Tabung nuffnang sayer :

Thursday 20 April 2017

44 hari mesti harus wajib dengan bengkung tradisional dan krim panas fat2slim

Hye dah lama tak buat produk review. Kali ni nk share pada sesiapa yang nak berpantang tu boleh la kalau nak mencuba kan produk yang aku pakai nih. Sebenarnya memula aku tak terfikir pun nak pakai krim nih. Aku pernah pakai sebelum mengandung dlu sebab nak jaga badan laa. Tak mo perut ni buncit. Dah dapat berat badan cantik lepas lahirkan Laana dlu tak akan nk rosakkan balik kan?? Makanya masa dalam pantang tu nak pakai barut, aku baru teringat yang krim tu aku patut letak dekat perut sebelum pakai barut / bengkung. Sebab kalau ikutkan mak aku dia nak suruh aku letak air perahan limau + kapur. OMG !! memang aku tak sanggup la wei. Sebabnyee gatal yang amat. Merenyam rasa. Aku pernah garu sampai berdarah. Lagi-lagi orang eczema macam aku nih. Jadinye aku terus order krim fat2slim nih. Kebetulan kawan opis aku ada jual, aku order dari dia jek laaa. Senang!! 



Haa aku pakai bengkung yg mcm ni. Memang panjang smpai ke peha. Tujuan utama nk kempiskan peha and pinggul jugak. Bengkung ni aku pakai masa first pantang dulu. Masa beli produk Nona Roguy tu, aku beli skali bengkung dia. BEST sangat! Seriously snang nak pakai and rasa kemas okay. Bengkung moden sekarang tutup perut sahaja. Tapi bengkung ni smpai bawah ke pinggul. sO nk jalan pun ok laaah. Paling best dia ada 2 bahagian atas dan bwah. sO kalau kita nak buang air kecil ke apa ke, just buka ikatan di bawah. Ada 2 tali ikatan sahaja. Senang ! Ala boleh adjust laaa. Sepanjang dalam pantang aku memang pakai bengkung nih. Mak aku tak bagi buka. Nak mandi and ke bilik air shj boleh buka. Nak makan lagi laaa dia xbagi nak buka okayyyy. .

sO sebelum aku pakai bengkung nih aku letak krim fat2slim tu dulu. Krim ni bagi aku tersangat Okay. Sangat simple keje aku sebelum pakai bengkung. Tak perlu nk perah limau ke apa ke Hihi. Tak ada gatal-gatal. Krim dia wangi and tekstur sangat lembut. Cumaaaa 1 jek. Bila da lama kau pakai, haaaaaaaaaaaaaaaaaa pijar kepanasan dia menggelitik jugak laa. Tapi itu yang sedap wei !! Aku pakai nih masa memula tu keluar darah ketul-ketul. Legaaa. sO walau panas, aku proceed jugak laa sebab masa dia panas tu tak lama. Mungkin masa tu krim tu menjalankan tugas dia kan?? Dalam 30 minit macam tu jek la. Tapi kalau kita duduk tempat sejuk ok laa xpanas. Tapi kalau kita dalam keadaan atau environment tak ada angin ke panas, haaa makin panas laa rs.

Berat aku sebelum mengandung 50kg masa mengandung 63kg. Sekarang ni aku timbang berat dah 53kg. sO ada 3kg nak kene kuruskan lg. harap turunlaaa sb nj raya semua da siap. konfiden jek berat back to normal... phewww ~




krim dia ringan and sangat lembut. Lepas sapu di bahagian yang kita nak tu jangan lupa pergi basuh tangan pulak ye. Nanti pijar pulekkkk tangan korang. sO far lepas habis pantang pun boleh pakai krim nih tak kira waktu. Nak pergi keje pagi2 tu pun boleh sapu. Sebab aku memang dah consumed krim nih dari sebelum mengandung Raaniya lagi. Hihihi .. Ok la itu jek nak share. Mata dah mengantuk. Nak tidur dulu. 

Friday 14 April 2017

Breastfeeding lebih mudah dengan adanya manual pam silikon

Aku tak tahu la masa zaman Laana dlu benda ni dah ada ke belum?? Aku panggil benda ni pam silicon. Haha sebab material dia dari silicon/ getah gittew, then memang penggunaan dia pun lebih kurang macam pam cumanya more to manual lah. Tapi bagi aku laaa ada benda ni lebih senang. Especially masa dalam pantang. Sebab masa dalam pantang baru-baru lagi dalam kurang dari 30 hari nih kita lebih suka direct feeding kepada baby newborn kita kan?? Nak pam bagai apa semua tu rasa macam malasnyeee. Lagipun pergerakan agak terbatas sedikit. 

sO selalunya kalau aku direct feeding (DF) baby aku, sebelah lagi aku letak pam silikon ni laah. Tahu-tahu jek da nak penuh aku tuang dalam botol. Bila tengok dapat jugak 3oz sebelah tu rasa nk melompat pun ada. Banyak! hihi sebab itu baru sebelah. Tapi kadang kalau tak banyak tu boleh la dapat lebih kurang 2oz macam tuh. Tapi tak kisahlaa sebabnye fasa mengumpul stok susu pun aku dah start buat sikit-sikit start hari ke-10 dalam pantang. Risau pulak kalau stok tak ckup. Since en suami dah belanja peti besar dulu masa zaman Laana kan? Tapi sayang tak smpai 5 bulan beli peti tu BF journey susu dah mula kering sebab Laana dah nak dapat adik kan?? sO aku sempat bg dia susu ibu sampai umor dia 11 bulan shj. 

