik bau. Hihihi Pandai pulak nak kasi2 resipi kan?? Huhuhu tapi tak apa sebab resipi ni menjadik.
2. Lepas bau dah naik tu, aku masukkan cili giling tu. Masukkan banyak pun tak apa. Aku gaul-gaul then masukkan ayam yang dipotong kecik-kecik dah tu. Part ni tulang tak yah ada langsung naaaa. Kemudian tutup dengan periuk dalam 3 minit macam tu jadik laa bagi ayam masak.
3. Bila dah 3 minit tu, buka periuk and gaul-gaul bagi rata lagi. Then aku masukkan semua bahan-bahan untuk tomyam. Daun limau purut, serai, sayuran. Gaul jek lagi and aku masukkan kiub tomyam tu.
4. Bila da Nampak sebati tu, aku masukkan air asam jawa dalam 1 cawan. Gaul-gaul lagi then masukkan air sampai cukup dengan sayuran korang. Time ni boleh masukkan garam or gula ikot lidah sendiri. Then tunggu la sampai masaakkkkk !!!
Hihihi sedap makan dengan ayam goreng. Ayam goreng pun aku gaul dengan tepung beras, serbuk kunyit and serbuk goreng ayam yang macam KFC tu. hahaha siap !!! Senang je kan tomyam tu. Kalau nak lagi berselera goreng la telur dadar. Itu pelengkap menu tu. Nak nak kalau ada ikan masin. Perggh !! Ok bai 

Tuesday 21 October 2014

Ayam Buttermilk + Cheese

Hello lama bebenor rasa tak update. Hihihi 2 hari nih macam busy jek sebab attend talk di Royal Chulan Hotel, Kuala Lumpur. Nak tak nak memang kene dengar dari pagi smpai ke petang. Jadik tak ada masa nak update entri. Pagi tadi pun event tu dirasmikan oleh our Prime Minister. Oh ya, sebenarnya nak chegite pasal Berjaya memasak. Hahahaha mesti orang cakap kelakar kan? Sebab memang aku tak lah pandai memasak sangat. Entri sebelum ni aku ada beritahu pasal memang dari kecik, mak memang tak pernah ajar pun. Selalu semua maid yang prepared. Kitorang tahu NGAP !!! sajooo. Dasyat kan? Last sekali diri sendiri yang rugi sebab tak terror nak memasak. Ish !!! menyesal tau !
Tapi... tapi.... tak apa, memasak ni boleh belajor. Minggu lepas, entah kenapa tetiba hati ni berkobar-kobar nak sediakan ayam masak butter kan. Hah jangan tak tahu chicken buttermilk ni one of my favorites wei !! Kalau lunch dengan kengkawan opis kat atap-atap (kedai makan Rashid Sidek), confirmed benda utama aku order Ayam garlic butter. Kat situ tulis macam tu laaa. Tapi aku try google cara nak masak tu, ayam buttermilk jek pn. Tak ada pulak garlic. Hihii sO jumaat lepas, lepas habis keje tros pegi carik bahan-bahan untuk masak.

Bekal untuk en.suami. Aku panaskan yang lebih tu untuk dia bawak pagi esok

Hihihi ni kira kali kedua la aku masak kan. Before yang cempedak goring tu. Hihihi Alhamdulillah berhasil dengan jayanyaaaa. Haha padahal main campak jek bahan-bahan. Untuk ayam butter ni pun tak banyak sangat pun bahan-bahannya. Kira senang dicarik ! Bahan-bahan yang aku guna untuk masak ayam masak butter ni.


