Tabung nuffnang sayer :

Monday, 26 September 2022

BANJIR BESAR DI SHAH ALAM 2021 - PART 1

 24 Ogos 2022, 10.00 pm

Cerita banjir rasanya dah lama berlalu tapi saja nak share juga dalam blog untuk simpanan dan tatapan. 27 Disember 2021 ye. Huhu memang tak dapat dilupakan tarikh tu. Setelah sekian lama blog tak ber'update' akhirnya ada juga masa untuk update. Al kisah disebalik banjir tu banyak perkara nak diselesaikan. Rumah memang habis rosak. Walaupun paras air masa kejadian di paras pinggang, tapi banyak kerosakkan dah berlaku. Untuk kami yang tak pernah hadap kejadian banjir ni. 

So ini kira the first time la memori banjir. Kebetulan semua jiran-jiran pun tak pernah hadap kejadian sama ni dan tempat kami ni pun tak pernah kene banjir, maka memang semua pun kalut dan tak tahu apa nk buat. Nak cerita kronologi banjir lah untuk kenang-kenangan.

Ruang bulat dimerahkan tu adalah rumah aku



26 Disember 2021: Hujan lebat tak berhenti-henti. Rasanya sebelum banjir tu hujan lebat lebih kurang tiga hari berturut-turut. Memang lebat sangat. Mula-mula tak ada kerisauan sebabnya tak pernah lagi rumah dinaiki air nih. Kebetulan juga tahun 2021 tu kan orang masih bekerja dari rumah. Rata-rata di rumah. 


27 Disember 2021 

Pagi: Bangun pagi tu Sabtu, jadi hari cuti tu mula-mula seronok la kan. Hari minggu hujan hujan ni kan siapa tak suka kan? Semua pun seronok. Tapi bila dah masuk ke petang tu kami macam sedikit panik sebab air macam penuh di jalan tar hadapan rumah. Walau tak masuk pun halaman rumah lagi masih tertanya-tanya la kan. Eh kenapa air penuh ni? Tak pernah air penuh di jalan tar. dah macam kolam bertakung. Masa tu mula tak sedap hati. Risau. Alamak ! NAK BANJIR KE NI ?

Kalau tengok pada air ni dah naik sikit. Tapi kami masih tak percaya nk banjir ye


Petang: Dalam jam 2 lebih tu, air dah mula masuk ke halaman rumah. Agak cepat juga dan sekitar 5petang dah penuh di ruangan porch kereta. Dah la masa tu husband kerja pulak siang tu. Barang-barang rumah memang tak kemas langsung ye. Langsung tak ada yang berkemas. Tapi bila nampak dapur belakang air da mula naik tu. ada la panggilkan jiran lelaki mintak tolong angkatkan masuk mesin basuh dan dryer ke dalam rumah. Masa ni mati-mati masih beranggapan air tak akan masuk nih. 



7.00 petang: Air da mula masuk ke dalam rumah sedikit. Masa ni kami cuak la. Angkat semua barang2 sepantas kilat. Mana yang boleh diselamatkan, kita selamatkan dulu. Kemudian husband mintak pack kan baju-baju. Aku terus bawa masuk baju dalam beg tarik besar gedabak tu mcm nk pergi holiday ok. Amik je baju mana yang sempat grab. Alhamdulillah byk jgk aku berjaya angkut. so kira untuk 5 hari bermalam asalnya. 

Barang-barang yang sempat dibawa naik ke atas kerusi plastik. Next time kene beli banyak-banyak kerusi plastik ni. Banyak kegunaan. 


8.30 malam: Masa ni Air da mula naik tinggi. Rasanya da paras lutut. Husband dah angkut barang2 naik ke tempat tinggi. sO baju semua da bawa masuk ke dalam kereta. Check semua elektrik dan all. kami semua meredah banjir naik ke atas. Ya Allah masa keluar dari taman tu, dah paras dada aku dah dengan air yang deras sekali. So kene berpaut kuat pada divider yang ada sebelah. kalau terlepas memang boleh hanyut. Dengan ada baby lg kan. Masa tu Julia 6 bulan umur nya. Bayangkan dengan keadaan banjir macam tu, hujan lebat lagi. Air deras. 

