Tabung nuffnang sayer :

Showing posts with label Kecantikkan. Show all posts
Showing posts with label Kecantikkan. Show all posts

Monday, 5 December 2016

CUT OFF bajet make up berjaya akhirnya !!

Tengah dok ekonomi tengah gawat ni, eloklah aku amik inisiatif untuk bertukar ke alatan makeup yang lebih murah. Downgrade dari segi bajet aku Gittewww ! Aritu puas aku survey apa la agaknya brand make up yang ok dengan skin and muka aku nih. Sebelum ni aku pakai brand M.A.C. Of course la make up dia tip top beb ! Lagi compact powder dia. Perghhh ! Lipstik pn sama. Terbaik !!!! Bagi aku semua barangan MAC memang terbaik. Tak dinafikan, cuma harganya agak mahal. Bukan sedikit tapi sangattttttttttttttttttttttt ...

Makanya aku pun amik inisiatif untuk mencari brand yang agak murah tp kene dengan cara make up la kan?? seminggu gak dok godek google and review. Hmmmm masalah skin aku ni bukan boleh masuk smua jenis brand tau. Sebelum ni pernah cuba BB cream sephora. Jadi xok. sO aku pakai BB Cream MAC ok pulakk tp BB cream MAC RM181 lau xsilap la. Lama xmembeli kn. Tapi memang la sekali beli tu boleh tahan dekat setaun. Cumanya terasa jgk la kan?? sO godek punya godek ternampak la brand Elianto pulak. Huhuhu terus esok tu pergi Paradigm konon nk cuci mata dlu. Jumaat kan?? sekali Elianto mcm buat sale. sO terus rembat 1 set nih. 

Lipstik RM29.90
Compact powder RM29.90
Blusher RM23.90
eyebrow RM9.90
blusher punya brush RM36

Total RM130.50.

RM130.50 habis. Hurmm not bad sebab kalau lipstik MAC pn RM78 sekarang kalau tak silap. Tapi lipstik rasanya aku still maintan MAC sebab best. Ni aku saja beli lipstik elianto sebab nk campur kaler. Lagipun Lipstik lain mcm menggelupas bibir aku. 

Esok tu nak keluar aku pakai la kan? Not bad. Macam ok la brand ni. sO decide nak continue jek laaaa hihi sO misi untuk berjimat-cermat dan beli barangan murah berjaya. Mahal-mahal pun sama jek. Pakai lepas tu kene basuh. Pftttt  -_- 

tekstur dia pun ok. Not bad. Cuma kaler dia gelap sikitt jek dgn aku. Lepas ni kene beli kod nombor 2. Ni kod nombor 3

sO tak menyempat make up lama habis aku da rasmi pakai dlu. Harapannye make up ni tahan lama la nye. Selalunya 6 bulan jugak la nih. Tapi dengan harga berpatutan mcm tu. Kira ok laaa. sO misi berjaya !! Bole tengok kt bawah ni hasil make up simple yang light light jek. Aku tak minat sangat make up tebal. ahaha dah macam ngoper Opera cina pulak nanti.




Opps baby bum dan 23weeks already !

tepek gambar sebelum make up ye. huhuhu ..
sO sape nak tengok review pakai skincare Clinique bole tengok pic nih jgk haha.  
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Bye MAC 
Lepas ni lipstik still pakai brand ni sebab terbaik !


Barang-barang MAC. Tak ingat sangat pricelist dia. tp cuba membantu

blusher around RM90
BB Cream RM130
Compact powder RM140
lipstik RM73
eyeshadow RM70

total roughly dalam RM503 - RM510 cmtu la kottttt. Xingat sangat dah since dia pun ada naikkan harga sekarang nih.

Monday, 28 November 2016

Puas Hati dengan Clinique Skin Care selepas 1 tahun.

So far dah nak 1 tahun pun aku as pengguna produk skincare Clinique nih. Yess memang harga dia sedikit mahal, tapi rasa macam berbaloi jekk. Sebab produk dia tahan untuk 6 - 8 bulan jugak kan?? sO 1 tahun ni 2 x aku topup untuk toner dan pelembab (untuk set besar ye) kalau set kecik tu rasanya 3x jugak kene refill 1 tahun. Pencuci muka plak 3x dah refill untuk 1 tahun nih. Sebab penggunaan yang kerap ke camne, aku pun tak pasti hahaha. 

Sebenarnya masa mula-mula nak beli skincare ni pun aku dah sebulan dok godek-godek review dalam blog. Nak tahu benefit and kesan sampingan. Nak tahu ada ke yang tak OK bila pakai. Memang macam-macam review lah ada dekat internet kan? sO far aku baca semua positif cuma kata mereka mahal sedikit. Tapi berbaloi laaa. 

