Tabung nuffnang sayer :

Tuesday 27 May 2014

Terharunya report i keluaq news !!!!

 
 
OK walaupun news ni dah lama, tapi tak laa lama sangat pun. Aku tak sempat nk bercerita jek. News ni dikeluarkan pada khamis lepas. Kiranya dah 6 hari berlalu. sO tak basi lagi kan kan kan?? hihihi. Haaa kalau korang baca entri sebelum aku, korang akan tahu yang entri ni adalah sambungan untuk entri weekend pun kene kerja ! Haaaaa kenapa sampai weekend pun kene siapkan.
 
Setiap tahun memang bahagian aku iaitu Bahagian Daya Saing Global ada cover 1 report berkaitan Malaysia iaitu "MALAYSIA IN THE WORLD COMPETITIVENESS YEARBOOK" Every year memang report ni akan keluar, dan we all yang monitor, research, publication, and so on laa. Publication tersebut kami akan compile dalam sebuah buku yang dipanggil Booklet. So tugas aku menyiapkan booklet tersebut. Boleh terpikir tak dalam masa 4 hari kene siapkan all things? Booklet pun harus and perlu disiapkan within 4 days tu jugak !
 
Akhirnya segala usaha, keringat dan tenaga yang dicurahkan selama 5 hari tu, we olls Berjaya jugak siapkan. Penerbitan akan start sehari selepas semua informasi yang kami dapat dari Switzerland. Kami akan masukkan data, buat pelbagai kajian untuk menyenangkan pemahaman public dan kemudian masukkan ke dalam penerbitan. Aku guna publisher untuk menghasilkan penerbitan tu. Simple and lebih best guna publisher.
 

  • Serba sedikit tentang report yang kami siapkan tersebut. Report ini diterbitkan oleh World Competitieveness Center (WCC) of the Institute of Management, Development (IMD) yang bertempat di Laussane, Switzerland. Sejak 20 tahun, WCY telah menanda aras prestasi Negara-Negara yang paling berdaya saing di DUNIA.
  • WCY mengandungi 60 ekonomi serta jadual kedudukan daya saing global yang terperinci dan merangkumi lebih daripada 300 indicator.
  • Kebanyakkan data merupakan data kuantitatif, iaitu data stastitik yang boleh diukur bagi menyediakan penilaian yang objektif mengenai daya saing Negara di peringkat global.
  • Data kuantitatif ini melengkapi data persepsi oleh komuniti perniagaan melalui kajian 'Executive Opinion Survey' (EOS).
  • 70% data adalah dari data terkumpul oleh Kumpulan perancang antara Agensi seperti Jabatan Perangkaan Malaysia, Bank Negara, Kementerian Kewangan, Bursa Malaysia, KPM, MCMC, LHDN, MASTIC, KPDNKK, JKR, MOHR, DOI, KWSP, SPAN, MDeC, JJPH dan ada lagi beberapa agensi lainnya. Manakala 30% data dari EOS tersebut.  
 
Kemudian selepas semua telah disiapkan, sidang media untuk mengumumkan ranking akan di adakan. Kali ni Menteri MITI we olls tak de sebab ada program World Economic Forum di luar Malaysia. So our Dato' Ketua Pengarah yang mewakili minister untuk pengumuman ranking tersebut. Tak leh biar peram lama result wei !!
 
ok baju merah itu aku

Ok tang ni terharu giler sebab Nampak hasil keje and yang menaipnya aku. hihi



barisan wartawan dan media yang hadir


sesi ditemuramah oleh wartawan

ni adalah ranking kita pada tahun 2014. Sekian terima kasih. Eh !!  hihi
sO kita naik 3 tangga ke kedudukan ke-12 tahun ini berbanding kedudukan ke-15 tahun lepas.
 


 
 
Ok la.. itu sahaja. Memang terharu la kalau kerja-kerja kita ni mendapat perhatian orang ramai kan?

selit muka happy sket. Dah settled semua keje2 utk bln Mei ni, boleh la balik awai naaa

Oh ye !!  Kalau nak dapatkan penerbitan ni boleh klik sini and download
 
 

Monday 26 May 2014

Penangan Temptation of WIFE !!

