Tabung nuffnang sayer :

Sunday 19 September 2021

RAK KALLAX IKEA UNTUK BUKU2 ANAK LAGI

 SALAM ISNIN..

Sementara masih cuti bersalin yang 3bln ni, byk ms pulak nk kems bilik ank dara. Habis asingkn mn boleh pakai dan tak nak lagi aku mmg buang. Tetiba jadi semak pandangan mara ni. So kemas2 minggu lepas dalam 10 beg plastik jgk berjaya dibuang. Klw simpan tak pakai pin. Makin semak rumah

Bermula dgn buku2 makin byk tu aku buntu mn la nk simpan lg kn. Rak ikea kallax aritu beli yg kecik je. Tp bku makin byk. So aku decide nk tmbh lg la rak baru. Survey yg pattern mn ok. Sudahnye aku pilih kallax juga sng n kukuh. Nk beli billy tp space kecik


Ha lepas tmbh tu rs lega byk ruang menyimpan. Aku da siap asing kn. Novel2 tu mmg nk jual semula. Semak rumah. Lgpn ank 3 xsmpt dah nk mmbc novel. Tgk drama kt TV je laa..klw sebelum ni rak buku boleh tgk di entri sblm :Ruang mmbc utk si kecil


Katil queen haha katil ni je da mkn ruang bilik. Sepatut beli yg lebih flexi sikit. Tp xpe ok je. Karpet pn tuka lain. Yg lm aku buang. Skg suka material velvet lg. Sng nk sapu dan BASUH. Ni yg penting.. katil tu wajib kemas lps bgn tidur ye. Automatik dah di ajar. Sekarang mmg diorang tidur di bilik sdiri tanpa gagal. 




Atas almari pn aku kemas jgk. Asalnye sepah. So beli box bsr isi dlm tu labelkan. Mmg misi gotong royong betul ni. Almari bj msih pakai yg lm je. Hampir 7thn usia. Masih elok. Tak apa tggu ckup 10 thn kita pasang kabinet build in sdiri. 



Ni tmpt diorang nk mewarna ke, bc ke or buat apa shj aktiviti. Mcm library style, amik di rak dan duduk. Ok itu shj perkongsian setakat ni. Aku rs kabinet ikea ni lebih praktikal. Mmg ikut isi ruang rumah. Kallax mmg the best untuk isi buku berat2 sebab tahan lm. 



                           Ok done kemas.......

Wednesday 15 September 2021

PERTAMA KALI DAPAT BAYARAN DARI GOOGLE ADSENSE

Ok eksaited lagi. So good news ni aku terima ms tgh tetiba nk cek duit kt m2u. Cerita dia gini.  Bulan 6 lepas, aku terima emel dari google untuk verify cara diorang nk buat bayaran pd aku. So aku ni lupa nk update cara bayaran, dan info dlm tu. Sblm ni blog aku dibyr dgn cek jgk tp bkn google la. So bila dgn google aku lupa company dari oversea kn mata wang pn sah2 lain. Jadinye aku terima cek dari google melalui pos kt alamat rumah mcm biasa. Eksaited Tp ms nk cash out tu blur sat. Tmbh2 dengan keadaan pandemik makin worst kn. So aku cuba search google. Alahai ramai ckp ssh nk cash out cek pulekk. Ada ckp servise caj mcm mhl. Entah lahh aku xpergi pn lg. Bila bc jd down sat sb dgn ms tu mood kelaut sb badan xselesa sgt da nk msuk due bersalin. 



Kemudian aku tya ayah pulak. Kebetulan ayah dlu keje bank. So aku tya la, mcm mn cara senang nk cash out kn cek tu. Lepas tu ayah bgth nama dekat cheque tu xsm. Which is hannissania nm utk blog sebab nm aku lai.. nama sebenar. Makanye ayah ckp kene pulangkn cek tu semula mtk betulkn nm. 

