Tabung nuffnang sayer :

Wednesday 30 December 2015

CPUV: Past the protection on my confinement day

Baby Laana dah tidur. Adalah sikit masa aku nak update entri kan?? So far malam-malam alhamdulillah baby Behave sangat. Harap smpai dia da besar pn cm ni la kan?? Baby akan tidur lepas mandi dalam jam 8.30 malam then bangun esok kol 9pg. Bangun sket-sket nak susu tu normal la kann? Hari ni dah masuk hari ke 73 hari Laana dan juga hari aku melahirkan dia. Fuh dah hampir ke 100 hari tuuuu.. Macam baru semalam jek rasa experienced tu. Then paling tak boleh blah rasa macam baru jek kahwin tup tup Laana dah adoo. Tu melampau sangat laa kan? hik hik tapi tak dinafikan pun sebab anniversary pertama aku pun aku sambut ala kadar sebab masa tu dah sarat 8 bulan kandungan. Phewww.... -_-

nak throwback skett sebelum tahu nak dapat Laana kan??
Time ni baru 2 bulan kawin. Ada sukan so join untuk acara larian keliling padang dekat PJ

family day opis 
Then lepas tu dalam march 2015 tu aku pergi family day yang opis aku anjurkan. That time tu kan memang la rasa pelik sket tapi macam ignored sebab sebelum tu period pernah jek tak datang sebulan, 3 minggu. Tp masa pergi family day ni aku rasa dah dekat 10 hari jgk period tak datang-datang. Masa family day ni banyak jugak aktiviti lasak aku buat wei. senamrobik laaa, mandi sungai mandi kolam air panas, berlari. Cuma sukan jek aku xjoin sebab rasa malas sangat. Jadinye balik dari family day tu, paling ketara aku rasa adalah badan jadik panas and esok tu aku demam panas. Rasanya tak pernah lagi demam macam tu punya teruk. Kebetulan pulak kawan opis aku yang pergi sama family day tu, anaknye kene jangkitan kuman air kencing tikus. Huuuuuuuuuu masa tu memang tak terfikir pasal pregnant. Fikir takut la jugak kan aku mandi jugak dekat air terjun tu.

Kesian anak kawan aku tu sebab anaknya masih baby 1 tahun la lebih kurang. Almost 3 weeks jgk duk di wad untuk survive dari kuman kencing tikus tu. Aku pun cuak jugak laa sebab kencing tikus ni memang bermula dengan demam panas and lemah 1 badan. Aku smpai tak boleh nak bangun kottt. Demam sampai terketar-ketar 1 badan. Aku nak buat ujian darah tu tapi takut dengan result kan?? Last-last tak pergi pun. Tawakal jek dok rumah. Dapat MC 4 hari okeyyy ! suhu pulak 39.5 masa tu. Tp takut denggi pun ye jgk. Tapi alhamdulillah lepas 3 hari tu demam okeyy. Tapi period still tak datang... Kalau datang pun aku memang dah standby Kotex kat rumah and dalam handbeg. Pastu masuk dekat sebulan tak mai aku check UPT alhamdulillah haha rupanya demam nak dapat Laaana !!

sO untuk 9 bulan tu aku terpaksalaaah simpan kotex dalam almari kan?? Tapi bila dah nk dekat due tu, perkara pertama yang aku terpikir adalah pad apa yang nak dipakai sepanjang dalam pantang nanti?? Lebih-lebih lagi masa kat spital lepas delivered baby. sO masa lagi beberapa minggu nk bersalin tu aku dah prepared beli awal-awal kotex Overnight ni weii. Aku beli banyak-banyak tros dalam 10 pax kot yang 30 pads ni. Mana tak nyee tiap kali nk buang air kecil tiap tu aku tukar jugak. Memang kene jaga betul sepanjang tempoh masih ada darah nifas kan??

benda ni la yang aku panggil rescue 911. 
Jadi aku nak past the protection ni kepada wanita-wanita lain.
Kenapa pilih Kotex Overnight?

