Tabung nuffnang sayer :

Monday, 25 November 2013

Sedih: Hanya mampu tengok je gaji masuk =(


Ok harini hanya mampu tengok je gaji dah masuk. Bengang tak habis lagi. Jumaat lepas, balik dari opis ni nak beli barang sikit, tup2 masa dah dekat ATM machine, aku Nye kad tak ada. HILANG!! Boleh tak korang bayangkan perasaan aku macam mana masa tu? Gaji masuk isnin, nak menunggu gaji tu pun kira okeh la ada lagi baki beberapa ratus dalam akaun. Tup2 tak dapat nak kuarkan. Hampeh sgt kan ! Dah lah dalam dompet ada RM50 jeww !! Macam mana laa nak makan sabtu ahad ni???? Huhuhu sedih baq hangggg.... :'(

Nasib baik encik Bf kasi duit RM50 dapat laah menampung sikit2 kalau emergy kan kan kan?? Hihihi happy le kejap, tapi dengan gigih Nye harini pagi-pagi aku terus ke bank sebab malas nak cari parking. Mostly kat bank-bank memang susah cari parking. Harini aku dah siap park baik punya depan bank lg. Bila dah dapat org ketiga untuk ke kaunter, tunggu dekat 40 minit. Sekali ....................................



SISTEM OFFLINE


oKEY Sngat bengang kan? Dah la pagi tu rupanya aku ada meeting. Adeh, nasib baik laa masa aku masuk lewat sikit tu, bos tak marah sebab dah pesan kat opismate lewat sikit. Masuk meeting hati bengkak. Stress btol. Lagi stress bila kawan2 dok announce gaji dah masuk. Hampeh sekali lggg... aku jugak yang tak dpat keluarkan duit. Lepas meeting kene hantar buku dekat Minister Miti. Terpaksa Drive ke MITI. Nasib laa minyak kete bnyak, duit tol pun ada lagi. haha giler sengkek kan??? Duit makan arini pun nasib laa ada sikitt.. Okeh igt lepas lunch nak pegi bank balik. Tapi tak dapek, sebab keje bertimbun yang PERLU DIHANTAR HARI INI jugaaaaaa... stress btoi !!! sO sekali lagi terpaksa je laa tengok ye duit gaji. sobs sobs..


Harap2 Esok Berjaya laah aku dapatkan kad ATM aku balik. Sebenarnya ni kali kedua hilang lepas dua bulan lepas =P hampess tak?? 

Sunday, 24 November 2013

cucur ikan bilis simple

petang tadi rasa lapar plak. arini asyik mood nk memasak jeee tp xmo yg heavy. nk ringan2. ngeh22... so cek2 kt dapur hmmm bahan mcm ckup. apa lagi tros cpai sume bahan2 utk buat cucur ikan bilis. nasib baik ada sikit lg ikan bilis tu.. haaa antara bahan yang aku guna utk  cucur ni adalah

1. tepung gandum,
 2. garam
 3. bawang merah sebiji
 4. ikan bilis sikit
 5. air masak

 okeh tpaksa tjuk gmbr cucur yg da siap.. hihi goreg sikit je sbb aku je nk mkn.. wuwuwuwiuuu

 aku guna tepung ni..


 potong bwh merah macam ni

 ikan bilis yg sudah dibasuh



 msukkan air ikut adunan byk mn yg korang rs ok. jgn cair sgt jgn pekat sgt yeee nanti lain jadinyeee

 masukkan bwg dan ikan bilis tadi yeee.. gaul smpai sebati



 dah sebati kann so boleh goreng terussss yeay





 siapp . yeay . jom ngap!!
buat sikit je sebab sorang je mkn. Makanan berminyak cmni memang kene amik kuantiti sikit je. Risau plak nak diet2 ni ^_^

Saturday, 23 November 2013

sandwich tuna utk kesihatan

hi good morning.. morning ke?? bole laaa morning lg hari2 minggu mcm  ni. mesti ramai yg bangun lmbt .. cuti2 mcm ni je boleh rest kn. tp klw jumaat  sbtu cuti kt kl san slangor ni aku lg sukaaaa .. ok pepagi td aku da cari bhn2 buat sandwich tuna.. xth npe tringin nk mkn tu sgt2222 ... hihihi sandwich ni pn dari resipi mak aku dulu2.. aku pnh tgk dia buat dlu. tp td aku terlupa nk beli timun dan tomato .. aduh xpe la botak la sandwich tu nti...

