Tabung nuffnang sayer :

Wednesday 4 October 2023

BRUSSELS PART 2 ...


Assalamualaikum & hai korang ...

Rasa FREE sikit so nak sambung la cerita lawatan kerja aku ke Eropah thn lepas. Actually untuk lawatan kerja kali ni, aku pergi 3 Negara sekaligus. Yang first ke Brussels Belgium, kemudian Berlin Germany dan negara ketiga Amsterdam. sO bole refer BRUSSELS PART 1. Serba ringkas tentang trip kali ni aku bukan pergi bercuti pun. Tapi atas urusan kerja.  Makanya sambil-sambil tu tak lepaskan peluang untuk melawat la ke sana. Bukan senang nak travel jauh cmtu.

Flight yang kami gunakan sepanjang perjalanan dari Malaysia - Brussels - Amsterdam - Malaysia ni adalah menggunakan Emirates Airlines. Pada mulanya kami plan nak naik British Airways, tapi sebulan sebelum tu, pilot British Airways adakan mogok, so kami terpaksa cancel plan awal tu dan tukar kepada Emirates sahaja. Trip ni tak ambik masa yang panjang. Bayangkan kami pergi ke 3 buah negara dalam masa hanya 9 hari shj. Jadual pun pack. Tapi alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan dan kami dapat melawat tempat-tempat menarik juga. Org ckp sambil menyelam minum air kan? 



Jet lag tak lepas sampai ? Soalan ni mesti ktorang tanya sesama sendiri masa dekat sana. Tapi seriously masa sampai tu tak rasa pun penat. Lebih kepada eksaited gler dapat jejak kaki kat negara orang. Cuaca masa tu memang sejuk. Yang menariknya di sana magrib agak lewat lebih kurang jam 9.00 malam. sO waktu subuhnya mestilah awal kan lebih kurang jam 4.30 pg mcm tu. 

Aku bangun awal masa di sana, lebih kurang jam 4 - 4.30 pagi mesti dah terjaga. Apa taknya, 4.30 pagi di sini, bermaksud jam 9-10 pagi di Malaysia. Aku tak beli pun talian / prepaid telefon sepanjang kt sn. Aku whatssap and update IG bila dekat hotel shj. sO jimat la sikit. Tapi klw lepas ni sape-sape yang nak travel ke Eropah tu, korang beli je la 1 prepaid share 2 orang. Sebab GB dia sgt besar, then boleh hotspot je. Setakat nak jawab whatssap untuk urusan penting sewaktu jauh dari hotel ha bole la guna cara tu. Kalau nak beli prepaid tu makesure beli siap2 di Malaysia ye sebab harga bole jadi 2-3 kali ganda dari harga di Eropah. Kalau kat Malaysia harga mungkin RM70, so klw dekat Eropah tu, especially airport dia dalam 40euro (darab mata wang terkini RM4.60) = RM184. Dapat tak tips ni? hehe

Ok untuk 2nd day di Brussels, adalah hari yang sangat-sangat pack !! Seawal 4.30 pagi aku bangun tu sampailah ke jam 11.00 malam tu macam-macam aktiviti kami buat di sana. Almaklumlah, bukan senang nak smpai ke Brussels ni, so aku amik peluang yang sangat susah ni untuk menghayati tempat-tempat dan masa di sana. Rutin harian sepanjang di sana; Iron baju, video call dengan anak-anak, bersiap untuk work visit, breakfast and READY TO GO ....

EUROPEAN PARLIAMENT ... 

First visit kami pagi itu adalah ke Parlimen Eropah (EP). EP adalah salah satu cabang perundangan Kesatuan Eropah dan merupakan salah satu daripada tujuh institusinya. Bersama-sama dengan Majlis Kesatuan Eropah (dikenali sebagai Majlis dan secara tidak rasmi sebagai Majlis Menteri-Menteri), ia meluluskan undang-undang Eropah, mengikut cadangan yang dikemukakan oleh Komisi Eropah. 

Tujuan kami ke situ untuk menimba ilmu mcm mn sesuatu isu berkaitan negara di bawa ke dalam Parlimen. Lebih kurang begitu lah. Kang aku cite lelebih korang tak paham pulak. Sekarng ni nk cite pasal tmpt aku visit jela. Xnk sentuh bab kerja sgt yeeee 

Perjalanan dengan bas untuk ke Parlimen Eropah

Jalan kaki sikit nk ke bangunan parlimen nya.


sempat bergambar depan bangunan untuk kenang-kenangan


                       

Nak masuk ke Parlimen ni sama mcm nk ke JPM. kene spot check kaw kaw betul ni. 

Memasing Que untuk cek barang dan masuk ke dalam


Dengan penerangan ringkas berkaitan parlimen di sana bersidang. 


Nak tengok mcm mn rupa parlimen eropah tu? scroll smpai bawah












Ha untuk part 2 aku share pasal visit pertama kami dahulu. Actually EP ni korang boleh je mohon dgn pihak di sana untuk visit. Masa kami dtg tu, kebetulan tengah cuti summer holiday. So bangnan mmg kosong. Cumanya wakil EP tu sendiri mengalu-alukan kehadiran rombongan Malaysia ni Cuti pn tetap mari. 

Ok lah next aku nk share part lain...