Tabung nuffnang sayer :

Friday 27 March 2020

Ruang Membaca untuk si Kecil dengan rak kallax ikea

Selamat malam. Hai dah lama tak update new entri kan? sO entri seterusnya sempena situasi kita sekarang yang dalam tempoh kawalan pergerakan ataupun PKP. Tempoh yg agak panjang dirumah, so salah satu aktiviti yang berjaya aku buat adalah .... MISI MENCARI RAK BUKU... Rak Buku untuk anak-anak dah roboh pulak. Banyak sangat buku-buku bila berat dia pun tak dapat nak menampung lagi. So berhari-hari aku duk memikir rak mcm mana yang nak dibeli ? 

Actually aku pernah share sebelum ni pasal bilik anak-anak. Warna tema adalah lebih kepada PINK & PUTIH. sO tak nak lari dari tema tu. sO nak tak nak memang aku kene cari rak bewarna putih. Putih kan suci bersih sikit. KONON ! Makanye aku dah survey la ni, rak apa yang agak2 boleh menampung buku yang berat. sO tempat pertama aku pergi of course la IKEA. Rak dia agak kukuh dan berkualiti. sO aku pun gigihkan diri ke IKEA. Konon nak pegang sendiri material tu macam mana. Tak nak beli nanti tak sampai setahun dan roboh atau lendut semula. 

Sebelum ni aku memang pernah beli rak dari IKEA juga. Rak tu beli untuk simpan mainan anak-anak sahaja. Memang sangat berbaloi untuk simpan mainan anak-anak. Meja putih tu untuk anak-anak nak bermain toys atau pun belajar. Ruang membaca yang aku maksudkan tempat ni la. Saja buat cecantik supaya anak-anak tak boring. Boleh la main dalam bilik .Tak lah selerak di ruang depan. 

         
so ni la dia ruang untuk membaca tu. Pada asalnye tempat untuk bermain, tapi bila da ada rak buku tu, boleh juga dijadikan ruangan untuk buat homework, membaca dan sebagainya. 2 dalam 1. 


Ni rak yang dibeli dari IKEA untuk simpan toys je. Memang berbaloi sebab senang sangat nak simpan barang-barang mainan dorang yang super banyak tuh! Masukkan je.

Ibu ni punya la semangat nak bagi anak-anak suka macam-macam letak. Dah rupe tadika pun ada. Tapi tak apa anak-anak saya masih kecil. Bila dah masuk remaja, lain pulak dekonya nanti. sO dah lama survey tu akhirnya jumpa la rak yang diinginkan. Juga di IKEA la kan ? Senang nak matchy2 putih dia tu. Sebelum tu nak tunjuk gambar rak sebelum ni. Rak biasa-biasa je beli di kedai atau mall sahaja. Tak dapat nak menampung berat buku-buku lagi. 


Rak buku yang lama. Klasik sangant


so kita transform ke rak baru. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

simple je tapi tema putih pink. 





cermin tu pun beli di IKEA. Anak dara cakap susah nak tgk OOTD. Jadi ibu beli je cermin mcm ni utk tengok OOTD.



Sudut membaca ni ringkas je dibuat. Tak nak terlalu padat atau berat. Cukuplah ada meja dan kerusi serta rak buku. Selalu anak-anak pilih je buku mana-mana dari sini dan duduk membca di meja yang telah disediakan. sO sebenarnya saja nak memupuk budaya membaca je. Tak adalah anak-anak boring dirumah selain main. 

Ok la. so u olls pn bole cuba adakan ruangan membaca untuk anak-anak, supaya dorang rajin sikit nak do homework ke, membaca ke, mewarna or anything else. Ok goodnight!