![]() |
| berselera anak dara ni makan ha. Memang habis licin. Semua anak-anak suka |
Tabung nuffnang sayer :
Monday, 26 September 2022
TOP MENU TACO BELL YANG AKU SUKA
BANJIR BESAR DI SHAH ALAM 2021 - PART 1
24 Ogos 2022, 10.00 pm
Cerita banjir rasanya dah lama berlalu tapi saja nak share juga dalam blog untuk simpanan dan tatapan. 27 Disember 2021 ye. Huhu memang tak dapat dilupakan tarikh tu. Setelah sekian lama blog tak ber'update' akhirnya ada juga masa untuk update. Al kisah disebalik banjir tu banyak perkara nak diselesaikan. Rumah memang habis rosak. Walaupun paras air masa kejadian di paras pinggang, tapi banyak kerosakkan dah berlaku. Untuk kami yang tak pernah hadap kejadian banjir ni.
So ini kira the first time la memori banjir. Kebetulan semua jiran-jiran pun tak pernah hadap kejadian sama ni dan tempat kami ni pun tak pernah kene banjir, maka memang semua pun kalut dan tak tahu apa nk buat. Nak cerita kronologi banjir lah untuk kenang-kenangan.
![]() |
| Ruang bulat dimerahkan tu adalah rumah aku |
26 Disember 2021: Hujan lebat tak berhenti-henti. Rasanya sebelum banjir tu hujan lebat lebih kurang tiga hari berturut-turut. Memang lebat sangat. Mula-mula tak ada kerisauan sebabnya tak pernah lagi rumah dinaiki air nih. Kebetulan juga tahun 2021 tu kan orang masih bekerja dari rumah. Rata-rata di rumah.
27 Disember 2021
Pagi: Bangun pagi tu Sabtu, jadi hari cuti tu mula-mula seronok la kan. Hari minggu hujan hujan ni kan siapa tak suka kan? Semua pun seronok. Tapi bila dah masuk ke petang tu kami macam sedikit panik sebab air macam penuh di jalan tar hadapan rumah. Walau tak masuk pun halaman rumah lagi masih tertanya-tanya la kan. Eh kenapa air penuh ni? Tak pernah air penuh di jalan tar. dah macam kolam bertakung. Masa tu mula tak sedap hati. Risau. Alamak ! NAK BANJIR KE NI ?
![]() |
| Kalau tengok pada air ni dah naik sikit. Tapi kami masih tak percaya nk banjir ye |
Petang: Dalam jam 2 lebih tu, air dah mula masuk ke halaman rumah. Agak cepat juga dan sekitar 5petang dah penuh di ruangan porch kereta. Dah la masa tu husband kerja pulak siang tu. Barang-barang rumah memang tak kemas langsung ye. Langsung tak ada yang berkemas. Tapi bila nampak dapur belakang air da mula naik tu. ada la panggilkan jiran lelaki mintak tolong angkatkan masuk mesin basuh dan dryer ke dalam rumah. Masa ni mati-mati masih beranggapan air tak akan masuk nih.
7.00 petang: Air da mula masuk ke dalam rumah sedikit. Masa ni kami cuak la. Angkat semua barang2 sepantas kilat. Mana yang boleh diselamatkan, kita selamatkan dulu. Kemudian husband mintak pack kan baju-baju. Aku terus bawa masuk baju dalam beg tarik besar gedabak tu mcm nk pergi holiday ok. Amik je baju mana yang sempat grab. Alhamdulillah byk jgk aku berjaya angkut. so kira untuk 5 hari bermalam asalnya.
![]() |
| Barang-barang yang sempat dibawa naik ke atas kerusi plastik. Next time kene beli banyak-banyak kerusi plastik ni. Banyak kegunaan. |
8.30 malam: Masa ni Air da mula naik tinggi. Rasanya da paras lutut. Husband dah angkut barang2 naik ke tempat tinggi. sO baju semua da bawa masuk ke dalam kereta. Check semua elektrik dan all. kami semua meredah banjir naik ke atas. Ya Allah masa keluar dari taman tu, dah paras dada aku dah dengan air yang deras sekali. So kene berpaut kuat pada divider yang ada sebelah. kalau terlepas memang boleh hanyut. Dengan ada baby lg kan. Masa tu Julia 6 bulan umur nya. Bayangkan dengan keadaan banjir macam tu, hujan lebat lagi. Air deras.