Ok frust lagi laaa. Igt dpt la cash out kn duit tu kn. Nmpk gaya mcm ssh....tak aku yg sshkn keadaan tu. Google pay tu ok je.. so, aku abaikan sekejap sb sibuk uruskan urusan nk bersalin dulu. Byk lg checklist tertunggak. Kerja2 pn bertimbun tak siapkn lg utk pass over kerja. Aku suka memudahkn keje org. Xnk org amik alih keje2 aku nti pening. Work from home (wfh) ni korang pn phm cemana kn. Aku smpai mlm pn ado meeting. Pg2 buta siapkn slaid presentation. 

So 24.6.2021 aku bersalin. Mmg lupa kt cek tu dah. Ada je dlm buku lg simpan tkut remuk. Kang xvalid pulekkk. Dah msuk 2 bln tu aku teringat kt cek aku. Amik belek dan aku search nak pulangkn cek semula sb salah info. Eh ada kau!!! Haha apsal aku tak tefikir nk search info. 

So aku jmpa la info utk pulangkn smula cek aku tu. Syg kot amaun. Aku memula risau gk tkot xdpt tebus duit tu semula. Then jmpa 1 info bgth just bole pulang kn semula duit dengan pergi semula ke earning tu then click payment. Kt situ nanti klw cek dah lebih 60 hari, tp xdi cash kn, maka ada 1 button "reissue payment" . Klik butang tu. So tak lm dari tu rsnye 1-2 minggu aku tgk duit da masuk . Ehem....happy tak terkata. Nk tau apa nk buat gn duit ni?? Tunggu nti aku post lepas da siapppp ... 



Untuk sebarang info korang bioleh refer google info ni sendiri. Byk sgt mmbantu. Make sure korang update la cara pmbyran tu link ke akaun terus. Tak perlu cek lg . So aku decide duit2 hasil blogging ni nti utk benda2 yg nmpak dan sentimental value lamaaaaaaaa. Cuma nk bg hint sikitttt je



Hehehe so sape yang pnh bc entri sblm ni pasal kabinet dapur Ni... makanye tau ada part ni aku masih tak buat lg.. so tggu dah siap kita up ...

Sunday 12 September 2021

TIPS AJAR ANAK KECIL TIDUR DI BILIK SENDIRI..

Hi Assalamualaikumm....

Kita skip sekejap post yg aku bgth nk cerita mcm mn aku bgth dua kakak lg ttg bakal terima adik baru. Aku terlebih eksaited pulak nk story psl pgalaman ank2 first tidur di bilik sendiri dan boleh lahbaku share beberapa tips sikit. Kot lah bermanfaat.

Ok dipendekkan cerita, aku decide nk bdk2 ni j7latidur di bilik sendiri shj sebab slh satunya nak terima bby baru tak lm lg. So tak akan laah semua nk bertempek di bilik ibu..... makanya aku pn decide terus-terang shj. Kakak dah bsr jadi boleh la tidur di bilik sendiri. Kakak terima dgn hati terbuka. Syukur. Lgpn da 6years old. Adiknya Nia mmg pak turut kakak je..

Ok untuk tips pertama ms nk perkenalkn cara tu, aku reward kakak dan nia boleh pilih cadar kesukaan masing2 nk pkai corak mn. Haaaa tu slh 1 attractive bdk2 jgk. Idea ni bjaya jgk. Mmg xsabar dedua tu nk tidur bilik sendiri. 

Setelah beberapa hari sesi pemilihan, kakak pilih corak kartun rabnit pink ni. Not bad taste kakak kn. Matchy matchy dengan wallpaper dinding pink mcm salmon pink





Ok untuk Nia pulak dia pilih pink ke purple ni. So dpt lah bergilir nanti cadarnyeee. Not bad ye taste masing2 ... tp yg ni tak sempat pasang lagi. 


