Tabung nuffnang sayer :

Wednesday 26 October 2022

HI-TEA TEMA TWILIGHT DI LAMAN GAHARU EMAS, KOTA KEMUNING SHAH ALAM

23 Oktober 2022, 11.30 malam.. 

Assalamualaikum wbt... Hello kembali bersiaran. Hehehe setelah lama kan janji nk update selalu secara konsisten. Seriously content untuk sharing banyak gler tapi aku tak sempat nak menaip. Ada baby .. aha alasan ! 

Okey la. Kalini nk share 1 tempat yang aku rasa menarik nyee untuk korang-korang yang nak cari private place untuk adakan kenduri kahwin, hi tea or apa-apa event je la yang bertema twilight. Aku memang ckup suka tema macam tu sebab pengaruh cerita twilight yeee. Memang dari luar tu nk masuk ke situ agak konfius sedikit. Sebab korang akan rasa mcm weh luar mcm biasa masuk dalam, eh aku kt mn ni ?? Lawa betul tempatnya. 









Lawa tak korang ? seriously masa first time masuk pun dah teruja. Hari tu owner tempat ni jemput kami hi tea je dekat lamangaharu ni. Oh ye nama tempat ni lamagaharu. Owner tempat ni jemput 1 taman perumahan kami untuk borak2 santai petang. Pagi tu ada event kahwin dah so dia kekalkan deco twilight tu untuk kami hi tea pulak petang tu. 

Jiran-jiran pulak decide nak baju tema putih biru. Memang lawa ye sebab semua memakai warna seperti yang dijanjikan. Tempat cantik, makanan pun sedappp. Dalam ni tak rasa panas langsung tau korang. Seju memang rasa macam tak ingat dunia luar. Sejuk mcm aircond sebab ada pokok-pkok. NYamuk tak ada langsng sebab owner dah ltak siap ubat nyamuk secara tersembunyi tak akan nampak dan bau. 

sebelum makanan kitorang bergambar dulu dengan jiran-jiran susah senang 

ramai lagi tp yang ni je terawal datang hehe. Geng apak-apak tak masuk lg
kalini. Tema semua mesti samaa ye


Sambung amik gambar lagi sekejap hehe lepas mkn. 




Bila tengok kt atas . Lagi cantik tengok daun pokok-pokk tu touch each other kn? Memang menarik la. Klw ada nk buat promo video tema 'mat kilau' pn ni sesuai sangatt utk any event ehehe... 

Owner lamangaharu emas

yang terbaru sekiranya ada majlis perkahwinan owner tempat dah upgrade ada tempat untuk pengantin bersiap dan rehat ha. Ada aircond lagi tu. Sangat lah selesa kan? 

Tengok bila full deco. Cantik kan?? 

Dah terbayang cerita twilight hehe 

Aku just share bagi sesiapa yang nk buat event ala twilight la kot ada yang mencari idea kan. Tempat dia pun agak tenang, senang jgk nk parking. Area kota kemuning Shah Alam. Nk tengok gambar full boleh visit ig dan tiktok @lamangaharuemas


Nak tonton video full reels yang sempat aku create boleh tengok video di bawah ni