1. Salah 1 sebab kenapa aku lebih sukakan pad kotex overnight ni berbanding maternity pad kan sebab pad ni ada beberapa size yang kita boleh pilih. Macam aku nak yang panjang nye 32cm. So lebih lebar lebih rasa terjamin. Al maklumlaahhhh darah nifas ni tak sama macam darah haid. Banyak and tempohnye panjang. Macam aku aritu 60 hari jugak laaa. Lepas mengurut jek keluar mencurah-curah.

2. Selesa sebab lembut. Aku suka material dalamannya. Ada aku beli jugak maternity pad tapi mungkin aku tak berapa selesa. Mungkin jugak sebab tebal sangat kan?? Kotex overnight ni nipis jek jadinye mungkin luka aku agak panjang dijahit maka aku lebih cerewet bab pad. Kalau tinggi sangat pad tu nanti rasa sakit pula pada tempat jahitan. sO kotex overnight ni amatlaah selesa sebab nipis dan tempat berjahit pun tak rasa sakit sangat.

3. murah dan reasonable jugak laaa. Kalau tak, tak akan aku rembat sampai 10 pax

seee pakai cadar putih pun memang confirm tak akan bocor and terkena cadar. hik hik Bagi yang nak beli pad semasa tempoh berpantang tu memang aku recommend sangat kotex overnight ni. Selalu yang overnight ni dah memadai and confident untuk dipakai. 

Tuesday 29 December 2015

Susu Marigold minum masa pregnant !


Susu apa selalu minum sepanjang aku pregnant??? 


Actually aku ni sebenarnya boleh jek minum apa-apa jenis susu. Susu tepung ke, susu pekat manis, susu kotak pn okey, tapi selalu untuk menjimatkan masa ni memang aku pilih susu UHT Marigold masa mengandung dulu. Tapi ikutkan memang sebelum mengandung pun susu UHT Marigold ni feberet aku. Kadang aku makan dengan coco crunch kadang minum sajaa. Rasanya banyak-banyak susu, memang susu UHT Marigold ni jek sedap and rasa ala-ala vanilla gitteww. Mahal memang mahal tapi badan kita sebenarnya memang perlukan susu kan? sO nak tak nak masa mengandung lagi laa kene minum. Untuk jimat masa memang teguk susu kotak jek sebab kalau susu tepung ni kene bancuh dengan air suam. Air pulak tak leh panas sangat. Lepas tu kene rasa ok tak dengan tekak tkot terlebih manis or tawar. 

Benda wajib dalam list barang-barang rumah ni memang aku akan beli susu UHT Marigold ni. Kenkadang seminggu 1 kotak. Kadang seminggu 2 kotak. Diet kan so mlm2 aku minum segelas susu + roti. 



kadang ada jugak aku pakai susu ni masa nk memasak. Haaa masak apa?? Of course la kalau nk buat spagethi carbonara kan? sO aku tuang la sikit susu ni untuk pekatkan kuah dia. resipi carbonara tu boleh refer entri lama aku >> spageti carbonara

Friday 11 December 2015

FIGHT for BREASTFEEDING !!

Hihi since promo MOH untuk ibu-ibu lebih menitik beratkan BF ni so aku still rasa nak share pasal BF. Menarik sangat bila nk share pasal BF ni. Dulu masa mula2 tahu mengandung, alat pertama yang aku beli adalah breast pam ! Masa tu macam tak rasa lagi nk beli double pam. Macam 1 pam ni oke laa tapi bila tengok ramai up pasal double pam ni teringin jugak. Sebab lagi-lagi bila kita pam sebelah, kadang-kadang aku terpaksa tampung dengan kain untuk elak breast sebelah lagi pun mengalirkan susu. Tapi selagi boleh pakai kenapa nak membazir kan?? sO matlamat and niat tu yang penting. Memang aku dah simpan dalam minda yang aku akan BF sendiri baby ni walau macam mana pun. Jimat pun jimat kan pakai susu badan ni cuma kita kene sentiasa positif and jangan stress. 

