Tabung nuffnang sayer :

Friday, 26 August 2011

Perfume favourite untuk raya


Haaa perfume ni la yang favourite aku.. sebelum ni aku memang jarang pakai perfume pun. Entah ! kadang-kadang kalau keluar aku lebih suka sapu lotion je la. Kadang-kadang hidung aku ni sensitif. Bau minyak wangi pelik-pelik ni boleh buat aku pening and migrain. Bauan tu kalau tak kene gaya, serap kt kepala. itu yang boleh sakit kepala @ migrain... hadoi. rasa loya pn ada. jadi pemilihan minyak wangi ni amat sensitif bagi aku la. very selective !! ..

hehe lagipun, Rasulullah pun pernah bersabda : " Barang siapa seorang wanita yg memakai minyak wangi kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki sehingga mereka mencium bau harumnya, maka dia adalah wanita penzina dan tiap-tiap mata yang memandangnya itu adalah zina."

Hurmmm takut jugak la bila rasulullah sendiri dah bersabda macam tu kan?? s0 sebab tu aku jarang gk la pakai perfume kalau keluar memana. ah sama je la pakai tak pun asalkn tak berbau busuk. Realiti dan kenyataannya, minyak wangi itu haram di pakai oleh kaum wanita. Tapi biasalah orang perempuan ni, kan suka berbau wangi. Bauan yang boleh menggoda orang lelaki. S0 sebab itu agaknya wangian di anggap untuk menggoda lelaki dan boleh menyebabkan zina? Heheh, macam pakar agama plak aku bercakap. tapi tak apa, perkongsian agama tu kan bagus. dan, mencari ilmu islam tu kan lagi bagus.

Tapi, aku bukan lah tak pakai perfume langsung. pakai tu pakai, tapi aku pakai bila ada function penting. event ke, dinner, or aktiviti yg penting-penting la. yg kadang-kadang 2 bulan sekali . sebulan sekali. then, perfume yang gambr di atas tu la yang aku pakai sekarang ni. Lancome. yang ni tak habis lagi. adalah tinggal sikit. aku beli 6 bulan lepas derr... huu padahal botol 50 ml je. yang kecik la.

masa aku beli perfume ni baru keluar. ngah promosi tu dia spray-spray aku pun mcm tertarik. jadi aku beli lah. time tu promosi RM145.00 dapat la btol 50ml dan lotion dia sekali. so jimat banyak. perfume dia lagi la banyak. tak terusik pun sgt. bau dia memang kaw la. memang smooth and aku suka. s0 aku pakai perfume ni bila perlu je la.. kalau rasa tak perlu aku tak pkai pun. aku keluar hari minggu ke, pegi pejabat ke aku tak pernah pakai pun. huhuhu ..

Skang aku survey-survey kat mall, harga dia da Rm200 lebih. ermmmmm malas lah nk beli lagi. lagipun ada suku botol lagi. ckup la untuk raya bakal tiba ni yeee.. hehehehe aku godek-godek google,ada lagi hadis nabi tentang minyak wangi untuk wanita ni. kalau lelaki tu hukumnya memang sunat. tak apalah. bagi perempuan plak? godek-godek lagi, aku jumpa blog (http://jalanakhirat.wordpress.com/) dan info di situ mengatakan :

Ketika berada diluar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang lepas. Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga di hidu oleh lelaki yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:

أيما إمرأة استعطرت فمرت بقوم ليجدوا ريحها فهي زانية

Maksudnya: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Bukanlah wanita itu dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila dia keluar tetapi yang dilarang adalah yang sehinggu dihidu oleh orang sekilingnya. Janganlah wanita itu meninggalkan bau-bauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok kepada sekitarnya. 

* MEANING THAT KALAU PAKAI SIKIT-SIKIT ASAL ORANG TAK BAU KITA BUSUK OK LA KN??

Oh da faham kan maksudnya sekarang wahai kawan-kawan ?? hehehe s0 kalau nk pakai minyak wangi tu pakai berpada and sikit sudah la. buat apa nk sembur banyak-banyak smpai 1 kawasan tu kita lalu boleh bau. Ckuplah kita saja yang bau ok la tu kn? lagipun berjimat itu baik untuk kehidupan kita..


kalau nk sangat bau-bau sikit. tips aku senang je. basuh baju dgn softlan downy. aku pakai yang warna purple. Selalunya baju-baju dah di angkat dari jemuran tu aku iron n sembur dgn penyembur yang dah di campur softlan tu sikit. hasilnya baju mmg bau wangi la. smpai kain telekung aku, aku sembur softlan ni, bau dia still lekat even da 2 minggu aku tak basuh ;) so aku uplod pic yang aku amik dari google ni okey.. senang nak refer nanti..

