Tabung nuffnang sayer :

Monday 31 October 2016

cara buat stok Ayam - Bekal bubur baby pagi-pagi rumah pengasuh

Selalunya aku memang akan siapkan bekal untuk Laana walau dia dah umur 1 tahun ni. Cuma bezanya makanan dia dah tak diblend la macam dia umur 6 - 10 bulan aritu. Masa tu memang kene blend sebab tercekik pulak baby kalau makan nasi walau lembik kan??? Takut tak hadam dalam perut. Untuk cara-cara yang bubur diblend bole tengok entri bubur ayam feveret baby .

Minggu lepas Puchong dekat 5 hari tak ada air. Nasib baik laa ada air tangki then duduk berdua jek kan? sO jimat la pakai air. Adoi rasa bersalah sebab stok ayam untuk baby pun da HABIS !!! Kesian baby nak makan bubur tak boleh. Dalam peti ada 1 jek lagi. Stok tu aku buat banyak-banyak and simpan dalam freezer. Kalau pagi nak buat bubur selalu mlm aku letak kt chiller bagi cair. sO ada 1 bekas lg tu aku bawak jek la ke rumah pengasuh mintak dia buatkan bubur. Senang kan??? Bawak beras sikit + stok ayam tu. 

Sekarang pagi-pagi semenjak tak payah blender ni senang sikit la keje. Hihi aku bangun 5.30 pagi. sO basuh beras dalam 4 sudu kecik. Isi air banyak-banyak . Nak masak bubur kan??? Macam biasa la, then panaskan. Biar jek sambil-sambil tu aku siap la p keje. Mandi, iron baju, solat, siapkan apa patut. Sambil-sambil datang la kacau nasi tu. Bila agak da tengah-tengah, aku masukkan la 1 bekas stok ayam dalam nasi tu then kacau. Nanti dekat-dekat nak kering aku tutup api and boleh la tuang dalam bekas untuk bawak ke pengasuh. Sekejap jek siap! hihi.. 6.30pagi aku dah gerak turun nak ke opis. So 1 jam jugak la persiapan sambil-sambil tu.

Ni la stok ayam yang dah siap semalam. Bekalan untuk 3 minggu 

ni masa tengah menggelegak. Air da nk makin kurang boleh la masukkan 1 bekas/ kiub stok ayam tu 

kacau jek sampai dia jadi bubur and lembik. 

Dah siap! Sekarang tak payah blend dah. Tapi kalau bawah 10 bulan kene blend ye. Kesian baby nak telan tak boleh

Cara-cara buat stok ayam:


Bahan-bahan dia 

1. minyak olive oil. Aku tak masukkan minyak masak untuk baby. Kalau nak letak butter pn bole
2. bawang merah + putih  (tumis)
3. Bahan rempah (ni beli 1 paket ada semua ni termasuk sup bunjut)
4. Carrot + Batang celeri
5. Ayam dipotong dadu. (xada picture pulak)


Cara-cara: 

1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang sampai naik bau. 
3. Masukkan rempah ratus tu semua
4. Masukkan ayam tadi. Lagi banyak lagi manis (tutup sekejap dalam 1 minit)
5. Masukkan air masak. Agak-agak banyak mana nak. Biarkan mendidik sikit
6. Masukkan carrot + batang celeri 
7. Biarkan selama 1 jam dengan api yang slow. 

Stok Ayam:

1. Tutup api. Biarkan sejuk sikit
2. Asingkan awas2 mcm ayam + carrot jek aku amik dan tos
3. ASingkan sup dari bahan-bahan selain carrot + ayam. Aku buang jek yang tak pakai tu. Sebab nak sup, ayam dan carrot shj. 
4. Blend dalam blender khas masukkan ayam + carrot, kuah sup sikit. 
5. Sup yang ada lebihan tu pn bole jd stok ayam. Simpan sekali dalam bekas kecik-kecik terpulang korang nak simpan macam mana. 
6. Dah sejuk baru masuk dalam freezer. Tahan 1 - 3 bulan. Tapi aku cuma siapkan untuk 3minggu shj. 


Bila nak buat bubur esok tu, mlm bawak la turun dari freezer ya 1 untuk cairkan. 


Thursday 27 October 2016

Pernah tak tiba-tiba dapat SMS notification "kad kredit anda telah membuat transaksi sebanyak RM..... " ???