Bahan-bahan:

1. Ayam dipotong dadu / kecil-kecil.
2.serbuk kunyit
3. Daun Kari
4. Cheese
5. Butter
6. Gula
7. Garam
8. Susu cair

Cara-caranya:

1. Potong ayam tanpa tulang kepada kecil-kecil macam nk goreng kunyit. Perap dengan serbuk kunyit + garam

2. Lepas goreng tos letak ditepi. Jangan terlalu garing nanti keras pulak



Untuk sos butter pulak:

1. Cairkan Butter tu. Setelah cair, masukkan daun kari
2. Dah naik bau, masukkan la 1 tin susu cair. Gaul and masukkan juga hujung sudu kecik cheese
3. Kacau dan api sederhana.
4. Masukkan gula dan gaul sehingga pekat. Dah agak pekat and kena selera anda, masukkan laa ayam goreng tadi. Gaul dan boleh angkat.



Step pertama

step kedua agak2 dah nak pekat

ni dah nk hampir masak. Setelah ayam dimasukkan

Thursday 16 October 2014

Hujan & cempedak goreng

Hehehe semenjak kebelakangan ni, Selangor and KL asyik hujan and mendung memanjang. Cuaca sangat redup dan berangin. sO lepas balik keje semalam, teringat ada cempedak dalam peti. Cempedak tu aku dah siap asingkan bijinye ke dalam bekas and simpan dalam peti ais. Jadik terus terpikir hujan-hujan macam ni best jugak kalau goreng cempedak. Benda dah ada depan mata. Bahan-bahan pun memang ada kat rumah. Makanya aku pun merajinkan diri untuk menggoreng. Hurmm actually aku ni bukanlah pandai memasak sangat, sebab dari kecik memang tak di ajar ke dapur. Hahahaha kesian kan?? Huhu sebab dari umor sekolah rendah, kerja-kerja rumah and di dapur memang maid yang buat. Mak memang amik maid walaupun dia sendiri suri rumah. sO nak salahkan siapa????
 
Sob. . sob.. sedih kan?? Tapi aku dah siap Tanya kengkawan kat opis mcm mana nak buat cempedak goreng ni. Rupanya tak lah sesusah mana pun. Bahan-bahan pun tak renyah and banyak sangat. Pendek kata simple sajooo.
 
Bahan-bahan:
 
1. Secawan tepung gandum
2. 2 Cawan tepung beras
3. Air secukupnya
4. sedikit garam
5. serbuk kunyit untuk kasi kuning-sket
 
Haaa senang jek kan bahan-bahan dia. Tapi kiranya yang aku Nampak bahan yang penting adalah tepung beras la kan? sO aku pun ikot jek apa yang kengkawan dah ajar. Hahaha orang baru nak belaja masak ni memang rasa eh betul ke?? betul ke?? Tapi cempedak goreng ni simple shj sebab kita akan adun semua bahan-bahan tu dalam 1 bekas.
 
Cara-cara:
 
1. Masukkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit sedikit, garam secukup rasa tp jangan terlebih pulak !! Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Gaulkan semua menjadi sebati
 
2. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas.
 
3. Kemudian dah Nampak semua bahan-bahan sebati, baru lah masukkan buah cempedak mentah tu ke dalam adunan. Gaul bagi rata supaya semua kena.
 
Nampak tak terlebih adunan. Haha buahnye skit jek, tapi terletak adunan banyak. Baru first time
 
 
Dah rasa-rasa minyak tu Nampak panas, ok boleh masukkan satu persatu cempedak tersebut.
Hihi hampir siap
 
Tak lama lepas tu sebab aku tengok macam banyak jugak digoreng. So asing siap-siap dalam bekas 1 lg supaya senang goreng pagi esok. Pagi tadi memang aku goreng untuk en. suami bawa bekal ke opis. hihi
 
 
 
Taraaa
 
 
.
 
.
 
.
 
 
.
 
.
 
 
.
 


Dah siap !!

 
Senang jugak rupanya cempedak goreng ni. Wuuuuu kenapa baru tahu ??

