Tabung nuffnang sayer :

Tuesday, 27 August 2013

majlis raya MITI

tghari td xplan pn nk ke majlis jamuan raya MITI . tup2 je reramai free and nl pegi. slalu every year ktorang pegi je. ngeh ngeh... tetiba ada picture aku tanpa motif kn.. haha layan je gmbr ms kt majlis td keyy





 tetiba je Dato' KP dtg join.. pe lg bgambor jgk.



 ni je gmbr yg mknan smpt snap tp sedap glerr!!!!



 k bye tu je hihi



Sunday, 25 August 2013

R.E.U.N.I.O.N or jejak kasih ???



Jejak kasih lah sngat kan? padahal bukan jauh sgt opis memasing. Hhihi tapi bila dah bertemu dengan 2 makluk bernama lelaki kat depan ni memang macam ni lah gaya kami semua.. Semua jadi tak senonoh. Actually hari tu deparment aku ada buat majlis makan2 sempena hari raya. sO mengjemput la kawan kami yang merupakan ex department tu. Alah bukan tukar opis pun. Tukar jabatan je. sO still 1 pejabat cuma berlainan department. Tapi nye pejabat mereka di HQ yang jauhnye kalau naik kereta adalah 10 minit. hik hik hik. Kalau jalan kaki 30 minit jugok ! Tak larat mak** 

sO bila dah bertemu dengan mereka semua cam ni lah gaya nye yeee 
Tengok gambar je laaa 
Tak larat nk bercerita










bila dah mula berkaca mata.


ooooohhh no way!!! makanye sekarang ni aku da mula rabun la yeee... huhu sebenarnya aku cuma pakai cermin mata bila perlu shj. contoh mcm dlm gmbr ni kebetulan ada kelas training utk advance excel.. jadi mata ni memang tak boleh nak nmpk benda2 jauh lagi. so time gini barulah aku pakai. hahaha.. tp spek ni pn baru je buat 2bln lps. hik hik amacam gmbr aku pakai spek?? comel x kak ton *** wink wink!!





 adakah seperti cikgu?? hihi org ckp aku mcm cikgu plak bila pakai spek. tapi apa2 pun jglah mata anda wahai kawan2.. power aku still xbyk cuma 70 dan 50 shj. tp da rabun jauh. aiyoo... klw da kene pakai spek bkn murah kosnye. spek biasa2 aku wt ni pn dah rm380. plastik biasa je. Jadi jg la pemakanan utk elak dari mata rosak lbh trok.

k bai . itu je, jom tdo. esok keje. Esok ada gmbr reunion plak nk d kongsi hihihi tunggu..... **bajet je cm ada org nk tgk kn. huhu





Friday, 23 August 2013

Kad Kredit approved 1 jam !!

Hye lama betul tak berblogging. Petang ni saja update 1 entri untuk knowledge orang ramai and blogwalking .. Kalau aku ada masa FREE sikit bolehlah nak BW and update new entri. Oh sebenarnya nak cerita pasal kad kredit. BUlan September nanti aku ada keje di Bangkok, sO semua urusan penerbangan and hotel mestilah nak di bOoking melalui kad kredit. Huuuu sO terkial-kial la aku nak cari kad kredit. Kalau ikutkan memang aku ni jenis tak suka pakai kad kredit. Bukan apa, sebab takut la terlebih berbelanjaaaa... Niaya!!
Tapi nak tak nak sekarang ni kene la apply jugak. Tapi rata-rata bank aku pergi and Tanya semua boleh tahu status and dapat kad dalam tempoh 14 hari!!!! Mak ai lama bebenor. sO bagi sesiapa yang pernaha ada situasi macam aku yang memerlukan penggunaan kad kredit untuk tempoh sekejap, bolehlah ke Maybank centre di The Gardens, bersebelahan dengan MidValley ! Wuuuu Kat situ boleh siapkan dalam tempoh 1jam sahaja!!! sO selesai lah keje aku. Bagi sesiapa yang urgent untuk buat kad kredit, bolehlah ke Maybank di The Gardens. Beroperasi dari jam 9pagi - 9 malam.


sO ni lah diaaa kadnyee.. Aku amik yang Maybank Islamic sebab memang nak cara islam.
Kalau boleh nak yang ikut segala syariat islam laah ^_^ . Tak nak berjawab nanti-nanti kat sana or dikira bersubahat sebab cara islam ada, kenapa kita menggunakan cara Conventional. Itu dari segi pemahaman aku lah ..

Okey tu je nak chegiteeee ^_^

Sunday, 18 August 2013

kembali bekerja !!!!


