Tabung nuffnang sayer :

Wednesday 10 April 2013

5 senarai DIY untuk wedding (PART I)

PERINGATAN ENTRI INI PANJANG !!!
 

Selamat pagi kawan-kawan semua. Memang lama da tak online. Sebab busy sikit. Macam biasa kalau aku busy ni memang jarang aku nak online. Kerja lagi penting. Blogging ni cuma sekadar hobi untuk isi masa lapang, atau nk sharing something dengan teman-teman. Perkara baik kan elok dihebohkan. Eceh poyo plak da.
 
Okey sebenarnya saja curi-curi masa ni sekejap. Aku nak stOry mory sikit pasal DIY yang  femes sekarang. Zaman sekarang ni memang perkataan DIY ni punyalah femes and popular. Oh pada yang tak tahu apa tu DIY, meh nak bagi definasi. DIY = Do It Your Self. Selalunya ada orang suka buat sendiri je persiapan perkahwinan mereka. Mungkin nak save bajet or untuk kepuasan diri aku tak pernah tahu plak. Tapi bagi aku, its too sweet and cute. Salute sape yang boleh buat DIY sendiri dari A - Z. Memang banyak boleh jimat bajet you all tahu. So aku ni pun teringin juga lah nak DIY kalau laaa ada bakat kan? Tak cuba mana tahu. Asal otak kene kretif je. Kalau boleh aku memang tak nak membazir dalam soal perkahwinan. Wasting duit untuk benda yang sehari? Hello lepas kahwin korang kene redah banyak perkara lagi tau!!! ..
 
 
Okey sO dalam dok lambat lagi nak kahwin, ada jugak lah aku godek-godek benda apa yang boleh DIY. yang rumit tu memang aku confirm2 upah orang. HUhuhuhuhu.. So benda yang dapat jimat banyak ni merupakan satu kepuasan juga untuk aku. Jom tengok senarai-senarai yang logik untuk DIY or yang dapat menjimatkan wang korang. Pendek kata tak perlu bazir2.
 
 
1. Kad kahwin.
Of course aku nak yang murah, tapi cantik and cute! Kalau boleh buat sendiri design memang aku da buat. then aku upah la supplier untuk cetak. Upah cetak pun tak ada mahal mana. Mungkin dapat la sekeping kad dalam RM0.29 sen? Aku pernah survey ada yang boleh buat RM0.20. sO design je sendiri. Kad yang aku rasa cantik. macam gmbr bawah ni



blakang tu letak la peta korang ye. Habis cerita. Kalau nak jimat, potostat je peta tu and gam. Tapi gam la cantik-cantik. Ini idea roomate aku juga. Dia cakap nak beli kad kahwin di Bandung. then segala-gala isi dalam dia nak potostat and tampal. Part sini boleh jimat banyak. Kalau nak order 1000 kad ? Aku memang suka design-design ni.
1000 kad X RM0.20 = RM200
Paling busuk pun boleh spend RM400 untuk kad. Don worry still under bajet.
Cuba korang kira kalau sekeping kad sampai RM1.20? seribu kad dah cecah RM1,200 .. Oh my !!!! Sampai seribu lebih korang nak spend it? Tak sayang duit ke. Nanti orang buang je kad tu.. Memang confirm aku akan pilih antara 3 idea kat atas tu. Hihi 1000 kad untuk 2 belah pihak. Kebetulan aku duduk unit penerbitan, so bolehla survey2 tanya harga pada supplier cetak aku .. ngeh ngeh ngeh ^_^
 
 
2. Baju nikah
korang sewa ke, atau memang nak buat? Bagi aku better aku tempah sendiri je baju-baju nih. Tak kuasa langsung nak sewa. Lagipun kalau sewa sama juga dalam RM300 . Mostly baju nikah ni dari sewa baik tempah sebab kita boleh pakai lagi next time. repair-repair sikit lepas nikah da boleh pakai balik untuk raya.
 
baju nikah memang kaler putih eh? Aku ingat cari je la warna cream . So cari la kain kat Jakel masa sedang murah. 1 meter kat Jakel hujung tahun da boleh dapat RM12 . Mak aku memang kaki shopping kat Jakel . Penah je dia dpat RM8 semeter. sO aku memang nak shiffon laa