Ada 1 hari tu kita cuti apa tah, aku da lupa. Hari wesak tak silap. sO masa lepak petang-petang tak buat apa tuh aku tertengok la cerita Philippine "TEMPTATION OF WIFE" . Memula tu malas nak layan sangat sebab aku ni memang tak suka cite Philippine. Seksi bebenor semua perempuan-perempuan, sebab tu malas nk tgk plus cite Nye panjang sgt2. Dah sama panjang macam cerita Indonesia. Tapi masa dok layan cite tu. Eh ! Macam best la plak .. Harus layan terus. Patot la kat blog2 banyak orang review pasal cite nih. Okeh nak dijadikan cite, rupa-rupanya aku dah tengok Korean version dlu. Korean dlu-dlu orangnya tak bape nak cun and handsome, itu pasal laaa tak femes macam cite Philippine nih ! Adore sangat dengan heroin dia. Marian.
 
Kiri ni si perempuan Heidi yang jahat. Heroin cite Chantal / Angeline kanan. Cantik kan heroinnya??

Ni antara barisan pelakon watak utama cite tu

Laki yang tngah2 tu la yang jahat. Tak de lah ensem pun. Ensem lagi Nigel kawan pada Chantal


 
Okey cerita ni sinopsisnya, aku cite sket-sket la ye? Heidi (watak jahat) ni dan Angeline (Heroin) dibesarkan bersama-sama oleh family Angeline. Ibu bapa Angeline kutip Heidi masa dia masih kecik and jaga dengan baik sekali. Kiranya Heidi ni anak angkat. Dari kecik memang Heidi ni jahat and dah mula jeles dengan Angeline. Tak tahu lah sebab apa kan?? So sehinggalah besar, si Angeline ni berkahwin dengan lelaki kaya yang agak tampan bernama Marcel. Marcel ni plak lelaki bodoh yang telah digoda oleh Heidi. Heidi memang jeles dengan Angeline sampaikan suami Angeline pun dia nak rampas. Angeline ni perempuan polos yang selekeh jek. Dia tak pandai bergaya, tak pandai bersosial. Perempuan baik and slow je. Kiranya kalau dia kene buli pun, dia redha. Family Marcel pun tak suka Angeline and slalu menganggap Angeline ni seperti orang gaji. Macam-macam penderitaan yang Angeline ni tanggung.
 
Heidi pulak cuba merampas kebahagian Angeline dengan menggoda Marcel. Tah macam mana lah jantan nih boleh tergoda dengan Marcel kan, sampaikan Angeline bagitahu dia mengandung pun, dia tak percaya. Paling tak leh blah dia boleh halau Angeline sebab dia da mula jatuh hati pada Heidi??? Hei ini pantang betol klau ada laki keparat macam ni kat dunia reality kan?? sO Heidi ni pun disahkan mengandung. Bila dapat tahu Heidi mengandung, Marcel mestilah happy sebab anak dia nanti akan mewarisi kekayaan family dia. Yang peliknya bila Angeline bagitahu dia mengandung, Marcel ni tak percaya. Hampeh tak suami macam ni? Tapi sewaktu Angeline cuba membuktikan dia mengandung, Heidi dapat tahu and cuba menggugurkan kandungan Angeline. Tah manusia jenis apa laaa Heidi ni. Dah laa orang tua Angeline dah mmbesarkan dia, boleh pulak dia balas macam tu??
 
Sewaktu dia cuba menculik Angeline, mereka bergelut dan terjatuh ke dalam sungai. Angeline yang masa tu tak tahu berenang telah tenggelam bersama arus air, dah disahkan meninggal. Tapi keluarga Marcel semua mencanang yang Angeline ni mati sebab bunuh diri. Padahal Heidi yang cuba mencederakan Angeline. Kemudian tak lama tu, Nigel yang sedang bersedih dan mncari kekasihnya, Chantal yang cuba bunuh diri di laut, telah terjumpa Angeline di tepi pantai. Nigel ni jugak laaa yang membawa Angeline ke hospital dan merawat Angeline. Selepas sihat tu, Angeline dah nekad tak mahu pulang ke keluarga Marcel. Dia cuba mencari keluarganya, namun tak jumpa sebab ibu Marcel dah mengalau keluarga Angeline dari rumah yang telah diberikan kepada mereka. Jahat tak family Marcel ni, dan dibantu oleh Heidi ! Hei laaa kalau aku jumpa perempuan macam Heidi ni dah katuk-katuk dah ! Tak kenang jasa betul. Bukan nak balas kebaikkan orang, malah dipijak2 pulak orang yang telah mmbantu dia sejak kecik dulu.
 
