Haish tetiba mata ni macam tak mau tidoq lagi. sO aku merajinkan la diri ni menaip entri baru, tapi idea tak mo mai pulak da memalam cenggini. Angin betul aih !!! Huhuhu sebenarnya memang tak ada idea untuk update entri baru, Mungkin sebab blur or tah la.. Hahaha anyway tarikh nikah pun da makin hampir. Kalau time2 cmni orang mesti dok tanya "Nervous tak?" Huhuhu sebenarnya aku tak tahu nebes tu camne? Tang mana and bila nak nebes?? Mungkin kalau masa hari kejadian mungkinlah ada perasaan tu, tapi kalau tanya sbelum majlis ni macam ssah sikit nak jawab. Hahaha..
So far semua persiapan dah settle pun. Haish gila tak settle sebab tinggal beberapa hari or jam jek lagi??? HUrmmm dok pikir kemain lama entri apa nak update kan, sO aku ingat nak cerita pasal elak pembaziran masa persiapan untuk perkahwinan. Kalau boleh, jangan melampau2 sangat kita menggunakan duit tu. Untuk kawin aku ni nanti, mak aku decide nak pakai bridal jek dari baju, pelamin, hiasan meja beradap, make up and semua laa. Ini pn salah satu langkah penjimatan. Di kuantan ni banyak jgk bridal yang hebat2.
sO bridal yang we all guna ni Asri nama ownernye. Recommended by kengkawan mak jugak. kalau nak tengok2 pakej kahwin tu, actually kita kene buat appointment dengan dorang. Kalau tak memang susah sikit nak dilayan sebab kalau kebetulan masa kita datang tu, ada customer so mestilah dia utamakan customer yang datang untuk appointment kn? Aku tengok semua bridal memang camtu. sO memang dinasihatkan buatlah appointment dulu ye?
Hiiiii berbalik kepada pakej yang aku cakap lebih jimat tu. Memang kalau kitia amik pakej lebih jimat dari kita amik asing2. Lagi2 trend sekarang orang2 suka tempah baju nikah and sanding sendiri kan? Lepas tu simpan jek dalam almari. Okey kalau bagi yang mampu aku rasa mestilah tak ada hal punya. Boleh jek nak tempah walau harga sehelai baju tu kadang cecah RM3k !!! ikut bajet memasing. siapa mampu boleh. Tapi bagi yang nak jimat macam aku ni ha, memang terus terang cakap aku sewa jek semua and amik pakej siap. harga pakej pun tak mahal mana, sebab macam2 jugak dapat. untuk RM5k.
|
Not bad jugak la baju2 sewa ni kan?? |
Untk nikah pun aku memang sewa jek and termasuk dalam pakej tu. Sebab dalam pakej RM5k tu, aku dapat :
1. Baju nikah lelaki & perempuan, veil, selendang, akesori nikah, bantal nikah
2. Baju sanding lelaki & perempuan,veil labuh 2 helai sebab 1 pendek and satu yang labuh, aksesori,
3. Bau sewa untuk pengapit lelaki & perempuan
4. Make up 2x (nikah & sanding)
5. Pelamin cantik, penuh bunga (yang ni aku amik tema putih bungasalji2)
6. Hiasan meja beradap,
7. Hiasan meja kek
8. Hiasan photobooth area
9. Baju sambut menantu Lelaki & perempuan nanti
10. ada sepanjang wedding dari mula smpai habis
11. Bunga tangan
Uish dah tak ingat apa lagi sebab banyak sangat wei ! sO berbaloi ke tidak???? Aku da malas nk pikir psl baju dah nanti sebab kalau boleh tak mo simpan. Tak tahu nak pakai ke mn dah dengan rambu2 over cam tu kan??? Tapi untuk nikah tu aku pilih mini kurung kain lace net kaler soft pink, and sanding pulak dress putih + suit kelabu. Hihihi entah macam mana la gamoknye hari tu nanti kan??
Bila da dekat macam ni kene make sure checklist semua dah complete. Mak memang berjimat pun tapi dia akan make sure barang2 tu semua cantik. Contoh macam bekas par, kebetulan ada jiran yang sewakan. sO mak cuma tambah2 riben sikit la bagi cantik. Bila sewa dari kawan ni, upah menggubah free la, just beli aksesori tambahan shj.
|
bekas untuk cincin lelaki nanti. Mak pinjam jek dari kawan2 dia. :) |
|
hiasan par |
Kenapa mak aku tak nak beli par? Kenapa nak pinjam?? Ok alasan mak, sebab kalau boleh dia nak setiap wedding anak2 dia par lain2 bentuk and tema. Hurmmm betul jgk cakap mak aku kan?? hihi tak la bosan sangat nanti. sO aku ikutkan jek mak sebab dia lagi arif bab2 cam ni. Bilik pengantin ni mak aku Diy jek. Kebetulan dia dpat cari cadar cantik kan? Hihihi mostly banyak DIy jugak laa. Bunga telur, photobooth props, semua DIy jek. *yang tu nanti aku update dalam entri DIY sahaja k
Haish tu jek la nak update malam ni. Urusan masih belum selesai, rebus telur untuk masuk dalam net bunga telur, dan inai shj :) hihihi