RM12 x 4 meter = RM48
Kain alas RM8 x 3meter = RM24
Total RM72

Upah menjahit kat tailor sendiri (dah biasa) = RM70 untuk kain alas shiffon
Manik sikit (kalau boleh nak jahit sendri jgk cuma beli manik) =  RM100

Veil dari kain shiffon sm RM12 x 2meter = RM24

Total ALL = RM 268
Tak Pe Spend It For RM300
 
 
3. Baju Sanding

Pun Sama Macam Nak Tempah Sendiri. Aku Lbh Suka Gaya Santai Kot. Dress N Lelaki Pakai Blazer.. Cun!! So dress Bwh Ni Mcm Cantik. Suka!


 
 
Ini cuma contoh sahaja. Bukan aku tiru bulat-bulat ye.. Warna pun maybe tak guna pink kot. hik hik ! sO sama macam baju nikah jugak. Bajetnya sama.
 
 
RM12 kain shiffon x 4 meter = RM48
RM8 kain alas x 3 meter = RM24
manik (jahit sendiri) = RM100
Upah tempah baju =RM70
Veil RM12 x 2 meter = RM24
Total = RM270
 
Sama jugak bajet dalam RM300
So bila da tahu macam ni aku akan spend RM500 untuk sepasang. Jadi baju nikah and sanding aku dalam RM1000. Okey tak?
 
4. Bunga Telur

 

 
 
Untuk bunga telur ni aku ada ternampak kawan aku DIY sendiri. Pergghh cantik and lain dari yang lain. sO memang nak meniru jugak la idea dia. Maybe boleh guna benda lain macam makanan ke, dress lain ke. its okey, selagi boleh berinovasi. no problem! barang-barang untuk buat ni ada yang aku dah search harga .
 
Benda yang diperlukan untuk 80 pacak bunga telur
 
1 lidi  =  RM2.00 sebungkus (ada 200 lidi)
2. kain net utk kantung telur = 1meter (RM3.50)
3. Glu gum  = RM16 (bekas) Gum RM3.00 (6 btg) gum
4. riben = RM1.20 untuk segulung
5. kain felt = RM 3.00 (skeping saiz A3) , RM1.60 (saiz A4) cth felt
6. labuci sbungkus RM3.00
7. salentip bunga telur =RM2.00 (2gulung)
 
da tahu harga kan? hihi so untuk 80 batang je pun memang boleh buat sendiri.
 
1. Lidi =RM2.00
2. Kain net bunga telur 4meter = RM14
3. Gum = RM20
4. Riben = RM1.20 x 4 gulung = RM4.80
5. kain felt  RM1.60 x 8helai =RM128
6. labuci =RM3.00
7. salentip bunga telur 2gulung =RM2.00
 
Total semua = RM173.80
So memang boleh sgt kalau nak spend RM180 untuk bunga telur . Sangat murah kan?
 
 
5. Doorgift
 
Lagi satu benda yang aku rasa memang berbaloi buat sendiri. Memang doorgift la kan? Benda ni pun sma orang akan bawa balik and buang. So aku prefer kasi benda yang terus masuk mulut and tak bazirkan duit aku spend on this. Habis cerita. Jadi benda-benda yang aku rasa sesuai kasi masa wedding kek bahulu kot. hihi sebab penah attend wedding kawan bagi kek tu je. sedap. simple. terus makan and tak mmbazir. Aku senaraikan harga kek bahulu
 
 
Ni kek bahulu yang siap ada kotak. Harga untuk 1000pc jatuh kepada RM1.80 sebiji
so 1000pc RM1,800
errr mahal x?

Tapi dalam otak aku ni ngah pikir nak DIY sendiri je. Hihi nak jimat kan? Mestilah nak yang simple, xmembazir. sO aku rasa kalau aku la, order kek bahulu and letak dalam paket macam ni. Macam gambar di bawah.