Angeline ingin memulakan kehidupan baru. Dia masuk 1 contest untuk make up and dapat juara. Kebetulan pemilik kosmetik tu terus berkenan and nak Angeline bekerja dengan mereka. Di situ lah,ada babak sedih sket, and smpai Angeline boleh menceritakan tentang kisah silam dia. sO pemilik kosmetik tu akan membantu Angeline membalas dendam. Dalam masa yang sama, pemilik kosmetik tu jugak ada agenda sendiri untuk mmbalas dendam kepada bapa mertua Angeline sebab kisah mereka hampir sama. Pemilik kosmetik tu pulak kebetulan, ibu kpada Nigel. Lelaki yang telah menyelamatkan Angeline masa dia dijumpai terdampar di tepi pantai. Sepanjang tu jugak, Angeline dah diubah identity kepada Chantal. Di ajar pelbagai perkara. Memandu kereta, menari, fesyen dan sebagainya. Sehinggalah pada hari yang dinantikan, produk baru keluaran pemilik kosmetik bakal dilancarkan. Masa Chantal yang dah berubah cantik tu keluar je, Marcel yang kebetulan dating memang terkejut laa. sO bermula lah babak pembalasan dendam, sebab Chantal akan menyakinkan Marcel dia bukan Angeline. Mereka semua juga percaya Chantal dan Angeline adalah orang berbeza.
 
Mana tak berbeza. Angeline tak pandai memandu, tak pandai berfesyen. Tak pandai bersosial. Chantal dan Angeline mmang seperti 2 orang yang berbeza. Penampilan mereka juga berbeza. Bermula dari hari itu laa Chantal akan mula menggoda Marcel kembali dan membuatkan Heidi merasa balik penderitaannya dahulu. Lama-kelamaan Marcel akan jatuh cinta kepada Chantal, dan mula meninggalkan Heidi. Gittew lah kisahnya. Nanti tengok sendiri yek !
 
 
Ni versi Korean puna Temptation of wife . Memang Fillipina tiru bulat-bulat pun cerita nih

Ni gambar selepas Angeline berubah dengan identity Chantal. Cantik gler kan?


ni pulak masa dia selekeh and slalu diseksa. Masa ni lah, dia slalu menangis jek. Di jadikan hamba oleh keluarga Marcel. Di caci suami sendiri selepas kantoi laki dia dengan Heidi
 

Sunday 25 May 2014

Weekend pn kene kerja ??

Yes..yes memang aku mengaku lama bebenor tak mengadap blog since busy dengan kerja-kerja hakiki. Dalam minggu lepas tu memang tak sempat nak bersosial di laman sesawang blog, mahupun Facebook dan Instagram. Aku tak ada Twitter. Tak minat. hihi. Ckup laaa Facebook jek. Actually memang 2 minggu ni aku busy gler-gler sampai nak update entri pun tak dapat. Tapi dah senaraikan satu-satu apa nak di story mory. Tapi hade ke orang nak baca entri aku ni kan ?? sobs ... sobs.. :'(

Okey minggu lepas we olls ada tugasan yang perlu diselesaikan dalam masa yang singkat. Jadi memang kene buat sepantas yang mungkin laaah. Sabtu ahad pun terpaksa dikorbankan untuk menyiapkan keje-keje hakiki ni. Lebih kurang KPI Minister laaa. Hik hik tak apa seronok jek. Kalau kita dari awal pikir +ve jek, memang tak ada lah stress-stress. Apa yang we olls kene buat untuk 5 hari tu termasuk la menyiapkan kajian, data, perbandingan, info dan penerbitan yeee. Mak aih boleh ke siapkan penerbitan dalam masa 5 hari jek?? No !! But kalau bekerja dari pagi smpai lewat malam selama 5 hari memang boleh. hihihi

ni mlm pertama kene bermalam. Keje smpai jam 12.00 masa ni. Bersantai-santai dinner

Hihihi dah macam feeling dok mkn dalam restoring beputar KLCC gittew !
 
Ni flash back hari pertama lepas dapat arahan untuk siapkan kerja tu. Masing-masing dah tahu apa nak buat dah. Benda tiap2 tahun kene siapkan. So ni la bilik perbincangan kitorang akan duduk sepanjang kerja-kerja tu. Ada yang cari info and bahan-bahan kat workplace masing-masing and ada yang menaip di bilik mesyuarat. Berbincang dan buat kajian, analisis. Macam-macam laaa. Masa hari pertama dapat task tu adalah JUMAAT !! JUMAAT ye kengkawan. Patotnya hari jumaat orang dah bersuka ria kan sronok sebab esok WEEKEND ! But not us.
 