![]() |
| Air da mula tinggi paras peha dan pinggang |
9.30 malam: Kami selamat masuk ke dalam kereta yang husband actually da bawa naik awal-awal lagi nye. Naik kawasan tinggi sikit. Lepas msuk kereta tiba-tiba menangis sebab sedih, sebak hiba semua ada. Siapa tak sayang rumah kan? Rumah yang kita da buat cantik-cantik. Hati cuba terima tapi masih awal. so kita keep emosi jugak la. Nangis dan nangis. Baby langsung tak meragam. Elok pulak disamping kakak-kakak dia dua lagi tu. Pendek kata Allah permudahkan.
Belum part tu selesai, kami kene redah keluar dari kawasan tu pulak. Masa tu kereta dah penuh. Parking pulak ikut dan simpang siur. Dah tak follow arah dah. Masing-masing nak elak banjir je la. Ada terpaksa redah jgk air banjir, klw tidak jalan stuck situ sampai ke sudah. Kami follow la arah mn yang sesuai sampai la jam 10.30 malam ye.
11.00 malam: Parking tepi 1 Mall. Memang area rumah 5 minit je dgn Mall tu. Kawasan tu mmg tinggi. sO memang tak banjir lagi. Kat situ jenuh la dalam kesejukan sebab baju da kene air banjir tadi basah lenjun. Gigil-gigil. Anak-anak dah tidur semua ye. ketiga-tiga tertidur. Kami tunggu husband. Terpaksa berpecah sebab ada 2 kereta. Dia bawa 1 dan aku 1. Selepas keluar dari kekalutan, nampak la husband smpai. Masa tu jam 12.00 yeeeeeeeeee... 12.00 tengah malam. Bayangkan aku tak sempat makan dari tengahari tadi smpai 12.00 mlm. Perut kosong, lapar, sejuk, mengantuk, penat.
12.00 malam : 1 episod dah selesai. 1 episod lagi. MANA NAK TINGGAL NI ????? Allah dengan hujan masih lebat sangat. Kami rsau dah mana nak tidur mlm ni. 12 tengah malam. Ada kawan yang offer rumah diorang tapi masalah kami ni, kami sendiri tak dapat keluar dari kawasan tu. Dah macam pulau.
Tiba-tiba one of jiran call bgth ada bilik kosong dalam 1 kem yang dia duduk sekarang. Tak cakap banyak terus pergi. Dekat dengan rumah. Alhandulillah sebab boleh la ulang alik tengok rumah. 5 minit je. Sampai-sampai... dalam kepala kem ?Hmmm rupa macam asrama kot. Sekali bila smpai kami dapat tempat selesa sangat. Dah la ada aircond. Katil, sofa, pendek kata tak ada yang kurang. Syukur lagi bila Allah permudahkan urusan mlm ni.
2.00 pagi : Baru dapat nak lelap lepas mandi sebab dah lenjun kn? Lepas mandi solat tadi menangis lagi.. Huhuhu sedihnyeee. sebak hiba.... Sampai tertidur laahh keletihan. so Hari kedua kita sambung lagi. Macam mana situasi kami selepas hari kedua dan seterusnya...
![]() |
| Gambar before kita masu ke Part 2 later. |
Monday, 5 September 2022
KITCHEN CABINET UNTUK LETAK MAKANAN HASIL DUIT GOOGLE ADSENSE
![]() |
| memang dah lama nak design almari stor mkanan boleh letak lampu mcm mni dan pintu berkaca. Disebabkan kita nak nmpkkan comel tu, pintu kaca aku buat separuh je. |
![]() |
| rak makanan dibawah yang tak sempat dikemas lagi. Kita letak masuk je siap-siap dalam basket. Memang masih ada lagi ruangan yang masih kosong dan tak sempat untuk kami berkemas |
Sunday, 19 September 2021
RAK KALLAX IKEA UNTUK BUKU2 ANAK LAGI
SALAM ISNIN..