Wednesday, 24 August 2011

Hidupkan Malam LAILATULQADAR* & Pengalaman bertemu malam lailatulqadar


Macam mana nk hidupkan malam tu? Lailatulqadar tu manusia ke boleh hidupkan ke tak ???? Ish apa punya orang la kalau masih ada yang tak tahu MALAM LAILATULQADAR tu apa kn? supposed sebagai umat islam kenelah tahu apa itu lailatulqadar? apa kelebihannya?? bila malam tu selalu muncul?

Apa itu LailatulQadar 
Malam LailatulQadar adalah sunat dicari, kerana semua orang tahu malam itu merupakan malam yang amat diberkati, mempunyai kelebihan dan segala doa akan diperkenankan oleh Allah S.W.T. Ia juga merupakan sebaik-baik malam yang mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Al-quran juga diturunkan pada malam lailatulqadar.

Kelebihan
Selalunya malam itu memang amat dinanti-nantikan oleh orang islam. hanya setahun sekali sahaja malam tersebut akan muncul. Dan aku juga turut sama menantikan malam itu seperti tahun lepas. Kelebihan malam lailatulqadar ni adalah kita akan dikurniakan pahala ibadah bersamaan 1000 bulan = 83 tahun . Apa sebabnya Allah S.W.T jadikan seperti itu? ini kerana umat islam sekarang mempunyai jangka hayat yang semakin pendek. kalau kita tengok, umor 60 dah tua and terlalu uzur. Tapi umat-umat terdahulu ada yang jangka hidupnya hingga ribuan tahun termasuklah Nabi s.a.w .

Sabda Nabi s.a.w 
"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatulqadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu. Dan kita boleh mula beribadah selepas maghrib hinggalah ke subuh. jadi banyak masa untuk tunaikan solat sunat lailatulqadar ni."

Bagaimana menghidupkan malam lailatulqadar 
Kalau kat rumah aku dulu, ayah akan kejutkan kami sekeluarga untuk bangun solat. memang pukul 3.30 pagi dah bangun dengan mata masih mengantuk. tapi seisi rumah akan jadi meriah bila semua bangun dan sama-sama solat. maksud aku kami akan solat sendiri-sendiri berasingan lah di bilik masing-masing, tapi semua nya akan solat. 

sama juga macam yang pernah diriwayatkan Sayidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w apabila tibanya 10 malam terakhir di bulan ramadan, baginda akan menghidupkan malam-malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi isteri-isterinya.

Bermakna apabila kita sama-sama menunaikan solat lailatulqadar, pastilah malam terserbut lebih terasa nikmatnya kan? tapi sekarang ni bila dah tak duduk dengan keluarga, aku cuma bangun and solat sendirian je lah kat bilik. itu pun aku minta ayah jadi jam loceng aku. setiap 3.30 pagi, mesti beliau akan call. hehe then aku ingatkan aku sorang je bangun. rupanya housemate aku yang lain pn turut bangun.. maknanya ramai orang berlumba-lumba bangun pagi-pagi dan ingin mengumpul pahala ibadah. Dunia kan semakin di akhir zaman? Tak rasa rugi ke kalau kita tidur je? tidur tu bila-bila masa pun boleh. 

kenapa lailatulqadar hanya pada 10 mlm terakhir
Kerana Allah s.w.t maha bijaksana. setelah kita berpuasa selama 20 hari, manusia sudah mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi serta usaha yang pelbagai untuk meningkatkan amalan mereka. Malaikat akan turun pada malam tersebut dan mendorong mukmin beribadah dengan izin Allah s.w.t dan akan rasa tenang hingga pagi.

Apa amalan patut dilakukan
1. solat tahajud jika bangun di tengah malam
2. boleh juga solat sunat taubat
3. sebagai tambahan boleh solat sunat hajat 
4. solat sunat lailatulqadar
5. berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t
6. berzikir
7.membaca al-quran
8. minta segala dosa diampunkan..
simple je kan? 

mitos aku selalu dengar pasal lailatulqadar 
sebenarnya Allah s.w.t je maha mengetahui bila ia berlaku. yang aku selalu dengar orang cakap-cakap malam tu kita akan nampak :
1. pokok bersujud @ Menunduk
2. tak akan dengar bunyi satu apa pun kat luar. sunyi sepi seolah-olah semua sedang beribadah termasuk binatang
3. Air sungai berhenti mengalir.
4.Bekunya air
5.hujan renyai
6.bangun pagi rasa aman damai
7.langit memerah redup
8. dunia cm tenang kejap

tapi sebenarnya tak ada sesiapa yang akan mengalami pengalaman yg sama dan tak akan dirasai oleh pancaindera. so setiap orang berbeza-beza. Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar wujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

Petanda berlakunya lailatulqadar
selalunya boleh diketahui pada malam tersebut atau pada keesokkan harinya. Tapi sebenarnya tak ada petanda spesifik yang umum pun boleh dirungkai. benda tu terlalu subjektif. 