Ni jek stok yang mampu dalam 3 minggu ni sebab kat rumah ni kadang2 dia demand lebih. Aku pam 8 oz. 5 oz simpan 3 oz bg dia minum. Begitulah . Kadang-kadang xsempat simpan sebab baby da minum. Nak df bole cuma kadang2 kita ada keje nk buat so dia byk tidur. 

Okey camni jek la stok aku mampu buat untuk setakat ni. Untuk kat rumah ni aku lebih rasa cara simpan dalam bekas puding pn relevan. Tapi bekas tu boleh pakai untuk 3x shj yeee. Lebih2 tak boleh ye dikuatiri bahan chemical keluar. Milk plastic storage aku masih guna jugak tp tengok keadaan. Saja nk test pakai bekas puding ni sebab rasa lebih senang kot nak panaskan sebab dah tahu 1 bekas tu hanya muat untuk 3oz. Baby pun selalu sekali minum 3 oz buat masa ni. 

Dah siap dibasuh

dijemur

Pen marker + salotep untuk tulis date dan masa. 

Selesai semua bahan-bahan tu kan? After pam memang aku terus masukkn dalam bekas and simpan dalam freezer. Sebab susu akan lebih fresh masa kita panaskan nanti bila terus simpan dalam freezer. Terpulang la freezer / chiller asalkan jangan tinggalkan di luar untuk tempoh lama melebihi sejam sebab mcm baby sy akan tolak susu tu. Mungkin rasa dia da berlainan sikit kot. Untuk jaga tahap fresh saya terus masukkn dalam freezer/ chiller. 

rezeki baby dapat la 7 oz untuk sesi petang. Aku pakai pam jenama Autumnz Bliss jek. Tak beli yang mahal-mahal pun. Beli di PumpnOnTheGo dalam RM250 dapat macam-mcam gift jugak

simpan 3oz untuk 1 bekas


conteng-conteng sikit

so far ok lg setakat ni. Aku beli 100 bekas ni RM10.00
ni gambar ehsan google hasil review hihi. menarik tengok susu EBM beliau


untuk milk booster pulak aku sesuai dengan chocolate and horlicks. hihi 

untuk cream bagi nipple yang crack or melecet aku suggest cream ni. Tp untuk not heavy punya luka laa.
Harga dalam RM35.00 aritu. Boleh dapatkan di kedai Fabulos mom 

Thursday 10 December 2015

Sakit tak INDUCE ?

Terdetik dek hati nak share review mengenai pengalaman aku bersalinkan Laana. Memula tu tak kisah lagi tapi ada beberapa orang bertanyakan perihal sakit tak induce ? Rata-rata orang dah set dalam minda masing-masing yang induce tu sesuatu yang menyakitkan, sampaikan ada yang sanggup ambil epidural untuk kurangkan kesakitan? AKu dulu pun sebelum mengalami pengalaman ni memang dalam kepada dah tolak jauh-jauh mntak-mintak laa tak kene induce. Tak mo eh induce induce ni. Mesti sakit sangat-sangat macam orang sekeliling bagitahu. 

Oh mungkin ada yang tak berapa tahu. INDUCE adalah prosedur di mana doktor akan insert ubat melalui laluan bawah atau drip air ke dalam tubuh pesakit untuk mempercepatkan bukaan dan sakit contraction tu. Kiranya mempercepatkan laa. Kalau nak tunggu lama kan?? sO akan induce bagi cepat


Kronologi macam mana boleh diinduce:

9.00 pagi - Aku hantar kereta pegi workshop sebab ada kereta keluar dari parking sehari sebelum tu tak tengok belakang. Tak tahu laa cmne dia boleh cuai and tak nampk kereta aku. Makanya kereta aku yang park sat belakang kete dia tu BUM !!! dilanggar lewwww. Habis kemik and cat tertanggal. Tolak ketepi cite kereta ku itu. Alhamdulillah cina tu bayar gantirugi and kereta pun dah cantik seperti sedia kala. Hantar kereta ke tempat untuk ketuk and cat. sO en suami laa terpaksa teman pergi check up di PPUM. Selalunya aku g sendiri jek sebab lepas check up tros masuk opis. PPUM dengan opis aku cuma 15 minit sajooo. Tersangatlaah dekat. Jadik buat apa nk menyusahkan orang. Makanya encik husband teman rasa janggal pulak 

10.30 pagi - Di sebabkan jalan jem sikit. Maklumlaah federal ! tak pernah tak jem. Sampai jek dalam 10.30 pagi tu encik husband suruh aku turun dlu sebab nk cari parking. 

11.30 pagi - lepas buat check up apa patot, teros pegi scan dlu. Kebetulan dapat pulak surat untuk buat scan. Temujanji tu doctor aku yg buatkan 2minggu sebelum. Tak pernah-pernah aku scan di PPUM. Kiranya ni first time laa. Masa ni da 39weeks 6days. Excited ada. Tkot pun ada sebab due date bersalin patot 2 hari lg kan. 

12.00 tghari - Aku mula kecut perut sebab doc yang scan cakap air ketuban aku sikit sangat-sangat. Ikutkan waze air ni dalam 2. Normal untuk air ketuban adalah > 5. Kalau dah 2 tu macam berapa ml je kot. Aku buat andaian sendiri jek. Lepas tu doc cakap baby aku ni macam kecil jek. macam 2.2kg. Risau gler time tu. Macam-macam dah muncul dalam kepala. Knape pulak dengan baby aku? Patot nye bagi 39weeks above berat should 2.5kg above la kan???? Makanya doc scan mintak aku naik and jumpa doc di atas. Tunggu apa kata doc tu pulak 

12.30 ptg - Doc dah panggil untuk turn aku check up. Tengok muka doc tu berkerut buat aku lagi laa gelabah. HUrmmm tp aku buat rileks lagi. Tetiba doc tu cakap. " awak kene admitted arini ye? Kami perlu keluarkan baby hari ni jugak untuk selamatkan baby. Puan akan di induce"

Hui time ni berderau darah. Memang benda yang paling aku tak nak. INDUCE !!! Tapi nk buat macam mana, kena redha. Alhamdulillah kandungan aku tak songsang lagi. Kalau songsang memang kene bedah lagi la tak mahu. Bukan apa, aku tak pandai nak jaga luka czer tu. Aku seorang yang tak penyabar. 

2.30 petang - masuk ward. Baring and doc check CTG jek. Labour room sangat penuh and katil di wad bersalin pun penuh. Makanya aku duduk dlu di wad post natal. Haha lagi stress tengok kiri kanan sume orang dengan baby. di PPUM ni bilik cantik sngat setara hotel swasta. Lagipun memang semi gov pn. 1 bilik ada 4 orang shj. Bilik air sume dalam. sO aku dok terbaring jek la tunggu wad bersalin punya katil kosong.


5.00 petang - Nurse da panggil cakap ada kosong da katil sn. So aku pun ikut dia ke wad bersalin di level 3. Ward post natal di level 6. doktor bg rehat dulu and tanya beberapa soalan. 

6.00 petang - Doctor datang and sedia untuk di induce. Memula dia check laluan. RUpanya dah 2 cm terbuka sebelum. Doc msukkan ubat induce melalui bawah. Katanya lebih kuat. Then doc soh baring jgn bergerak selama 1 jam supaya ubat sebati. sO baringlaa aku seperti biasa. Tapi part ni yang nak cite sket. Induce tidak menyakitkan kita. Doc masukkn ubat macam biasa. Tak rasa apa. Rasa macam kene seluk itu shj. Nothing to worried ye kawan-kawan. MEmang tidak menyakitkan. Jangan dengar pendapat orang. Doktor cakap dalam jam 12 mlm nti dia datang check laluan. Sebab memang 6 jam sekali check samada laluan dah bukak ke belum. Sebab normally 1 ubat selalunya tak berkesan. Ada smpai 2 3 kali masukkn ubat. 