Sementara masih cuti bersalin yang 3bln ni, byk ms pulak nk kems bilik ank dara. Habis asingkn mn boleh pakai dan tak nak lagi aku mmg buang. Tetiba jadi semak pandangan mara ni. So kemas2 minggu lepas dalam 10 beg plastik jgk berjaya dibuang. Klw simpan tak pakai pin. Makin semak rumah
Bermula dgn buku2 makin byk tu aku buntu mn la nk simpan lg kn. Rak ikea kallax aritu beli yg kecik je. Tp bku makin byk. So aku decide nk tmbh lg la rak baru. Survey yg pattern mn ok. Sudahnye aku pilih kallax juga sng n kukuh. Nk beli billy tp space kecik
Ha lepas tmbh tu rs lega byk ruang menyimpan. Aku da siap asing kn. Novel2 tu mmg nk jual semula. Semak rumah. Lgpn ank 3 xsmpt dah nk mmbc novel. Tgk drama kt TV je laa..klw sebelum ni rak buku boleh tgk di entri sblm :Ruang mmbc utk si kecil
Katil queen haha katil ni je da mkn ruang bilik. Sepatut beli yg lebih flexi sikit. Tp xpe ok je. Karpet pn tuka lain. Yg lm aku buang. Skg suka material velvet lg. Sng nk sapu dan BASUH. Ni yg penting.. katil tu wajib kemas lps bgn tidur ye. Automatik dah di ajar. Sekarang mmg diorang tidur di bilik sdiri tanpa gagal.
Atas almari pn aku kemas jgk. Asalnye sepah. So beli box bsr isi dlm tu labelkan. Mmg misi gotong royong betul ni. Almari bj msih pakai yg lm je. Hampir 7thn usia. Masih elok. Tak apa tggu ckup 10 thn kita pasang kabinet build in sdiri.
Ni tmpt diorang nk mewarna ke, bc ke or buat apa shj aktiviti. Mcm library style, amik di rak dan duduk. Ok itu shj perkongsian setakat ni. Aku rs kabinet ikea ni lebih praktikal. Mmg ikut isi ruang rumah. Kallax mmg the best untuk isi buku berat2 sebab tahan lm.
Wednesday, 15 September 2021
PERTAMA KALI DAPAT BAYARAN DARI GOOGLE ADSENSE
Ok eksaited lagi. So good news ni aku terima ms tgh tetiba nk cek duit kt m2u. Cerita dia gini. Bulan 6 lepas, aku terima emel dari google untuk verify cara diorang nk buat bayaran pd aku. So aku ni lupa nk update cara bayaran, dan info dlm tu. Sblm ni blog aku dibyr dgn cek jgk tp bkn google la. So bila dgn google aku lupa company dari oversea kn mata wang pn sah2 lain. Jadinye aku terima cek dari google melalui pos kt alamat rumah mcm biasa. Eksaited Tp ms nk cash out tu blur sat. Tmbh2 dengan keadaan pandemik makin worst kn. So aku cuba search google. Alahai ramai ckp ssh nk cash out cek pulekk. Ada ckp servise caj mcm mhl. Entah lahh aku xpergi pn lg. Bila bc jd down sat sb dgn ms tu mood kelaut sb badan xselesa sgt da nk msuk due bersalin.
Kemudian aku tya ayah pulak. Kebetulan ayah dlu keje bank. So aku tya la, mcm mn cara senang nk cash out kn cek tu. Lepas tu ayah bgth nama dekat cheque tu xsm. Which is hannissania nm utk blog sebab nm aku lai.. nama sebenar. Makanye ayah ckp kene pulangkn cek tu semula mtk betulkn nm.
Ok frust lagi laaa. Igt dpt la cash out kn duit tu kn. Nmpk gaya mcm ssh....tak aku yg sshkn keadaan tu. Google pay tu ok je.. so, aku abaikan sekejap sb sibuk uruskan urusan nk bersalin dulu. Byk lg checklist tertunggak. Kerja2 pn bertimbun tak siapkn lg utk pass over kerja. Aku suka memudahkn keje org. Xnk org amik alih keje2 aku nti pening. Work from home (wfh) ni korang pn phm cemana kn. Aku smpai mlm pn ado meeting. Pg2 buta siapkn slaid presentation.
So 24.6.2021 aku bersalin. Mmg lupa kt cek tu dah. Ada je dlm buku lg simpan tkut remuk. Kang xvalid pulekkk. Dah msuk 2 bln tu aku teringat kt cek aku. Amik belek dan aku search nak pulangkn cek semula sb salah info. Eh ada kau!!! Haha apsal aku tak tefikir nk search info.