 
 
 
1. 1 paket (10 biji) RM2.00 @ 2paket RM3.00
2. paper beg RM3.90 (100keping) harga beg
3. hiasan Doley paper  mungkin RM8.00 (250pcs)
4. plastik 1 paket (100keping) RM5.00
 
kedai yang jual benda2 cmni wakimpack
 
so kalau pack untuk 1500
 
1. kuih bahulu 3000 biji. (1 bungkus akan letak 2 biji)
   1 paket (10 biji) RM2.00)
   10 paket (100biji)
   30 paket x 1 paket  (30 paket x 10biji) = 3,000 biji
 
 30 paket x 2.00 = RM60.00
  
2. paper bag
   
    1 paket RM3.90 (100keping)
    20 paket x RM3.90 =RM 78
 
3. Hiasan doley paper
  
   1 paket (250keping) RM8.00
   6 paket x RM8.00 =RM48.00
 
4. plastik
 
   1 paket (100 keping) RM5.00
 
   15 paket x RM5 =RM75
 
sticker nama
 
1,500 keping =RM150.00
 
total
1. RM60
2. RM78
3. RM48
4. RM75
5. RM150
 
Total RM411 shj.
so bole sangat nak spend RM500 busuk-busuk untuk doorgift
 
 
DIY untuk 5 barang harini :
 
1. Kad kahwin  = RM400
2. Baju nikah    = RM500
3. Baju sanding = RM500
4. Bunga telur   = RM180
5. Door gift       = RM500
 
TOTAL ALL = RM2080 . Tapi still masih ada kurang. or tak sampai pun RM2000 ^_^
 
 
 
 


Thursday 4 April 2013

Alergi dan vitamin C

Hye pepagi sementara ada idea untuk update baik aku taip. lagipun amik masa untuk 1 entri ni bila ada idea tak sampai 20 minit pun. Laju je nak menaip bila pepagi ni, bangun tido skin da totally baik dari alergi. Semalam masih ada sikit sikit kemerahan. Start sabtu lagi aku da mula gatal-gatal kat muka disebabkan habuk ke, makanan ke aku pun tak sure sangat. Tapi semua aku ada cerita pasal alergi aku hadapi ni kt entri alergi ponston! Sabtu hingga selasa tu aku still makan ubat doktor. Tapi masuk hari rabu tu, aku da start amik vitamin Dian balik. Bukan apa, untuk pulihkan kulit-kulit memang kene mkn vitamin C banyak-banyak. Tapi kebetulan vitamin Dian ni ada 2 unsur. Vitamin C dan E. sO dua dalam 1 la kiranya. Best kan??? Aku da makan vitamin ni 3 bulan. hihi memang best dan sangat membantu untuk memulihkan kulit.
 
 
ni la keadaan kulit aku masa mula mula kena. Memang da teruk pun. kemudian tak sangka merebak menjadi lebih teruk .
 
 
Masa ni hari pertama alergi, aku stop dlu makan vitamin sebab aku makan ubat doktor kasi. Then tak nak campur dengan makanan-makanan la. Even ayam goreng, telur pun aku jauhkan. Pendek kata lebih baik pantang sebelum lebih parah. sO 4 hari aku makan ubat doktor memang lmbtnye scar yang bintik bintik merah nak pulih. Jadi aku stop hari ke empat and take vitamin Dian balik. Ubat memang stop terus sebab sebenarnya memang tak elok pun kalau makan ubat banyak-banyak. kurangkan kalau boleh kurang.
 
Jadi hari rabu aku start makan vitamin C n E balik. Macam biasa pagi and malam. hihi sO kulit memang cepat baik. Sebab kita makan vitamin C dan E. bukan sebarang vitamin or collagen la orang kata. Aku memang cari kolagen yang berunsur vitamin. Rasa selamat sikit berbanding pil or apa2 serbuk yang tak tahu kandungan kan? Lagi pun Vitamin Dian memang sudah mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) yang mengatakan Vitamin ini selamat digunakan dan dimakan. Lagi la aku confiden. Lagipun vitamin ni memang tak ada unsur seafood. sO aku memang boleh makan since aku memang alergi seafood and habuk.
 
hari pertama lepas vitamin Dian


 
Hari ke tiga . hehe of course la harini .Kulit da makin sembuh. Alhamdulillah. Di badan and kaki pun makin pudar bintik merah. Memang sangat-sangat pudar lah. Eh tak ada gambar sebab aurat. hihi itu semua poyo!!
 
Oh lagi 1 aku nak share dlu kulit aku memang tak ada masalah jerawat. Yess memang tak ada . And aku take this vitamin bukan nak cegah jerawat walaupun Vitamin Dian juga boleh untuk merawat jerawat. Tapi aku menghadapi masalah kulit tak sekata. Huhu paling tak best la tuh. kulit pun kering and pakai make up pun still bercapuk.
 