Tuesday 14 October 2014

I'm Married ~ Doorgift majlis wedding untuk tetamu

Doorgift untuk tetamu masa wedding?? Sebenarnya part ni laaa paling susah and mencabar minda sebab nak memikirkan apaaa laaa yang sesuai untuk para tetamu istimewa aku nanti. Hihihi Dari awal smpai laa nak dekat2 majlis memang benda ni mak and aku dok terfikir-fikir doorgift apa nak kasi. Mak aku tak nak kasi doorgift yang banyak2 dalam satu beg. Kan ke ada style orang-orang yang 1 beg besar tu dia letak kuih la, air kotak, coklat, roti. Gittew. Tapi mak aku tak nak sebab dia nak buat simple tapi Nampak cantik and orang boleh simpan. HUishhh ! Susah jugak nak carik kriteria2 yang mak aku bagi tu. Hurmmm kalau ada pun selalunya agak mahal jugak laa. Tapi dia cakap tak berapa kisah sangat. Oh doorgift ni mak yang sponsor. sO aku memang serahkan 100% dia pilih and nk buat camne, sebab aku dah bagi idea pun dia still cakap xnak.
 
Tak lama tu, mak aku call and cakap dia dah jumpa benda yang dia nak kasi untuk tetamu nanti. Dah siap tempah pun. sO lepas tempah tu dalam sebulan tokey tu janji akan siapkan. Aku tak laah sure dengan siapa dia order kan, sebab dia yang bank in duit and deal. Tapi bagi u olls yang nak door gift simple kecik and comel boleh lah cuba cara ni, cumanya doorgift ni kecik. Dia cakap senang tetamu nak bawak balik. Ok fine !


 
Taraaa !! tibalaah masa untuk isi gula2 gebus dalam tin ni. Simple jek. Mak kasi mashmallow ada inti gittew




 
4 colour. Kitorang balun semua kaler baru cantik. Hihii
 
Itu sahaja untuk doorgift. Simple kan?? Kos untuk 1 doorgift tu dalam RM5.00 1 tin termasuk gula-gula tu. Mak letak 3 bungkus dalam 1 tin. Dah itu jek yang muat. Order dalam 600 pcs jek sebab jemputan tak berapa ramai dalam 500 cmtu. Sebab memang jemputan untuk wedding tu bajet dalam 500 - 600 orang shj. Then malam tu bawak balik ada lagi sekotak balanced. Dalam 100 pcs lg kot tinggal. Mak cakap nak simpan laa untuk majlis kahwin adik laki pulak. Tapi tak tahulah bila kennn.. Orang laki ni senang jek, time sambut menantu tak laah beria-ria macam kita yang perempuan. Ok habis dah cite pasal doorgift. Actually buat entri ni sebab tajuk ni naik kat keyword aku? Hihihi sape la agak2nye yang taip tu yek??

 

Friday 10 October 2014

Adakah kita benar-benar mengenali pasangan kita 100% sebelum dan selepas berkahwin???