Cuma para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
1. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
2. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
3. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
4. Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul. 

Pengalaman aku
pengalaman aku maybe yang nombor 4. Masa tu aku memang bersungguh-sungguh bangun and beribadat. Aku minta Allah s.w.t makbulkan doa aku untuk tetapkan jawatan aku agar aku tidak ditamatkan kontrak. masa tu sesiapa yang tidak diserap ke tetap, kontrak kerja akan ditamatkan selepas habis tempoh bekerja. Mana aku tak risau. memang aku tak henti-henti beribadat. 

cuma ada satu malam tu aku menangis teresak-esak. memang menangis macam tak ingat apa la. rasa sebak and sedih sangat. Hurmmmm akhirnya aku bersyukur Allah s.w.t makbulkan doa aku. aku antara 6 orang yang diserap ke tetap dari 17 pekerja yang sambilan tahun lepas selepas berhempas pulas kene interview sekali lagi. Cuma jika doa tidak diperkenankan lagi tu, saranan aku tunggulah. cepat atau lambat sahaja Allah s.w.t akan makbulkan mungkin masih untuk menguji keimanan kita. 

amin...

p/s : sebagai pengajaran bahawa malam lailatulqadar mmg sangat aku nantikan seperti tahun lepas.
















Gaji dah masuk + finance planning + Patutlah Ofis sunyi hari ni...

Ha.. rupa-rupanya aku baru tahu gaji dah masuk hari isnin lepas lagi.. huhuhu aku punya lah dok tunggu bila nk masuk. maybe hari khamis kn pasai selalu gabemen 25hb tu wajib da masuk da... Tapi rupanya da lama masuk... Hadoiii tak apalah, legalah sikit. Duit BONUS pun ada lagi lebih suku tak terusik. semuanya kene save and belanja secara berjimat cermat. Aku tak nak lah nanti balik KL plak, pokai habis..  gara-gara sebab sakan beraya kan?

Duit yg ada pun aku dah save untuk duit raya kt adik-adik, mak ayah and atok nenek je.. maklumlah, 1st year keje tetap ni. tahun lepas tu aku sambilan lagi, jadi tak adalah aku nk kasi duit raya bagai.. hehehe BOSS pun kasi aku duit lagi thn lepas. tp tahun ni, aku dah niat nk kasi orang-orang yang aku sebut tu. Lagipun time ni jelah aku boleh kasi duit kat ayah aku.. walaupun tak banyak, tapi aku sure dia memang jenis tak akan ambik punya duit anak-anak dia ni... susah btol bapak aku ni.. hehe ... yela sebelum ni dia yang kasi duit and spend everything apa je anak-anak dia nk.. even PTPTN pun bapak tak bagi amik.. hurmmm tp senyap-senyap gk aku amik.. cuma approved RM3000.00 je utk diploma dlu... nasiblah kene bayar sekarang.. Degree aku dah malas nk mintak-mintak..PTPTN. nanti kene bebel sebakul

sempat laaa pagi ni aku buat kira-kira apa nk dibuat kan.. sebenarnya kita ni kene plan kemana belanjawan kita. berapa banyak yang kita save sebulan. selalunya aku simpan duit dalam bank lain. Kalau aku kumpul satu bank, huh mahu la duit aku asyik terguna je. s0 bank lagi satu tu memang aku jaranggggggggg sangat-sangatlah nk keluarkan.. tu pun kiranya sebagai masa tersuntuk aku kalau jadi apa-apa.. kita tak tahu apa jadi nanti kn? s0 sediakan lah payung sebelum hujan.. 

Ha citer pasal ofis plak, harini ofis aku lenggang. sunyi plak harini.. Haish ! pagi tadi pun aku dah pelik kenapa la tak banyak kereta kt dalam car park tu? selalu dah ramai yang datang. ni boleh di kira dengan jari.. masuk ofis plak aku tengok sunyi.. tak macam selalu riuh rendah.... la ! patutlah, rupanya harini ramai dah pakat cuti and balik kampung.... huh , JELES OKEH !


 orang pun dah tak ada..


seee tak de orang kan? de makcik cleaner jew





Aku je ada.. heeee







Tuesday, 23 August 2011

Mood Rindu kat MAk, and balik kg ....

Mood sekarang aku pasti sangat semua orang mood nk balik kg je.. Mood nk bekerja da kureng... Buat kerja pun lambat-lambat... haish ! bila laaa masa nk putar cepat-cepat ni???? rasa lambat je jam bergerak. BOSS aku da cuti awal lagi dua hari lepas. hehehehe walaupun dia actually chinese... tapi dia bercuti sebab temankan anak dia holiday ke TAIWAN.. s0 lagilah kerja yang nk di settle kn tu xde guidance dari dia.. s0 we all siapkan je apa yang patut.