Heellooo good morning ollss... Huhuhu harini aku dah kembali untuk bekerja setelah 12 hari bercuti raya sakan. Adoiii seyes rasa cm betul-betul liat nak bangun pagi tadi. Ha ha ha dari jam kunci pkul 6.30 pagi tertido sat, bangun 6.45 pagi. Pastu tertido balik tup tup terjaga jam da pkul 7.00 pagi !!! Apalagi berdesup siap-siap untuk ke pejabat. Nasib baiklah sempat punch in before 8.00 am! Tapi harini pun macam mood malas-malas lagi nak start keje. ADalah belek-belek fail kan? Hahaha orang kata baru nak panas enjin. Hew hew hew ... sO dari ingat dok tak de keje, aku pun senaraikan apa keje yang aku PERLU buat sebelum end of August!!!! Mak ai bila senaraikan punyalaaaa banyak ! Ini shj kerja-kerja sebelum bulan Ogos. sO dengan rasa bersemangatnye aku kene la siapkan kerja-kerja ni sebelum bos tanya.
 
 
Okey.. selamat Hari Raya yewww... Nak sambung kerja. EsOk update entri lain pulek.
 
 
Bye!
 
 
 
 

Friday, 16 August 2013

DIY kotak hantaran perkahwinan ala RUSTIC










Haaa mesti korang dah tengok semua gambar-gambar aku upload dalam entri ni kan ? sebenarnya gambar-gmbar ni aku amik secara kebetulan jew masa teman kawan aku cari hadiah untuk kawan dia kahwin. sO alang-alang masuk dalam kedai tu, aku punya lah teruja pasai terjumpa kotak yang comel ala-ala rustic nih !!! Sape yang baca blog aku yang lepas-lepas mesti tahu yang aku ni memang minat barang-barang Rustic sampaikan wedding aku nanti pun nak tema ala RUSTIC!! sO masa dok jalan-jalan tu aku snap beberapa picture lah senang nanti nak tahu kedai mana nak pegi if cari barang-barang Rustic. 

Dalam majalah Pengantin bln lepas aku ada tjumpa satu gmbar yang gubahan hantarannya menggunakan kotak kayu. Memang cantik sangat dan nampak Rustic. Kalau Nak lagi cun, letak lah bunga-bunga kat dalam kotak tuh. Lagipun harga kotak-kotak tu dak lah mahal sangat. Bila belek-belek, ada harga RM29 sekotak. Ada RM39 sekotak. sO kira boleh sangat untuk sape-sape yang nak cari inspirasi DIY gubahan hantaran perkahwinan nih. 


Kotak kayu 9 kotak (untuk lelaki) RM29 x 9 = RM261
Bunga plastik untuk hiasan = RM100

Total baru RM361 ^_^  (untuk anggaran kepada pihak lelaki)


Kotak kayu 7 kotak (perempuan) RM29 x 7 = RM203
BUngan plastik untuk hiasan = RM100


Total baru RM303 (anggaran jika untuk kepada pihak perempuan)


sO mahal ke? Tak mahal kan??? 
Jadi apa nak buat? tepuk dada tanya selera nak DIY untuk berjimat atau membazir dengan gubahan yang mahal-mahal.


oh bawah ni cuma gambar contoh dari encik Google ye :)








Thursday, 15 August 2013

DIY hiasan bilik pengantin ??


Haa sementara orang lain dok upload gambar-gambar raya, aku plak dok upload idea DIY. tup tup je terlintas dalam fikiran benda yang boleh cut cost untuk hari perkahwinan. Bukan apa, sekarang ni mana-mana pergi mesti orang dok cakap pasal isu kahwin yang semakin mahal. Nak nak je ada artikel pasal wang hantaran yang makin mahal dalam paper kosmo tempoh hari. sO tetiba je berdesup idea ni masuk kalau laa aku kahwin nanti part yang boleh aku cut cost untuk jimat adalah BEDROOM !! Eh setakat bedroom je kot, tak akanlah nak spend mahal-mahal smpai beribu beratus-ratus kot ?? selagi boleh DIY, jom DIY ! 

Haa gambar atas tu gambar bilik aku. Memang aku suka simple-simple jew. stil Rustic style. Kalau korang penah baca entri aku yang sebelum ni mesti ada cerita pasal wedding impian aku yang ala-ala RUSTIC ENGLISH kan? 




nilah keratan akhbar yang aku sempat snap dalam paper kosmo tempoh hari. Keh keh keh... Lelaki sekarang memang sibuk kerah tenaga cari duit untuk wang hantaran kan? Alah bagi aku, aku still berpada-padalah and tak adalah sampai membebankan pasangan kita. Lagipun banyak duit nak pakai lagi lepas raya. sO buat apa membazir?

Oh so apa yang aku nak bagi idea untuk DIY ni senang jew.. Haa hobi terbaru aku nih tetiba kalau nampak benda-benda yang tengah sale or murah untuk kahwin terus je aku grab!! Contohnye macam cadar kat gambar bawah ni. Cadar ni pun kebetulan je aku jumpa ngah sale kat juscO. Tak ada secebis niat pun nak membeli cadar kan? Ayat macam novel sgt! 

Haaa sO belek punya belek, sentuh kain, pegang letak, kain dia memang best giler ! Rasa mcam baldu. Memang lembut sesangat. Aku memang cari tema putih or cream gitu. Kalau cream pn cantik apa. Nampak jugak RUSTIC nyeee. Tak kisah lah. Pegang punya pegang, tetiba je tengok harga. RM599.90. Mak ai ! Mahal bebenor . Ermm tak jadik nak pegang lelama.. Maybe cadar-cadar yang best macam gini mahal kan? sO aku pun memang tak ada niat langsung tu teros nak blah da, tapi tetiba ada cina yang promoter kt JuscO tu panggil aku. Dia cakap ada sale 70%. Rugi tak beli sebab kain elok dan ada sale. 

