Tabung nuffnang sayer :

Tuesday 30 September 2014

I'm Married ~ Engagement & Solemnization

Hamboi lama sangat aku dah tak berblogging kan??? Kan dah kata kalau aku busy memang berzaman pulak laa nak update entri. Tapi bila free tu setiap hari kalau boleh nak upload setiap hari. Tak pun bila free tu idea pulak kering. Hihihihihi Tapi kali ni nak cite pasal HARI NIKAH aku. Hik hik mood gatal sangat kan?? Ok sebenarnya beberapa hari ni aku agak busy untuk menguruskan wedding. Giler penat beb !!! Nasib baiklah kahwin ni sekali seumur hidup. Penat giler Allah jek tahu. Nasib baik laa persiapan aku ni 100% mak yang banyak tolong. Ayah pulak Mr. Banker. Hihihi Tapi ada jugak aku bagi sikit duit untuk tambah2. Persiapan kahwin ni dibuat start bulan 3 sehinggalaah bulan 9. Bermakna dalam tempoh 6 bulan selepas majlis merisik aku. 


Majlis akad nikah aku ni beserta majlis pertunangan. Memang we all nak jimatkan bajet. Tak nak membazir pada benda2 yang entah hape2 jek laaa. Aritu cuma buat majlis antara keluarga sahaja. Majlis merisik, kemudian terus decide untuk hari nikah beserta pertunangan sekali. Dah jimat di situ. Mungkin tak ramai yang buat majlis bertunang, dan menikah sekali kan?? Sebab rata2 orang sekarang pertunangan itu kalau bole nak buat besar-besaran. Bukan ke setiap majlis tu memakan belanja yang agak besar?? Jadi dua belah family sepakat untuk adakan pertunangan sebelum majlis akad nikah.


Seminggu sebelum majlis tu aku dah mintak cuti sebab nak tolong emak kan? Berat jugak tugas bila majlis bertunang dan nikah pagi, reception pulak tenghari. Kesian pulak mak buat sensorang. sO aku mintak cuti seminggu sebelum dan selepas majlis kahwin. Majlis akad nikah aku di sebelah pagi sabtu, 27 September 2014 yang lepas. Tapi baru dapat nak upload blog kan?? Untuk majlis perkahwinan ni, mak pilih bridal di kuantan sendiri. Asri Bridal namanya. Servis dia memang tip top !! Memang terbaik and sporting gler. Majlis hari tu bermula jam 9 pagi. 

sesi mensarungkan cincin pertunangan oleh ibu mentuaku


selesai majlis pertunanganku. Simple je kan? Hihihi Masa ni berdebar untuk sesi akad nikah pulak

Masa ni baru rasa berdebar  gler tunggu tok kadi bagi tazkirah sket.


Dup dap dup dap ... Huhuhuu masih leh senyum lg sebab tok kadi buat lawak sket






Akhirnya aku telah menjadi Puan kepada Nick Afi dengan sekali lafaz. 

sementara menunggu batal air semayang, aku sign surat akuan nikah dulu


Batal air semayang 




Bersama ibu dan bapa kedua belah pihak

sempat tanya tudung ok x?





Ok itu sahaja untuk hari pernikahan ku. Huhu hari tu agak rushing jugak sebab jam 11.00 pagi we all dah balik homestay untuk salin baju pulak. Reception start jam 12 tghari sehingga 4 petang. untuk next entri aku akan cerita pasal reception tu ye?? 

Thursday 25 September 2014

Sanofi Lactacyd penyelemat yang comel

Hihihi sorry bila cuti2 ni rajin pulak aku update entri baru lewat memalam kan??? Tak sempat nak update entri siang hari sebab sibuk uruskn urusan kahwin laa. Ke hulu ke hilir menemani mak. Bila malam camni mata mula tak mengantuk lagi, so cari alasan berblogging laaa. Alaaa bukan selalu pun. Lagipun aku nak sharing pasal 1 produk jek . Actually aku pakai feminine wash lain sebelum ni. Tapi bila sampai di rumah mak, buka2 beg, feminine wash yang aku slalu pakai tu tak bawak !!!! Hui aku memang tak boleh tak dak pencuci tu. Tak best ! Seyes tak best kalau tak cuci dengan sabun. Tapi !! Korang jangan cuci dengan sabun mandi pulak tempat sensitif tu. Bahaya dan boleh mengundang bakteria. Seelok2 nya pakailah pencuci khusus untuk feminine ni ye??? 


