Tabung nuffnang sayer :

Monday 30 March 2015

Sale Baby Cots di IKEA ??

 
Asalnya aku ni malas jgk nak ke IKEA tu pasal jalan nak ke sana agak jem wei. Bayangkan dari Puchong nak ke sana, perghh nak kene tempuh jem. Xkira masa jem dia. weekend ke or tak weekend ke sama jek. Tapi untuk mengelak dari jem masa que nak bayar tu, we all decide nak pergi weekdays laa. Hahahaha kenapa beria sangat nak ke IKEA? Mestilah nak hunting sesuatu kan?? Kebetulan laaa. Tapi sebenarnya tak ada dalam kepala lagi. Kebetulan ternampak 1 iklan dekat nuffnang. sO bila aku search rupanya IKEA ada buat sale interms of barang-barang di bilik tidur macam katil, toilet, and paling menarik perhatian BABY COTS !!! Haaa baby coat pn ada dekat IKEA. Macam jakun sat. Tapi sebenarnya aku sendiri yang jarang explore apa yang jual di IKEA.

 
Ni laa yang we all beli.
 
keadaan dalam

Khamis lepas plan baik punya lepas balik keje nak ajak en. suami pergi IKEA laaa. Dia pun kebetulan balik awal kan, sO lepas mandi and semayang asar tu we all terus gerak ke sana. Masa tu jam dah pkul 7.10 petang, sO aku simpan siap wuduk. Aduii kalau nak ke IKEA Tu better korang bawak kain semayang senirik. Memang selalu tak cukup and tempat pun sempit yang amat. Kesian kat orang-orang nak solat tau. sO aku memang bawak laa dalam kereta untuk kes-kes terpencil macam nih. 7.10 petang bertolak sampai sana da pkul 8.00 mlm. Sejam perjalanan okeh. Kalau tak jem tu rasanya 30 minit jek kot. -_- 


Sampai jek terus we all ke surau and seperti jangkaan ramai glerr orang. Ada yang menunggu telekung yang berdiri sebab space tak ada. sO aku yang memang dah ada wuduk just teros menyelit mana-mana orang yang dah siap. Telekung dah siap bawak. Tolongg la bawak sesape yang ke sana. Sangat susah nak dapatkan telekung sebab limited sangat-sangat !!

sO masa we all ke tempat baby coat nih, ramai sangat orang tengah belek-belek untuk beli jugak. Maklumlah sekarang IKEA ada buat sale untuk baby coat ni. Harga pun agak berpatutan yang amat. Aku malas nak carik yang mahal-mahal sebab nak pakai Nye sekejap jek. Tkot pulak baby tak mo duduk dalam tu kan. sO pilih yang biasa-biasa sebab bila dia dah besar nak kene carik katil bujang pulak. Eh ! Katil bujang dah ada dekat rumah. 2 bijik lagi ! sO lepas 2 tahun dah boleh ajar dia kot. huhuhu ...

aku pilih yang murah jek tapi tahan. Sebab try tolak-tolak kayu tuh, agak tahan laaa. Keras :)
Berjimat-cermat sementara GST belum muncul lagik kan?? Kang dah GST mau naik harga. sO harga RM179 agak berbaloi cuma lepas ni kene hunting tilam baby lah pulak. Huhuhu banyak nak pakai duit nih. Tapi bagi aku, aku lebih suka shopping perabot di IKEA, termasuklah macam baby coat ni jugak. Kayu dia agak kental and kukuh jugak. Banyak barang-barang dari IKEA aku dah beli sebenarnya. Okey jek ! Sebenarnya ada macam-macam rekaan perabot untuk baby coat ni. Macam-macam price. Tapi aku jek amik paling murah. Haha awal kan dah beli baby coat?? Ermm sebab sekarang bermula bulan ni aku dah start beli sikit-sikit supaya tak lah kene keluarkan belanja yang besar akhir-akhir nanti.

Nak tahu lebih lanjut mengenai IKEA, try korang click IKEA facebook & ikea babycoat catalog


Ni pulak list baby coat yang lain. Hihi cantik-cantik kan semua? Tapi aku memang pilih paling murah pun. Masa aku nak amik dari rak tu, ada dalam 8 kotak jek lagi.
 

