Hai.
Assalamualaikum.....
Seperti yang dijanjikan. Mesti ada ibu-ibu yang masih tertanya barang apa perlu dibawa ke hospital. Make sure korang siapkn beg cecepat ye before meletup. Klau tak kalut nanti baru nk cari barang dan persiapan. Yang penting sekali mmg kene siapkn beg untuk ke hospital seawal kandungan 7bln lg. Then bole letak beg tu kt tepi dulu. Apa rs kurang bole add on je dalam beg. Buat checlist tu penting...
Disebabkn aku decide untuk bersalin di hospital kerajaan, maka byk la info aku cuba cari, google dan tya dari pengalaman kawan2. Risau jugak kn klw kalut2 nanti dgn tak tahu apa. Untuk hospital kerajaan mcm aku pernah cerita di post sebelum Ini. Suami mmg tak boleh nk teman kita ye. Dari awal sehingga akhir mmg kita uruskn sendiri. Jadi tlg set kn minda, set pemikiran untuk bersiap sedia. Tkot nanti tak kuat boleh menangis stress kt sn. Tp so far ok je kita uruskan semua. Klw ibu2 lain bole, so kita pn inshaa Allah boleeeehhh. Jangan risau. Besar pahala kita
Checklist baby ke hospital:
Aku sediakan 3 pack baju dalam plastic bag ikea yg size bsr. Korang buat 3 hari. 1 hari 1 pack. Tulis je DAY 1, DAY 2, DAY 3. Ok sj lbhkn bj kot terberak ke, bby muntah ke. Ikutkn klw tak ada apa2 1mlm je kita bermlm, then esokkan da boleh discharged. So xperlu byk2...
1. Baju tidur sepasang
2. Sarung tangan dan kaki
3. Bedung
4. Napkin
5. Pampers 3pcs
Make sure bawa selimut tebal 1 ye untuk bby sebab post natal amatlaaa sejuk gler. Kesian bby korang nti.
Yg senarai bawah ni yang korang perlu bawa tapi letak dlm plastik lain
1. Selimut
2. Topi
3. Minyak telon/ mastika bayi
4. Bantal bby
Haa ok nanti korang kreatif la sikit beli beg ikea msukkan mcm ni. Kebanyakkn hospital kerajaan mmg akan mtk dari kita utk bj bby. Mcm HTAR selepas mandikan bby, nurse akn mtk bj bby yg kita bawa tu ye untuk dipakaikn. Jadi mmg kene preparecbj bby. Bj ibu shj msih pakai yg hospital.
Ok untuk checklist ibu pulaak
1. Stokin 2 pasang (ni kot la stokin terkena air ke, darah ke. Mcm aku aritu terkena darah so tuka)
2. Surah yasin
3. Towel Bsr dan kecik.
4. Ubat gigi, berus gigi, pencuci muka
5. Panadol tp boleh mtk je ni kt nurse
6.baju tshirt dan kain/skirt (utk discharged nti)
7. Sweater wajib ye sb sejukkkkk jd mmg pakai kt sn. Baju spital nipis je.
8. Tudung yg sng utk dipakai
9. Mknan (roti, milo 3 in 1, biskut, termos dan air panas, air mineral)
10. Selipar
11. Mask extra, getah rambut, scarf
12. Power bank, charger
13. Pad overnight... aku lbh selesa pakai yg ni.
Itu shj....xperlu bawa byk. Sebab slu tak lm di spital. Oh ok utk pengalamam baru plak, kebetulan musim pandemik. Maka wad selalu penuh. Nasib baik aku tak perlu menunggu katil. Alhamdulillah, Allah dgr doa aku supaya dipermudah semua urusan. Lepas bersalin tros ditolak ke wad. Wad sepatutnye 1 bilik dgn capacity 4 katil tp disebabkan wad limited maka 1 bilik jd 6 katil. Its ok sebab bilik tlampau besar ye. Tkot jgk klw sorang kn. Tu yg aku paling tkot... duduk sorang2. Better ramai2... aku pn tak takut. kami siap berborak lg. Seronok pulak. Hilang rs takut nk ke tandas sorang2 wlw jam 3pagi pn no problem sb rsnye sume xtido. Masing2 belek baby hehe. Eksaited smpai xle nak tido.
Aku Smpt lena jgk mlm tu. Dan esk pg, terkejut sb nurse da dtg utk cek. Lepas doktor dan nurse check, kita pn xde mslh, so bole discharged. Cuma prosedur utk discharged tu amik ms sikit. Klw wad penuh maka kita diminta kemas brg utk ke ruangan menunggu. Tunggu doktor pakar kanak-kanak dtg utk cek fizikal anak. Klw ok then nurse akan bg balik.
Ruangan ni agk selesa dont worry. Cuma boring menunggu prosedur. Faham je ramai org kn, doktor bertugas 2 3org shj. Jadi kita bsbr sdikit. Ms ni aku dah ke ruangan ni dlm jam 10pagi. Ms tu katil dan wad ada ramai lg yg perlukan. So dlm jam 1 turn aku selesai dan boleh balikkk. Ms ni husband boleh naik utk bantu bawakkan beg kita. So far tak ssh mn pengalaman disini. Alhamdulillah byk dipermudahkan
Next post nak cerita mcm mn aku cerita pd kakak2 kehadiran baby baru.
Alhamdulillah..segala urusan Allah permudahkan. Tahniah dan selamat berpantang :)
ReplyDeleteAlhamdulillah Allah permudahkn
Delete