SO nak dijadikkan cerita, dalam entri sebelum ni pasal nuffnang ada kasik aku iklan Sanofi Lactacyd tu, aku tergerak jugak hati mintak adik aku belikan. nasib baik dia baik hati nak tolong belikan. Aku malas nak keluar da memalam buta ni. Aku pesan nak yang kaler hijau. Hahahah gedik sangat kan. Memang tak leh tak dak pencuci tu wei !!! Rimas... Kalau baca entri sebelum ni ada aku cite pasal sanofi-lactacyd-phase-2. So selagi iklan tu masih lagi berlegar2 di CPUV ku, selagi tu boleh iklan kan lagi produk ni.

Cumanya nak bgtahu pencuci ni bagus. Memang selesa lepas dibasuh. Sama jugak macam pencuci aku pakai sebelum ni. Cumanya dia tak ada rasa mint2 . Tapi kalau bagi yang tak berapa gemar mint tu, boleh cuba sanofi. Harga dia pun berbaloi. Boleh dapatkan di Watson. Botol kecik untuk travel pack RM9.90 dan besar RM29.90 shj. Aritu adik aku belikan yang kecik sajooo jadi tak pela. Tahan untuk sebulan gamaknye . kalau rasa nak bawak dalam handbeg pun no hal sebab comel dan kecik jek. Itu lah penyelamat comelku. hihi 


Botol kecik dan comel

Boleh disimpan dalam handbeg. 


Wednesday 24 September 2014

Ariani Jumbo Sale !! (26 Sept - 4 Okt 2014)

Haish baru rasa nak berjimat kan, dah tergoda dengan tawaran Ariani ni. Tudung2 dia cecantik pulak tu. Kebetulan masa tengok pamplet tu, ada yang sale dari RM315 ke RM90???? Tudung feberet sebab penah pinjam mak aku untuk pakai ke rumah bakal MIL raya dua tahun lepas. sobs sobs pinjam jek sebab tak mampu nk beli sebab rege dia almost RM300. Huish memang tak termampu la. Tapi kebetulan dapat duit kutu bulan ni, so ingat nak borong sikit. Hihihi tapi tak leh nak borong banyak2 jugak sebab plan nak bayar balanced duit photographrer lagi. Nak kahwin ni duit tak sempat nak menyimpan tau. 


Tudung Ariani satu best sebab awning dia boleh basuh. Penah jek tudng2 before yg beli masa 3 helai RM100 tu, masuk mesin tp dia tetap ok lpas iron tau. That why la mak aku lagi prefer Ariani dari Fareeda. Aku pulak peminat Fareeda. Tapi Fareeda ni mahal sangat and jarang ada sale. sO bila tengok Ariani buat sale jumbo macam ni, apa lagi??? Hihihi sale pulak boleh dikatakan semua tudung 50%. 

Tudung ni la aku pinjam dari mak aku . Hihihi cantik jek. 

Then semalam mak ajak p tengok2 di butik Ariani. kebetulan ada kawannye jugak kan? sO sesaje laa  tengok2 design and kaler yang ada. Terkjut jugak la bila tahu harga tdung yang feberet aku tu sale jadik RM90 dari RM315 kn??? Orang kedai pn cakap tak pernah lagi Ariani buat sale cam ni. 




sempat la test pakai2 sat. Huish rambang mata tengok wei. Sale tak jalan lagi jadi sempat kami cuba dengan aman. 

kesian kak kat ariani tu kene kemas and lipat balik. Huhu tak pe tak pe confirm jumaat we all datang pepagi terpacak depan kedai. Nasib baik  promoter semua friendly

gila tengok kaler dia cantik. campur2 jugak

Ok so sila lah meredah lautan manusia jumaat ni yek. Kenapa jumaat  ? Sebab sale ni start 26 Sept - 4 Okt sahaja !!! Stok bukan banyak pn. sO confirm2 la cecpat habis wei !! 

wedding preparation ~ Guna pakej bridal untuk Elak pembaziran

Haish tetiba mata ni macam tak mau tidoq lagi. sO aku merajinkan la diri ni menaip entri baru, tapi idea tak mo mai pulak da memalam cenggini. Angin betul aih !!! Huhuhu sebenarnya memang tak ada idea untuk update entri baru, Mungkin sebab blur or tah la.. Hahaha anyway tarikh nikah pun da makin hampir. Kalau time2 cmni orang mesti dok tanya "Nervous tak?" Huhuhu sebenarnya aku tak tahu nebes tu camne? Tang mana and bila nak nebes?? Mungkin kalau masa hari kejadian mungkinlah ada perasaan tu, tapi kalau tanya sbelum majlis ni macam ssah sikit nak jawab. Hahaha.. 