Part ni mesti korang semuaaaa yang dah berkahwin pernah rasa kan??? Maksud aku, sebenarnya kita ni tak kenal 100% lagi pasangan kita sehinggalah kita berkahwin dan duduk sebumbung. Haaa !! Gittew. Sebelum ni kalau orang bercerita macam aku kurang nak amik pot sebab rasa macam dah kenal sangat suami aku sebelum ni. Apadehal kan?? Ceyyyy mcm berlagak sikit. Ye laa aku kenal dengan dia 3 tahun sebelum decide nak kahwin ni. Kira lama jugak la tu. Bergaduh ke apa ke toksah cakap laa. Memang ada semua. So sebab tu kira dah kenal sangat laa kan??? Tapi sebenarnya kita ni belum kenal 100% lagi. Huish.. Banyak perkara yang aku pun sendiri tak kenal dia rupanya.
Kenapa aku cakap aku tak kenal lagi dia 100%? Haa salah satu perangai suami aku ni dia ni pengemas yang amat rupanya. AKu ingatkan pengemas normal macam biasa laaa kan?? Susun atur asal jangan berselerak jek. Tapiii !! Lepas kahwin ni, and duduk serumah ni, mak ai pengemas and pembersih dia kalah perempuan. Dia tak suka tengok rumah bersepah and kotor. Dia nak tengok rumah bersih and kemas jek. Kalau macam aku balik dari keje penat-penat, terus letak tudung atas meja makan ke, apa ke, nanti dia amik tudung tu and sangkut. Ko rasa??? Hahaha atas meja ni memang tak berselerak sebab dia akan susun kemas-kemas. Pendek kata nak tengok barang bersepah tu memang susah. Dia ni macam ada kuasa ting !! Rajin jek nak susun and kemas. Kalau aku?? Kalau dah mai pemalas tu, memang aku tunggu jek laa bila dah bangun ke apa ke baru amik and susun balik. Hihihi
Kasut-kasut pun lepas pakai mesti dia susun balik kat rak. Aduhai part ni aku memang kalau nak masuk rumah memang sepah-sepah jek selipar kat luar. Dia laaa yang amik kasut-kasut tu and susun pada rak balik. Aku pun tak tahu laaahhh mana dia dapat kuasa rajin ni. Huish aku pulak yang rimas. Hahahaha. Sama jugak macam barang-barang kat dapur dia yang susun kemas-kemas. Kalau boleh tak mo ada minyak ke kotor. Hihi
Ruang tamu ni memang kalau aku selerak ke apa ke, mesti akan kemas balik.


barang-barang untuk di dapur pun dah susun kemas-kemas

Tempat rak kasut. Hihi dia xmo ada kasut or selipar langsung di luar rumah. -_-

Dia dah kemas jugak

Ok la tu part rajin-rajin bagi pada dia. Tapi kalau part melipat baju and iron memang failed !! AKu rasa nak ketawa tengok dia lipat baju. Hihi dah macam serupa tak lipat. Iron baju pn dia xpandai. Aptb !! Habis part mengemas-mengemas. Part lain pasal dia adalah caring. Hihihi opss malam-malam dia akan gerak aku, and suruh aku minum air masak yang dia amikkan siap. Aku terkejut jgk kene kejut setiap pagi. Rupa-rupanya dia cakap tak sampai hati dengar aku berdengkur. Jadinya dia amikkan segelas air untuk aku minum. Huhuhu rasa macam aku ni mengganggu dia tidur pulak. Tapi dia cakap orang berdengkur ni waktu tidurnya kurang air dalam badan. Sebab tu dia bagi aku minum air.
Lagi-lagi sikap dia yang aku Nampak laa, dia memang rajin and gentleman. Macam ktorang duduk tingkat atas-atas jugak laa. Lif pun nan hadooo ! Tak apa lah asalkan sewa rumah murah and kawasan ok ! sO setiap barang-barang yang aku pack untuk dibawa pindah, dia yang akan angkut dari dalam kereta ke tingkat atas. Aku pun tak sanggup nak ulang alik naik tangga. Tapi dia xnak aku yang letih. Hihi part ni memang aku terharu jugak laaa. sO setakat ni itu jek la perangai dia yang aku tahu. Harap-harap semua yang positif2 sahaja yeee.

Wednesday 8 October 2014

I'M Married ~ My Wedding Photographer yang Cool !!

Hihi tak habis lagi entri pasal kahwin. Maklumlah banyak sangat boleh share dari majlis2 kahwin ni. Kalau nak cerita memang tak habis 44 hari 44 mlm tw. Tapi kiranya aku pendekkan cerita jek laaa. Harini aku nak story pasal photographer aku pulak. So Far aku memang berpuas hati dengan gambar yang dia amik. Actually kawan encik suami jugak. sO da kenal tu senang sikit. Dari pagi smpai ke malam dia melayan jek kerenah pengantin kan? Lepas jek majlis resepsi tu, we all tros pegi cari tempat untuk photoshoot outdoor. Majlis selesai jam 5.00 petang. Dewan memang officially siap kemas 5.30 petang. Kiranya semua makanan, meja and pelamin dah dicabut la tuh. Tepat gler masa kan???


