Tabung nuffnang sayer :

Wednesday 30 March 2016

Hunt for my milkbooster !!

Anyway baby dah nak masuk 6 bulan soon. Then dalam happy.. happy dia nak makan tu, aku pulak down sikit pasal kekurangan stock susu. Tak tahulah kenapa makin merudum hasil sejak dua menjak ni. Actually dah mula datang bulan so that itu adalah antara salah satu faktor jugak tu. Orang kata laaa. Makanya lagi la aku down. Hurmmm tapi sebenarnya tak boleh down and seteress lelama. Nanti susu makin merudum pulakkkv ! sO i must take action la. Tak kiralaaa apa jugak action asalkan boleh banyakkan balik susu badan ni haaa. Bila tengok hasil yang dipam dapat paling banyak kadang 5oz or 6oz berbanding dlu akan dapat 10oz - 12oz persession. Memang seteress la kan?? 

Baby pulak tak nak direct feeding. Dia memang nak dalam botol jek. Maka aku dah jadi ep mom ni since baby 3 bulan lagi. Entah kenapa dia tak nak direct aku pun peliksss bin ajaib jugak nih. Dia macam xpuas nak menyusu kot. If dalam botol ni letak 3oz sekali minum puas hati dia haaa. Aku risau stock xmencukupi jek nih. Adoiii tengok dalam peti rasa sedih and nak menangis pun ada. Actually dah menangis pun -_-'

sO semalam husband cakap tak apa la beli la supplemen yang aku dok usha tu. Ada la jugak aku buat review kan and baca testimoni orang. Ada cakap brand Mamom Milkbooster ni macam okey. Hihihi sO tengah tunggu produk tu sampai ke tangan jekkk nih! Tak sabar nak cuba betul ke menjadik hasilnya. Aku tak pernah amik mana-mana supplemen pun sebelum ni. sO start semalam husband belikan kurma, horlicks, air tamar coco. Huhuhu semalam dah start minum horlicks. Gigih jugak ni nak banyakkan susu balik nak kejar stock kan? Baby minum 30oz 1 hari sekarang. Ini dah termasuk susu hantar pada pengasuh aku letak dalam botol. 3oz X 6 botol so kat situ dah 18oz. Then malam pulak dalam 10oz habis. Total 28oz okeyyyy ! Ni tak termasuk kalau dia dah terlena tu, mamai-mamai dia boleh jugak direct feeding. Hihi itu kalau dia tak sedar laaa. 


see yaaa. Ini session aku untuk hari ini. Pagi 5oz tengahari 6oz. Dapat 6oz kira okey lagi ni. Kalau malam mesti dapat 4oz cmtu. 

sO nanti tunggu lah hasil dari usaha keras aku nih ha. Ini baru hari pertama lepas minum horlicks. Malam ni nak blend kurma and campur dengan susu UHT Marigold pulak. Harap-harap menjadik. Never give up ! I want the best for my daughter. Kenapa aku nak sangat breastfeed my baby?? Khamis lepas, aku bawak baby untuk check up di Kelinik Kesihatan. Cuaca pulak di Petaling Jaya lately dari minggu lepas lepas jam 2.00 petang mesti hujan lebat selebatnya. Tempat lain panas, kat PJ memang hujan setiap hari. 

sO bila hujan tu tak dapat lari dari kene hujan laa. Aku kene hujan baby pun kene tempias sikit laa. Tapi kira kena jugak la. Aku of course demam, selsema btuk agak teruk jugak laa. Hari jumaat dah mula hidung berair, kepala rasa berat dengan suara dah hilang. Baby pun demam jugak. Badan dia start panas. Aku tak bagi ubat. Cuma tuam dengan air. Basahkan kepala selalu. sO hari ke 2 dia dah okey. Kejap jek demam dia baik. Aku?? Hahaha sampai arini still tak baik lagi demam. Tapi dah beransur laaa. Hebat tak penangan baby breastfeed ?? Memang antibodi kuat sikit laa. 