Oh abaikan ada parut di kening sebab tu tercedera kene puntung rokok. Wuuu kawan aku tercucuh.
Kalau tengok dekat, bawah mata gelap. Hidung gelap sikit. bawah dagu gelap yg cerah kt pipi je.

Hihi ni latest. Tak tahu sape yang candid. Jmpa balik tros crop .
 
Nak lagi tahu pasal kulit aku dulu. Aku bknlah seorang yang putih pun. Hihi ni gambar sebelum. Nampak sangat tak sekata
 
 
ok gambar last ni picture masa aku main futsal 2 minggu lepas. Dah 2bln lbh dgn vitamin Dian. Hihi ni memang totally tidak make up sebab baru lepas main futsal . peluh-peluh lg
 
 
ok la tu je untuk harini. Nak order boleh wassup no aku di sebelah kanan.
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday 2 April 2013

Alergi Ponston (Ubat Tahan Sakit)

Actually aku memang ada alergi dengan makanan laut and Habuk! Pergghh korang bayangkan habuk pun boleh jadi alergi sO memang rimas kan? Kadang-kadang kalau aku duduk atas sofa yang lama, ada habuk debu mesti tmpt aku kene sofa tu akan gatal and merah-merah. Oh kulit aku sangat sensitip!! Mengada je lebih kan?? Selalunya kalau aku alergi ni memang aku terus ke klinik. Memang aku da ada klinik yang tahu ubat apa aku perlukan. sO aku cakap je dah selalu datang sini amik ubat alergi. No problem kan? selalu doktor akan kasi ubat alahan dan gatal/bengkak je. Tapi aku tak tau kenapa tiba-tiba ada tambahan ubat yang dipanggil PANTALON. Asalnya aku boleh kene habuk disebabkan rumet aku angkut TV untuk repair. sO debu-debu tu terkena kulit aku. Masa tu okeh lagi, tapi bila da jam 4.00 petang mula naik merah-merah. Sah alergi!! sO aku bergegas lah ke klinik yang 20 minit jugak dari rumah tu. Gigih aku pergi sebab selalunya sikit  cmni bila aku telan sure esOk pulih kembali.

Ni masa aku mula-mula kena. Memang dah naik ruam-ruam. Hadoiii memang tak suka kalau ini terjadi.

Ni ubat yang selalu aku dapat.

Tapi ada 1 ubat tu adalah Pantalon. Yang aku pelik, dalam jam 5.00petang lepas aku telan 3 biji ubat ni, aku tido macam biasa. Sebelum tu da siap-siap solat asar sebab tahu mesti bangun mlm. Tapi bangun-bangun jee muka aku bertambah teruk!! Teruk sgt-sgt. Ha view gmbr kat bawah tu. Tu lah rupa aku lepas bangun tido dalam pkul 8.00 mlm


HUaaa sedih gler kenapa dengan aku.. Tak akan lah bertambah buruk. Macam makin teruk. Rasa nak menangis dengan muka and badan habis bengkak and gatal. selalu aku alergi mmang naik tang muka je. Tapi ni dah 1 badan. SO aku pn usha-usha la blog apa sebenarnya pil Pantalon ni. Pantalon yang aku dapat ni ubat tahan sakit spesis Ponston. Ponston ni memang kuat and sesiapa yang alergi dengan ubat ni memang bahaya. Aku ada nak share info dari blog sorang doktor ni Dr Zubaidi. Bacalah info-info kat situ amat berguna.

So balik pada cite aku, aku teros pegi balik klinik and SAH aku memang alergi Ponston. Apa lagi kene la 1 suntikan kt tangan. Tapi still tak kebah. Memang sama je. Esok tu aku gigihkan diri lagi pegi klinik and dapat lagi 1 suntikan di punggung. Alhamdulillah arini dah beransur pulih. Haaa gmbar terbaru aku. Memang tak make up arini ke opis


back to normal
cuma mata sikit merah

Oh gmbr ni memang aku amik pagi tadi, sO kebetulan nmpk cam ok. Upload jadi entri sebelum ni sini! Tapi ni sikit pun tak edit ye. Original :)