Okey esokkan tu bangun-bangun jek dah jam 10.00 pagi. Lepas subuh tu sempat tido lagi sebab mlm tadi tu we olls balik 12.00 tgh mlm. Sampai rumah mandi sume tido dah pkul 1.00 pg. Huuuuu. Memang mata mengantok lagi laaa. Tapi kira okey laa on Weekend kan. Boleh lah bangun jam berapa pun. Kalau hari biasa tu nak tak nak, MEMANG kene bangun macam biasa untuk puch in.


Status fb hari sabtu. Hik hik


Status fb hari ahad

Kebetulan hari sabtu and ahad tu hujan turut lebat-selebatnya. Ya ALLAH memang mencabar laaa kan? Hihi tapi Alhamdulillah jugak sebab tak lah kami panas di opis tu. Seronok je bekerja hujan-hujan ni sbab mood jadi sejuk je. Tapi kalau kita pikir +ve selalu memang inshaa Allah dpat menghindari pengaruh syaitan yang paksa kita supaya tidak suka pada keje kita tu. Oh lupa ! Sabtu tu jugak we Olls ada jemputan perkahwinan anak CC opis. sO we take a break and hilangkan stress pegi majlis kahwin tu berkonvoi 3 buah kereta.



sempat selfie bagai kan?? Hik hik

Lepas balik dari kenduri tu we olls semua tukar uniform. Pakai track suit dengan t-shirt jeeewww ! Feeling keje di rumah gittew ! LEbih selesa pakai baju camtu kot nak keje smpai lewat-lewat malam. Pheww ! -_-'
 
 
time ni jam dah merangkak 10 mlm. Rileks awal lagi sebab sabtu tu we olls balik 12.00 mlm jugak. Pheww !!! Rabak mata I olls. Esok kene bangun pagi lagi ke opis
 


Bab menaip and siapkan publisher ni adalah tugas aku. Ngeh ngeh ! sO begitulah. Ahad pun seperti biasa dalam jam 10 pg tu laa ke opis. Siapkan mana patot. Cuma agak penat la Ahad sebab Isnin tu dah kene bangun normal. 8 pg dah masok keje

 
Okey . Nanti aku sambung next entri ek. Keje apa yang we Olls ni busy sangat2
 
 
K Bye !!


Bertukar kepada inovasi baru, Darlie Expert Fresh !!

Morning... Huuuu hari ni ingatkan dapat CUTI UMUM kan? Tapi Malaysia kalah kepada Jepun. sO dengan kecewanya bersiap-siap ke opis. Hahaha tak apa laa.. Mereka pun telah berbuat sebaik yang mungkin. Kita tak perlu nak memakin hamun or menyalahkan pasukan Malaysia. Sepatutnya memberi semangat. Orang kata rezeki kan Allah tentukan. Tak ada rezeki kita tahun ni. Cuba lagi laaa. Hi hi tapi hari ni bukan nak cite pasal Malaysia kalah. Tapi nak sharing pasal Darlie Expert Fresh ni lagi. Sebelum ni aku memang pernah shared info dia kat entri lepas : Nak Mulut Stay Fresh Breakfast till dinner ? 

gini la rupe Nye isi ubat gigi Darlie tu. Cantik Nye. Kaler tiffany green gittew !
 
Haaa So Hari ni aku rajin pagi-pagi lagi dah sharing pasal Darlie Expert Fresh ni sekali lagi. Orang kata nak amik mood keje pepagi isnin kan?? Alhamdulillah tak dak Monday blue today. Hik hik .. Oh sebenarnya aku up lagi entri pasal Darlie ni sebab buka-buka jek nuffnang pagi ni, tersenyum lebar Nampak iklan Darlie Expert Fresh ni berjoget lagi. Tapi untuk CPC laaa bkn CPUV. sOOOoooo kengkawan yang baik hati tu sudi-sudikanlaaahhh click pada iklan Darlie aku ni ye? Mekasih
 
Yeayyy !! Ha sebesar alam gittew aku haplod CPC ni. Hik hik..
 
MUngkin inilah ubat gigi yang terbaik yang mampu menyelesaikan masalh nafas berbau. Tapi perlu diingatkan Rajin-rajin memberus gigi ye. Janganlaah mengharap sekali berus jek kalau korang-korang makan benda-benda macam bawang, durian, petai and so on.. Darlie Expert Fresh ni dah available pun di Watson, Guardian and shopping2 mall. Harga dia dalam RM11.89 kalau tak silap. Boleh cek balik ye.
 