So aku jmpa la info utk pulangkn smula cek aku tu. Syg kot amaun. Aku memula risau gk tkot xdpt tebus duit tu semula. Then jmpa 1 info bgth just bole pulang kn semula duit dengan pergi semula ke earning tu then click payment. Kt situ nanti klw cek dah lebih 60 hari, tp xdi cash kn, maka ada 1 button "reissue payment" . Klik butang tu. So tak lm dari tu rsnye 1-2 minggu aku tgk duit da masuk . Ehem....happy tak terkata. Nk tau apa nk buat gn duit ni?? Tunggu nti aku post lepas da siapppp ...
Untuk sebarang info korang bioleh refer google info ni sendiri. Byk sgt mmbantu. Make sure korang update la cara pmbyran tu link ke akaun terus. Tak perlu cek lg . So aku decide duit2 hasil blogging ni nti utk benda2 yg nmpak dan sentimental value lamaaaaaaaa. Cuma nk bg hint sikitttt je
Hehehe so sape yang pnh bc entri sblm ni pasal kabinet dapur Ni... makanye tau ada part ni aku masih tak buat lg.. so tggu dah siap kita up ...
Sunday, 12 September 2021
TIPS AJAR ANAK KECIL TIDUR DI BILIK SENDIRI..
Hi Assalamualaikumm....
Kita skip sekejap post yg aku bgth nk cerita mcm mn aku bgth dua kakak lg ttg bakal terima adik baru. Aku terlebih eksaited pulak nk story psl pgalaman ank2 first tidur di bilik sendiri dan boleh lahbaku share beberapa tips sikit. Kot lah bermanfaat.
Ok dipendekkan cerita, aku decide nk bdk2 ni j7latidur di bilik sendiri shj sebab slh satunya nak terima bby baru tak lm lg. So tak akan laah semua nk bertempek di bilik ibu..... makanya aku pn decide terus-terang shj. Kakak dah bsr jadi boleh la tidur di bilik sendiri. Kakak terima dgn hati terbuka. Syukur. Lgpn da 6years old. Adiknya Nia mmg pak turut kakak je..
Ok untuk tips pertama ms nk perkenalkn cara tu, aku reward kakak dan nia boleh pilih cadar kesukaan masing2 nk pkai corak mn. Haaaa tu slh 1 attractive bdk2 jgk. Idea ni bjaya jgk. Mmg xsabar dedua tu nk tidur bilik sendiri.
Setelah beberapa hari sesi pemilihan, kakak pilih corak kartun rabnit pink ni. Not bad taste kakak kn. Matchy matchy dengan wallpaper dinding pink mcm salmon pink
Ok so 2nd tips aku hiaskan bilik tu ceria sikit. Rak buku ni penuh buku cerita sebabnye 2 beradik ni suka sangat mmbc buku, melukis dan mewarna. Sume amik warna ceria mcm karpet. Utk attract tak takut tidur di bilik sendiri. Cat kn bilik pn pinky2...
BARANG2 IBU DAN BAYI APA NAK BAWA SEBELUM KE HOSPITAL
Hai.
Assalamualaikum.....
Seperti yang dijanjikan. Mesti ada ibu-ibu yang masih tertanya barang apa perlu dibawa ke hospital. Make sure korang siapkn beg cecepat ye before meletup. Klau tak kalut nanti baru nk cari barang dan persiapan. Yang penting sekali mmg kene siapkn beg untuk ke hospital seawal kandungan 7bln lg. Then bole letak beg tu kt tepi dulu. Apa rs kurang bole add on je dalam beg. Buat checlist tu penting...
Disebabkn aku decide untuk bersalin di hospital kerajaan, maka byk la info aku cuba cari, google dan tya dari pengalaman kawan2. Risau jugak kn klw kalut2 nanti dgn tak tahu apa. Untuk hospital kerajaan mcm aku pernah cerita di post sebelum Ini. Suami mmg tak boleh nk teman kita ye. Dari awal sehingga akhir mmg kita uruskn sendiri. Jadi tlg set kn minda, set pemikiran untuk bersiap sedia. Tkot nanti tak kuat boleh menangis stress kt sn. Tp so far ok je kita uruskan semua. Klw ibu2 lain bole, so kita pn inshaa Allah boleeeehhh. Jangan risau. Besar pahala kita
Checklist baby ke hospital:
Aku sediakan 3 pack baju dalam plastic bag ikea yg size bsr. Korang buat 3 hari. 1 hari 1 pack. Tulis je DAY 1, DAY 2, DAY 3. Ok sj lbhkn bj kot terberak ke, bby muntah ke. Ikutkn klw tak ada apa2 1mlm je kita bermlm, then esokkan da boleh discharged. So xperlu byk2...