So far semua persiapan dah settle pun. Haish gila tak settle sebab tinggal beberapa hari or jam jek lagi??? HUrmmm dok pikir kemain lama entri apa nak update kan, sO aku ingat nak cerita pasal elak pembaziran masa persiapan untuk perkahwinan. Kalau boleh, jangan melampau2 sangat kita menggunakan duit tu. Untuk kawin aku ni nanti, mak aku decide nak pakai bridal jek dari baju, pelamin, hiasan meja beradap, make up and semua laa. Ini pn salah satu langkah penjimatan. Di kuantan ni banyak jgk bridal yang hebat2. 


sO bridal yang we all guna ni Asri nama ownernye. Recommended by kengkawan mak jugak. kalau nak tengok2 pakej kahwin tu, actually kita kene buat appointment dengan dorang. Kalau tak memang susah sikit nak dilayan sebab kalau kebetulan masa kita datang tu, ada customer so mestilah dia utamakan customer yang datang untuk appointment kn? Aku tengok semua bridal memang camtu. sO memang dinasihatkan buatlah appointment dulu ye? 


Hiiiii berbalik kepada pakej yang aku cakap lebih jimat tu. Memang kalau kitia amik pakej lebih jimat dari kita amik asing2. Lagi2 trend sekarang orang2 suka tempah baju nikah and sanding sendiri kan? Lepas tu simpan jek dalam almari. Okey kalau bagi yang mampu aku rasa mestilah tak ada hal punya. Boleh jek nak tempah walau harga sehelai baju tu kadang cecah RM3k !!! ikut bajet memasing. siapa mampu boleh. Tapi bagi yang nak jimat macam aku ni ha, memang terus terang cakap aku sewa jek semua and amik pakej siap. harga pakej pun tak mahal mana, sebab macam2 jugak dapat. untuk RM5k. 

Not bad jugak la baju2 sewa ni kan?? 

Untk nikah pun aku memang sewa jek and termasuk dalam pakej tu. Sebab dalam pakej RM5k tu, aku dapat : 

1. Baju nikah lelaki & perempuan, veil, selendang, akesori nikah, bantal nikah 
2. Baju sanding lelaki & perempuan,veil labuh 2 helai sebab 1 pendek and satu yang labuh, aksesori, 
3. Bau sewa untuk pengapit lelaki & perempuan 
4. Make up 2x (nikah & sanding)
5. Pelamin cantik, penuh bunga (yang ni aku amik tema putih bungasalji2)
6. Hiasan meja beradap,
7. Hiasan meja kek
8. Hiasan photobooth area
9. Baju sambut menantu Lelaki & perempuan nanti 
10. ada sepanjang wedding dari mula smpai habis 
11. Bunga tangan


Uish dah tak ingat apa lagi sebab banyak sangat wei ! sO berbaloi ke tidak???? Aku da malas nk pikir psl baju dah nanti sebab kalau boleh tak mo simpan. Tak tahu nak pakai ke mn dah dengan rambu2 over cam tu kan??? Tapi untuk nikah tu aku pilih mini kurung kain lace net kaler soft pink, and sanding pulak dress putih + suit kelabu. Hihihi entah macam mana la gamoknye hari tu nanti kan?? 


Bila da dekat macam ni kene make sure checklist semua dah complete. Mak memang berjimat pun tapi dia akan make sure barang2 tu semua cantik. Contoh macam bekas par, kebetulan ada jiran yang sewakan. sO mak cuma tambah2 riben sikit la bagi cantik. Bila sewa dari kawan ni, upah menggubah free la, just beli aksesori tambahan shj. 


bekas untuk cincin lelaki nanti. Mak pinjam jek dari kawan2 dia. :) 
hiasan par

Kenapa mak aku tak nak beli par? Kenapa nak pinjam?? Ok alasan mak, sebab kalau boleh dia nak setiap wedding anak2 dia par lain2 bentuk and tema. Hurmmm betul jgk cakap mak aku kan?? hihi tak la bosan sangat nanti. sO aku ikutkan jek mak sebab dia lagi arif bab2 cam ni. Bilik pengantin ni mak aku Diy jek. Kebetulan dia dpat cari cadar cantik kan? Hihihi mostly banyak DIy jugak laa. Bunga telur, photobooth props, semua DIy jek. *yang tu nanti aku update dalam entri DIY sahaja k

Haish tu jek la nak update malam ni. Urusan masih belum selesai, rebus telur untuk masuk dalam net bunga telur, dan inai shj :) hihihi 


Tuesday 23 September 2014

Beli rumah part 3 ~ Pinjaman dah diluluskan !!!!!!!