Aku betul-betul lupa nak sharing 1 kisah benar yang telah terjadi pada aku . Kisahnye dah lama pun tapi kemas-kemas opis ni, ternampak borang aduan yang aku pernah buat aritu. Kisahnye dah nak masuk 1 tahun pun baru nak update kan ??? Lain kali tunggu la 5 tahun baru update kat blog ye. Pahtu orang nak cari info untuk refer pun susah. Aku penah jugak cari-cari info kot ada pengalaman blogger lain yang pernah alami kan? Tapi buat masa ni macam tak ada jek or tak ada yang nak sharing ke i dont know.. 

so Kisahnye begini. Aku tengah sambung siapkan keje-keje di opis masa tu kebetulan lewat petang jugak dalam jam 6.00 petang gittew. Tetiba tengah menaip tu aku dengar sms masuk tp buat donno lg masa tu. Maklumlah masa tu dah nk msuk 40weeks. Kene gigih siapkan kerja-kerja pejabat la. RIsau beranak tiba-tiba kan??? Tak lama tu dalam 10 minit masuk lg 2nd SMs. Aku pun buka lah. Eh masa tu dah terkejut. Transaksi apa pulak ni??? AKu kat opis la nk buat transaksi celah mana??? 



Bila tengok amount dia aku mula tak keruan beb. First transaction RM148.40. Kali kedua pulak RM267.12. Weii bila combine jadik 415.52. Amboi sapa yang dok sedap swipe kad aku nih? Bila aku cek dompet, Kad aku ada jek selamat. Tapi no belakang kad tu betui dah. Aku terus call Maybank Servis Center la untuk kepastian betul ke ada deduction dari kad aku. Masa call tu then dorang cek sistem. Memang ada transaksi tu. So aku tanya la apa nak buat. Then aku pun mintak dorang terus block no aku tuh. Aku tak nak la lepas-lepas ni ada lagi transaksi lain. Cecah ribu riban niaya wei !!! 

Then lepas tu customer servis ajar la cmne cara nak isi borang aduan kalau kad kita ada orang pakai kan?? Then bolehlah hantar borang tu kat mana-mana cawangan Maybank terdekat. Untuk dorang siasat apa yang berlaku. Aku memang tak tahu menahu pun transaksi ni yang dibuat atas pembelian insurans dot dot dot la. Ish.. pepandai jek kan dorang nih. 

Kat Maybank2u boleh download borang tu. Then kita isi la amount  yang kene charge tu. Nama borang tu borang Dispute on Credit Card Transaction(s). Bila da isi nanti, korang cakap la kenapa nak batalkan transaksi tu kan. Masa tu aku kasi alasan aku tak pernah beli apa-apa insurans syarikat ni dan mohon batalkan. 

Nanti korang pdfkan jek borang tu then emel balik pada disputemgt@maybank.com.my

Kebetulan aku kat opis lg time tu kan. sO snang sikit nak emel or pdkan dokumen. Tapi esok tu aku tetap ke Maybank branch terdekat. Aku bawak skali borang aduan tu. Aku nak make sure ada la pengesahan dari dorang jgk kan. sO masa aku pergi tu, customer servis semalam tak block pn kad aku. Haish !! Nasib baik aku ke branch. sO aku teros block and buat kad baru. Memang ada charge la kan ? Hurmm hurmmm menyusahkan betul. RM50.00 and ada juga gst sikit. Bayar jek la kan?? Tapi nanti dia tolak dari Kredit kad tu jgk. sO total amount aku RM415.52 + pulak kad dengan gst so all is RM468.52. 

Aku pun mengadu jgk pada dorang pasal kes tu. THen nasib baik branch maybank tu baik hati orang-orangnye. Dorang tolong aku lagi sekali submit borang tu. Aku memang buat banyak copy jugak sebab takut tercicir or hilang kan??? sO Maybank branch cakap, unit dispute akan siasat dlu perkara ni. Apa yang berlaku and tempoh masa selalunya dalam 3 - 4 bulan mcm tu. Kalau aku tak bersalah, duit akan dipulangkan semula. Tapi aku kene bayar dululah RM468 tu weii. Kredit kad kene la bayar. Kang tak pasal-pasal beranak interest aku. sO aku dengan redhanye bayar la dulu RM468 tu kan??? Sobss.. sobs.. sobs..