Ok so 2nd tips aku hiaskan bilik tu ceria sikit. Rak buku ni penuh buku cerita sebabnye 2 beradik ni suka sangat mmbc buku, melukis dan mewarna. Sume amik warna ceria mcm karpet. Utk attract tak takut tidur di bilik sendiri. Cat kn bilik pn pinky2... 





Tips ketiga aku carikan lampu tidur. Budak2 tak akan tidur bergelap ye. So aku carikan lampu comel bentuk flower ni di ikea. So dapatlah dorang tidor dengan tenang.


Awal2 boleh teman kan mereka ke bilik dlu. Pastikan dah lena kita tinggalkan. So lm2 nti dia akan tahu ok dah mengantuk so nak tidur, masuk bilik sendiri. Bila kita ceriakan tmpt tidur anak, anak2 pn bangga cerita pd makcik pakcik dia, yg dia da besar dan ada bilik sendiri yg cantik. Biar lah biasa2 pn tp diorang tetap hargai. 




Ok sekian, love

BARANG2 IBU DAN BAYI APA NAK BAWA SEBELUM KE HOSPITAL

Hai.

Assalamualaikum.....

Seperti yang dijanjikan. Mesti ada ibu-ibu yang masih tertanya barang apa perlu dibawa ke hospital. Make sure korang siapkn beg cecepat ye before meletup. Klau tak kalut nanti baru nk cari barang dan persiapan. Yang penting sekali mmg kene siapkn beg untuk ke hospital seawal kandungan 7bln lg. Then bole letak beg tu kt tepi dulu. Apa rs kurang bole add on je dalam beg. Buat checlist tu penting...

Disebabkn aku decide untuk bersalin di hospital kerajaan, maka byk la info aku cuba cari, google dan tya dari pengalaman kawan2. Risau jugak kn klw kalut2 nanti dgn tak tahu apa. Untuk hospital kerajaan mcm aku pernah cerita di post sebelum Ini. Suami mmg tak boleh nk teman kita ye. Dari awal sehingga akhir mmg kita uruskn sendiri. Jadi tlg set kn minda, set pemikiran untuk bersiap sedia. Tkot nanti tak kuat boleh menangis stress kt sn. Tp so far ok je kita uruskan semua. Klw ibu2 lain bole, so kita pn inshaa Allah boleeeehhh. Jangan risau. Besar pahala kita 


Checklist baby ke hospital:


Aku sediakan 3 pack baju dalam plastic bag ikea yg size bsr. Korang buat 3 hari. 1 hari 1 pack. Tulis je DAY 1, DAY 2, DAY 3. Ok sj lbhkn bj kot terberak ke, bby muntah ke. Ikutkn klw tak ada apa2 1mlm je kita bermlm, then esokkan da boleh discharged. So xperlu byk2...

1. Baju tidur sepasang

2. Sarung tangan dan kaki

3. Bedung 

4. Napkin

5. Pampers 3pcs 

Make sure bawa selimut tebal 1 ye untuk bby sebab post natal amatlaaa sejuk gler. Kesian bby korang nti.

Yg senarai bawah ni yang korang perlu bawa tapi letak dlm plastik lain

1. Selimut

2. Topi 

3. Minyak telon/ mastika bayi

4. Bantal bby



Haa ok nanti korang kreatif la sikit beli beg ikea msukkan mcm ni. Kebanyakkn hospital kerajaan mmg akan mtk dari kita utk bj bby. Mcm HTAR selepas mandikan bby, nurse akn mtk bj bby yg kita bawa tu ye untuk dipakaikn. Jadi mmg kene preparecbj bby. Bj ibu shj msih pakai yg hospital.