Pepagi tadi aku dapat wasssap dari agent yang uruskan pinjaman perumahan aku. Oppss semua org ingat aku ada hire agent untuk uruskan pinjaman dan rumah.No... no no !! actually pemaju yang aku beli rumah ni la yang sediakan agent untuk aku. Memula aku memang macam ermm nak buat sendiri kan? Nak anta sendiri baru rasa yakin, tapi lepas pemaju dan agent tu sendiri bagi aku percaya, so aku pun okeyla nak bagi agent yang hanta kepada BPP. BPP tu stand for Bahagian Pinjaman Perumahan. Sebelum2 ni ada kawan yang dah beli dorang macam suggest hantar sendiri. Tak tahu la pulak kenapa. Mngkin dorang hantar sendiri kan? sO tak pernah ada kawan aku yang experienced agent tlg. Tapi disebabkan aku agak busy dengan urusan kahwin, aku lepaskan juga kepercayaan aku pada agent yang di amahkan untk membantu ak. Cewah !! Ayat macam nak menyelesaikan misi penting jek kan??? Hihi then, kebetulan masa aku dah nak cuti kahwin tu pulak S&P aku dah siap stamping and boleh amik salinan. 

Oh kalau buat loan kerajaan ni, kita perlu cepat2 hantar kepada BPP untuk elak bahagian treasury issue bayaran lambat kepada pemaju. selalunya dalam tempoh 21 hari macam tu la, tak pun 3 bln. Tidak boleh melebihi 3 bulan, kalau tidak ada penalty or ikotlah pemaju akan kenekan charge kepada kita macam mana. Part ni mmang aku mintak doa pada Allah banyak2 supaya permudahkan urusan aku. Risau jugak. Harap2 semua berjalan lancar. Hihihi. Oh ye berbalik kepada agent tu tadi, pepagi tadi masa aku bangun tidur, dapat whatssap dari beliau. Nama agent aku ni Encik Kamarul. Orangnya gila2 baik and friendly. sO aku tak kekok untuk berurusan dengan dia. Hihihi 

Hihi ni la whatssap yang aku dpat pagi tadi. Memang hati berbunga-bunga jugaklaa.

see aku da cakap En Kamarul ni memang terbaik. Any document dia yang amik dari aku di pejabat, dan dia sendiri yang akan hantar kepada BPP. Huish nak ke BPP tu kemain sukar jugak laa. Banyak nak kene tempuh. Memang mencabar. Ala sebenarnya di Putrajaya jek pun tapi jauh jugak la kalau dari Petaling Jaya tu weh. sO aku serahkan kepercayaan kepada agent aku tu jek. 

Oh ye, setelah dapat whatssap tu, aku pun terus buka website BPP. Sebelum mohon pinjaman pn memang kene masuk website ni. Tapi itu pun agent aku tolong key in and daftar masuk, then dia berikan aku password and kata laluan shj. sO senang sikit keje aku. Memang kebetlan aku sendiri pun busy dengan kerja and urusan perkahwinan. Haish ! Ok untuk masuk ke PBB just taip je http://bpp.treasury.gov.my/web/ . Nanti akan keluar terus web macam di bawah ni 



Lepas tu just click jek SPPB. Hihi ada la korang kene masuk password and kata laluan untuk tahu status . Aku memang jenis tak menyempat terus jek login masuk untuk check kan? Hihihi eksaited terlebih. Rasanya dia hantar kepada PBB pada jumaat lepas. 19 September 2014. Aku dah balik kampung da time tu . So aku tengok status diluluskan 23 September lagi. Wow kira cepat jugak tu. Dalam 2 hari bekerja jugak laa. 

Hihi so akan terteralaah di sebelah kanan sekali tu status LULUS !!! Yeay ! Alhamdulillah

Alhamdulillah. Syukur .Tapi proses bukan dah berakhir disini yeee. Banyak lagi perjalanan. Lepas ni kene anta surat setuju terima. Hurmmm jumlah sebulan kene bayar pun agak aumm jugak laaa. Tapi demi untuk dapatkan rumah sendiri tanpa menyewa, so aku nekadkan diri. Actually aku sendiri pun memang nak cari rumah teres and landed. Tak mo dok apartment tinggi2 lelama. Hihi kalau rmah landed ni kita nak buat apa pun tak kacau orang. Hurmmm rumah ni pun dijangka siap pertengahan atau hujung 2016. Lambat lg. sO sempatlaa tunggu kenaikkan gaji 2 or 3x lagi. Huhuhu lega sikit la sebab proses loan kerajaan ni, selepas rumah siap or da dapat kunci baru kita start bayar. Tapi ikt jugak la. Ada yang selepas 18 bln or rumah siap dlu. Tengok mana lbh cepat settle. so lepas ni kene berjimat cermatlah . Hihi tak boleh boros. 