DIpendekkan cerita pulak. aku punya kes ni sampai ke aku da habis bersalin and pantang. Aku cuti 3 bulan dekat kampung. stil tak ada berita pasal nih. Aku dah balik bekerja pun still diam. AKu terus la emel balik bahagian dispute tu. Dorang cuba cari aduan and transaksi aku balik. Yang aku bengang dorang cakap tak ada pulak transaksi tu. Aih ! Aku siap cakap, maybank branch aku dlu pn nampak dlm sistem ada transaksi dan penolakan. Dorang siasat lagi and jumpa amount RM468.52. Aku cakap tu la transaksi yang bukti aku dah bayar dlu dah. Sebab aku bayar pakai online kan so ada simpanan rekod. SELAMAT !!!!

Then geram kan aku pun pergi ke maybank branch balik. Branch sama. Nasib baik dorang memang baik hati sume. sO dorang tolong aku. Then tak lama tu kes aku selesai. Transaksi yang dimohon syarikat insurans tu dah di block dan dorang siasat memang aku tak ada mohon pun. So dalam masa 14 hari tu dorang janji duit aku akan return semula. Hihi then seperti dijanjikan duit aku dapat semua. Tetiba rasa macam ada almost RM500 laa dalam bank haha.. OK TQ Maybank Sebab membantu. 

Lain kali kalau ada sebarang transaksi pelik-pelik korang cepat-cepat take action. Ramai terkena. Kawan aku sendiri pun ada terkena. Dia lagilah katanya ada orang swipe kad kredit pakai nama dia and nombor belakang beli online game sampai almost RM2k jgk. NAsib baik dapat return balik duit dia tau. 

Wednesday 26 October 2016

Shellout di Opis

Shellout di Opis semalam sempena orang tak ramai di Opisku. Hihihi sebenarnya tak plan pun nk buat kan, tapi bila ternampak page dorang ni macam menarik hati pulak. Rasa nak mencuba pulak kan. Tengok macam sedap! Lagipun tak payah nak tanya and dengar soalan paling susah di dunia 

" Lunch makan kat mana????" 

OMG seriously soalan tu paling susah untuk dijawab kalau kawan-kawan kat opis tanya. Aku selalu jawab. Entah ! Tak tahu lagi. Hahahaha kadang ktorang tak makan pun. Kadang macam biasa take delivery jugak laa jawabnya. Malas betul nak menapak keluar. Penat dengan musim-musim panas ni kan?? sO lebih baik duduk di opis, pasang aircond layan movie ke. Tapi during lunch hour jek la wei !! 

Dipendekkan cerita, we all 1 unit pun decide bolehlah nak mencuba. Tambah pulak price dia macam reasonable. Mungkin sebab still in promotion price kot. Katanya laaa sebab promosi until 1 November 2016 ?? Xtau la aku pulak. sebab tukang order and deal ni staff aku. sO masa hari kejadian tu aku cuma tau orang tu dah smpai untuk setup all the things. Oh ya ! Lupa cakap. Nama page facebook dia Shellout di Rumah & Pejabat . sO dorang akan datang and sediakan bahan2. Kita cuma sediakan meja jek laa. Xkan dia nak bawak meja pulak kan??? SO sediakan meja yang dah dikosongkan ikutlaa berapa banyak korang order. 

Untuk promosi yang berjalan sekarang ni. 1 pek RM120 untuk 6 orang makan. Means kalau korang ada 14 or 13 orang. Order la 2 pek (12 orang) kan?? Simple. Hihii macam kami 1 unit ni ada 7 orang jek. sO kami order yang 1 pek untuk 6 orang makan. Amik nasi tambah extra 1. Tapi tiba-tiba staff lg 1 tu MC maka kami berenam la makan. so nasi lebih tu dijadikan nasi tambah. HARUS ada nasi tambah wei !! Lauk dia punya laaah banyak !!! Memang tak rugi order. Nasi da habis lauk byk lagi sO kami ratah jek laaa. Ketam dapat 1 sorang kikikiki. Air pun disediakan. 

Eh jom la layan gambar. Banyak cakap lak pepagi nih! 