Ok untuk checklist ibu pulaak

1. Stokin 2 pasang (ni kot la stokin terkena air ke, darah ke. Mcm aku aritu terkena darah so tuka)

2. Surah yasin

3. Towel Bsr dan kecik. 

4. Ubat gigi, berus gigi, pencuci muka

5. Panadol tp boleh mtk je ni kt nurse

6.baju tshirt dan kain/skirt (utk discharged nti)

7. Sweater wajib ye sb sejukkkkk jd mmg pakai kt sn. Baju spital nipis je.

8. Tudung yg sng utk dipakai

9. Mknan (roti, milo 3 in 1, biskut, termos dan air panas, air mineral)

10. Selipar 

11. Mask extra, getah rambut, scarf 

12. Power bank, charger

13. Pad overnight... aku lbh selesa pakai yg ni.


Itu shj....xperlu bawa byk. Sebab slu tak lm di spital. Oh ok utk pengalamam baru plak, kebetulan musim pandemik. Maka wad selalu penuh. Nasib baik aku tak perlu menunggu katil. Alhamdulillah, Allah dgr doa aku supaya dipermudah semua urusan. Lepas bersalin tros ditolak ke wad. Wad sepatutnye 1 bilik dgn capacity 4 katil tp disebabkan wad limited maka 1 bilik jd 6 katil. Its ok sebab bilik tlampau besar ye. Tkot jgk klw sorang kn. Tu yg aku paling tkot... duduk sorang2. Better ramai2... aku pn tak takut. kami siap berborak lg. Seronok pulak. Hilang rs takut nk ke tandas sorang2 wlw jam 3pagi pn no problem sb rsnye sume xtido. Masing2 belek baby hehe. Eksaited smpai xle nak tido.

Aku Smpt lena jgk mlm tu. Dan esk pg, terkejut sb nurse da dtg utk cek. Lepas doktor dan nurse  check, kita pn xde mslh, so bole discharged. Cuma prosedur utk discharged tu amik ms sikit. Klw wad penuh maka kita diminta kemas brg utk ke ruangan menunggu. Tunggu doktor pakar kanak-kanak dtg utk cek fizikal anak. Klw ok then nurse akan bg balik. 


Ruangan ni agk selesa dont worry. Cuma boring menunggu prosedur. Faham je ramai org kn, doktor bertugas 2 3org shj. Jadi kita bsbr sdikit. Ms ni aku dah ke ruangan ni dlm jam 10pagi. Ms tu katil dan wad ada ramai lg yg perlukan. So dlm jam 1 turn aku selesai dan boleh balikkk. Ms ni husband boleh naik utk bantu bawakkan beg kita. So far tak ssh mn pengalaman disini. Alhamdulillah byk dipermudahkan

Next post nak cerita mcm mn aku cerita pd kakak2 kehadiran baby baru. 

Saturday 28 August 2021

PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL KLANG (HTAR) DI MUSIM PANDEMIK

 ASsalamualaikum .. 

Wah akhirnya ada juga masa dapat diluangkan untuk share sedikit pengalaman bersalin di waktu pandemik tgh kemuncak. 24 Jun 2021, tarikh istimewa lahirnya puteri ke-3 yg diberi nm NIK JULIA EMELIN. Kali ni mmg byk sgt perbezaan berbanding dengan 2 kakaknya. Julia ni aku bersalin di HTAR. Ikutkn hati ni aku da pergi ke PPUM untuk booking ms kandungan 5bln, tp disebabkn wabak covid pihak PPUM lebih prefer ke hospital bdekatan dengan rumah / alamat yg tertera di buku pink aku. Huhu.. ok sedih jgk la sb mmg nk sgt bsalin di PPUM. 

Sebenarnya due date aku bersalin 2Julai 2021, tp sm mcm seperti sblm ni bby mmg akan kluar awal dari tarikh due.  Makanye 24 Julai 2021 jam 4.16 ptg baby Julia lahir. 

KRONOLOGI

sj poyo kjap nk berkronologi. Hihi bkn apa, lbh sng nk phm jln cerita.


23 Julai 2021

9.00 mlm : Dekat2 nk due ni mmg aku akn tidur awl mgkin pnt dr pg bgn terus mgadap laptop. Bila work from home (WFH) ni, badan lesu sb xhenti ngadap laptop. Maka jam 9mlm aku da membuta. 

