ASsalamualaikum ..
Wah akhirnya ada juga masa dapat diluangkan untuk share sedikit pengalaman bersalin di waktu pandemik tgh kemuncak. 24 Jun 2021, tarikh istimewa lahirnya puteri ke-3 yg diberi nm NIK JULIA EMELIN. Kali ni mmg byk sgt perbezaan berbanding dengan 2 kakaknya. Julia ni aku bersalin di HTAR. Ikutkn hati ni aku da pergi ke PPUM untuk booking ms kandungan 5bln, tp disebabkn wabak covid pihak PPUM lebih prefer ke hospital bdekatan dengan rumah / alamat yg tertera di buku pink aku. Huhu.. ok sedih jgk la sb mmg nk sgt bsalin di PPUM.
Sebenarnya due date aku bersalin 2Julai 2021, tp sm mcm seperti sblm ni bby mmg akan kluar awal dari tarikh due. Makanye 24 Julai 2021 jam 4.16 ptg baby Julia lahir.
KRONOLOGI
sj poyo kjap nk berkronologi. Hihi bkn apa, lbh sng nk phm jln cerita.
23 Julai 2021
9.00 mlm : Dekat2 nk due ni mmg aku akn tidur awl mgkin pnt dr pg bgn terus mgadap laptop. Bila work from home (WFH) ni, badan lesu sb xhenti ngadap laptop. Maka jam 9mlm aku da membuta.
11.00 mlm : tetiba terjaga sb rs sakit. Mcm contraction pn ye. Tp mcm awl je. Btol ke da smpai ms? Sb plan nk cuti rehat next week smpai due2 Julai. Tp btol la kita hanya mampu merancang. Nak dijadikan cerita mlm tu rs xsedap hati so jam 1pg kami ke HTAR. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Mlm tu aku sorang je yg dtg mgadu nk bersalin. Ada 2 doktor yg baik uruskn aku check apa yg patut. Tp kata mereka jln xbuka lg. So aku dibenarkan balik dulu atas faktor covid dan katil yg kekurangan sekarang.
24 Julai 2021
4.30 pagi: kami sampai rumah dari HTAR. Aku nk tidur tp sakit contraction makin kuat. Klw sblm ni msih boleh tahan wlw dtg 40 minit sekali, tp kali ni sakit dia.aduhhhh. tp aku cUba tidur selepas subuh. Dapat lena kejap je.
10.30 pg : smpt msuk online class kakak kejap sb syg pulak tinggal kelas slalu. Tp ms ni contraction yg 30 minit tu tp tiap kali dtggg ya Allah sakit dia rs nk patah tulang pelvik aku. Tp aku cuba tahan sekejap sb nk mandi dan mkn dlu sblm ke hospital. Igt ye walau dlm contraction, yamg mana kita wajib tunaikan, perlu tunaikan. No excuse.
12.00 tghari : aku cuba tidur skejap, sememtara tunggu zohor. Tp contraction kali ni mmg menyengat sangat bila datang 20 dan 10 minit sekali. Ok klw yg mcm ni mcm da tahu je tanda dia. Aku terus mandi dan bersiap. Pakai telekung siap2 sb bila azan je terus nk solat. Anak-anak suami uruskan. Diorang pun bersiap untuk hantar aku ke HTAR.
2.30 ptg : bertolak ke HTAR. Mujur jalan tak berapa sesak. Sebab contraction da 10 minit sekali
3.30 pm : smpai HTAR lebih kurang jam 3.00 pm mcm tu tp prosdur musim PKPB ni kene daftar dulu di kaunter. Ms ni kene isi borang mengesahkan kita tak ada covid. Then seterusnya masuk ke ruangan menunggu àuntuk nurse check up kejap. Mlm td aku dtg mmg xada org, tapi kali ni dtg siang, ramaiii. Aku org ke -4 menunggu untuk check. Tapi sementara tu boleh tukar baju siap-siap. Dkt sini proses dia kita sorang shj msuk dan tanpa bawa apa2 beg. Sb nurse dan doktor akan cek je dulu kondisi kita. Klw bukaan baru 1-2 cm bole balik dlu. Lagipun ms aku daftar tu katil wad memang penuh. Tp tak lah perlu menunggu.
3.45 ptg : sekejap je menunggu nurse dah panggil untuk check perut. Lepas tu turn berjumpa doktor. Doktor check bukaan masa tu 3cm lg. Kemudian rs sakit bertubi2 dtg, nurse pula datang cek bukaan. Tetiba da naik 6cm ye. Then doktor decide masuk labour room (LR) terus sb dah banyak bukaan tuuu. Aku pn panik la rs mcm tak bersedia pun ye sb tetiba kan semua tu. Rs mcm awal nye. Betul ke aku ni? Sebab aku plan minggu depan baru nk mula cuti asalnye ye. Tup..tup minggu ni (khamis) dah bersalin.
4.00 pm : nurse tolak ke LR. Smpai je di LR doktor yang akan sambut kelahiran aku cek lg bukaan. Kali ni da 9cm. Cepat kan. Tapi jangan tanya sebab aku pn mmg xjangka cepat. Alhamdulillah dapat doktor perempuan semua dlm LR tu. Memang paling dinantikan..
4.16 ptg : BABY NIK JULIA EMELIN LAHIR
Macam senang kan, tapi yang menanggung dan meneran tu yg tahu mcm mn perit dan sakitnya proses tu. Macam dah nak mati je rasa. Tapi syukur, Allah masih panjangkan umur dan beri baby yang comel dan cukup sifat.
Secara ringkasnya untuk post kali ni aku sangat berpuas hati dengan kepakaran doktor yang sambut kelahiran aku di HTAR. Musim pandemik ni mmg byk la prousedur kita kene patuh. Tapi percayalah, siapkan mental, rajin cari info inshaa Allah kita lebih tenang dan ok. Husband memang tak boleh teman ye untuk masuk. Di awal lagi kita hanya bersendirian. Kebetulan sebelum ni aku bersalin di PPUM mmg tak benarkan suami teman dari dlu jadi extra point da kt situ. Handphone dan semua harta benda kita ms da ditolak ke LR tidak dibenarkan. So nurse akan bg pd husband diluar.
Selepas kita bersalin dan da duduk di wad n katil mn, barulah nurse akan bantu call husband. Husband akan pass brg2 kita pd guard di bawah. Rsnye sume brjalan lancar. Pantas. Cumanya start dari situ kita akan berdikari bsm new baby. Aku amik masa 2jam trrbaring sebelum bersihkn diri di toilet. Toilet pn dkt dlm bilik. Klw tak ada apa2 masalah selalunye keesokkan hari da boleh discharged.
Ok la smpai sini dlu. Nti sambung lagi apa keperluan perlu dibawa ke hospital yeee. Stay tunee. Janji akan update secepat mungkin.
Seronok baca pengalaman orang bersalin sekejap je prosesnya..ada sesetengah orang sampai berbelas jam...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tp sakit dia tu Allah je th. Hehe kene siapkan emosi dan memtal tu bfore bsalin
DeleteMabruk!
ReplyDeleteSedap nama baby :)
Alhadulillah tq
Delete