Tuesday 25 October 2016

Laana turn 1

Ahad lepas, habis konvo adik di UTM, parents aku singgah ke KL nak datang sambil-sambil jenguk Laana. Then we all decide nak buat la sikit birthday dia kecil-kecilan. Tak besar mana pun. Bajet pun yang ada untuk simpanan buat renovation rumah. Makanya kita buat kecil-kecilan. Tak plan mana pun tapi ada peruntukan sikit nak belanja family. Plus Oktober tu ada 4 org sekali sambut. Sebelum ni 3 orang (ayah, adik lelaki, adik perempuan). Sekarang tambah 1 lg Laana. Hihi terselit dia di situ. 

Tak ada byk story pun. Gambar jek banyak. 
Selamat Ulang tahun Sayang
Yang Pertama !!
Ibu sayang baby sangat-sangat.
Simple celebration jek
tapi yang penting ada tanda ingatan ikhlas untuk baby. 


HAPPY BELATED BIRTHDAY LAANA SAYANG !!












Thursday 13 October 2016

First time ke Pureen Baby Expo

Woooohaaa Rupanya aku ni tak pernah pergi pun pureen baby expo. Laana da masuk 1 tahun pun tapi baru realize yang oh tak pernah pun pergi lagi. Hahahahaha rasanya memang tak pernah terfikir pun nak pergi. Aku memang tak suka tempat yang crowded nih. Kalau baby expo dekat mid valley and SAAC Mall tu pun aku pergi 2x jek. Tu pun tengok macam tak ada apa sangat nk dibeli. Kalau pergi pun aku just nak cari botol susu tomme tippee jek. Tapi sekarang kt online pun ada jual yg murah. Lain-lain macam biasa jek. Tempat sesak macam tu kesian pulak nk bwak baby. Haritu aku nampak ada lagi pureen baby expo ni. Tergoda jugak nengok sebab ada sale sampai RM3.00 kn baju selai. Sape tak nak membeli barang murah lagi-lagi time ekonomi tengah gawat kan?? Tapi aku ignore jek la sebabnya 1 en suami keje pulak weekend ni. Then nak ke Glenmarie tu macam tak familiar jalan ke situ. 

Tapi minggu tu adik aku datang. Dia pulak semangat yang mengajak aku ke sana. Rajin nak teman katanya. Aku pun masih tak sure nak pergi ke tak. Tapi dah alang-alang ahad tu aku and baby bangun pagi dalam kol 7.00 pagi. sO macam rajin pulak nak ke sana. Plan mcam nak bergerak jam 8.30 pagi sebabnya nak smpai awal la kan? Expo buka kol 9.30 pagi. Huish kene la pergi pagi kalau petang tu confirm la dah ramai. Aku pergi pakai waze sebab memang tak tahu ke sana. Tapi alhamdulillah tak sesat. Sampai la tepat jam 9.30 pagi. Masa tu orang tak ramai pun lagi tapi ada lah orangnye. Nak berjalan tu kira ok lagi la ada banyak space. 

Tempat pertama we all pergi mestilah tempat baju baby yang kononnya RM3.00 selai tu kan. Betul ke idak sampai RM3.00 ?? Tapi masa sampai kat tempat baju tu mak ai dah kosong kat rak. RUpanya dah macam zombi da dorang menunggu next kotak yang hantar baju. Huishh ganas gler dorang ni main tarik je dari dalam kotak lagi. Adoii aku tak suka betul mcm ni then keluar. Aku suh adik and baby tunggu tepi tu jek tak yah masuk tempat baju. Then masa  aku g kat dorang aku nengok adik aku ngah rilek memilik baju2 yang dari baku orang tak nak dah. Kiranya yang dorang main rembat banyak-banyak kat dalam tu main amik jek. Dah la selonggok amik. Memang tak ada unlimited ok. Amik sebanyak mana nak. Then kat luar tu dorang duduk bersila and memilih. sO aku pun join adik aku la.

Banyak juga lah dapat pilih. Masa tu dapat lah 3 pasang. sehelai RM3.00 kalau sepasang jadi la RM6.00. Tapi aku memang cari baju dia duduk rumah. Macam singlet ke baju tak ada lengan ke. Baju jalan da banyak sangat. Kesian plak kan? Hihihi sO adik aku ni macam geram dia cakap nk pi masuk dalam la carik lagi. Bila dia keluar tu dia bawak lagi baju-baju. Aku sedap la memilih. Tak sedor dapatla dekat sebelas helai gitu. Kikikiki banyak tak???? Then dapatlah rembat towel 2 helai. 