Aku start cari skincare baru sebab lepas bersalin tahun lepas kulit muka aku seriously kusam and rasa macam teruknyaaaa. Kulit dah start menggelupas. Huish pakai skincare lama pun macam tak jadi apa jek. Entahlaaah. sO aku terfikir Clinique sebab produk dia mostly based dengan water and kurang chemicals. sO nak cubalaah. Masa mula-mula cuba dlu pun rasa OK. Dalam seminggu kulit dah mula lembut laaa. Lembut and kurang menggelupas @ kering. Bole tengok kat sini !!! Ada aku penah review masa first time beli dulu.



Ha ambik ko beli set besar terus. Kalau besar macam ni rasanya tahan kot 5bulan (expecting jek) miahahaha.. Tapi kira berbaloi jugak laa. Tiga step ni kiranya basic la and perlu ada. Kalau tak ada salah satu mcam tak pakai la jawabnyeeee. 3 Produk ni yg besar gabak RM403.00.
Tapi jumbo size ada Toner and Pelembab sahaja. Kalau Pencuci muka ada standard size shj. 



STEP MENCUCI MUKA 

Step 1 : Pencuci Muka. Standard size only RM89.00
pencuci muka dia picit sikit dah berbuih banyak. Sangat menjimatkan. Selalunya aku pakai dalam 3 - 4 bulan macam tu laa.
sO kalau dibahagia tiga bulan / 4 bulan tu anggaran dia untuk sebulan adalah RM30.00 


Step 2:
Lepas cuci muka memang pakai la toner ni ye. 2x sehari sahaja. Aku pakai setiap pagi and malam sebelum tidur. Sangat best and rasa kekotoran semua hilang tau. Pakai sikit jgak. Tak perlu banyak penuh 1 kapas. Tuang sekali di atas kapas.
Jumbo size nih RM 156.00  (Tahan 6 bulan)
Standard size RM89.00  

Step 3:
Pelembab. Pelembab dia best sangatttt. Muka lembut jek kalau pakai malam sebelum tidur. Bangun pagi besok hihi rasa macam kulit bayi pulakkkkssss. Sebelum make up pun aku pakai pelembab nih. Huhu banyak nak kene pakai nih.
Jumbo size seperti dalam gambar: RM158.00 (tahan 4 - 5 bulan)
Standard size agak kecil RM74.00 (3 bulan) 
 Review:

So far memang la puas hati. Kalau tidak, tak akan aku continue kan? Actually pernah cuba and tukar sekejap skincare lain sebab kononnya nak berjimat la. Mahal kan?? Tapi 1 skincare tu beli one set dia dalam RM120.00 boleh pakai 2 bulan (lebih kurang la. Ada tu sebulan shj) sO RM120 tu kalau darab 6bulan = RM720.00. Lagi mahaiiiii (pemakaian untuk 1 tahun la nih. Sebab tu kira 6 kali beli jaa 1 tahun). 

Lagi 1 kulit kembali kepada kusam and menggelupas. sO stop la and pakai Clinique balik jadik laa lembut balik kulit. Aku bukan apa eh. Asal kulit tak bermasalah, tak menggelupas, tak kering kontang, lembut macam bayi and nampak bersih kalau tak makeup ckup dah ! Lega da. Xharap pn flawless and putih. Tak harap pun licin macam kulit telur tuhhh.. Hihihihi 


Tak adalah flawless. Cukup sekadar rasa bersih, ringan, and tak perlu make up tebal2. 





Monday, 12 September 2016

Macam mana nak dapat lipstick M.A.C percuma

Hi ... hari ni opis aku sangat la krikkk. .. krikk... krikkk .... Meaning xada orang la yang bekerja arini. Hahaha sunyi sepi. Tapi dekat unit aku ni adalah 4 orang bekerja lagi. Bos pun keje. Hahahaha tak pa kali ni bagi chance anak buah bercuti ye. sO harini masa sangattt laahhh FREE and boleh selesaikan beberapa tugasan kerja dengan aman, tenteram, damai dan slow motion. Semua rata-rata amik cuti direct seminggu tuh minggu nih. sO memang FREE lah jawabnya. Aku sebenarnya xcuti sebab ingatkan plan nak balik 15hb tu lepas opis hour so kiranya bercuti smpai 21hb. Hahha Planning jek baru. Tapi kita tengok lah mcm mana. Malas nak bersesak-sesak makan jammmm...