7.00 mlm- Okey dah 1 jam. Makanya aku ke surau untuk solat dahulu. Terpaksa qada solat zohor sekali. Then aku tunggu magrib sekali laaa. Masa tu rasa tak larat sangat dah tapi bertabah lagi. Selesai solat aku baring shj. perut ada rasa memulas2 sikit sikit tapi tak heavy. 

8.00 mlm -  Entah kenapa perut dah mula memulas pelik sangat. Aku rasa sakit ni luar biasa. CONTRACTION ke?? huhu rasanya contraction kot. Yess sakit induce tak menyakitkan. Yagn sakit adalah sakit contraction. Bagi aku sakti contraction tu normal untuk semua sakit nk bersalin. Normal pn itu lah rs sakit contractionnye. Tapi hanya ALLAH jek tahu mcm mana sakit nye contraction tu. 

8.30 mlm - Haish skit dah mula datang selang 5 minit sekali ni. Aku memang rasa tak selesa and sampai menangis2 tahan sakit. Aku picit button untuk panggil nurse. Tapi tiap kali panggil, nurse cakap doc akan cek jam 12 mlm nti. Tahan dulu sakit tu? Tahan? Tapi tak cek kan??? Aku menyirap jugak laa. 


8.45 mlm - Aku tekan button lagi. Nurse datang and cool kn aku. Dia ckp xpela nanti dia nk cucuk bagi ubat tahan sakit dibelakang. Aku iye kan sajooo. Sebab tak tahan wei !! Tapi lamaaa sangat nk menunggu nurse tu haa. Hilang tah kemana. Amik barang kot

9.00 mlm - Kebetulan ada doctor chinese lalu depan katil untuk cek pesakit2. Bila dia datang tempat aku, aku cakap dah tak tahan doc. Dia ckp tp u punya masa untuk check jam 12.00 nti. Jam 12?? ada lg 3 jam ke aku nk tahan. Giler mcm ni. Kebetulan contraction kuat tu datang. Haa apa lagi ! Aku tros meraung ckp doc saya rasa mcm de benda nk keluar !!! Baru doc tu kalut nk cek. Masa dia check tu, kepala baby da nampak and nk keluar. sO cepat-cepat dia amik barang semua. 

9.10 mlm - Alhamdulillah selamat melahirkan baby girl seberat 2.1kg dengan beberapa kali push.  Tak sempat pun ke labour room. Bersalin di wad bersalin sajooo. Laana lahir 2 hari awal dari due date dia hik hik . Lain orang lain skitnye. Aku cuma perlu 1 ubat. Then tak perlu menahan sakit lama. Ada jugak orang induce 8 jam baru jalan buka. Ada yang jalan xbuka-buka so terpaksa czer untuk selamatkan baby. 


yeay Laana dah keluar jalan2..
Today dah 56days


Wednesday 2 December 2015

Baru nak belajar cara simpan stok susu Laana !

Hari ni Laana dah masuk 44 hari. Hihihi sekejap jugak masa ni berlalu kan?? Dah tu mula laa terkial-kial fikirkan stok baby. Kang tak sempat dapatkan stok banyak susah jgk. sO aku dah mula berjinak-jinak buat stok susu. Sebelum ni ada buat stok jugak tapi tak berapa pandai. Aku banyak letak dekat chiller dulu ada yang dah lama 2 jam kat luar baru bawak masuk ke freezer, sO susu tu mungkin jadi tak berapa nak sedap di tekak baby. Laana pulak macam memilih. Dia memang tak akan minum if susu tu rasa pelik-pelik. Dengan cara susunan pun tunggang langgang dalam tempat beku tu. Haha kelakar jek tengok. sO start dari tu mula google sikit-sikit and belajar cara yang betul. 