 Baju raya dah bape pasang u all ni?? semua dah beli ke?? hehe buka je facebook mostly kawan-kawan aku dok post kat entry masing-masing list yang dorang dah beli.. lebih kurang cmni lah ayat masing-masing :
" Baju raya da beli.. kasut dah beli. . handbag dah beli.. make up pun dah beli.. zakat dah bayar.. duit raya pun dah tukar... servis kereta harini siap !!"

mak ai detail lagi.. Tapi bagus lah. preparation yang sangat baik. tak kisahlah dia nk post apa pun asalkan benda tu bukan nye memaki orang bgai. tayang bf bagai, cuma ayat cm simple je.. kalau dia nk berlagak or riak pun lantak dia la.. maybe kebetulan.. think +ve !!

So aku pun dah prepare la sedikit sebanyak keperluan-keperluannya.. First time aku beraya sebagai pekerja yang dah tetap nih lain la sikit.. hehe habis makanan aku beli semata nk bawa balik kuantan ! ish ! ish ! tapi for first time beraya ni, aku just beli nice nice je.. tak nak la membazir. takut nanti sengkek and poket kosong after balik dari kampung.. OMG !!!

Hai.... time-time camni memang ingat sangat kat

MAK AKU !!


&
KAMPUNG HALAMAN AKU !!

Raya tahun lepas hoho *ready-keluar-jalan-jalan*

Hai lagi DUA hari je kene bertahan kat opis ni... chaiyok3x !!! 

* baju balik kampung pun tak pernah kemas satu haper lg.. 

* Kereta pun tak check lagi cmne.. cuma last servis on MAY 2011..

* Duit raya ?? ala tak payah tukar la sebab tahun ni cuma kasi kt 
MAk
AYAH
ADIK (3orang)
ATUK
NENEK
TOKWAN

hehe

* baju raya, kasut raya, beg, is settled

*Kad touch n go pun dah isi RM50. ckup kot balik kontan =p
* Tak-tahu-nak-bebel-apa-lagi... 

BYE !!


Contect Lense .. : Berbahaya ke tidak?

Aku memang penggemar kepada pemakaian contact lense (CL) ni... ermmmm kalau dulu memang kerap aku pakai. Sebab mana-mana function aku pegi mest aku wajib pakai. Disebabkan rutin harian aku yang sibuk dlu, berbanding sekarang membuatkan aku terpaksa CL untuk ...... of course la nampak cantik ! 

tapi bila ramai yang cakap sok sek .. sok sek yang pemakaian CL yang kerap ni mengundang bahaya, jadi aku dah kurangkan pemakaiannya.. Entahlah, takut jugalah bila dengar kisah-kisah orang yang mengalami kerosakkan mata kerana pemakaian CL ?? Biar btol ????

Lagi satu yang aku ni dok pakai, bukannya aku ada power pn.. kalau aku beli CL ni pun, memang yang  0.00 je.. =) so should bersyukur yang sangat-sangat lah kan dikurniakan mata yang sihat dan tidak rabun dekat atau jauh. Haish !Ini semua mesti nak cantik kan??? Nak cantik buleh ! tapi korang-korang ni kenalah pastikan CL yang dibeli di kedai cermin mata yang berkualit. Maksudnya jangan beli sembarangan tempat.. Mata kita ni tak ternilai harganya.

Tak pakai CL pn Oke je kan ?? s0 Kurang-kurangkan pemakaian CL okeh untuk sehatkan mata.. 
 
Nasihat UMUM yang terkait dengan pemakaian CL adalah :
  • Jangan gunakan CL sewaktu tidur.
  • Jangan gunakan CL seharian atau lebih dari 8 jam
  • Cucilah CL sebagaimana mestinya.
  • Jangan gunakan CL yang sudah kadaluarsa.
  • Bila terjadi iritasi, sakit, atau mata merah segera kunjungi dokter mata untuk diperiksa.
  • Tentunya lebih baik jika tidak menggunakan CL.
  • Pakai jarang-jarang tu tak salah. 

Oke ni picture sebelum dan selepas CL






Aku suka tengok perempuan cantik

Aku suka perempuan cantik bukan bermakna aku ni LESBIAN okeh ! sebab aku suka tengok la.. ehe.. ermmm kadang-kadang tu jeles jugak bila tgk perempuan cantik ni. Kalaulah aku cantik macam depa kan? kan ? kan ? huhu tapi apa-apa pun kita patut bersyukur dengan kurniaan ALLAH. dah elok-elok ALLAh kasi rupa and ckup sifat buat apa nak bebel banyak, nak complain, nak ubah sana sini buat pembedahan bagai tanpa sebab???? dapat sakit je kan? 