Oh sebenarnya nak update pasal baru-baru ni aku ada pegi tebus barang dekat outlet makeup brand M.A.C. Memang aku ni peminat tegar brand M.A.C lah. Rasanya kulit aku serasi jek dengan brand ni. CUma lately regenya semakin mencanak-canak pulak naik. Haishhhh ! Nasiblaah setahun setengah jgak laa baru habis barang-barang make up aku nih. Ada can lah nak mengumpul duit tabung makeup bagi penuh dulu yeee??? 

Oh long strory short lah yeeekK! sO kalau dah alang-alang membeli brand makeup ni, kalau bekas-bekas dia dah habis tu, korang jangan terus buang ye. Kumpul ... simpan .. dah cukup 6 barang hah korang pergilah outlet mana-mana and boleh tebus lipstik dia 1. 1 ketoi tu pun harga RM78.00 weii ! Dlu masa aku beli memula tu harga dia RM68.00 jek. sobss. sobss. sobss. Entah kenapa dinaikkan harga. Semua barang kot rasanya sebab banyak beza yang aku tengok. Make sure bekas-bekas tu yang Original lah ye? Nanti xpasal kene cekup kerana menipu. 



ni la 6 barang aku yang dah habis dipakai tu. Kumpul dalam 1 tahun lebih jgk nih sebab produk dia tahan lama and tak mudah habis begitu cepat. Aku ni jenis pakai setiap hari tau ke tempat kerja. 


sO korang bawak jek dalam plastik apa-apa pun tak apa asalkan dah cukup 6 nanti bawak jek pada promoter dorang. Dorang memang akan tahu kalau kita datang cakap nak redeem barang. Hihihi then pilih la lipstik mana uOlls nak. Main amik jek la FREE tanpa bayar 1 sen pun. Best kan???? Tapi lipstik jek la boleh tukar pun. Brang-barang lain mahal sangat kot. sO dorang pun ada had limit. 

packaging kotaknya
Aku amik colour "Please Me"
Warna feveret aku. Memang tak boleh berpisah dengan kaler ni walau dah cuba banyak kaler. Tapi kadang aku blend dgn colour merah. Tu yg nmpk mcm byk lipstik aku kn??? hahahahaha makan ke pakai nih??? 


warna dia nampak natural. tp Ok laaa

Monday, 15 February 2016

CLINIQUE - faktor usia dan selepas bersalin

Lepas bersalin aritu aku rasa macam kulit muka aku teruknya. Teruk sangat. Bukan teruk sebab naik jerawat tapi sebab nampak kusam giler-giler. Tak berseri macam sebelum ni. Hormon kot. Pikir macam tu tapi dah nak 3 bulan bersalin ni hormon apa eh?? Still kusam and rasa macam makin teruk jek. Tak glowing langsung. Kalau yang tengok dari jauh memang orang cakap okey, tapi kalau pergi dekat-dekat nampak muka aku sebenarnya kering giler. Area hidung dan sekitar mulut n pipi tu menggelupas. Nampak macam pelik pulak. Tang dahi okey jek tup2 ada pulak part menggelupas. Kalau pakai bedak lagi la nampak clearly okey !! sO aku pun dok usaha fikir nak tukar skincare ke tak eh?? Kenkadang skincare lama dah tak effective pada kita, so kita perlu tukar. Aku pulak aritu kebetulan ada teman mak aku beli alat make up dia di Clinique. Jadi terdetik pulak dek hati ni nak mencuba. Plus pulak barang-barang dia kan untuk skincare yang alergic lagi la recommended. 


Setelah jenuh jugak menggoggle review blogger lain mengenai jenama clinique ni, aku pun dengan semangat berkobar-kobar nak cuba lah this skincare. Plus dia adalah 100% free from chemical kan? Memang mahal tapi rasanya ada pakej-pakej yang kita nak and tak nak rasanya. Lagipun kuantiti barang dia tahan lama jugak untuk dipakai dalam 5 bulan cenggitu. Rasa berbaloi kot. Makanya aku pun mengajak mak aku untuk teman tanya nasihat dari promoter Clinique tentang brand ni and masalah yang berlaku kat kulit muka aku ni haaaaaa. Geram aih ! Tetiba rasa sedih sebab kulit tak macam dulu lagi. 

Aku cuma nak bagi kulit ni rasa glowing balik jek. Tak putih pun tak apolaaah aih ! Yang penting kulit kita sihat. Ni kalau kusam memang rasa tak selesa di muka. Orang tengok muka pun rasa cam menyampah kot ! 