11.00 mlm : tetiba terjaga sb rs sakit. Mcm contraction pn ye. Tp mcm awl je. Btol ke da smpai ms? Sb plan nk cuti rehat next week smpai due2 Julai. Tp btol la kita hanya mampu merancang. Nak dijadikan cerita mlm tu rs xsedap hati so jam 1pg kami ke HTAR. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Mlm tu aku sorang je yg dtg mgadu nk bersalin. Ada 2 doktor yg baik uruskn aku check apa yg patut. Tp kata mereka jln xbuka lg. So aku dibenarkan balik dulu atas faktor covid dan katil yg kekurangan sekarang.


24 Julai 2021

4.30 pagi: kami sampai rumah dari HTAR. Aku nk tidur tp sakit contraction makin kuat. Klw sblm ni msih boleh tahan wlw dtg 40 minit sekali, tp kali ni sakit dia.aduhhhh. tp aku cUba tidur selepas subuh. Dapat lena kejap je.

10.30 pg : smpt msuk online class kakak kejap sb syg pulak tinggal kelas slalu. Tp ms ni contraction yg 30 minit tu tp tiap kali dtggg ya Allah sakit dia rs nk patah tulang pelvik aku. Tp aku cuba tahan sekejap sb nk mandi dan mkn dlu sblm ke hospital. Igt ye walau dlm contraction, yamg mana kita wajib tunaikan, perlu tunaikan. No excuse. 

12.00 tghari : aku cuba tidur skejap, sememtara tunggu zohor. Tp contraction kali ni mmg menyengat sangat bila datang 20 dan 10 minit sekali. Ok klw yg mcm ni mcm da tahu je tanda dia. Aku terus mandi dan bersiap. Pakai telekung siap2 sb bila azan je terus nk solat. Anak-anak suami uruskan. Diorang pun bersiap untuk hantar aku ke HTAR. 

2.30 ptg : bertolak ke HTAR. Mujur jalan tak berapa sesak. Sebab contraction da 10 minit sekali

3.30 pm : smpai HTAR lebih kurang jam 3.00 pm mcm tu tp prosdur musim PKPB ni kene daftar dulu di kaunter. Ms ni kene isi borang mengesahkan kita tak ada covid. Then seterusnya masuk ke ruangan menunggu àuntuk nurse check up kejap. Mlm td aku dtg mmg xada org, tapi kali ni dtg siang, ramaiii. Aku org ke -4 menunggu untuk check. Tapi sementara tu boleh tukar baju siap-siap. Dkt sini proses dia kita sorang shj msuk dan tanpa bawa apa2 beg. Sb nurse dan doktor akan cek je dulu kondisi kita. Klw bukaan baru 1-2 cm bole balik dlu. Lagipun ms aku daftar tu katil wad memang penuh. Tp tak lah perlu menunggu. 

3.45 ptg : sekejap je menunggu nurse dah panggil untuk check perut. Lepas tu turn berjumpa doktor. Doktor check bukaan masa tu 3cm lg. Kemudian rs sakit bertubi2 dtg, nurse pula datang cek bukaan. Tetiba da naik 6cm ye. Then doktor decide masuk labour room (LR) terus sb dah banyak bukaan tuuu. Aku pn panik  la rs mcm tak bersedia pun ye sb tetiba kan semua tu. Rs mcm awal nye. Betul ke aku ni? Sebab aku plan minggu depan baru nk mula cuti asalnye ye. Tup..tup minggu ni (khamis) dah bersalin. 

4.00 pm : nurse tolak ke LR. Smpai je di LR doktor yang akan sambut kelahiran aku cek lg bukaan. Kali ni da 9cm. Cepat kan. Tapi jangan tanya sebab aku pn mmg xjangka cepat. Alhamdulillah dapat doktor perempuan semua dlm LR tu. Memang paling dinantikan..