Alamak entri dah lari tajuk. Okies sebenarnya aku nk tunjuk siapa perempuan cantik yang aku suka tu. Mestilah tak lain kawan baik aku. Kitorang kawan since masa amik diploma dulu lagi kt UiTM Kota Samarahan, Kuching Sarawak. Pengalaman paling best aku rasa masa kt sana . S0 masa tu aku ada dua orang kawan baik yang sama fakulti and kelas dengan aku. memang apa-apa aktiviti kt universiti yang melibatkan fakulit we all ni, we all akan join bersama. Bila melepak lepas habis kelas pun we all bersama. pegi makan ke, ke mana-mana in campus we all memang bertiga ... masa tahu baru tahu 2004

Melepak di u floor sambil bergosip reramai dengan lecturer sekali

program anak angkat yang entah tahun bila hehe teka la mana aku

.
.
.
.
.
.
V

Haaa ni lah gambar mereka.. Shema kiri, tengah aku, and kanan sekali Aida
Aku rasa muka suci tak leh blah time ni pasai time ni aku memang tak reti nk make up bagai. simple-simple sudeh..


so smpai la tahun terakhir sem 6 kat UiTM, 2007 we all sm-sm graduate and habis belajar.. Tiga tahun sm-sm menempuh macam-macam pengalaman kn? memang best. time tu memang jauh dari family. mak ayah. ada masa home sick, tapi nk balik jauh. kene beli tiket kapal terbang yang mahal. huuuuuuuuuuuuu balik pun cuma satu sem sekali. Hai muka macam kanak-kanak kan? yelaa time ni umo pun baru 20 tahun !! 

Lepas tamat Diploma tu, aku sambung Ijazah kt UiTM Dungun plak. AIda sambung Ijazah kt UiTM Shah Alam. Shema ??? Shema pulak jadi pramugari. Dia tak nak sambung belajar. Tak kisahlah, sbab dia memang cantik pun. tak percaya? nanti aku tunjuk foto dia.. Comel ! s0 lepas dari tu we all memang jarang jumpa da. masing-masing busy jeee.. ermmm tapi tak apalah memahami. sampai lah sekarang ni, dah masuk tahun 2011. We all pun dah berapa??? Aida pun dah kerja kat Bank. aku pun dah kerja..  So ni lah dia kawan-kawan aku yang cantik aku cakap tu..

.
.
.
.
.
.

We all after lima tahun lepas tamat Diploma..

Aida :Baru je kahwin. 

Shema : dah almost 6 year kot dia jadi pramugari.. 



Dia bertudung pun tetap cantik

 .
.
.
.
.
.
V
lasty ni la latest picture aku.. hurmmm tetap bersyukur


Monday, 22 August 2011

*Tak ada IDEA* Cover majalah yang membosankan...

Tah lah.. Aku dah kekeringan IDEA sejak nk raya ni.. nk keje pun mood da kureng.. Keje pun semua dah beres.. Cuma pikir cmne nk siapkn cover ni laaa .. tapi aku tak puas hati sebab macam buruk je..Entah lah !! sape bole tolong kasi IDEA .. aku btol-btol xde idea ..
Aku nk Cover yang cun macam majalah sebelum ni.



Rindu Nak jadi Lecturer balik lahhhhhhhhhhhh =)

Entri ni aku buat lepas tersempak blog kawan lama masa aku jadi pensyarah dulu..

huhuhuh tiba-tiba aku jadi rindu pada pekerjaan lama aku, pada student-student aku yg perangai gila-gila smpai aku turut gila. ehehehe.. maklumlah umo dgn student aku pn beza bape taun jep kot.. xsmpai 3 taun pn. ahahaha tp wlwpun aku lecturer yang sempoi namun aku tetap garang and mereka terpaksa ikut semua perintah aku. cewah ! berlagak la plaks. memang la budak-budak tu akan ikut cakap aku pasai aku yg mark paper final exam mereka kn kn kn?? mestilah dorang takut.. aku akan gunakan kuasa VETO masa mula-mula mengajar. tapi lama kelamaan dah tak perlu. Boleh didik dorang ni psychology je.

s0 al kisahnya, lepas je tamat degree in Operations Management kt uitm, aku pn apply keje kt satu IPTS ni. mostly college ni ajor subjek marine, safety health bagai sume tu lah. kos berkaitan lelaki je la.. ermmmm tp sbab kn aku nye kos ms degree dlu byk persamaan dgn kos logistik, so aku dapatlah tawaran jadi lecturer kt ctu. maka bermulalah life aku sebagai seorang pensyarah paling muda :) hehehehe .

mula-mula aku mengajar tu memang la aku kene buli. Hoooo dorang tak kenal aku ni garang kot. biarkan. memang mula-mula ada yg mengorat laah. ada yg mengusik. macam-macam. lagi2 muka aku nmpk mcm lembut kn?? lembut ye?? Aku pakai apa pun dorang dok usik. 