antara bahan2:
1. roti gardenier kecik RM4.20 (xigt)
 2. mayonis RM6.00
 3. limau nipis sbiji RM0.20
 4. bawang besar sbiji RM1.50
 5. mentega RM 5.60
 6. 1 tin tuna ayam brands RM 5.19

Total RM17.50 je untuk 1 bantal roti tw

 haaa ni la rupa bahan2 tu. make sure lengkap. aku cuma xsmpat beli tomati dan timun je huhu lupa beli td. haa pertama sekali korang kupas bawang besar dan potong jadi seperti gmbr di bawah.. potong jd pjang2 begini..




 kemudiam masukkn je bwg td dlm tuna yang dah diasingkan dlm bekas lain.. haaa then, gaul2 sikit, kemudian masukkan la mayonis. mcm aku td ltk 3 sudu besar mayoni. cmpur dan gaul jee smpai la da sebat. oh lupaaaa nti korang jgn lupa msukkan garam secubit je. jgn byk nti masinnn hihi


 adunan tuna yang dah siap sebati td. tp klw byk2 bwg lg sedap tw hihi


 kemudian sapukan marjerin pd 2 keping roti, sapu nipis2 jee ye. then lps tu ltk la tuna td.. ptot ptong timun n tomato bulat2 kepit antara dua dlm roti. tp terlupa beli td



 yeaaaaaa akhirnya da siap. dapat la sebantal roti size kecik tu tw. haaa ni antara mknan berkhasiat n xde minyak. sedap plak mkn wlw rupa dia hodoh sikit . so sekian resipi sihat dari aku ari ini...

Thursday, 21 November 2013

Amboi Zakat Pendapatan bila nak bayar ???

Haaa kan setempek ayat pedas dah keluar kat tajuk entri ni haaaa... Kawan-kawan sekalian nak buat peringatan ni. Korang semua dah ke keluarkan zakat pendapatan ?? Jangan leka and lalai ye? Yang perempuan-perempuan macam kita pn dah bekerja or tak bekerja wajib membayar zakat pendapatan. Tak takut seksaan Allah ke uollss ??? Haaaa dari membayar cukai pendapatan tu, moh le kita bayar zakat pendapatan. Lebih berkat. Okey hati hati sebab dalam slip gaji dah mula start tolak zakat tu. Dalam entri zakat sebelum ni aku penah cerita jugak, tapi time ni baru je apply hihihi belum lg start tolak. Jadinyaaaa dah dapat slip ni, seronok je tgk dah mula tolak. Terasa la gaji tu berkat sedikit...
 
 
Bukankah zakat tu merupakan 1 kewajipan untuk kita tunaikan? Ni pun dah nak 3 thn keje baru ada kesedaran untuk zakat. Hish.. tapi good news untuk mereka yang menetap or bekerja di Selangor, korang boleh membayar zakat melalui penolakkan gaji ataupun secara online. Macam aku dlu ambik je boring di Pusat Zakat Selangor, kemudian hantar je borang tu ke unit kewangan pejabat masing-masing. Nanti dorang yang uruskan. Senang kan? Jadinya setiap bln masa terima slip tu cek la cepat-cepat samada kewangan dah tolak belum gaji korang untuk membayar zakat  ^_^
 
 
Kat sini aku nk share sikit link yang Korang boleh masuk. Mana tahu dah nk mula tolak zakat, tapi tak tahu cara senang. Masuk je laman web ni macam2 ada. Tapi arituh aku ada kawan pejabat amik kan borang tu kat pusat zakat sendiri. http://www.e-zakat.com.my/borang/
 
 
Tapi borang yang aku dapat tu sama je lebih kurang macam dalam web ni. Jadi korang bolehlah start menjengah ek  https://zakatsel.com.my/baru/k-zakat/borang/borang.asp

 
 