Okey so tunggu jek la produk yang aku order ni yek?? Nanti minggu depan baru aku review hasil dari usaha keras ni ye?

Okey nak pam untuk session petang pulak. Harap-harap dapat 5oz keatas. 


Tuesday 29 March 2016

Set makan Laana

Minggu lepas ada baby Ekspo di Mid Valley. Of course la macam biasa aku mesti pergi punya. Phewww walaupun masa mengandung tahun lepas, tobat tak nak pergi sebab sesak dengan orang ramai. Nak berjalan pun susah. Nak tengok barang pun fuh! memang mencabar jugak laaa. Mana yang bawak stroller nye. Mana yang nak berjalan bawak anak kan??? Tak tahulah aku kenapa baby ekspo ni memang terkenal dengan suasana and keadaan sebegini. Seriouslu rasa tobat tak nak pergi dah wei! Tapi sekejap jek laa kan perasaan tu. Nah tahun ni pantang ada Ekspo terus rasa teruja. Tapi kiranya ni adalah Ekspo pertama untuk tahun ni yang aku pergi laaa. Tak silap aku tahun ni ada 3 ekspo da di Klang Valley sahaja. Kenapa teruja sangat nak pergi Ekspo??? 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Taraaa !!!


Laana dah nak masuk 6 bulan! 

Padahal lagi 20 hari lagik nak masuk 6 bulannye. Tapi eksaited betol ibunya nak membeli. sO adalah reason kenapa nak sngat ke baby Ekspo tu. Kalau ikutkan semua benda and barang dah completed pun. Tak nak pun pergi sesak-sesak tu. Cuma dah alang-alang ke Ekspo sO carik jugak la barang-barang lain yang aku rasa murah di sana. Murah pun habis dekat RM400 jugak pegi sana. -_- pengsannn!!

Memula sampai tu jenuh aku round 1 dewan tu nak tengok set pinggan and cawan untuk baby. Hahaha tak tahu mana yang okey murah and berbaboi la. Tak nak mahal sangat. Kang boleh pakai lama mana pun. Last-last pusing punya pusing dok perati lama kat brand 1 ni ha. Piyopiyo. Cute weh cartoon itik dia. Aku macam teruja jugak la. Price pun ok tak mahal mana. Hahahaha so jadiknye merembat la set piyopiyo ni. Lagipun chinese ramai kerumun beli. Aku rasa aku jek malay dok kat situ. Aku ada tanya kawan opis yang chinese rupanya dia pun pakai. Memang dia cakap brand ni pun ok. Plus boleh masuk microwave and BPA FREE. 

Zoom up set pinggan cawan Laana:

Bib yang boleh basuh. Hihi
material getah + plastik



Mangkuk



Cawan


mangkuk bubur. Hihi boleh panaskan terus 

Opss ! Tersesat. Ni penyedut hidung. 1 letak dekat hidung baby, 1 lagi wayar kita sedut dengan mulut


Hihhi pinggan baby 


sudu + ada  1 ni aku beli benda yang kita leh letak buah-buah dalam karung tu so baby hisap benda tu jek laaa

Last sekali 
Taraaaaaaaaaaa!!

Biskut baby  + makanan dia. 
pun beli kat baby ekspo. Ni aku standby in case la aku buat puri dia for the first time tak menjadik! Maka ada lah makanan dia nak mamam kan?????? 



Sunday 20 March 2016

Misi mencari peti sejuk: apa sajaa untuk baby !