 
Tapi nafas segar ni memang penting pun dalam kehidupan seharian kita. Nak bercakap dengan orang ramai, bergaul dengan rakan-rakan sekerja. Jangan menjejaskan reputasi kerja and mood kita disebabkan perkara remeh-temeh begini yeee. Masalah mulut atau nafas berbau busuk walaupun telah diberus dan dicuci awal pagi adalah masalah yang sangat berat kerana teman atau rakan-rakan kerap mengelak untuk berada berdekatan ketika sedagn menjalani aktiviti mahupun berbual. Keadaan itu akan berlanjutan jika profession pekerjaan kita yang memerlukan banyak bercakap dan berurusan dengan orang ramai. Mesti kita terasa kan kalau orang mengelak atau menjarakkan diri ketika bercakap dengan kita. Perkara ini juga akan memalukan kita.
 
 
Antara penyebab masalah berbau, info yang aku dapat dari google adalah disebabkan factor:
 
Bakteria:
Mesti kita semua maklum tentang lebihan makanan yang terlekat di gigi akan menyebabkan bakteria kan?? Hahah aku selalu dengar masa dalam iklan TV. Okey lepas makan tu rajin-rajin lah berkumur atau berus gigi ye?
 
Kekurangan air liur:
Ohh rupanya kalau air liur dalam mulut berkurangan pun boleh menyebabkan nafas berbau. Patotlahh rata-rata orang yang berpuasa dan kurang minum air nafasnya akan berbau.  kekurangan rembesan airu liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menyebabkan kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Sebab itu juga jika kita bangun dari tidur mulut akan berbau kerana air liur berkurangan.
 
Antara punca lain kekurangan air liur adalah :
  • Stress
  • Minuman alcohol
  • Berpuasa
  • Menggunakan ubat kumur ada alcohol
  • Bercakap terlalu banyak
  • penyakit pada pencernaan, pernafasan, usus, buah pinggang serta jangkitan tekak dan paru-paru

Jadi.. marilah kita rajin-rajin memberus gigi yee..
&
Minum air yang banyak untuk kesihatan badan serta mulut
 

 


Saturday 24 May 2014

Yes.. i'm stalker!!

Holla everyone. Goodmorning... bahaha now 1.25am and my eyes still not sleepy. Omg.. nasib baik esok weekend. Yes!! Still boleh bgn lewat lg. Tapi tapi... subuh jgn lupa.. xbaik tinggal solat. Anyway bila mata tak nak lelap lagi. aku pn mula ligat nk update entri. Maklumlah lama bebenor tak jenguk blog kesygan ni. Next entri nanti aku cite eh nape busy sgt2... actually mmg nak update entri busy tu wlwpun ta de org bc. Wuuuuu :'(

Ok la pg2 buta mcm ni xth pn nk chit chat apa. So .. aku amik keputusan nk story mory pasal person yg aku slalu stalked. Ha gittew.. boleh jgk kn nk up entri cmtu? Ish blog aku, suka ati aku laa. Haha... lgpn nk tunggu mata mgantok nih..actually boleh dikatakan setiap hari aku p kt instagram dia and tgok picture2 menarik. Bagi aku dia mmg cantik and bijak. Pandai bergaya and boleh dijadikan icon fesyen muslimah. Haaa nak tahu siapa dia???mestilaah AMEERA ZAINI. Pengacara hijab stailista tuuuu...

Kenapa aku minat dia??? For me dia pandai bckp, penampilan yg sopan tp vouge and moden, menutup aurat and mmg cantik sgt2... sape2 yg tgk dia pn, xkira laki or perempuan mesti kata dia cantik kan?? Mcm aku sdiri, aku jadikan dia icon utk aku bfesyen la skg.. penampilan dia simple jek that's y aku suka kot. Haaa klw xcaye korang bold visit official instagram dia yg bkn fake ok.

Instagram meera

Ada lg beberapa keping gmbr yg aku amik.. mmg dlm rmai2 selebriti tu aku choose utk jadikn dia idola gitteww.. yg aku tahu serba sedikit ttg dia laa. Orgnye muda lagi 24thn.. mak aih muda sesangat ok bbanding dgn diriku yg da nk masok 3 series nih. Lm lg nk masok ok. Then, dia masih belajar di MSU dlm bidang Farmasi. Meera ni boleh terjebak jadi pengacara hijab stailista selepas menang and juara utk cover Dara.com thn2 lps. 
 
Dalam instagram tu jgk dia ada share psl dia n bf dia jgk. Xsilap aku bf dia pn org2 kewartawanan jgk. Tah . Xcmpur hihi tp both are too sweet mcm candy disalut coklat cair gitteww. Huu over plak aku kn.. tp begitulah nak diandaikan.. betapa sweetnya mereka. Hah .. so meh layan gmbr2 ameera ni Ok...






ok laa . Mata da mgantok .. bye