Happy face sebab dah nekad nak cuba skincare ni



Makanya ni lah produk yang aku beli. 
3-Steps produk yang basic la kiranya 
ada:

1. Pencuci muka RM89.00
2. Toner RM89.00
3. Mosturizer (Kecik) RM74


patut kene beli mosturizer tambahan untuk moist kan balik kulit tu. Disebabkan harga dia terlebih mahal. Bajet pun dah suam-suam. Sebab baru jek jugak pergi cucuk Laana. sO amik jek la basic 3-Steps ni dulu. Tapi promoter tu kasi sampel untuk test. 


mcm foundation / sunblock untuk melindungi kulit. (sampel) sampel pun agak besar jugak kuantitinya. Tahan kot untuk 1 bln pr 2 bulan. 


Total semua barang-barang ni RM252.00

Ok la rasanya kan? 


Hari ni, hari ke 2 aku dah consumed produk Clinique ni. Katanya bagi dorang 10 hari untuk mencantikkan balik kulit. Hurm hurmm tapi bangun pepagi tadi lepas sapu cream mlm td sblom tidur terasa lembut jek kulit. Mungkin masa tidur dia repairing kulit aku kan?? sO far ok laaa. Akan diteruskan dan bagi feedback after 10-days. Tapi hari ni baru hari ke-2 laaa. Pun boleh jugak nk buat review sebab kulit menggelupas sekitar hidung dan tepi-tepi bibir dah tak banyak. Ada pun sikit sangat. Rasanya 95% improved menggelupas tu. 



arghh nampak tak jeragat pun dah ada sikit2 tepi pipi. sO Clinique please help me to remove all this things !! 

Tuesday, 26 August 2014

nak cantik kene detox toksin jugak !!!

Detox ni bermaksud buang segala anasir-anasir kotor dalam badan macam toksin, angina dan mcm2 lagi laa. Aku bukan doctor, sO tak berapa nak tahu sangat system badan manusia ni. Yang aku tahu serba sedikit, kalau kita nak cantik or nk kurus, kenelah buang toksin dalam badan. Cara paling rare and COOL adalah detox dengan cara semulajadi dari air buah-buahan. Nak tahu macam mana badan kita ni detox? Melalui pembuangan air kecil atau air besar. sO lagi banyak kita minum air, lagi banyak kita buang air kecil, dan dari situlah segala kotoran, toksin semua keluar.
 
Aku ada cuba 1 cara detox cara minum air buah-buahan. Huiii memang best ah ! Ni semua hasil dari godaan-godaan internet jugak. Aku rasa ramai je yang tahu pasal detox dengan minum air buahan ni. Ianya simple, mudah, dan sedap !! Seyesly aku suka cara ni. Walaupun leceh sikit nak menyiapkan bahan. Simple tu maksud aku cuma nk kene potong buah-buah jek bagi kecik2. Orang malas macam aku ni, itu bukan sesuatu yang simple ! aha !!! Keji sangat ayat kan??? sO aku dah mulakan minum air detox tu. Entah dari mana mai semangat nak mencuba. sO lepas balik dari opis terus ke giant, cari bahan-bahan diperlukan. Actually kita boleh pilih apa yang kita nak masukkan dalam minuman tu.
 
Contoh ada orang akan letak.
 
1. Halia, timun, daun pudina, lemon
 
2. Timun, tomato, daun pudina, lemon
 
3. halia, daun pudina, lemon
 
 
Macam-macam lagilaaa. Tapi aku tak suka halia, timun tomato tu. Uwerrkkk ! Tak tahu apa rasa dia. Hish, sO aku pilih :
 
Ada lemon
Daun pudina
Strawberry
Cukuplaah 3 benda ni jek. Rasanya bila letak strawberry ni air rasa lebih Wangi dan fresh !! hihi Aku suka rasa dia. Korang boleh beli benda-benda ni di giant jek.
 
Lemon. RM8.99
Sebenarnya ada jek lemon 59sen sebijik, tapi nak jugak kaler kuning macam ni. Yang lain macam kecik-kecik jek
 
Daun pudina RM1.29 sepeket
 
Strawberry sepeket ni xsilap RM8.90. Main amik jek aritu tak tengok rege.
 
sO lepas dah beli semua benda ni, aku pun siap memotong. Eh tapi jangan laa potong semua ! Untuk bekas 1 liter, 1 liter aku amik sebijik lemon, 5 batang daun pudina, dan 3 bijik strawberry. Yang lebih simpan dalam peti yek. Untuk next trip !!
 
 
Cara-cara:
 
1. Potong nipis-nipis semua bahan-bahan.
2. masukkan dalam bekas 1 liter or berapa liter korang nak
3. Isi air dan jangan masukkan apa2 tambahan perasa gula or sebagainya. Biar jek buah-buahan tu shj.
4. Masukkan dalam peti dan biarkan semalaman.
 