Haish seminggu yg lepas aku sibuk dok usha peti ais. Memula tu fikir punya fikir nak beli deep freezer la. Sebab stok susu ebm nak letak dekat freezer ni tak muat. Al-maklumlah aku pakai peti pintu 1. Peti pintu 1 ni hanya boleh simpan 14 hari sahaja. Pulak space dia teramatlaaah kecik. Kesian nak simpan susu pun kene simpan dekat chiller smpai 5 hari tunggu turn naik ke frozen. Huhuhu. Lepas tu pulak peti 1 pintu ni kene defrost yang tak tahan tu. Kalau tinggal lama dia punya ais tepi-tepi tu naik masyaa Allah seksa aku nak menarik susu keluar. Tersepit dekat ais yang semakin berkembang tepi-tepi. Makanya untuk elak stress setiap kali fikir untuk simpan stok, aku pun bercadang nak beli deep freezer la. Usha punya usha harga deep freezer almost RM500 - RM1500. Punya mahai jugak, tapi berbaloi la bagi yang nak simpan susu sahaja. Macam aku ni susu tak adalah meriah sangat-sangat tapi kalau nak simpan dekat frozen tu perlu jugak space besar. Kalau beli deep freezer tu macam terlalu besar. Hurmm hurmmm berfikir lagi. Memang seminggu tu puas dok berfikir. 

Memang dalam kepala masa mula-mula planning awal nak beli deep freezer la. Tengok google review mcam syoookkk tengok orang simpan susu dalam deep freezer. Deep freezer pulak ada 2 jenis. 1 yang buka atas tu, 1 jenis pulak macam almari. Okey jugak tu tapi mahal sangat. Survey punya survey ada la tjmpa harga deep freezer RM499. Tapi balik tu berfikir semula. Hurmm still rasa macam membazir. Nak beli peti lagi nanti bila masuk rumah baru. Haish tak leh jadik. sO en.suami dok tengok bini dia penat berfikir, dia pun bagi duit untuk beli peti. Hihihi terus senyum sampai telinga and misi mencari peti sejuk yang besar terus. Rasanya tak rugi kot beli peti sebab lepas ni boleh pakai untuk isi bahan-bahan nk blend makanan baby. Nak simpan susu, nak simpan stok solid food baby. Oh banyak nye space peti nak pakai. 

Kalau tengok bahagian frozen peti lama aku memang agak sedih sikit. Huhuhu camne nak ada mood simpan susu ebm banyak2. Kesian baby kan?? Huhuhu masalah peti lama ni :

1. Kene defrost selalu. Kalau tak defrost jadik la camni. Ruang makin sempit and himpit susu-susu. Itu yang jadik susah nak keluarkan susu. 

2. Space agak kecik. Bulan depan baby dah masuk 6 bulan. Nanti nak kene bahan-bahan untuk buat solid food dia. Mana nak simpan sayur, buah-buahan. Makanan solid, susu lagi. Sigh -_-'

3. Susu boleh simpan 14 hari shj dalam frozen untuk peti 1 pintu






Disebabkan selalu pening kepala berfikir untuk beli peti mana? camne nk simpan stok. so en suami bagi duit untuk beli peti baru. Hik hik akhirnya lepas survey beberapa kedai. Teros berkenan peti samsung yang baru. 490L RM2k jgk. Fuh ! Berpeluh nak bayar tapi nk buat mcam mana, peti kan kita beli sekali jek 7 - 10 tahun. sO beli la yang selesa and puas hati terus! 




TQ Encik suami
lepas ni boleh simpan stok banyak2 tak perlu risau space lagi. 

Tuesday 8 March 2016

Laana's Akikah Done !!!

Assalamuaikum and good afternoon ! Hihihi masih kepenatan arini . Mood pun swing..swing balik dari cuti yang lama. Cuti tak kemana pun tapi ada majlis akikah untuk si anak dara cenonet ku. So Selesai sudah majlis akikah untuk Laana. Ibu cuma buat majlis simple-simple sahaja. Hihi nak buat grand..grand membazir. Kita buat yang simple-simple jek. Asalkan meriah.. Hari Khamis tu aku tergesa-gesa balik dari opis. Amik baby. Nasib baik mintak pengasuh mandikan Laana siap-siap. sO sampai di rumah jam 4.30 petang. AKu mintak nak balik awal. Sebab flight 9mlm. Bayangkan kalau ke airport subang tu kenalah pergi awal. sO 6ptang teksi sampai sebab we all pergi airport dengan teksi jek. Dari puchong ke Airport Subang RM40.00 

Smpai airport dalam jam 7.30 petang. Nak check in lagi ting tong ting tong makan sat. Jam dah pkul 8.30 mlm. sO we all bergegas ke boarding. Jam 9.00 mlm flight berlepas ke Kota Bharu Kelantan. Hihihi baby Laana first journey with flight. Ibu dulu masa masuk UiTM Sarawak baru dapat merasa naik flight baby. Baby 4 bulan dah naik flight ! Baby sangat behave sepanjang di airport and sempat tidor dekat McDonalds masa ktorang nak makan. Good girl baby. Eksaited nak balik kampung ye baby? 