Masa aku mengajar situ, kolej bagi kitorang tinggal kat perumah dia. Kiranya tak perlu nk pikir cari umah bagai. Rumah dia plak ada aircond setiap bilik, ruang tamu semua, and lengkap la.. Ada katil and almari. Kebetulan masa aku masuk, satu bilik tu kosong. Jadi aku la duk bilik depan (master bed room). kemudian baru ada pensyarah2 baru lg. 
hehe dipendekkn ceritalah.. mula-mula tak tahan sbr gk aku mengajar. maklumlah semuanya nakal-nakal tak pyh citela. dasat sgt ! last-last aku baling je duster pd sape yg bising. bayangkn lah aku penah mengajar student dekat 200 tw. utk subjek HUman resource.. Tapi bila aku byk guna pschology kt dorang ni barulah boleh lega. 

Kadang-kadang nk suruh anta assigment? senang je. aku ckp " kalau syg sy, hantarlah assigment tu, kalau tak sayang saya no hal nk hantar ke ta !" result nya memang semua hantar. 

Ada situasi lain tu, memang setiap kali nk pergi mengajar dah ada student-student yang escort aku. siap tolong angkat buku n barang bagai. Bagus depa ni kn?? hehehe 

Ooo nk tahu apa subjek aku mengajar?? ha jgn tekejot. :
1/ HUman Resource
2/ Management
3/ Demand management
4/ Introduction to logistic
5/ Procurement
6/ Occupational safety health
7/ Job design
8/ Material handling & storage
9/ supply management
10/ service marketing

da la tu je aku igt . hehe byk tak? ha blik dari kelas tu aku bkn melepak je kt umh. balik terpaksa menghadap buku n buat note utk student kesayangan ni ha. bg dorang paham.. tp kalau dorang nakal gk memang aku cebik sekor sekor. apa-apa pun aku ikhlas mengajar bebudak tu semua. hehehe lama aku kt ctu semua da tahu perangai aku. jadi lama-lama budak-budak ni jadi ngam nan aku. aku psiko je dorang. mostly aku jadikan dorang kawan-kawan je. nk ckp aku kau pn bole. asalkn jgn kurang ajar nan aku. alhamdulillah semua ok.

kadang-kadang mlm minggu sempat lg ha aku ikut bebudak kelas aku tgk wayang sesama. sj eratkn silaturrahim. pegila 4 5 biji kete pn tak pe.eheh.. paling sweet , dorang celebrate besday aku. pandai jgk mereka-mereka ni. nk tgk picture mereka? adalah jgk aku smpt simpan lgi.

Teka mana aku

Sweet kan student tolong suapkan. actually stuent aku ni tua 6 tahun dari aku.

Kek besday aku.. dorang suprisedkan. kt sana xde secret recipies. huhu tak apalah

Ni 4 budak nakal dalam kelas aku dlu.. ktorang gelar F4 (

Aksi nakal dorang dlm kelas? apa daaaaaaaaa

GILA : hehe dia ni muda setahun je dari aku...Paling degil.

 Tah tu je gambar yang masih ada . Lain-lain terpaksa cari. * MALAS*

Sunday, 21 August 2011

Kad Raya VS email@sms ????

akhir-akhir ni semua orang dok bercakap dah kurang terima kad raya? Hurrmmm mungkin perkara ni baru je kita sedar padahal tahun lepas pun penggunaan kad raya dah makin berkurangan. Masa aku lalu kat shopping mall semalam, aku ada terserempak kedai yang menjual kad raya ni. Belek punya belek, tiba-tiba rasa nk beli. so aku beli yang dalam paket ada 5 baru harga RM3.30 .

Ermmmm boleh la tahan kadnye cantik sebab gambar kartoon2 ... tapi bila da balik tu, terkebil-kebil aku pandang kad raya tu. NAK BUAT APA EK?? tak akan nk buat perhiasan?Nak pos kat kawan-kawan??? huhu Korang rasa korang rajin ke? sedangkn telefon dah ada SMS je la.. Internet kan meluas sekarang, hari-hari boleh berFB, Twit, and email yahoo pn boleh !

Huhu lagi satu kalau nk menulis bagai kat kad raya tu dah macam malas je.. maklumlah sekarang kn kita ni asyik menaip je smpai da lupa nk menulis.. haha ermm poyo je lah. Cuma kad raya ni buat aku teringat kisah-kisah dahulu.. Masa aku still skolah. zaman skolah kan. Masing-masing time dekat-dekat nk raya sebok cari kedai jual kad raya. Ada yang gmbr ketupat, gmbr kartoon, gambar macam-macam gambr. Semua pakat beli.

