Tabung nuffnang sayer :

Tuesday 26 August 2014

nak cantik kene detox toksin jugak !!!

Detox ni bermaksud buang segala anasir-anasir kotor dalam badan macam toksin, angina dan mcm2 lagi laa. Aku bukan doctor, sO tak berapa nak tahu sangat system badan manusia ni. Yang aku tahu serba sedikit, kalau kita nak cantik or nk kurus, kenelah buang toksin dalam badan. Cara paling rare and COOL adalah detox dengan cara semulajadi dari air buah-buahan. Nak tahu macam mana badan kita ni detox? Melalui pembuangan air kecil atau air besar. sO lagi banyak kita minum air, lagi banyak kita buang air kecil, dan dari situlah segala kotoran, toksin semua keluar.
 
Aku ada cuba 1 cara detox cara minum air buah-buahan. Huiii memang best ah ! Ni semua hasil dari godaan-godaan internet jugak. Aku rasa ramai je yang tahu pasal detox dengan minum air buahan ni. Ianya simple, mudah, dan sedap !! Seyesly aku suka cara ni. Walaupun leceh sikit nak menyiapkan bahan. Simple tu maksud aku cuma nk kene potong buah-buah jek bagi kecik2. Orang malas macam aku ni, itu bukan sesuatu yang simple ! aha !!! Keji sangat ayat kan??? sO aku dah mulakan minum air detox tu. Entah dari mana mai semangat nak mencuba. sO lepas balik dari opis terus ke giant, cari bahan-bahan diperlukan. Actually kita boleh pilih apa yang kita nak masukkan dalam minuman tu.
 
Contoh ada orang akan letak.
 
1. Halia, timun, daun pudina, lemon
 
2. Timun, tomato, daun pudina, lemon
 
3. halia, daun pudina, lemon
 
 
Macam-macam lagilaaa. Tapi aku tak suka halia, timun tomato tu. Uwerrkkk ! Tak tahu apa rasa dia. Hish, sO aku pilih :
 
Ada lemon
Daun pudina
Strawberry
Cukuplaah 3 benda ni jek. Rasanya bila letak strawberry ni air rasa lebih Wangi dan fresh !! hihi Aku suka rasa dia. Korang boleh beli benda-benda ni di giant jek.
 
Lemon. RM8.99
Sebenarnya ada jek lemon 59sen sebijik, tapi nak jugak kaler kuning macam ni. Yang lain macam kecik-kecik jek
 
Daun pudina RM1.29 sepeket
 
Strawberry sepeket ni xsilap RM8.90. Main amik jek aritu tak tengok rege.
 
sO lepas dah beli semua benda ni, aku pun siap memotong. Eh tapi jangan laa potong semua ! Untuk bekas 1 liter, 1 liter aku amik sebijik lemon, 5 batang daun pudina, dan 3 bijik strawberry. Yang lebih simpan dalam peti yek. Untuk next trip !!
 
 
Cara-cara:
 
1. Potong nipis-nipis semua bahan-bahan.
2. masukkan dalam bekas 1 liter or berapa liter korang nak
3. Isi air dan jangan masukkan apa2 tambahan perasa gula or sebagainya. Biar jek buah-buahan tu shj.
4. Masukkan dalam peti dan biarkan semalaman.
 
 
Esok pagi terus amik untuk minum di opis
 
Dapat 2 botol (2 liter)
 
menarik tak????
 
Okey . sila cuba =)

Monday 25 August 2014

Wedding preparation ~ Kad kahwin sudah sampai !!

 
Bungkusan kad kahwin. Ada 1000 copies semua nyaaaaa..

Sebenarnya Kad kahwin da sampai sebelum raya lagik, tapi poyo kan baru nak update entri ni? HUhu walaupun kad ni dah sampai lama tapi ada jgk yang aku DIy sendirik. Macam sampul kerawang2 tu aku buat sendiri, jadi proses nak menyiapkan kad tu agak makan masa yang lama. Sebenarnya kad ni aku minta kawan aku sendiri yang buat. Dia memang boleh nak buat kad kahwin jugak selain buat printing2 lain sebab kawan aku ni memang ada company advertising dan printing ni. Banyak projek besar-besar dia penah buat and hasilnye memang tip top wei !! Bab friendly memang nombor 1. Asalnye kenal kawan aku ni sebab aku ada bagi projek untuk penerbitan. sO dari situ jadi la kawan agak rapat kan? Selain melayan kerenah aku yang nak design pelik-pelik untuk kad kahwin ni, dia layankan ajooo. 