So lepas semua selesai, we all pergi cari tempat untuk sesi outdoor pulak. Terjumpa satu kawasan tak jauh dari dewan tu jugak. Berdekatan pantai dan bangunan lama. Photographer ni memang suka tempat2 bangunan lama2 and usang2. We all ikotkan saje laa. Lagipun jurufoto tu lg arif. Nak posing pun memang tunggu dia jek bagi arahan. Tapi gambar-gambar dia memang tip top la ! Aku suka. Cantik dan bersih jek. Yang outdoor pun unik2. Sesapa yang mencari jurufoto untuk nikah, sanding and outdoor dengan harga yang reasonable, boleh contact beliau. Lepas sesi photoshoot outdoor selesai dalam jam 7.30 mlm, we all balik rumah mandi solat. Kemudian baru pergi gegar photographer team balik semata-mata nak soft copy gambar. Ini sebab kawan sendiri boleh la camni kan?? haha Meh aku selit sikit2 photo outdoor we all arituh. Tapi aku letak sikit jek la. Hihihi. Semua gambar2 ni aku amik yg raw and original. Meaning dia tak sempat nak touch up and edit lagi sebab ktorang dah amik soft copy and masok dalam fb dan blog.

Aku suka picture ni and lighting dia. Nak jadikan picture ni as cover album laa




Ni dah penat ni tunggu bila next pose. Huhu dengan kasut tinggi lagi !!


Pengantin pegang flash light sendiri. Masa ni otw nak balik ke kereta dah. 7.30 malam. Gelap gler !


Haha ni antara gambar yang jurufoto tu sempat upload after touch up sket colour.
gambar ni pun sempat dia edit selepas seminggu hari nikah ktorang

Ada banyak lagi gambar-gambar outdoor, tapi kang bosan pulak u olls nak tengok banyak2. Tapi apa pun aku puas ati dengan gambar-gambar yang di ambil. Colour pun kena dengan apa aku nak. Memang dia akan ambil gambar-gambar pengantin jek. sO sesape yang ada berdekatan pengantin tu memang ada lah gambar they all. Beberapa gambar aku sempat up untuk entri ni.

Keluarga aku.

keluarga en suami

kawan2 rapat opis aku

kawan2 opis




Bersama pengapit

Hihi kain yang labuh meleret2

my BFF :) Fina dan suami

Keluarga ayah
Ok itu shj gambar2 sempat upload untuk entri ni. Kang upload semua memang tak habis2 entri ni. Oh pakej photographer ni tersangatlah reasonable dan murah. Tak percaya?? Korang like page beliau, ada no whatssap sekali. Tanya. Tak silap aku pakej paling rendah bermula RM1200 untuk 3 sesi nikah, sanding & Outdoor. =) Memang aku gunakan photographer yang sama untuk sesi nikah, sanding dan outdoor. Gmbar2 lain korang boleh tengok link aku untuk entri tunang & Akad nikah dan entri majlis resepsi


Nanti korang like page beliau di pesonapixelphotography

 

Monday 6 October 2014

Married !! ~ My Wedding Reception

Harini macam nak share resepsi aku lah masa wedding tempoh hari. Wedding dah lama lepas tapi baru ada masa nak update entri kan?? So far syukur majlis berjalan dengan lancar walaupun agak rushing sebenarnya. Kenapa rushing?? Sebab majlis aku ni berjalan dalam satu hari semua dari bertunang, nikah dan resepsi. Fuh ! Memang penat habis malam tu. 1 hari tu memang tak dapat rest langsung. Sehari sebelum majlis tu aku dah sibuk-sibuk tolong mak buat apa yang patut. Ayah da tak bagi aku keluar rumah sebab ikotkan memang tak elok pengantin keluar sehari sebelum majlis katanyaaaa. Haaa jadik aku tolong mana yang patut di rumah la. Isi bunga telur, layan saudara mara yang datang dlu walaupun parents aku dah sediakan homestay untuk dorang, tapi saja datang nak tengok pengantin dulu kot. Hihihi
 