Haaa nanti Free singgah je. Cuma isi borang ni then akan keluar mcam ni
 
Potongan bulanan sebanyak tuh, korang kene tengok gaji korang sebulan brapa. Haaaa time ni dalam brosur yang aku amik kat Pusat Zakat tu ada mention. Jadi senang sikit nak tahu berapa rate kita perlu keluarkan zakat sebulan. Jadual penolakan zakat mengikut gaji bulanan pn boleh tengok kat sini
 
 
 
 
Haa begitu laaaa jadi cepat2 la tolak zakat ye kalau nak gaji kita berkat. Selagi Allah bagi kita senang di muka dunia dan bumi ni marilah sama2 beringat. Jangan lalai dan cuai sebab ada yang memerhati tindak tanduk kita.

Okeh. Hihihi nak bayar zakat Emas, emas masih tak ckup la. Hhihi sebab zakat emas jika dalam simpanan kita melebihi 85gram dah wajib ye kawan-kawan
 

Wednesday, 20 November 2013

Kumpul Dinar emas

Ohhhhh geram plak arini sempat plak tangai ni gatai pegi check harga semasa Emas Dinar Public Gold. Hisssh !! Bila buka je , memang terkejut laa sebab harga turun harini . RM566.00 untuk 1 Dinar ?????????? Memang tekejut la sebab aku baru je beli 2 Dinar bln ni. Macamana nak borong lg? Adessss.... Eh tapi bukan aku lah yang beli, Encik BF yang beli sebab dia tengah kumpul2 Emas Dinar ni, kengkonon untuk hantaran Kawin kaaannn ??? Masa we all beli arituh 1 Dinar RM578.00 . Sebab dalam bulan lepas, 1 Dinar mencecah RM640.00 . Memang terasa rugilah bagi we all yang sedang mengumpul duit sebab kalau nak membeli, better beli semasa harga sedang turun and jatuh, sebab emas ni kita tak jangka bila dia nk naik turun? Buat Nye bulan depan naik???? Tak ke rugi? Sebab emas dinar ni penah mencecah RM800.00 untuk 1 Dinar tak silap aku masa 2011 - 2012 macam tu.
 
Memang la nak kawin lambat lagi, tapi di sebabkan nak kumpul tu bkn senang jugak, so alternative kami amik dengan kumpul sedikit-sedikit. Tak rugi pun kumpul emas Dinar ni. Manalah tahu masa beli sekarang RM580.00 1 Dinar. TUp tup 2014 - 2015 harga mncecah RM800 1 Dinar ??? Memang untunglaaaa siapa yang sanggup melabur. Buat masa skang kita pun tahu harga emas sedang jatuh. Tapi ura-ura mengatakan emas sedunia akan naik 2014 - 2015 byk jgk .. Jadi lebih baik mmbeli masa harga murah. Tah kenapa aku ni berangan plak nak hantaran dari emas dinar gituww kan? hihihi sO en BF terpaksalah mengumpul sikit-sikit. Lagipun tak lah membebankan dia. Aku berangan nak mintak dia kumpul lebih kurang 15 keeping pun jadilaaa..
 
Bagi sesiapa yang tak pernah tahu pasal Dinar bolehlah start search melalui google, sebab banyak kelebihan Dinar ni. Aku dan dia pilih Emas Dinar dari Public Gold. Haaaa yang tak pernah tengok Dinar Public Gold, meh tengok gambar bawah. Picture ni aku google je sebab sama-sama masih mencari ilmu dan pengetahuan dalam emas ^_^.
 