Tak sabar nak bukak kat rumah bungkusan tu, sO aku koyak sikit and buka. Hahaha giler gelojoh kan?? First tgk
"Cantik Wei !!!!"

sO aku pun memulakan operasi ku malam tu. Hurmmm seminggu jugak la aku dok meyiapkan kad-kad ni. Memang dia kasi sampul, tapi aku sengaja gedik nak menyusahkan diri nk melipat bagai kan? sO terimalaah padahnye !



sO nak tahu macam mana aku melipat sampul doily tu? Sampul doily tu aku order dari 1 instagram ni. Size yang aku order haritu dalam 9 inci. beli 1000 pcs sO dia kira dalam 100 pcs, RM9.00 . Bila beli 1000 pcs dalam RM90.00 laaa

Ni la rupa doily paper tu. Yang kaler putih. sO lipat dua untuk amik side tgh-tgh

Ha lipa je bagi penuh mcm ni.
 
Lepas dah lipat kasi center tu, ptong je ikot line. Ni supaya masa letak line hitam tu, dia tak Nampak la bekas kita potong

jadila beberapa kad yang serba putih sebelum tampal line hitam


the full set. Huhu dalam 1000 copies jugak kawan aku siapkan kad ni.
 


Oppssss !!!!


Oh ya kalau sesapa nak order banting ke, penerbitan, atau apa-apa sahaja la berkaitan percetakkan boleh la contact kawan aku ni ye. Orang melayu kita jugak =) . Nak lebih detail boleh la melawat fb, company ni ye


JEMZ ADVERTISING SDN BHD

 
atau deal dengan owner dia sendiri, merangkap kawan aku

Sunday 24 August 2014

Rumah sewa part 2 ~ nak memenuhkan barang-barang rumah

Hallooooo ... hihi harini nak senyum sikit. Semalam dah settle beberapa perkara di rumah sewa. Rumah pun dah siap cuci. Barang-barang ada dah dibawa masuk. Huhuu tapi barang-barang tak lah banyak sangat pun sebab we Olls ni dari bujang nak ke alam berumah tangga. sO dapat imagine tak banyak mana sangat laaahhh barang yang ada pun? Hurmmm cuma barang-barang aku agak banyak jugak laaa sebab aku ada katil single tapi yang King Size, almari besar sebijik, TV dan mesin basuh. 3 benda ni memang merisaukan diri sikit laaa. Tapi nanti aku cuba laahh hire mana-mana lori. Barang-barang En. Bf dia dah bawak habis sebab barang dia tak banyak pun. TV, katil single barang-barang kecik. sO heaven !!
Bila bab nak masuk rumah baru ni pun macam-macam laahh nk kene complete jugak. Tapi ada 1 kawan opis aku dia sedekahkan peti dia yang tak dipakai sebab dah beli peti lebih besar. Bersyukur jugaklah dapat peti ni sebab nak beli peti pun nak kene keluarkan duit lagi. Huhuhu peti 1 pintu pun mau jugak dalam RM700 - RM800 kot. Haish ! Pening kepala. Dah laa bilik tidur semua tak ada kipas. Tapi en Bf dah selamat beli aircond sabtu lepas. sO mungkin pemasangan selasa ni. We Olls beli brand Panasonic yang plus with Nano (antibacterial) + inverter (jimatkan elektrik). Hoiii paling tak pun yang tu dalam RM1500 dah melayang. Tapi nasib baik termasuk dengan upah pemasangan semua. Sen Heng ada offer time tu harga sebenar RM1589 jugak. Tapi dapat rebat dalam RM180. Alhamdulillah.. sO tak payah pening kepala dah bab aircond. Peti pun tak payah pikir.