Beli rumah part 2~Lengkapkan senarai untuk hantar kepada Bahagian Pinjaman Perumahan

Hew hew hew aku dapat rasakan beberapa minggu and bulan ni aku dalam tempoh kesibukkan yang amat sangat. Tak tahu nak bagitahu busy tu camne. Uruskan rumah nak uruskan kahwin and keje2 opis.Haish ! Ini kira nasib baik dapat cuti lama siket dapat lah aku tenangkan sikit diri. hahahaha poyo mcam kalah je perdana menteri kan?? Ok entri semalam dok panjang lebar cerita pasal persiapan kahwin. Alih2 arini nak cerita pasal rumah pulak. Yes memang dalam entri sebelum ni aku ada update entri pasal usha rumah baru. Hihihi dah habis usha tu, siap bayar booking maknanya apa?? Mestilah serius kan? So inshaa Allah mudah-mudahan Allah permudahkan semua urusan aku. Huish banyak benda nak settle lagi ni before berakhirnya 2014. 


Rumah pun da mula dalam pembinaan. Kira okey la kan. Baru-baru ni aku tengok dorang dah mula ratakan tanah dan pacak signboard. Dah nak mulakan pembinaan or pacak tiang la kan? Legaaa hati bila tengok projek dah mula berjalan. Hihihi pakcik aku ada keje polis di Daerah Klang ada tanya siapa developer yang handle projek rumah ni? Developer nye Metrovest. Pakcik aku cakap Metrovest okey. sO lagi la lega. Harap2 projek siap seperti dalam jangkaan, dan urusan aku untuk membeli pun mudah. Ye laa sebab aku ni nak apply pakai loan kerajaan. Bila sebut loan kerajaan, banyak la proses-prosesnya yang kita perlu lalui. Sebelum aku cerita pasal proses2 untuk apply loan kerajaan tu  jom tengok gambar rumah yang dah mula nak dibina tu. 


Tanah dah rata. Masaa aku pegi sebelum ni memang tak ada apa2 lagi. 






Lega hati bila dh nampak naik sikit. Hihihi so yang pening bila kita nak apply tu la. Banyak benda-benda nak diproses. Lepas raya tu lawyer untuk handle rumah ni ada call and mintak aku sign S&P. Bila aku tanya mana opis dia??? Mak ai jauh weh dekat Setia Alam tuh ! Tapi demi nak jugk rumah tu aku pergi jugak redah highway yang jauh lebih 40km jugak tu dari jarak opis aku di Petaling jaya. Fuh !!!! sO selesaii 1 urusan untuk proses tandatangan Snp. 

yeay da dapat salinan SnP aku. Alhamdulillah masa ni aku still dapat promotion untuk free Legal fee and SnP 

Selesai 1 masalah bila dah settle snp. Oh developer yang handle projek ni, dia memang bagi kita agent untuk selesaikan urusan peminjaman dengan bahagian pinjaman perumahan (BPP). sO lepas dapat snp ni, kita perlu isi borang dalam BPP tu. Tak silap aku byk jugak nak diisi. Kemudian,kita diminta untuk buat bank draf atas nama Setiausaha Pinjaman Perumahan. itu pun nasib baik agent tu dah siapkan isi borang2 dalam BPP. Hihihi aku cma sediakan bank draf and snp shj. Tapi  bukan sampai situ jek. banyak lagi kita perlu selesaikan. 

untuk mengelak berlaku sebarang masalah. Sesiapa yang nak apply loan keraajaan kena lah siapkan list yang dilampirkan. Uish berkerjar jugak nak lengkapkan semua ni. Huh lepas da lengkap tu, aku mtk sign b0s and agent tu amik untuk hantar kepada BPP kembali 


So sekarang ni aku sedang menunggu status pinjaman aku laa. Harap2 lulus dengan jayanya . huhuu Oh untuk mengelakkan barang-barang hilang, korang boleh simpankansemua dokumen dalam 1 file . Supaya senang nanti utk rujukan