Hampir semua kawan-kawan di poskan. Tak kiralah dekat rumah ke, jauh ke semua di hantar. Kadang-kadang penuh satu bakul kad raya yang dapat. Seronok. Dalam tu mulalah tulis mengarut bagai smpai tak cukup kad tu. Bila dah raya tu sangkut kt dinding rumah. Kan ke meriah raya tu.

Tapi sekarang ni mana ada lagi macam tu. Yang ruginya budak-budak muda yang alaf baru ni lah. Macam adik aku yang umor 12 tahun (darjah 5) mana kenal kad-kad raya ni. Semua pakat dok ada telefon and FB, s0 semua boleh di buat di FB je. kalau kad kahwin pn ramai dah edar through email kn? lagikan kad raya..

Hai lagi 7 hari lagi nk raya.. Tak lewat lagi kalau aku nk kasi kad raya ni kan? ada 5 keping .. s0 sape-sape yang bertuah tu, dapat lah :)Kesian peniaga kad raya skang.. nk cari makan pun susah kene bersaing dengan FB dan SMS ..



Saturday, 20 August 2011

BONUS & SHOPPING 2 !!!!

Huhu satu hari semalam pergi shopping smpai sakit kaki.. Nasib baik pakai selipar Flat je !! kalau pakai kasut tinggi mau patah tumit.. hehehe Semalam cuma sempat beli kasut and lens  jew.. Dah lama tak pakai lens. RImas sgt.. kalau hari raya tu bolehlah nk melaram sekali sekala kn.. Kalau dlu aku selalu  buat kerja kt luar, s0 memerlukan pakai lens. sekaran ni keje dok edit buku and magazine je, jadi tak perlu nk pakaia hari-hari bagai.

Harini maybe shopping kt MId Valley kew.. tengokla keadaan.. tak pasti nk pergi pkul berapa.. Semalam dari 2.30 petang - 10.00 malam menapak ke SUNWAY PIRAMID je.. Dasat pusing-pusing tapi tak jumpa apa yang di inginkan .. hurmmm sedey :(

Okelah, nk tido balik.. charge energy. Pagi tadi bangun awal. Sekarang kn dah masuk 10 malam terakhir malam lailatulqadar... berjaga malam macam setiap tahun lah =)


Katil dah memanggil ..

Friday, 19 August 2011

BONUS & SHOPPING !!!!


Hye !! hish... baru pagi ni aku dpat nk update status and entri. Busy sangatlah sejak akhir-akhir ni sebab tulah tak ada masa nk jengah ke blog yang macam sunyi je ni.. Follower tu tak ramai lagi. maklumlah, ni kn blog baru. Blog lama pun aku tak promote ke blog ni... Malas nk buka.. hehe So Malas nak update status n juga tak ada masa buat aku tak jadi nk post apa-apa entri. Manalah tahu nanti main post je tak syoklah..

So yang dah lepas tu lepaslah.. Yang penting hari ni aku ada masa untuk tengok blog-blog ni. slalunya weekend aku akan blogwalking ke blog kawan-kawan.. baca entri mereka. Hurmmmm tp tengoklah mcm mn harini.. Orang lain da sibuk shopping raya. Duit bonus pn dah dapat. Tapi aku still tak beli apa-apa.. Rabu lepas bonus dah masuk. Tapi aku dengan kawan opis aku pegi PTPTN buat pembayaran pertama kami.. hehe actually da 4 bln tertangguh. Maklumlah busy sangat. Lagipun hari rabu tu slangor cuti, jadi pergilah settle di PTPTN KL kt KL SENTRAL.

HAi lepas ni start bayar PTPTN lah plak. Nasib baiklah pinjaman aku cuma RM3500 semuanya termasuk UPah admin and tertunggak bagai.. hurmmm .. so bonus pertama aku keluarkan untuk bayar PTPTN RM100... jadilaaa.. s0 hari ni apa lagi? mestilah keluar shopping !!!! Tapi maybe dalam tengahari lah keluar. tiba-tiba mata ni dah mengantuk.. kenelah cukup rehat.. hehe Jom ke SUNWAY PIRAMID !! tp nk tido jp




Monday, 15 August 2011

Kemalasan melanda.... ~

Hadoiiiii sorry la lama nye xbuka blog ni.. Bukan apa, cuma MALAS nk menaip and perah idea.. Lagipun kerja yang menimbun buat aku jadi pening and tensen... maklumlah, mana nk siapkn majalah lagi. kejar kawan-kawan yang nk sumbang artikel or info. Hadoii dah bape hari aku mengadap pc semata siapkn majalah. setakat ni baru je 50% siap.. Hadeh ! bila nk siapkn ni.. Macam ni la kot kalau orang tak de pengalaman buat majalah sebok nk buat majalah jugak..