 
Esok pagi terus amik untuk minum di opis
 
Dapat 2 botol (2 liter)
 
menarik tak????
 
Okey . sila cuba =)

Wednesday, 14 May 2014

Tips perkahwinan: Tudung VS Bentuk muka

Huish sebenarnya aku masih pening memikirkan jenis tudung-tudung untuk nikah and bersanding nanti. Al-maklumlah bentuk muka iolls ni bulat. HUrmmm kang salah pakai jadik buruk pulak. Habis semua gambar-gambar kahwin dalam album nanti jadik buruk. Tak sanggup hokey !! sO pemilihan tudung dengan bentuk muka amatlah PENTING ! PENTING ! dannnn PENTING !!! Ingat ye kengkawan. Jangai main bedal jek pakai ikot korang suka. Buat research dulu. Supaya hari bersejarah korang tak bertukar jadik hari sedih ! Masa aku godek-godek majalah pengantin tak ingat siri ke berapa kan? sO ada lah free 1 majalah kecik yang di panggil Blog Perkahwinan. Ada lah some tips dalam tu tentang pemilihan tudung dengan bentuk wajah ye...
 

 
Menurut tips tu, antara bentuk-bentuk muka yang sepadan dengan jenis tudung antaranya
 
1. Bentuk OVAL
 
 

 
Mereka yang berwajah Oval ni sesuai untuk menggayakan semua jenis tudung. Bentuk muka mereka ni bujur dan sesuai je mana-mana jenis tudung. Antaranya pengacara Hijablista TV9 ni. Ameera Zaini. Aku memang minat giler kat dia sebab dia memang cantik. Kalau korang visit Instagram dia pun macam-macam jenis tudung dia gayakan, semua Nampak kene jeeee.. I is jelous plak ye. Jelous kearah yang baik. hihihi .
 
 
2. Bentuk BULAT
 

 
This is iollss yeee. Haha saja jek letak picture sendirik sebab tahu wajah I berbentuk bulat ye.. -_-
Okeyy apa dalam tips ni beritahu, mereka yang berwajah bulat ni disarankan memakai tudung ada awning atau inner neck jenis anjal supaya bentuk muka kelihatan bujur dan cantik. Hurmmm hurmmm ...
 
Tapi aku bukan retis. sO mencari-cari gk sape agknye retis muka bulat ??
 
Datuk Siti Nurhaliza boleh kategori Bulat ke? huhu xth la tp kalau dia pakai tudung awning lg nmpk cantik kot
 

 
 
 
3. Bentuk PANJANG
 

 
 
Haa saja aku pilih Rita Rudaini sebab muka dia mcm panjang jek. HUish cantik apa dia. Okey menurut tips ni, sekiranya anda memiliki bentuk muka jenis panjang, dinasihatkan memakai anak tudung yang kedudukannya diletakkan di bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening bagi memberi ilusi kecil pada muka.
 
Sentuh bab menutupi kening kan, ternampak 1 picture Felixia Yap
Ooo kiranya felixia kene pakai inner dalam yang menutupi dahi la kan kan ?? kay aku da pandai sket da. hik hik
 
4. Bentuk DIAMOND
 
 
 
 

Sari yanti ni berwajah diamond sangat. hik hik Kalau tengok picture-picture bertudung dia.
Mereka yang berwajah diamond ni, gunakan tudung jenis selendang. Tutupkan sedikit dibahagian rahang supaya muka anda kelihatan tirus dan kecil
 
 
5. Bentuk HEART
 


Aku pun tak sure sangat bentuk hati camne. Tapi kalau ikut dari mata aku nih macam Ayu Raudhah and Diana Amir ni bentuk wajah they all macam heart pasal de dagu sket ..
 
Bentuk muka jenis hati ni sesuai digayakan untuk pelbagai jenis gaya tudung. sO bolehlah korang nak pakai camne-camne kan?
 
 
6. Bentuk BERSEGI
 



 
Part wajah bersegi nih. Korang jangan gelakkan pulak sebab ramai Ooooo retis Hollywood yang wajah bersegi yek ! Antaranya Angelina Jolie, Paris Hilton, JLo. Hahhh see. SO anda yang berwajah petak or bersegi tu, jangan rendah diri hokey.
 

 
Kalau ikutkan free hair tu dorang2 ni berwajah bersegi. sO mereka yang berwajah bersegi ni tudung jenis turban adalah sangat sesuai bagi menampakkan rahang yang lebih terbuka. Yeke???
 
tetiba teringat kat yuna kalau bab2 turban nih. Tapiiii macam x berkenan jek tudung gaya ala turban nih..hish!