Tuesday 24 March 2015

Sebab-sebab lama x hapdet belog (Entri panjang peram sebulan)

Wuuuuu sedih plak tengok blog ni haa. Rasa macam lama sangat tak berupdate. Kalau sebelum ni paling lama pun dalam seminggu kan?? Ini dah nak sebulan lebey. Banyak naik lemak. Huhuhuhu Tapi kalau tak update pun tak ada sape nak baca sangat belog sendu aku ni. sO harini menggigihkan jugak emosi dan mental untuk menaip entri hari ini. Kalau makin lama tak update kang bersawang pulak !! Eh !
 
 
Lately memang perasaan nak menaip tu malasnyeee. Aku pun mcm pelik jugak apa ke malasnye laa lately. Kalau dulu kemain lepas amik gmbar untuk share dalam blog, mesti tak sabar nak nk up entri kan?? Tapi ni nak ambik gmbar pun jadik malas. Kalau dlu kaki selfie, tapi lately nak on butang kamera tu pun aduiyaiiii memang tak nak laa. Selalunya yang tukang amik picture diwakili oleh encik suami. sO dia mengambil alih keje-keje snap photo tanpa diarah. Memang dia sendiri nak ambik. hihi sO aku banyak ambik dari handphone dia jek laaa.
 
 
Kalau balik keje pun sekarang ya Allah memang terjelepuk jek la kt sofa tu baru dekat-dekat nak magrib kang aku bangun mandi. Huhuhu sebab aku selalu sampai rumah around 5.30 petang. Duk tengah-tengah Bandar ni adui memang kene balik awal kalau nak sampai rumah awal. Aku akan keluar dari opis cun-cun jam 4.40 petang. Sebab 4.30 tu kan macam awal sangat pulak. Padahal beza 10 minit jek -_- ... Then berjalan turun lif, sampai lobi lepastu jalan lagi untuk ke lif. Lif kedua ni untuk turun ke car park. Fuh !! Jauh perjalanan semata-mata nak balik, sO dalam 4.50 baru laa aku akan memulakan perjalanan keluar dari bangunan menuju ke federal menghala ke puchong dari KL.
 
 
Memang laa penat kan, so sebab tu laaa aku rasa penat Nye bila balik rumah nak kene naik tangga lagi sebab aku duk tingkat 4. Fuh ! Kan ke mencabar tu. Bila dah masuk rumah tu jangan harap aku nak turun lagi kan??? Memang rasa penat dia lain macam sebab selalunya lepas balik rumah tu aku boleh lagi memasak. Setiap hari laa aku memasak lepas kahwin tu. Tapi lately bukan setakat malas nak hapdet belog ! Tapi memasak pun KELAUT. Memang aku tak memasak langsung da. Beli siap-siap sebelum balik rumah tu haa. Kenkadang encik suami yang belikan. Tapi selalu aku beli sebab ikut selera aku laaa kan?
 
 
Okey laa rasa entri ni pun dah makin memanjang. Setelah dikaji dan diselidiki kenapa laaa aku malas bebenor lately??
 
 
Jeng.. jeng ... jeng..
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V
 
 
 
 
Hihihi syukur dengan rezeki dari Allah. Inshaa Allah akan bertambah laa ahli keluarga dalam family kecilku ini. Aritu scan baru 10 weeks mcm tu laaaa. Hearbeat pun da ada and normal. Alhamdulillah. Walaupun we all kahwin bulan 9  tahun lepas, tapi ada jugak laa peristiwa mencemaskan berlaku. Sebab tu laa aku macam tak ada mood sangat nak update blog ni haaa. Sebab memula lepas aku rasa period da lewat dalam 5 hari tu, aku ada laaa check UPT, tapi tak langsung keluar apa-apa line. Ok fine ! Mungkin belum lg kot walaupun period dah lewat 5 hari. Then, atas nasihat kawan-kawan, aku pun aku tunggu hari ke 14 la period lewat untuk check sekali lagi. Tapi dalam dok tunggu tu, risau pun ada if period dating camne??
 
 
sO tak puas hati tu, miss P lewat hari ke 10 gatai tangan pegi check UPT lg kan?? Memang tak laa keluar 2 line ! Still tak menunjukkan langsung tanda-tanda nak naik 2 line. Ok Fine... hurmmm tapi pinggang sakit macam nak period tu ada. sO ingat period dah nak datang la kan, sebab sakit pinggang dia mcm sebijik. sO masa tu nak sedih pun ada jgk, mana tidaknye 10 hari P lewat kan?? Then aku tunggu la smpai hari ke 14 . Test lagi. Tapi pepagi tu mcm hurmmm tak ada pun. Kecewa. sO sambung tidur sebab kalau nak check UPT kene guna air kecil pertama kita masa bangun tidur. sO aku buat UPT ni sebelum solat subuh laaa.
 