Aku mula simpan stok cara leper macam ni supaya jimat ruang

Banyak space bole jimat if simpan meleper macam ni.  Sebelum ni aku xbuat leper macam ni
sebelum ni aku simpan mcm ni. Memang makan space la. hihi 
Semua beg plastik yang simpan gemuk cmtu aku nak pakai dulu untuk testing. Ada yang ok ada yang tak. So dari situ boleh testing testing kan susu tu ok tak dengan lidah baby. Rumusannya susu yang agak lama disimpan akan berbau and baby kurang senang. sO sekarang ni untuk stok aku asingkan masa. Aku teros simpan dalam freezer lepas pam. Hasilnye bby suka. 

kiri susu stok kanan baru pam. 

Kalau tengok pada warna susu pun dah tahu. Sebab kalau susu stok yang xok. I mean macam dah lama baru simpan. Dia sebenarnya ok tapi mungkin bau and rasa berubah. sO baby tolak. Faktor mungkin terjadi adalah disebabkan: 
1. Lepas pam tu kita tak terus masukkn dalam freezer. Tapi tak juga melebihi 4 jam suhu bilik
2. Cara pemanasan. Susu tak boleh dipanaskan dengan air terlampau panas. Kalau terlampau panas pun susu rosak and jadi berubah warna and bau. 

Susu belah kanan tu yang fresh baru pam and baby minum dengan rakus. So warna dia pun putih. Jadi lepas pam tu aku terus masukkn dalam plastik milk storage and masukkn dalam freezer. Tak mo susu berbau and rugi plak nanti. 

sO banyak tu jek baru aku dapat buat stok untuk 2 minggu ni. Hihi tengah mencuba lagi. Kadang-kadang aku pam and bagi botol pada baby, kadang-kadang aku direct tros. Baby pun dapat belajar dengan awal. Tak perlu la kita ajar masa dah nk habis cuti and nk anta pengasuh, sebab ms tu nanti baby sukar sikit nak terima 

yeay Baby Laana dah masuk  40 daysss !!! Membesar dengan sihat hanya dengan susu ibu.
Berat baby naik 1.1kg dari 2.1kg semasa lahir timbang 1 bulan dah 3.2kg 

BELI RUMAH : 65% progress

Alhamdulillah akhirnya pembayaran by fasa kepada pemaju oleh Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dah laju. So far memang tak sia-sia usaha aku ke hulu ke hilir dari Petaling Jaya ke Putrajaya semata-mata nak pastikan BPP ni buat kerja dorang dengan pantas. Uish, memang terseksa jiwa dan raga jugak masa nak deal dengan dorang ni. Macam bercinta, bertunang and kahwin la orang kata. Hihihihi tapi apa pun benda yang lama xperlu dikenang lagi. Yang penting pembayaran kepada pemaju tu tak ada pending lagi laaa. Untuk fasa ke empat ni pun kawan opis whatssap ada sampul surat dari pemaju sampai. Bila check rupanya invois dari pemaju la. sO bila aku checking dalam sistem BPP tu pembayaran dah settled pun. Alhamdulillah. 

Pagi tadi pulak encik husband sent pic dia pegi tengok rumah. Aku masih berpantang di Kuantan, so tak boleh nak pikir lagi dah pasal rumah. Harapkan husband aku jek laaa. hihi tak sabar nak tunggu rumah siap and pikir dekorasi apa untuk rumah aku nanti. Oh entri sebelum ni boleh tengok di sini progress 45%.

ni bahagian hadapan rumah
Untuk check dalam sistem samada BPP dah buat pembyaran kepada pemaju, just masuk jek laman web Bahagian Pinjaman Perumahan. Masukkan id and psword memang kita akan tahu status pembayaran. sO dari paparan sistem tu, paling atas adalah yang latest. 




ruang tamu. Kecik aje rumah ni tapi cukup lah yang termampu. Nasib baik dah siap tile semua

Ni bahagian dapur. Tak tahu lah besar ke idak, tapi plan dalam kepala nk buat kitchen cabinet. 

Tandas 

ruang tamu lagi.