Taraaa ni la barang-barang yang aku sempat rembat. Ingatkan da balik tangan kosong wei ! mana taknya makin lama tengok makin ramai manusia. Semua barang-barang ni tak sampai RM100.00 pun. 

Bawah ni semua gambar ehsan dari facebook Pureen masa expo hari tu. 













Yeay bawah sekali gambar baby pakai baju beli kat expo haritu. Sehelai RM3.00 kalau sepasang jadik RM6.00 JAdik laaa sebab kalau dekat mall sepasang RM15.00 hihihi jimat banyak nih. 

Tuesday 11 October 2016

KERACUNAN MAKANAN PLAK DAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaa !

khamis lepas, Laana kene keracunan makanan plak daaa. Memula pagi tu aku hantar dia sihat jek. Happy lg memain. Dia da boleh berjalan memang ikut suka hati dia nk buat apa nak pegi mana kan? sO memang dia happy jek. Pepagi dia akan teman aku make up dlu kat surau opis. Sebab aku sampai keje dalam 7.10 pagi cmtu. 7.30 pagi da bole punch masuk. Sape punch 7.30 pagi boleh la balik jam 4.30 petang. Then Yang punch 8.00 pagi balik 5.00 petang.  Then yang punch 8.30 pagi balik lah jam 5.30 petang. Flexible time macam ni sangat-sangatlah menyenangkan kami. 

Oh berbalik kepada cerita keracunan makanan tu. After siap make up dalam 7.40 pagi aku hantar baby ke rumah pengasuh yang cuma 3KM jek dari opis. Hahaha dekaat sangat aih ! Selalunya dalam kol 8 pagi tu aku dah sampai laa opis and dah mula kerja kat workstation. Masa balik petang tu aku dah perasan tengok baby lain macam jek. Terbaring kat sofa rumah pengasuh. Selalu dia jenis aktif. Kita datang ni dia dok memanjat la, berjalan laa. main dengan kawan-kawan laaa. Tapi bila aku tengok dia baring jek kat sofa. Eh dah kenapa? Pengasuh cakap dia macam tak sihat. Hurmmmm bila aku nak bawak balik tu, tengah2 nak p Lif tu dia muntah. Banyak gler kot. Ish aku terus patah balik rumah pengasuh mintak basuhkan. Sekali lagi dia muntah depan pintu tu. sO apa lagi kene mandikan and tukar baju la. Lenjun da eh. 

Bila dalam kereta pun dia muntah lagi. Pelik jugak lah sebab pengasuh cakap dia ok jek. Sampai di rumah dia macam ok sket la. Main macam biasa kehulu ke hilir. Aku bagi dia makan macam biasa. Then masa nak mandikan tu. Bluerkkk sekali lagi dia muntah. Banyak dia muntah. Hurmmm aku dah risau nih. So malam tu pegi klinik. Doktor bagi dia ubat tahan muntah masuk ikut bontot. 

ni muka masa tengah happy happy
 VS 
masa muka tengah monyok sakit. Tak sihat. Ni la yang dia dok baring kat sofa pengasuh masa aku amik.

Malam tu dia tak nak pun minum susu. Husband pun tak bagi sangat susu. Hasil google dia tu, katanya jangan bagi susu kerap. sO kitorang kerapkan bagi air masak sahaja. Nasib baik dia minum jgk. Malam tu lepas balik dari rumah dia terus tidur. Kepenatan kot. Tapi masa tidur tu dengar dia preeekkk. Berak. Banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat. Eh cirit pulak ke?? 2x jugak la. Aku salin jek pampers dia tapi dia stil tidur kepenatan. Tak kisah nak buat apa. Kesian pulak. Esok dalam kepala memang nak ke PPUM dah. EL tu memang harus jugak laa ! 