 
Malam tu memang tidur lewat jugak. Mata ni tak leh nak lelap pulak walau jam dah dekat 12.00 tengah malam. Adoii nebes ke apa tak tahu la. Tapi rasa macam biasa jek ! Mak pulak petang smpai malam dok di dewan uruskan pelamin and susun atur meja makan. Ayah pulak tunjuk homestay pada saudara-mara yang datang. Ye lah dorang bukan tahu pun kt mn homestay tu kn? sO smpai ke 2.00 pg pn masih ada yang baru smpai and terpaksa laa tunjukkan jalan. Huish begitulah kalau event nak start pepagi esok. Majlis akad nikah start jam 9.00 pagi. Jadi sebelum 9.00 pagi tu terpaksalah bersiap-siap untuk ke sana.
 
 
Pagi tu 6.30 pagi lagi aku dah bangun. Mata ni rasa tak leh nak bukak lagi. Huhuhu rasa macam tidur pn sekejap jek. Sad. haha tapi dengan langkah lemah tu p mandi terus segar balik. Air sejuk gler walau ada water heater pasal aku jenis tak berapa suka guna water heater tu. Bila kene air sejuk tu rasa la nyaman sikit. Segar anak mata and kepala. Aku cuma harap-harap tak migraine laaa. Huhuhu sebab aku ni mudah kene migraine kalau penat or pening.
 
 
Jam 7.00 pagi lagi tukang make up dah smpai and make up kan aku, sO dalam 2 jam jugak la bersiap. Sampai kat Dewan dalam 9.00 pagi jugak. Time tu semua orang dah tunggu aku. Tok kadi pn ada di luar rileks2 lagi lega laaa. sO sempat lah sesi sarung cincin untuk majlis bertunang dlu. Alhamdulillah sempat jadik tunangan orang untuk 30 minit. Hihihihi lebih kurangla sebab campur dengan tempoh tazkirah by tok kadi kan? Oh entri akad nikah aku ada selit dalam entri sebelum ni : Engagement & Solemnization
 
batal air semayang

both parents dua belah pihak
 
Majlis akad nikah habis dalam jam 10.30 pagi macam tu so we all tros shoot balik homestay yang terdekat shj and bersiap2 di sana. Dalam jam 12.30 tghari tu we all dah bergerak ke dewan. Oh majlis ni di buat di The Royal Pahang Golf Club. Dewannya kecik shj jadi senang nak manage kawan2 yang datang.
 
 
Untuk majlis bersanding, aku memilih suite and dress kaler putih shj. Memandangkan dress dah kaler putih, sebab itu aku pilih majlis akad nikah kaler soft pink. Supaya tak lah sama je warna kan? Aduhai.. cuma tak tahannya kene pegang kain tu time berjalan sebab kainnye labuh meleret-leret. Huhuhu pakai kasut tinggi pun masih kain meleret2 macam sapu sampah dah rasa. Sebenarnya aku sangat in LOVE dengan pelamin tu. Hihihi tema macam fairy tales sangat kan?? Lalalalalala
 
ketibaan pengantin


Tak ingat dah berapa inci kasut aku pakai tu. Tu pun masih tak leh sama dengan encik suami








In love jugak dengan Kek 3 tingkat ni sebab sangat sedap !!! Hihii



 
suka gmbar ni sebab semua family both side ada


my family

 
 
Hihihi ok tu jek nak cerita pasal reception aku. Oh ye aku memang amik pakej utk majlis nikah smpai sambut menantu nanti. Harga pn reasonable. Tak mahal. Boleh kata harga dia memang murah laa. Baju pun aku sewa sebab tak minat nak tempah. Hihihi. Lepas majlis ni sibuk dengan urusan pindah rumah. Nanti aku update pasal rumah sewa pulak yee. Hihihi

sempat bergambar di photobooth sendiri :)