Barang-barang untuk Raaniya part breastfeed memang aku pakai yang mana dah sedia ada shj. 
1. Pam (cuma 5 bulan sebelum bersalin aku sempat hantar servis)
2. cooler box - dah sedia ada 
3. milk plastic storage - sedia ada dari zaman Laana. Ada banyak. sO habiskan kotak ni dahulu kemudian baru aku akan beli yang lain
4. beg pam ke pejabat dan rumah pengasuh - dah sedia ada

Haha see banyak jimat untuk 2nd baby kan?? Aku cuma perlu tambah:
1. botol susu untuk simpan susu sementara transfer ke milk plastic storage. Itu pun beli 14 btol baru pakai 5 botol. Botol macam ni tempoh pemakaian cuma 6 bulan shj. Aku berniat nak cari botol susu dari kaca laa. senang tak perlu tukar-tukar kan??

2. Of course pam silikon yang aku bagitahu tadi. Best giler wei !! Ok tu tujuan utama aku update entri baru ni haa. 


Haa pam silikon ni lah yang aku cakap best tuh! Seriously sebelum ni rasanya aku tak tahu pun pasal benda ni. Rasanya masa Laana dlu mcm tak ada jek. Yeke?? Ke aku tak tahu?? Hurmm nevermind ! Tapi apa yang pasti aku puas hati betul pakai benda ni. Simple tak perlu nak pasang macam-macam part macam kita nak pam tu kan??? Baby newborn plak kerap df so masa dia df kiri kita letak pam silikon ni belah kanan. Begitulah sebaliknya. Sekali nengok haa hampir penuh. Bila penuh cmni standby siap-siap botol kat sebelah. Tuang jek. Then tukar kedudukan baby. Gitu lah yang aku buat. Jarang aku pam. kadang kalau rasa bengkak sangat baru aku mencarik pam elektrik aku. Hihihi . 

Ada macam-macam jenis brand untuk pam silikon nih.  Ada yang mahal ada yang murah. Aku cuma beli yang harganya murah jugak laa sebab at the first time tu, rasa mcam nak cuba jek. Tak serius pun nak pakai kan?? Kebetulan dekat Expo Baby Mid Valley ada mcm-macm brand kan? Jadinye aku start survey untuk harga yang murah sebab bila tengok material macam SAMA ! Tapi tak tahulah kalau ada perbezaan kan?? sO aku tengok di Expo masa tu ada sale untuk jenama CUTEBY. RM19.90 shj. Tanpa banyak songeh aku terus grab 1. Kalau tahu murah aku grab 2 3 bijik. Hihi. Ada juga beberapa brand lain yg aku nengok masa tu macam Hakka . Agak mahal. Mungkin elok kot. Mungkin. Terpulang kepada individu. Nak memilih brand apa kan?? 



Lepas dah isi dalam botol tu, aku pun isi dalam plastik susu la macam biasa. Hihihi.. Tengoklaah perkakas perang nih. Semua ni aku korek balik hasil simpanan masa Laana dulu. Jimat banyak kan? hihi. 


cooler box nih aku pakai kalau nk bawa susu untuk ke sesuatu tempat mcm nk balik kampung. Memang senang nak manage

Untuk ke pejabat pulak aku lebih selesa pakai beg susu Gabag. Boleh tahan lebih 8jam. Trendy pun trendy. 

Hasil simpanan stock susu untuk 20 hari dalam pantang hihi. Aku start buat stok masa hari ke 10 dalam pantang kan? Harini dah hari ke - 30. Harap-harap BF journey kali ni sampailah genap 2 tahun.
Inshaa Allah ^_^


Semoga aku tak putus asa ! 
chaiyok !!! 