Hei tapi kisah peti tu pun banyak cabarannya. Bukan zap ! terus ada kt rumah. Sebab peti tu agak besar. sO nak letak dalam kereta tu macam tak muat jeeek. Dah macam-macam janji we olls set. Cari lori ada yang tak dapat2 lori lg. Tapi Akhirnyaa kawan aku tu dapat jugak cari lori. Smalam petang dalam jam 7 lbh peti pun dihantar dengan selamat. Kondisinya memang masih baik. Tip top !!
Feeling happy sgt

Dlm pn still tip top
Bersyukur dapat peti yang masih okey ni. Duduk berdua tak perlu nak peti besar-besar sangat laaa. Benda elok lagi kan? sO duit yang lain boleh beli perkakas-perkakas lain. Nak di jadikan cerita, makcik en BF pun nak let go kerusi makan they olls. sO petang semalam angkut sekali meja makan dan peti naik ke rumah. Jangan Tanya aku tinggal tingkat mana. Haha malas nak cakap. TInggi sangat uolls. Tapi nak compare dengan sewa diberi kira okey laaa.

kerusi meja makan 6 orang
Alhamdulillah dapat kerusi makan yang masih 100% baik kondisinya. Memang tak ada yang goyang-goyang, tak ada cacat cela, reason dia nak bagi sebab nak beli meja untuk 4 kerusi. Jimat ruang rumah katanya. sO okey laaa tu. Tak payah kami nak beli meja makan. Haha Kerusi ni kaler hitam kan??? TUngguuuu aku cat kasi kaler putih semua kerusi. Aku pasang alas meja yang cantik siket. sO memang terus Nampak lawa ! Tapi tunggu dulu laaa. Nak settle kan beberapa perkara lagi.
TV memang aku dan en BF memasing ada TV. sO 1 TV we olls nk letak kt ruang tamu, 1 lg di Bilik tidur. Katil jek tak beli lagi. HUrmm katil dah bajet nak cari dalam RM1000 sahaja. Langsir pulak on the way mintak pertolongan dari mak aku sendiri. Semalam jugak jenuh aku mengukur tingkap dan pintu bilik. Hadoiii. Tak tahu berapa laaa habis pulak ni.
tgk draft kiraan untuk beli langsir kononnye. Hahah macam ni aku draft kasi kat mak. Mak jauh kt Kuantan sangat kn? sO dia yang belikan kain and jahit. Nanti tunggu dah siap baru aku buat entri baru muahahahahaaa.. ~
sebenarnya nak langsir simple macam rumah mak aku jek. Hihihi simple and putih. sofa pun memang aku amik putih.
Langsir bilik nak buat simple begini jek. Dari kain jarang-jarang. Abaikan penyapu sebab masa ni, baru pindah rumah

Langsir ruang tamu pun begini shj. Xminat scallop2 bagai.

material kain jarang-jarang dari jarak dekat.
Okey laa. Nanti tunggu aku update entri rumah sewa part 3 pulekkk. Perasan macam ada jek orang baca kan? Actually walau rumah apartment biasa-biasa pun kita still boleh deco bagi cantik. tak ada alasan rumah kecik and so on laa. hihi

Saturday 23 August 2014

misi mencari sofa utk rumah baru

Hi u olls tak boleh nak tido lagi. Mata ni xmengantok la pulak. So melayan blog  and mula la blogwalking ke blog kengkawan. Yesss mmg aku slalu blogwalking and silent reader jep. Tak tinggalkan komen, tak semestinya aku bc tulisan u olls ye. Hati ini ikhlas blogwalking blog kawan2 okeh!! 

Jadi utk tak mmbuang masa, sempat lah nak bercerita psl membeli belah barang2 utk rumah sewa. Langsir semua da ukur siap, tggu nk order kt my mom, pilih kain dan jahit. Rail pn kene beli. Haish mmg byk duit nk pakai utk rumah baru ni kan?? Nak nak yg baru nk mendirikan rumahtangga. 

Tadi dengan tak sabar2nye aku ajak en. Bf teman ke Fella Design. HQ nye nasib baik dkt jgk laa di Shah Alam. Dekat area subang jgk laaa sb aku lalu ikot subang airport tadi. Masuk je tadi da mula rmbang mata xtg mn 1 nak kan? Nasib baik minggu lps masa balik kuantan sempat laa aku ajak mak usha2 corak kain di fella kuantan. Mak pandai pilih,  so mmg aku ikot apa kata dia je laaa. 