1. Baju tidur sepasang
2. Sarung tangan dan kaki
3. Bedung
4. Napkin
5. Pampers 3pcs
Make sure bawa selimut tebal 1 ye untuk bby sebab post natal amatlaaa sejuk gler. Kesian bby korang nti.
Yg senarai bawah ni yang korang perlu bawa tapi letak dlm plastik lain
1. Selimut
2. Topi
3. Minyak telon/ mastika bayi
4. Bantal bby
Haa ok nanti korang kreatif la sikit beli beg ikea msukkan mcm ni. Kebanyakkn hospital kerajaan mmg akan mtk dari kita utk bj bby. Mcm HTAR selepas mandikan bby, nurse akn mtk bj bby yg kita bawa tu ye untuk dipakaikn. Jadi mmg kene preparecbj bby. Bj ibu shj msih pakai yg hospital.
Ok untuk checklist ibu pulaak
1. Stokin 2 pasang (ni kot la stokin terkena air ke, darah ke. Mcm aku aritu terkena darah so tuka)
2. Surah yasin
3. Towel Bsr dan kecik.
4. Ubat gigi, berus gigi, pencuci muka
5. Panadol tp boleh mtk je ni kt nurse
6.baju tshirt dan kain/skirt (utk discharged nti)
7. Sweater wajib ye sb sejukkkkk jd mmg pakai kt sn. Baju spital nipis je.
8. Tudung yg sng utk dipakai
9. Mknan (roti, milo 3 in 1, biskut, termos dan air panas, air mineral)
10. Selipar
11. Mask extra, getah rambut, scarf
12. Power bank, charger
13. Pad overnight... aku lbh selesa pakai yg ni.
Itu shj....xperlu bawa byk. Sebab slu tak lm di spital. Oh ok utk pengalamam baru plak, kebetulan musim pandemik. Maka wad selalu penuh. Nasib baik aku tak perlu menunggu katil. Alhamdulillah, Allah dgr doa aku supaya dipermudah semua urusan. Lepas bersalin tros ditolak ke wad. Wad sepatutnye 1 bilik dgn capacity 4 katil tp disebabkan wad limited maka 1 bilik jd 6 katil. Its ok sebab bilik tlampau besar ye. Tkot jgk klw sorang kn. Tu yg aku paling tkot... duduk sorang2. Better ramai2... aku pn tak takut. kami siap berborak lg. Seronok pulak. Hilang rs takut nk ke tandas sorang2 wlw jam 3pagi pn no problem sb rsnye sume xtido. Masing2 belek baby hehe. Eksaited smpai xle nak tido.
Aku Smpt lena jgk mlm tu. Dan esk pg, terkejut sb nurse da dtg utk cek. Lepas doktor dan nurse check, kita pn xde mslh, so bole discharged. Cuma prosedur utk discharged tu amik ms sikit. Klw wad penuh maka kita diminta kemas brg utk ke ruangan menunggu. Tunggu doktor pakar kanak-kanak dtg utk cek fizikal anak. Klw ok then nurse akan bg balik.
Ruangan ni agk selesa dont worry. Cuma boring menunggu prosedur. Faham je ramai org kn, doktor bertugas 2 3org shj. Jadi kita bsbr sdikit. Ms ni aku dah ke ruangan ni dlm jam 10pagi. Ms tu katil dan wad ada ramai lg yg perlukan. So dlm jam 1 turn aku selesai dan boleh balikkk. Ms ni husband boleh naik utk bantu bawakkan beg kita. So far tak ssh mn pengalaman disini. Alhamdulillah byk dipermudahkan
Next post nak cerita mcm mn aku cerita pd kakak2 kehadiran baby baru.


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)



.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)




