Thursday 6 April 2017

Progress rumah 80%: Bila nak dapat KUNCI RUMAH nihhhhh ????? -_-

Haish... aku macam biasa masih setia menanti rumah yang entah bila laa pemaju nak bagi kunci rumah nih haaa. Entah laa. Dari sebulan ke sebulan menunggu. Hadoiii smpai ke naik muak dah. Huhu sedih pun ada sebab aku ingatkan dapatlah kunci rumah ni sebelum aku cuti bersalin ke? sebelum bersalin la kiranya. sO lepas cuti bersalin 3 bulan tu boleh lah kitorang msuk. Memanglaaa kalau ikutkn seelok-eloknya kita perlu duduk rumah di kawasan perumahan yang baru masa orang da mula ramai. Tapi aku rasa tempoh masa 3 - 4 bulan tu orang da mula ramai kan???? Area situ pun boleh tahan harganya, tak akan laa tak ada orang nak duduk. Aku bayar sebulan pun mostly dalam RM1600.00 sebulan. sO ko ghase ada ke orang nak biarkan rumah dorang tak diduduki?? 


Kalau tengok dari segi rumah tu memang dah completed 100%. Tapi bila call developer cakap tunggu CF. yess aku tahu memang lama nak dapatkan kelulusan CF. Tapi rasanya ni dah masuk 5 bulan dah katanya dok tunggu CF. Hurmmmm.. Gamnbar rumah yang latest ni pun encik suami yang snapkan. Dia rajin laaa pergi melawat ke tapaknye. Hihihi aku cuma nengok kadang-kadang. Lepas ni banyak lagi nak diselesaikan. Hadoiii tapi kami cuba la siapkan apa yang patut dlu sambil-sambil tu. Sekarang ni terpaksalaa bayar 2 rumah. Rumah sewa pun RM500, rumah ni RM1600. Dua rumah dah RM2100.

Masuk hari ni dah 210 hari dah pemaju lambat bagi kunci kepada aku. Aku ada cerita pada entri sebelum2 ni macm mana pengiraan KPKT bagi pemaju yang lmbat bagi kunci kepada pemilik rumah mengikut perjanjian di dalam SnP. Cara kiraan penalti kepad pemaju lewat serah kunci

so Sekiranya 1 hari RM86 jumlah perlu dibayar pemaju kepada aku, hari ini dah hari ke 210 lewat. sO RM86 X 210 hari = RM18,060.00 !!! Wow ! Banyak tak? Tapi ada ke pemaju yang honestly nak bagi RM18K sedebuk pada aku? Hurmmm macam tak boleh nak pecaya tak apa tapi sekurang-kurangnya kita tahu berapa banyak paras kita patut dapat. Sekiranya pemaju bagi ganti rugi RM10k pun aku dah boleh terima and berpuas hati. Kalau pemaju bagi RM1k tu sangat melampau la kan? 






Rumah kecil sahaja. Besar keseluruhan dalam 1500 sqt shj. Jadilaaaa..  CUkuplaah untuk keluarga kecil ku yang dah makin bertambah ahlinye. Hihihi dah berempat kami tahun nih. Banyak duit nak dipakai untuk tahun ni. Inshaa Allah ada rezeki baby baru. Duduk di KL ni paham-pahamlaa. Kene banyak berjimat-cermat. Untuk rumah baru ni kitorang tak renovate pun. Duduk dulu and buat mana yang penting. Slow-slow dah buat sikit. 

Checklist rumah baru. 

Antara yang kami dah selesaikan dulu. Mana yang boleh laa kan??

1. Kipas siling (3bilah) (4 biji) - RM 790 : Done 
2. Kipas dinding (2 biji) - RM440 : Done 
3.Lampu hiasan  (2 biji + mentol LED) RM250 : Done
4. Lampu LED 1 rumah (10 biji) RM238 : Done
5. Grill + awning dapur RM3500 : Done deposit (RM1800)
6. Langsir (kain + Upah) RM1150 (yeay ! Langsir dah siap !!!) 
7. Plastik wrap perabot + selotep + kotak (beli di GM Klang) RM100 : Done

Balance yang masih belum selesai: 

1. Lori pindah (belum lagi pilih nak yang mana?? Tapi range harga dah survey. Antara RM600 - RM700 dengan orang sekali 

2. Rod kayu and rail untuk langsir. Yang ni aku bajet mesti habis dalam RM250. Tukang drill kawan adik aku sendiri..

3. Buka, pasang and servis aircond. Yang ni aku dah survey. Cuma nak tunggu masa jek, then aku akan panggil orang ni. Range harga dalam RM500 

4. Wiring untuk lampu + kipas ni serta kos untuk tambah plug aku akan minta tolong kawan adik aku shj. 


Itu sahaja yang dalam pemikiran kami ketika ini. Nak pasang table top, motor pagar elektrik and lain-lain tu aku ingat bila ada duit lebih tu boleh laa buat. Sebabnye aku nak beli almari baju lagi. Hahaha banyak juga nak spent ke almari sebab almari aku yang sekarang ni dah dimakan anai-anai. sob sob .... rasa nak menangis oi! Rugi duit okey... Okey la tunggu lah feedback dari aku bila da dapat kunci rumah ye?? Buat masa ni kita bersabar sambil berdoa lah dulu yeee. I is redhooooo .