Fella Design

Fella memang ada byk design. Kalau time sale ni boleh pilih yg display tros angkut balik umah. Tp klw xada yg bekenan, boleh order tp charge mahal sket laaa. Kt bawah ni ada beberapa bentuk sofa yg ada di fella 





 Ni semua terpengaruh dari mak aku laa ni. Huhuhu tak pasal2 ikot perangai dia. So masa tgk2 display mcm tak ada yg berkenan pun. Last2 aku decide nak order jek la. Kira mcm custome made. Lgpun mak dah pilihkan kod kain. 

Ni design kt umh. Dpn tv utk lepak2 tgk tv kn?? Murah jek time ni mak beli dlm rm1599 xsilap laaa. 

So bila da th pattern sofa, kene pilih la cmne corak kain utk sofa tu. Aku mmg request kt mak nk ala2 kt rumah. So dia pn ikot jaa mencari idea. So jmpa laa kain dekat2 lagu tu.. kain ni boleh dibasuh mesin. Senang!! 



 Antara 2 ni la corak yg mak pilihkan. Aku suka dua dua corak. Tp xkn nk pakai 2 kan?? So decide kaler putih jek laa. Kotor?? Hmm klw pikir kotor mmg smpai bila2 xkn pakai putih. Tp fabrik ni jenis boleh basuh mesin. So no big deal! So sm x dgn corak sofa mak aku mcm pic d bawah? 




Okey so dah selamat order. Dalam sbln jgk la baru dpt sofa tu. Aku mmg tak beli 1 set. Hihi nk cmpur2. So totak fabrik yg aku nak td beserta bentuk kerusi lebih kurang dlm rm1700. Kos penghantaran add on rm100. 

Tapi beli sofa di fella mmg berbaloi. Tahan lama dan kualiti terbaikkk! Sbb sofa putih mak aku ni, since aku berumur 15 thn lg dia dah beli. So korang imagine thn ni umo aku da 28. Hihi almost 13years kn ??? Dan kerusi tu mmg masih elok lg. Kukuh!! Lepas ni plan nk tambah wing chair laa.. hik hik tp kene tunggu offer looooorrrr . Stop utk sofa thn ni. Kopak den 


Ni la kerusi aku idam2kn lps dapat rembat sofa. Wing chair ni kaler hijau tp aku nk kaler kuning plak la. Hihi sm mcm kt rumah aku jgk . Aiyooo semua nk ikot mak kn?? Xpe sbrrr ... kumpul sikit2. So itu shj lps ni tggu sofa smpai ye dlm ms sbln 

Opss da alang2 keluar tu, we all tros singgah Sen Heng. Terembat aircond plak.. igtkn nk  beli yg biasa2 jek, tp tro angkt yg nano and inverter. Hai la kopak den. Tp xapa, kerusi meja mkn dan peti ais ada yg sponsor. Wlw pn bkn barang baru tp aku terima dgn besar hati. Cewah!! K la nti smbung lg pasal rumah sewa k .. 

Thursday 21 August 2014

Rumah sewa part 1 ~ sesi mencuci rumah sewa (sebelum & selepas)

Once dah setuju untuk sewa rumah tersebut, tuan rumah tu mintak we all masukkan deposit rumah sebulan sahaja + sewa rumah tersebut. sO total Nye cuma RM1000 la kan, tapi utilities dan air dalam RM200 jek. sO keseluruhan yang we all bayar RM1200 sahaja. Senang jugak nak berkira dengan tuan rumah ni. sO kunci semua dah dapat, kitorang pn start la mencuci dan mengecat apa yang patut. Memang planning nak cat sebab ada beberapa cat tu macam dah K.O !! Ish tak suka jugak nak duduk walau rumah sewa je kn. Kita nak duduk lama jgk dalam 2 thn. sO kenelah keluarkan duit jugak untuk mencantikkan rumah. Mata kita jugak nak nengok nyeee. Kalau mata orang lain aku tak kisah laaa. sO sebenarnya dah start cuci dan mengecat 2 minggu macam tu. Tapi tak datang hari-hari sebab ktorang ni cuma datang bersih weekends sahaja.