4.16 ptg : BABY NIK JULIA EMELIN LAHIR


Macam senang kan, tapi yang menanggung dan meneran tu yg tahu mcm mn perit dan sakitnya proses tu. Macam dah nak mati je rasa. Tapi syukur, Allah masih panjangkan umur dan beri baby yang comel dan cukup sifat. 

Secara ringkasnya untuk post kali ni aku sangat berpuas hati dengan kepakaran doktor yang sambut kelahiran aku di HTAR.  Musim pandemik ni mmg byk la prousedur kita kene patuh. Tapi percayalah, siapkan mental, rajin cari info inshaa Allah kita lebih tenang dan ok. Husband memang tak boleh teman ye untuk masuk. Di awal lagi kita hanya bersendirian. Kebetulan sebelum ni aku bersalin di PPUM mmg tak benarkan suami teman dari dlu jadi extra point da kt situ. Handphone dan semua harta benda kita ms da ditolak ke LR tidak dibenarkan. So nurse akan bg pd husband diluar. 

Selepas kita bersalin dan da duduk di wad n katil  mn, barulah nurse akan bantu call husband. Husband akan pass brg2 kita pd guard di bawah. Rsnye sume brjalan lancar. Pantas. Cumanya start dari situ kita akan berdikari bsm new baby. Aku amik masa 2jam trrbaring sebelum bersihkn diri di toilet. Toilet pn dkt dlm bilik. Klw tak ada apa2 masalah selalunye keesokkan hari da boleh discharged. 

Ok la smpai sini dlu. Nti sambung lagi apa keperluan perlu dibawa ke hospital yeee. Stay tunee. Janji akan update secepat mungkin.


Monday 25 January 2021

BARN DOOR / SLIDING DOOR, PINTU TREND TERBARU UNTUK MENUTUP PINTU KE RUANG DAPUR

 Hai Assalamualaikum...

Cerita pertama pada tahun 2021 ni. Dah lama sangat rasanya tak update apa-apa cerita kan? Sebenarnya bila musim PKPB ni bukan nye makin free walau banyak kerja dari rumah, tapi lebih busy dan lain macam aura dia. Yelah kalau dulu-dulu waktu kerja terhad dari 8 pagi sehingga 5 petang shj. Malam jarang sangat aku bawa balik kerja. Tapi sekarang ni. lepas solat subuh tu, bangun kemas rumah sikit dan 8 pagi dah tercongok di depan laptop. Mulakan tugasan berhenti kejap anak nak makan, nak mandi, online school. Lepas tu sambung balik smpai la lewat malam. Waktu tidur tak menentu ada masa jam 12 tengah malam tapi yang selalunya mesti selepas jam 1.30 pagi. Demi mencari sesuap nasi .... 

Apa-apapun harap covid cepatlah selesai. Tak larat rasanya nak hadap kan? Semua terbatas. Untuk cerita kalini rasanya tak adalah menarik sangat cuma nak update sikit pasal ruangan ke dapur tu. Apa-apa berkaitan rumah aku suka je share dalam blog ni sebab kalau ada kawan-kawan yang bertanya boleh ingat lah beli di mana, bila beli, berapa kosnye kan? Dan.. kalau dibaca semula post yang lama-lama ni boleh buat kita tersenyum sendiri pun ada. 



Kronologi: 

Ok kita go dari awal. Pada awalnya rumah aku ni jenis memanjang single storey yang memanjang smpai ke dapur. Disebabkan puas kami berfikir apa cara nak tutup ke dapur tu kan. Makanye masa masuk rumah tu kami pasang sedikit dinding penghadang la kiri kanan supaya tak nampak sangat direct ke dapur tu.


Ok ni adalah keadaan rumah pada awal-awal. Tak usik apa. memang luaskan ruang ke dapur tu? Kalau memasak ni memang habis asap smpai ke lantai luar. 


