Tabung nuffnang sayer :

Thursday, 18 September 2014

Beli Rumah Part 1 ~ Usha rumah baru untuk dibeli

Haa sementara arini aku ada masa sket nak update, amik 3 entri aku update hari ini sajooo. Ala entri pertama tu pasal iklan nuffnang. Hahaha kira khatam la entri yang dah peram lamaaaa. Sebenarnya baru-baru ni salah satu sebab kenapa aku busy, adalah menguruskan dokumen rumah. Hadoiiiii gler seksa nak menyediakan wei ! Rasanya cukup sekali ni jek. Hahah tapi memang sekali jek pun boleh pakai untuk loan kerajaan. Oh memang boleh beli untuk rumah kedua, tapi ada prosedur2 lain pulak. Kiranya dah berapa % bayar baru boleh apply rumah kedua.

Okeh ! AKu nak cerita pasal rumah pulak. Tetiba kan?? Dari mood nak kahwin ni, tetiba pasal rumah pulak kan?? Aku memang ada usha rumah jugak la. Saja nak buat asset and sebenarnya aku malas nk menyewa jek. korang bayangkan, bayar sewa mahal-mahal habuk pun tarak??? sO aku decide nak beli jek la. Memang sebelum ni aku usha-usha la rumah sewa teres ke, landed ke kat area Selangor. Kalau boleh nak shah Alam. Okey sekali survey bapak mahai wei !! Rumah landed semua mostly RM1500 - RM1800 kalau yang teres. RM2000 pun ado. Lepas tu aku usha apartment plak nak sewa. Mak ai rege RM1100 - RM1300 untuk yg tgh2 Bandar. Yang flat dekat Sek 7 pn tingkat 1 dah RM950?? Amboiii gila laaa punya harga. Sebab kalau baru-baru kahwin ni mesti nak beli perabot apa lagi kan??

Bukan Shah Alam je mahal, tapi Puchong ke, Kelana Jaya ke, Damansara ke semua mahal laaa. Memang average. Ada aku Tanya Tingkat 4 dekat Kota Kemuning Harga dah RM850? yang RM800 pun ada. Mahal tu wei. Last-last rezeki kami dapat rumah sewa sebulan RM500 di Puchong. Apartment tu kira dekat2 Bandar la. Ada 24hours guard. bersih and rumah pn agak besar and selesa. sO part rumah sendiri pulak aku prefer rumah landed la. Tak kirala teres ke, apa ke. Setingkat pn jadik laaa. Asalkan area2 berdekatan Shah Alam. Sebabnye aku memang suka suasana sana. Mostly ramai malay kan?? sO dapat lah satu area yang msih dalam pembinaan gitu. Tapi masa aku cari tu, kawasan rumah tu masih tak develop apa-apa lagi. Masih ladang kelapa sawit.

Harga rumah agak WOW ! Tapi memandangkan bila tolak bahagi % campur semua, sebulan tu dah nak sama kalau sewa rumah landed di Sek 7 Shah Alam, baik aku beli rumah. Bayar 30 tahun pun jadi milik kita walau pun tak lah secara mutlak. Sebab aku beli leasehold. sO ada lah tempat berteduh gitu kan? Harga rumah sekarang makin melambung-lambung naiknye. Dasyat. Kalau GST tahun depan mau naik lagi kot. Rumah aku bakal beli ni RM358,80 tapi dapat diskaun 10% so Harganya dalam RM317,000. Rumah teres setingkat jek. Kebetulan kelayakkan aku untuk loan kerajaan tahun ni RM320k. Alhamdulillah. Rezeki kahwin kot. Lepas laa nak beli kot. Inshaa Allah. Rumah ni pun di jangka siap pada pertengahan atau hujung tahun 2016. So masih ada masa lagi nak simpan duit, and tunggu kenaikkan gaji. Hik hik

Rumah teres setingkat bakal aku beli. Ok la not bad. Berdekatan kota kemuning. Seksyen 29 Shah Alam
Haa nila rumah contoh tu







Kawasan ni masih rata macam ni. Belum naik signboard lagi masa aku pegi.

Jalan pun macam ni lagi

Tapi masa aku gi ni bulan 7. Aku start usha bulan 6 aritu. So lepas tengok kawasan makin maju. Dah ada jalan elok. Haa korang leh tengok picture bawah ni. Dah ada tar kan? sO aku terus setuju nak beli and bayar booking. Berapa booking ??? Ok tengok gambar terakhir






Ok harga Booking RM3000 k ! Huh berpeluh bayor. Nasib baik baru dapat KWSP. Hurm Hurmmm mintak permudahkanlah urusan aku untuk beli rumah ni haaa. Sebulan congak-congak ada kot sebulan RM1500 - RM1600 sebulan. Huaaaa :'(

sO aku agak ok nak beli sebab dapat less 10%. Dari RM358,800 so dapat harga RM317k . Ada la balance sket2 sebab kelayakkan aku RM320k untuk loan kerajaan. Then developer pun friendly and baik sangat. Masa tarikh aku beli tu sempat la dapat promotion they all. Sebab yang beli selepas 1 Julai dah tak dapat promotion. Promotion they all : Legal Fee & MOT (Free) , S&P (Free), Stamp Duty (Free). Hihihi  sO aku cuma bayar booking jek.

2 comments:

  1. Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e Summit USJ, Alam Sentral, SACC Mall, I-City, Wet World, ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    p/s: perkhidmatan sewa rumah harian juga disediakan

    ReplyDelete
  2. Salam.. Blh sy dpt kan nmbo fon pengusaha rumah ni x? Whatsapp sy 0103916604/ tq

    ReplyDelete