Warna cat yg dipilih oleh kami. Nippon paint


Kaler cat ni walau tak sama macam aku nak, tapi kira cantik jugak laaa. sO we all decide nak cat mana yang patut shj. Beli cat Nippon sebab tekstur cantik. Cepat kering dan tidak berbau.

Ni warna asl bilik master bedrooom. So bilik ni pn cat jgk sb warna bcmpur2

Ok jgn tanya kenapa kaler dinding sekejap lain2 sb aku pn pening tgk. Dah mcm2 kaler tw. Ada merah biru hijau. Fuh!! 

Operasi da nk bermula. Siap tangga bagai. Hik hik

En BF bawak kawan dia mengecat skali.


Hasil keseluruhan bilik tidur utama

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Gigih kan cat sendiri? sO dah settled dalam bilik, cat di ruang tamu jek. Itu pun tak semua. Cuma cat bahagian dinding yang kaler merah. Kenapa merah?? Ok sekali lagi jangan Tanya aku sebab aku sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba ada cat kaler merah oren macam tu. Spoil pemandangan betul laaaa !!!!
sebelum dicat

selepas dicat
sO Nampak tak perubahan sebelum dan selepas dicat????? Haaaa memang sedap sikit laaa mata aku memandang. Yang sebelah lagi biarkan jek sebab dah alang-alang peach kan. Malas nk cat dah. Kalau nak cat satu rumah, memang 1 cat pun tak cukup !! Dah la semua yang we all keluarkan belanja-belanja termasuk cat tidak dibiayai tuan rumah. Pendek kata, sendiri-sendiri. Tapi kalau ada yang mana-mana rosak teruk tu, aku memang nak claim laaaa.
masa mula-mula masuk memang kotor jugak rumah ni. Nak nak kipas siling ruang tamu. Padia lagu ni??? kotoq bukan main !!! Stress aku dengan rumah kotor ni. Ingatkan tak la banyak sangat kotornyeeee. Ni, memang tak penah basuh berapa tahun laaaaa?

En. BF tros buka sayap kipas satu-satu. Dia cabut skru, and sental dekat tandas. Siap letak klorok ! Baru hilang okey. Tapi ni pun masih ada lagi kotor-kotor. Hish !!!
kiri tu gambar sebelum. Kanan gambar selepas. Hadoii penat okey nak bersihkan jadi macam ni. Tapi makan masa 1 hari jek laaa. Hihihi 
Biar gambar berbicara. Cewah ! Tapi nak explain jugak. Haaa korang tengok gambar kiri tu. Kotor kemain kan? Pelik aku manusia yang boleh hidup dalam kawasan kotor-kotor ni. Geli okeh ! sO en BF siap cat semua dinding, cuci tingkap. Korang perhati tingkat atas tu. Tu diaaa kotor. en. BF jugak bersihkan. Hurmm sinki tu pn aku nak tukar. Macam geli pulak pakai bekas orang kan? Mana tahu dia gosok gigi dalam tu ke, ludah ke. *okeh -ve mula menguasai diri. Tak habis lagiii. Ada lagi aku nak chegita bab kotor2 nih. sOrry la tuan rumah kalau terbaca sebab memang kotor sangat. Nasib baik kami nak cuci tanpa berkira.
Hurmm hurmmm
Part kritikal ni kira dah lepas laaa. sO lepas aktiviti mengecat ni selesai, we all terus cuci lantai dan mop bersih-bersih. Cuci dinding dapur. Biar berkilat semuaaaa.

dapur dah bersih

ruang tamu. Tu kerusi sendiri. en BF bawak







setakat ni jek dulu. Hihihi . Lepas ni nak pikir apa deco untuk rumah ni. Sebenarnya dah ada dalam kepala sebab kebetulan mak aku dulu interior kan? Pandai laaa bab deco-deco. Langsir dah order dengan mak. sO amik konsep putih and macam rumah. Sabtu ni nak order kerusi sofa di Fella Design pulak. Dah boleh slow-slow beli ni. kikikiki

Hihihi tak pelaah nanti tunggu konsep apa aku nk cerita lepas ni k .