Selepas berfikir lama tu ktorang tambah sedikit batu untuk tutup ruang dapur. Luas pintu tu kami ikut luar pintu bilik. sO tertutup la sikit. 


Ok selepas siap semua tu hampir 3 tahun jugak la da duduk di rumah ni. sO yang menjadi masalah bila masak tu masih keluar la asapnye. Lantai sedikit berminyak. Jadi kami pun cuba cari lagi apa bole buat untuk tutup pintu tapi nak rumah masih cantik. Hahaha kebetulan masa tu tgn covid fasa 1 thn lepas. Tgk cite da lama tau hehe Pintu ni siap dlm Julai 2020. Ok la tak smpai setahun lg. 

Dalam sebulan tu kami jenuh google cari design mana yang cun sikit la. Cari pembekal lagi. sO memang confius pada asalnya apa jenis design yang kami nak ni? Makin google makin banyak pulak jenis sliding/pintu yang cantik-cantik. 






Antara design yang aku rasa cantik nye masa mula-mula google. gambar credit to google/instagram. Hehehe dah lupa ambik dekat mana tapi semua tu hasil pencarian idea. Bila da tahu range harga ni kami mula cari kontraktor yang boleh buat. Jenuh cari jumpa 1 kontraktor ni dari facebook. Memang betul-betul nekad ni nak pasang. Banyak sebab kami nak pasang. Selain mengelak asap minyak sampai ke lantai luar, selain tu kami pasang aircond di ruang tamu. Jadi bila ruang tamu memanjang ambil masa lama untuk ruang tamu kami ni nak sejuk. sO kami nak tutup la ruang ke dapur. sO ada 2 sebab la kan? Memang menekadkan kami untuk pasang pintu. 

Kemudian bila da jumpa facebook tu, aku terus contact kontraktor tu untuk set date datang ke rumah. Kontraktor akan datang ukur dan bagi quotation. Pada mulanya dia memang tahu aku yang tengah confius tak tahu nak pilih design mn. Dia pun keluarkan design2 yang cantik, yang aku rasa dia da dapat agak taste pintu yang aku nak. Bila dia tunjuk pintu tu aku terus suka dan book trus

Jadinyaa lepas dia tunjuk design ni aku terus suka la. Memang taste ala ala aku nak ni. Cumanya disebabkan pintu aku dah memang kecil. Sebab aku kecikkan kan? So Kalau dari awal tak pasang batu kiri kanan tu, aku boleh buat sbiji dalam gambar. Jadi disebabkan pintu tu dah menjadi kecik, hasilnya pintu aku dibuat secara buka kiri dan kanan sahaja. Tapi bagi aku masih ok dan kene dengan taste aku. 

Draf lukisan dari kontraktor. Dia akan lukis dulu beserta ukuran. Sebab tu dia akan datang untuk ukur. Kita bagi pada yang pakar sahaja ukur


Taraaa ...

Akhirnya siap pintu tak seberapa ni. Jadilah. 


Rupa bila ditutup. Pintu ni tinggi aku buat so bila 

Total kos untuk pintu mcm ni ikut pattern rasanya. kalau jenis slide, sliding, folding, buka mcam pintu. so setiap jenis tu berbeza-beza. Rasanya paling mahal sikit folding la. pattern baru kot. Tapi aku lebih suka sliding mcm ni. Kiri kanan. Kontraktor memang tahu so kita bagi je design dan mtk dia ukur. Aku suka dengan hasil kerja kontraktor ni sebab dia akan advise sekali kita. Then dia pun akan datang je tak berkira walau kedainye di Banting sana sampai ke Shah Alam. 

Kos selalu dikira p' kaki so darab dengan ukuran dinding/ sliding korang nak. Jadi aritu sliding kecik mcm ni lebih kurang RM1950.00. Material kayu campur dgn plastik (nama plastik tu xingat dah lah pulak).  Entri dah taip lama baru nak post