Aku sempat lah dok garu garu kepala. 70%? tinggal bape lah kan? tup tup bila dengar je cina tu cakap RM180 after less aku pun buka la mata luas-luas. RM180 !! Eh murah kot. Mana aku nak cari cadar murah cmtu??? Kene tema plak kan? MEmang ada macam-macam kaler tapi aku memang cari cream or putih. sO tips pertama aku korang beli cadar ni time sale. Sale yang besar-besaran. Cari cadar yang boleh dipakai lepas nikah. Bukan untuk nikah je . RUgi la kalau pakai untuk time nikah je yang penuh ropol-ropol bagai. Aku dah cakap aku suka yang simple jew . 





Kemudian tak lama tu, aku ada jalan-jalan lagi kat Giant area umah aku. Aku tersempak kedai LOVELY yang tengah sale 50% semua barang-barang dia. Masa lalu kat kedai tu, aku ternampak sarung bantal yang ala-ala RUSTIC gitewww... So aku terus la masuk bertanya kat orang jaga kedai berapa harga. Korang percaya tak ? 2 sarung bantal ni harga dia RM50 ??? Haa sebelum less harga dia RM100 so lepas less jadi la RM50.00 


ni lah dia sarung bantal tu. RUSTIC sangat kan? haa bantal ni nanti aku akan letak sebagai hiasan kat atas katil. Kalau rajin nanti aku letak pulak 2 buah bantal kaler merah baldu pulak. Kalau nak lagi cantik suasanan bilik tu, cari je Fresh flower yang kaler merah dan putih. hias je kiri dan kanan kepala katil. Langsir pun memang aku biarkan putih. Karpet memang maintain merah. Sebab kalau banyak kali nanti nampak berserabut. Kalau nak unik lagi kelopak2 bungan boleh letak atas cadar katil untuk nampak suasana bilik pengantin .. Kalau nak lagi meriah boleh letak hiasan bunga kipas kat tengah-tengah langsir, contoh macam dalam gambar di bawah




so kos yang aku guna untuk katil 

Cadar RM180
sarung bantal RM50
fresh flower + pasu bunga RM80 
bunga kipas RM40 

Total RM350

Sunday, 4 August 2013

Nak sama katanya ...

Hari ni hari terakhir Ramadan tahun ni aku kerja. Yippi !!! Happy pulak rasa, tapi semangat nak keje merundum la pulok. HUhuhu apa pun aku memang kene settle kan beberapa keje sebelum balik bercuti selama hampir 2 minggu uollss !! Start esOk 6hb Ogos - 17hb Ogos aku bercuti. ^_^ .. Aku jarang balik kampong, sO alang-alang ni sj cuti lama skettt.. Nak rileks and coti-coti Malaysia kejap. Oh dah jauh tersimpang pulak. sebenarnya nak share story pasal colour baju raya tahun ni. Haa tahun ni tetiba mak aku buatkan colour merah menyala. Ermmm boleh la diterima. Tapi tup tup my encik cinta hati pun sebOk nak cari kaler baju melayu merah jugakkkk.. sO sbtu lepas meneman dia usha baju melayu kt Kompleks PKNS jewww.. Orang memang ramai time tu, tapi redah je laa. Nasib barang-barang aku sendiri untuk raya aku dah beli awal, tapi haritu sempat jugak lagi merembat tudung kat Gulatis haaa.. Perempuan tak sah kalau keluar tak membeli kannn ?
Ha ni laa kaler baju raya untuk hari pertama.. Semalam dapat whatsapp dari mak yang baju aku dah siap. Legaa ! Alhamdulillah. Maklumlah duduk jauh tailornye jadi tak ada masa nak balik amik tahu pasal dah siap ke idok baju aku haaa.. sO tema aku sendiri tahun ni merah. =)


Kebetulan dapat pulak cari tudung kaler merah macam ni. Kira okey lah sebab baju aku pun Tanah kosong. sO kiranya kalau beli corak-corak skett ta ada hal la kenn ??

Handbeg raya tahun ni memang main beli jek. Tak penah plak terpikir nak beli untuk raya ke hape kee.. Asalnye aku beli sj berkenan. Macam colouring gitu, jenis tote kan? Aku memang suka jenis tote sebab boleh isi banyak benda and selesa masa nak bawak.


simple jew


Tak sedar plak, sebenarnya nk tjuk baju melayu encik cinta hati yg beli katanya nak sama kaler dengan baju aku. Walau merah dia redah jgk beli. Tapi nasib baik merah ni cantik. Hihihi ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



yeay akhirnya semua benda dah beli dan Aidilfitri bakal tiba tak lama lagi. Harap sangat tahun ni dapat sembahyang raya ^_^

Okey malam ni nak gerak balik kampong da. hew hew hew...