Raya pn nk dekat. Apa-apa barang, baju sume satu pun tak beli lagi. tu pun sebab  MALAS... shopping pn malas??? huhu bukan apa. sebelum beli aku suka rancang or plan dlu.. tapi sekarang ni MALAS nk planning.. even BONUS KERAJAAN dah masuk.. aku still cool and riles.. padahal MALAS... seyes tahap kemalasan ni memang membimbangkan.

Sekarang ni aku ngah release tensen.. pening kepala mengadap kerja.. s0 blog ni salah satu cara aku lepaskan tension... haish cakap je lah kau MALAS nk siapkn keje tu.... huhuhu... kenapa aku malas??? tiap pagi pun skang MALAS giler nk make up.. baju pun tak iron macam dlu.. hari-hari iron.. kalau tak aku memang siap iron baju untuk 2 minggu terus.. senang !!

ha terus-terang nk sahur pun aku MALAS sekarang.. aku bangun cuma minum air seteguk dan masuk bilik balik smbung tidor.. hadoiiiii kenapa jadi cmni?? ermmmm layan la picture aku kt opis je laaa dengan muka malas...






Malas dah nak taip.. ok bai !!

Terkenang Aidilfitri tahun lepas (2010) ..

Huhuhuhu tiba-tiba terkenang bagai, aku sendiri tak tahu kenapa. Lately rasa rindu dengan semua kisah lama and kenangan lama aku. Ahaks poyo nyeeeeee.... Belek-belek lappy tiba-tiba terjumpa folder gambar majlis raya di opis cawangan lama tahun lepas. Setiap tahun semua perkara tak mungkin sm berlaku . setiap tahun pun tak semua kita akan alami perkara yang sama. Tahun lepas ni aku still kerja kat cawangan pantai timur. Tapi tup-tup 17 Januari 2011, aku dah kene transfer balik HQ .. tak puas lagi aku berbakti kt sana.. Chewah ! ayat nk gempak.. Alaa sebenarnya, aku sempat 8 bulan je kerja kt Cawangan Pantai Timur (Terengganu). Masa tu aku baru je habis degree. Then time ni still not permanent, bila dah jadi permanent officer, tup-tup kene balik HQ .. 

Tak kisah lah memana pun asalkan still in same company right?? Macam nilah kalau company ada banyak cawangan. Ikut je mana management nk hantar. As governemnt servant, just " KAMI MENURUT PERINTAH" je laaa =) hehehe so bila dekat-dekat raya ni, teringat plak suasana kt sana. ye laaa aku dapat kerja pun dalam bulan April 2010 cmtu. tup-tup keje bape lama dah puasa n raya... Bila majlis raya tu, we all buat kat HQ Pantai Timur di Kuantan. Senang citer korang layan je laaaa gambar-gambar kat bawah ni yeeee

Ni masa singgah rumah aku kejap before gerak pegi opis kt kuantan. HQ pantai timur kt kuantan
so Bawah ni aku je pakai baju kuning.. huhuhu xpela... hehe lagi tiga orang ni staff aku. Dari kiri tu Kamaruzzaman (Pembantu tadbir), then yang duduk dengan aku Kak Fazilah (Pembantu Tadbir) dan kanan sekali Juliana (Pembantu Am Rendah) 
So dorang-dorang ni selalu tolong aku kt opis. Apa je pertolongan aku minta, mest beres.

Sampai-sampai je opis, aku terus jumpa bestie aku.. Kak wanie. dia officer kt sana.. Kalau ada apa-apa event memang we all selalu bersama.. 

sempat lagi make up.. 

lepas siap-siap. makan-makan. Maafla gambar tgh makan cm dah tak ada dalam folder . maklumlah masing-masing sibuk layan client so xsempat snap.. majlis kami ni dihadiri jugak client-client opis.. 
so lepas sume da settle. orang dah balik jam pun da pukul 2.00 petang.. 
so kitorang sibuk bergambar ni haaa

Gambar kakak-kakak senior yang selalu bagi tunjuk ajar kt aku. huhu freshie kn?? 
dari kiri kak mimi (Setiausaha bos), then kak Faridah (officer), Kak Azhani yang dah macam kakak aku (officer), Aku pakai baju kuning and last Kak Wani bestfrend (officer)

 atas ni picture geng lelaki.. ha yang tgh-tgh tu BOSS kami... dia memang sporting giler.. tapi skang dia pun dah ditukarkan balik ke HQ.. sm dengan aku gk la..

Bawah ni semua warga Wilayah Pantai Timur

Bawah ni gambar pengarah kitorang.. yang kanan sekali n paling gembira... dia laaa.. 
kiri tu ketua or penyelia aku kt terengganu =)






 Okeyla.. tu je gambar yang ada... 
sekiann..


Tahun ni tak tahu la raya cm ne plak