Air da mula tinggi paras peha dan pinggang 

9.30 malam: Kami selamat masuk ke dalam kereta yang husband actually da bawa naik awal-awal lagi nye. Naik kawasan tinggi sikit. Lepas msuk kereta tiba-tiba menangis sebab sedih, sebak hiba semua ada. Siapa tak sayang rumah kan? Rumah yang kita da buat cantik-cantik. Hati cuba terima tapi masih awal. so kita keep emosi jugak la. Nangis dan nangis. Baby langsung tak meragam. Elok pulak disamping kakak-kakak dia dua lagi tu. Pendek kata Allah permudahkan. 

Belum part tu selesai, kami kene redah keluar dari kawasan tu pulak. Masa tu kereta dah penuh. Parking pulak ikut dan simpang siur. Dah tak follow arah dah. Masing-masing nak elak banjir je la. Ada terpaksa redah jgk air banjir, klw tidak jalan stuck situ sampai ke sudah. Kami follow la arah mn yang sesuai sampai la jam 10.30 malam ye. 

11.00 malam: Parking tepi 1 Mall. Memang area rumah 5 minit je dgn Mall tu. Kawasan tu mmg tinggi. sO memang tak banjir lagi. Kat situ jenuh la dalam kesejukan sebab baju da kene air banjir tadi basah lenjun. Gigil-gigil. Anak-anak dah tidur semua ye. ketiga-tiga tertidur. Kami tunggu husband. Terpaksa berpecah sebab ada 2 kereta. Dia bawa 1 dan aku 1. Selepas keluar dari kekalutan, nampak la husband smpai. Masa tu jam 12.00 yeeeeeeeeee... 12.00 tengah malam. Bayangkan aku tak sempat makan dari tengahari tadi smpai 12.00 mlm.  Perut kosong, lapar, sejuk, mengantuk, penat. 

12.00 malam : 1 episod dah selesai. 1 episod lagi. MANA NAK TINGGAL NI ????? Allah dengan hujan masih lebat sangat. Kami rsau dah mana nak tidur mlm ni. 12 tengah malam. Ada kawan yang offer rumah diorang tapi masalah kami ni, kami sendiri tak dapat keluar dari kawasan tu. Dah macam pulau. 

Tiba-tiba one of jiran call bgth ada bilik kosong dalam 1 kem yang dia duduk sekarang. Tak cakap banyak terus pergi. Dekat dengan rumah. Alhandulillah sebab boleh la ulang alik tengok rumah. 5 minit je. Sampai-sampai... dalam kepala kem ?Hmmm rupa macam asrama kot. Sekali bila smpai kami dapat tempat selesa sangat. Dah la ada aircond. Katil, sofa, pendek kata tak ada yang kurang. Syukur lagi bila Allah permudahkan urusan mlm ni. 

2.00 pagi : Baru dapat nak lelap lepas mandi sebab dah lenjun kn? Lepas mandi solat tadi menangis lagi.. Huhuhu sedihnyeee. sebak hiba.... Sampai tertidur laahh keletihan. so Hari kedua kita sambung lagi. Macam mana situasi kami selepas hari kedua dan seterusnya... 

Gambar before kita masu ke Part 2 later. 


2 comments:

  1. Allahu..memang teruk sgt time tu. MA yg x terlibat ni pun turut risau n sedih bila hujan x berenti2... ada gak kawan2 n saudara yg terlibat... sedih sgt tgk. hanya doa yg mampu dititipkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye teruk rumah kami banjir tahun lpas. thn ni pun agak berjaga-jaga dan takut jgk ni

      Delete