Masa nak menunggu ke pagi tu. dalam jam 3 pagi dia muntah lagi. Banyak gler kot. Aish risau betul dah aku nih. Tak sabar nak tunggu siang. Lepas muntah dia sambung tidur. Nasib baik aku da lapik kain and tikar getah masa dia tidur tu. Memang prepared da incase dia muntah. Then esok pagi tu dia bangun macam biasa ceria. Aku siap2 kan dia untuk ke PPUM. Masa on the way nak ke klinik tu dia preeeekkkk lagi sekali. BErak lagi. Muntah dah tak. 

Picture bawah ni semua gelagat dia kat spital. Kemain lagi ajak ke sana ke sini nak main. Tak macam orang sakit. Padahal tak sihat tuh. 





sO bila dah jumpa doktor tu lega sikit hati nih. Doktor kat spital kerajaan and klinik swasta ni memanglah kita tahu perbezaan pendapat dan cara rawatan dorang. sO bila di spital ni kita akan terus direct jumpa doktor pakar kanak-kanak. Kata doktor memang Laana terkena keracunan makanan. Budak besar dia ni memang sedang fasa semua benda nak mengutip then masuk ke dalam mulut. sO ada la tu apa yang dia kutip and makan. Mungkin benda2 tu ada bakteria kan? Kata doktor lagi bayi bawah 2 tahun septutnya tidak boleh diberi ubat tahan muntah. klinik kadang-kadang begitulah. Dia akan beri sahaja. 

Anyway apa nasihat doktor sewaktu anak cirit birit, muntah, keracunan makanan and so on: 

1. Jangan bagi minum susu. (susu ni akan mempercepatkan proses untuk kita memuntahkan balik dari perut)2

2. Kerapkan beri minum air kosong supaya tak dehidrate. 

3. Beri minum ribena, orange, jus 

4. Jangan beri makanan banyak-banyak. Beri sikit-sikit supaya tak termuntah balik. 

Then last tu doktor tanya ada apa-apa nak tanya lagi? Aku tanya la. Apa tanda-tanda dehidrate?? Doktor jawab:

1. Perhatikan mata. Cengkung ke tidak?
2. Tekan hujung jari kalau lambat kemerahan dehidrate la tu. If cepat normal
3. Pegang tapak kaki. If panas dia normal. Kalau sejuk tu kurang air. 
4. Tengok dia aktif ke tidak. Sebab kalau tanda lesu and monyok bahaya

Sekian... 


Hihi..  Esok kan tu alhamdulillah baby da sihat. Rahsianya banyakkan minum air kosong sahaja. Ibu pulak terkena keracunan. Hihi dia dah bole senyummmm

Muka buyusk baru bangun tidur kene teman ibu beli makanan. 

Thursday 6 October 2016

nak rantai bermanik pulakkkkkkkkkkk !!

Haish bila dia semakin besar pnjang akalnye tau. Aritu g jenjalan dengan family aku la sebab mak, ayah and adik-adik datang kan? sO aku bawak le diorang ke GM Klang sana tuh. Masa jenjalan tu la dia ternampak rantai manik colourful. Ktorang memang singgah kedai jual rantai tu sebab adik aku nak beli rantai jugak di situ. Trend orang sekarang yang pakai rantai luar tudung tu. Singkat la rantai nye. AKu rasa korang boleh imagine. Hahahaha.... Then masa dok memilih tu la dia nmpak rantai dia berkenan. Kebetulan sebelah dia jek masa aku dukung. sO apa lagi. dia menjerit cakap NAK !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! siap amik ye rantai tu. Haha aku terpaksa keluarkan rantai tu nk bagi dia pakai sebab takut putus. 


sO bila pakaikan pada dia, terus diam and sengih-sengih. Wahh... mak aku cakap mesti dia rasa dia cantik la tu pakai rantai pulak dah. Hahaha sO nasib baiklah harga rantai bukan RM50!! Hihi layankan kerenah si kecik tu. Ktorang ke GM dalam petang lepas zohor kol 2 sampai. sO bayangkan dia keras jek dok pakai rantai tu dari awal beli smpai ke malam. Masa nak mandikan tu la cabut buang. Hahaha langsung tak sentuh and usik kat leher dia. Amboi sangat kan awak nih!!! 








malam-malam pun nak bergaya. Hihihi disebabkan awak suka bergaya and rantai ni pun murah. Ibu nak beli lagi lah hahaha. Nasib baik murah. Nak jual kat kengkawan pun tak tergamak pasai murah sangat.