Tapi dalam flight tu baby meragam la memula, Sebabnya infant pun kene pakai seat belt jugak. so dia agak rimas and meragam. About 20 minutes jugak la dia mcm menangis and merengek. Last-last aku baringkan and tidurkan dia. Fuh ! Tidur pun. Sampai laaa dan depart. Hihihi bertuah betul. Then dengan mata bengkak bangun tidur dia buat muka confius. Eh aku kat mana???  hahahahaha .. Tok abah and tok Umi dah eksaited jugak tunggu baby. 

Majlis akikah start lepas zohor sabtu lepas di rumah mak mertua di Kota Bharu. Saja nk buat di rumah mertua sebab ramai sedara mara di Kelantan. Kalau buat di Kuantan tak ada sedara mara pulak nak datang. Jauh kot ! Pagi tu baby pagi-pagi dah mandi. Dia bangun memang jam 7 pg setiap hari. Dah tu nanti pkul 9 .. 10 pagi mula la mengantuk. sO dia tidur dulu . Lama jugak tidur. Mana taknya. Tok Abah dia memang pasangkan aircond pagi petang siang malam kalau baby ada. Cucu punya pasal ! cuaca di kelantan memang panas sangat !

Lepas zohor tu aku dah siap-siapkan baby. Dia bangun sendiri and pelik tengok ibu and ayah dia dah siap cecantik. Hahaha suka tengok muka confius dia. 

Taraaa baby dah siap !


Ibu and baby 

family kecil

so far tetamu yang hadir pun lebih 200 orang macam tu. Memang simple pun majlis ni. Tak ada buaian or berendoi. Tak ada pelamin cantik. Memang cukup syarat and asalkan meriah. Itu pun dah cukup meriah dengan tetamu. Doorgift pun tak ada. Sebabnya kami memang menjamu orang ramai. Untuk perempuan akikah cuma seekor kambing. Laana punya akikah seekor kambing biri-biri @ Qibas. Kambing memang habis licin. Sekejap jek la dah habis. Semua lauk memang we all masak sendiri tak ada catering pun. Makcik en. suami yang tolong. Memang dia banyak membantu. Sedap pulak tu!! Alhamdulillah selesai dah pun 1 bab anak . hihi .. semoga Laana jadi anak solehah dan baik budi pekerti. Hari-hari 1 jek ibu mintak dari Allah . Sihatkan baby selalu. Ibu nak tengok Laana membesar dengan sihat. ^_^

Jom layan gambar-gambar majlis Laana tu la










Kalau dia dah rimas aku kenalah calm down kan dia. Bagi dia sejuk. Masuk bilik ada aircond. Nanti dah okey minnum susu bawak keluar balik jmpa tetamu. Mana boleh tuan rumah dok dalam bilik jek kan??



Then setelah 5 hari di Kelantan, we all pun kene berangkat balik ke KL semula. Untungla baby... sebab dapat banyak hadiah dari atok and neneknya.

TQ 

Tok ayah hadiahkan carpert patchwork untuk baby guling-guling lebih selesa and tak miang

Tok Abah hadiahkan stroller. Haha baby ada 2 stroller yer. Stroller ni lebih kecil and ringan. Boleh masuk kereta laaa. Lagi satu dapat termometer check suhu yang pancar di dahi + telinga. 1 saat da boleh dapat result. Mahal jugak tu. huhu

mummy tok sebab hadiahkan gelang emas ala che ta

tok umi hadiahkan rantai emas.