 
Memang dia ada banyak size. Comel dan kecik molek je rupanya. Hari-hari aku akan search info pasal Dinar ni, and bagi aku memang banyak kelebihan kalau kita mengumpul Dinar. Ada macam-macam kelebihan kita kumpul dinar emas ni. Antaranya:
  1. Matawang Syariah
  2. Diungkapkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith
  3. Digunakan sejak 2500 tahun
  4. Di kenali oleh semua orang
  5. Sangat bernilai walau sedikit dan kecil
  6. Nilai yang sebenar dan stabil
  7. Mudah dicairkan
  8. Lambang kekayaan sebenar
  9. Melindungi kekayaan
  10. Tidak boleh dimonopoli
  11. Menghapuskan riba
  12. Menghapuskan kemiskinan
  13. Menghapuskan spekulasi
  14. Menghapuskan risiko pertukaran matawang
  15. Nilainya bukan hutang
  16. Menyelesaikan krisis ekonomi
  17. Memberikan keadilan kepada masyarakat
  18. Mengurangkan masalah sosial seperti jenayah
  19. Merapatkan jurang antara kaya dan miskin
  20. Kos Haji semakin menurun berbanding dinar
  21. Mempercepatkan pembahagian pusaka
  22. Memudahkan pelaksanaan hudud
  23. Pembayaran zakat lebih tepat
  24. Penggunaan tiada batasan masa dan tempat
  25. Tiada inflasi
  26. Tidak terbakar
  27. Tidak berkarat
  28. Tiada tarikh luput
  29. Warnanya tidak akan pudar
  30. Tidak boleh dibinasakan
  31. Tidak boleh ditiru
  32. Tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpannya
  33. Tidak boleh dimanipulasi
  34. Tidak perlu jaminan kerajaan
  35. Beratnya lebih ringan daripada wang kertas yang sama nilai
  36. Matawang 1 dunia pada masa hadapan
  37. Boleh digadaikan

Tah tak tahu lah nape hati ni memang nak sangat hantaran dari Dinar walaupun dlu aku yang penah tolak mentah-mentah dari dia yang nak sangat kumpul benda ni . Korang boleh baca balik entri aku pasal dinar sebelum ni kat cerita dinar 1 & dinar 2 .
 
Hihi lepas tu aku ada usha-usha contoh gubahan hantaran dengan dinar ni. Weh banyak yang cun melecun. Memang buat aku tak sabar nak tunggu smpai 10 , 20 dinar !! ekekekeke ... 
 
 

 



 
 
Okey tepuk dada Tanya selera ye ^_^
sekadar berkongsi
gambar 2 semua dipetik dari google
 
 
 

Friday, 15 November 2013

throwback gmbr konvo

ok tajuk tu nmpk x. THROWBACK yee. mggedik sgt. org lain letak picture konvo nk ltk jgk knnnn ... apa kes?? bia laa blog aku. meh meh ... ok sbenrnya jenuh aku godek2 laptop n folder lm2 mmg xjmpa gmbr konvo. xth mn hilang. sygnyeeee... yg ada pn kt fb.  tu p bpe kerat jee .sedihnye sedihnye!!! bila tgk bdk2 baru konvo ni hati rs sedih teringatkn ms konvo dlu. happy sgt..the best moment laa dpt jmpa kwn2 lm. dpt degree yg kita blaja hampir 3 thn lbh. wow!!!  can't imagine back. hihi soo kepada adik2 yg msi blaja tu , blaja lah rajin2.. x rugi woooo.. dlu pn ms diploma hancusss. tp msuk degree mula wujud kesedaran diri. gitewww.. haha so tamat je blaja tros bekerja.. alhamdulillah skg bekerja sbg pegawai kerajaan...

jgn sibok bcinta smpai pelajaran terabai. skg dunia smakin mncabar. nk keje pn ssh skg. tp jgn blaja je.. sb bila da msuk alam pekerjaan. mcm2 skill lain kita perlu ada. cthnya kreatif, dpt btutur dgn org ramai, cekap uruskan projek, kene pndai bdikari jika sedang bhadapan ssuatu bersendirian dan byk lg. skill2 tu sume ms universiti da ada . segala persatuan2 tu. haaa msuk dan involve laa.xrugi ye adik2... ceh ceh pandai sgt bg nasihat. ok tahniah pd graduan yg sedang menerima degree ke, diploma, master, phd n so on.. aku th skg kn musim konvokesyem. tahniah ye!

layan jela aeh gmbr2 lm aku dlu ms konvo..kbai





















 last picture kenangan bersama coursemate. ni je classmate aku. xsmpai 20 org. hihi ms ni kami ke medan, indonesia utk projek akhir semester. meh meh.


 ok this is me now... selepas 4 thn dr konvokesyen kikiki ...