 
Hurmmm bila still tak ada tanda 2 line aku dengan frustnye masuk tidur. sO malas nk fikir laa. Ye laa dah 14 hari lewat pun tak ada line apa-apa. Tapi tup-tup sebab hari minggu kan?? sO aku bangun agak lewat dalam tengahari -_- .. Huhu pkul 11 pg baru tersedar kan. sO aku keluar dari bilik nak breakfast kengkonon nya, tetiba tengok UPT aku yang aku letak dekat TV tu bertukar jadik 2 line. Tapi line kedua tu kabur laa. Aik ? Betul ke ni??
 
 
Nmpak tak kabur? Tapi masih ada line laa. Huhu memula macam tak percaya. sO esoknya aku cuba sekali lagi. Pun berlaku mcm ni. Hadoiii naik rimas and cuak kan?? Macam menunggu sesuatu yang tak tahu ada tak gittteeww! sO sebabkan nak kepastian tu, aku pergi klinik untuk scan. Masa tu dekat kampong so aku mintak mak temankan. Orang tua kan lebih tahu. sO sekali lagik kecewa sebabnyaa doctor yang scan aku tuh, cakap tak ada apa-apa dalam Rahim aku. Kiranya kantung pun tak dok lg. Memang la cuak gler kan. Dah macam-macam benda -VE muncul dalam fikiran.
 
Doktor mintak buat UPT lagi, sO aku ikutkan laa sebab tak puas ati kan. Masa dia buat UPT tu pn, line kedua tu muncul lambat and sangat2 kabur lagi. Kenapa aku takut? Sebabnyaa kalau ikut kitaran haid aku yang doctor kira, dia cakap patut da 7 weeks ni. Patut time ni jgk da ada degupan jantung. Stress wei !! Tapi bila aku teringat balik part 7 weeks ni tak tahu nak rasa apa. Sebab kan ke aku scan minggu ni 10 weeks. Yang aku scan kali pertama kosong tu adalah 4 minggu lepas. Meaning masa tu aku bukan 7 weeks laa. Baru 4 weeks macam tu. Memang laa masih kosong !!!! Geram aku kat doctor tu. Kesimpulannya kalau nak scan tu carik laa klinik yang ok. Nanti aku share part klinik yang terbaik ni ! Recommended !!
 
See KOSONG !
 Sedih kannnn. Apa perasaan korang kalau kat tempat aku time tu. Balik rumah pun mcm tak ada mood weh !!! Sampai aku balik tu berdoa laa. Kalau betul ada tunjukkanlah aku yang sebenar-benarnyaaa. Jadiknya aku tunggu lagi seminggu tu, then buat UPT lagi.

Dah kali ni kan, aku buat UPT, dia terus zaapppp !!! Naik 2 line xsmpai 4 saat pn. Hihi mestilaah happy. Tapi perasaan takut nak buat scan tu ada lagi. Rasa trauma weh. Ye laa aritu kan kosong -_-


Ok dengan tak menunggu. Encik suami soh buat buku merah cepat-cepat.

Paling tak suka check darah !
Aku masih lagi la rasa macam tak sedap hati selagi tak pergi scan kan untuk tahu kedudukan baby tu. Wujud ke idok. Huish trauma weh check 7 minggu tapi KOSONG !! Kosong weii !!! Menangis jgk laa sebab sedih kot.
 
Buku merah dah buat. Tapi aku nasihatkan korang, buat jek awal-awal buku merah. Tak apa sebab dari awal ni laa nurse boleh tahu if kita ada sakit or apa-apa laa. Macam aku arituh, ada anemia. sO senang nurse and doctor nak pantau keadaan kita ni. Risau pulak if lwat dapatkan rawatan. Aritu aku buat dekat dengan opis jek. Daftar and bagitahu nurse sebab apa nak buat di situ. Sebabnya rumah aku di Puchong, tapi aku buat di Kelana Jaya. Aku arituh dia x mintak pn salinan bagai. Tapi semua nurse adalah FRIENDLY ! Okey laa. rasanya dah habis cerita part kenapa aku lama xhapdet blog. Gangguan emosi, mental and perasaan malas menguasai diri sangat itu yang membuatkan blog terbengkalai