Tabung nuffnang sayer :

Thursday, 1 January 2015

Sedikit terkesan dari benca banjir di Kelantan

Rasanya semua orang tahu dengan benca Banjir yang berlaku di Kelantan kan?? Boleh dikatakan semua orang bersimpati dan membantu mana yang mampu kita tolong. Jujur aku sendiri pun sedih melihat banjir yang melanda penduduk Pantai Timur, lebih-lebih lagi aku sendiri memang berasal dari Kota Bharu Kelantan. IC ku 29 je kengkawan. Huhuh walaupun tak dibesarkan di Kelantan, tapi nenek dan atok masih di sana. Parents selalu berpindah randah, and now menetap di Kuantan Pahang. Jadiknye, agak kuat jugaklaah kesedihan yang mencengkam jiwa ni. Sedih bila ayah sent gambar-gambar nenek mengharungi banjir untuk ke tempat lebih selamat. Mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian ALLAH ni kan?? Kita pandang dari sudut positif.
"Senanglah cakap sebab tak kat tempat kejadian. Orang yang mengalami jek yang paham" Bila kita mintak pandang nasihat bernas, mesti ada suara-suara macam tu kan? Tak apa, mungkin masing-masing masih beremosi. Sabar. Setiap perkara kan mesti ada hikmah. Dan tak semua orang yang tak mempamerkan kesedihan tu, tak bersedih kan?? Walau aku jauh di KL, aku sendiri turut sedikit terkesan akibat banjir yang berlaku. Boleh dikatakan, banjir tahun ini banjir paling terburuk sekali dan mengalahkan rekod 2004 dahulu kan???
Nampak tak muka sedih.
Nampak tak gambar sedih. Haha tak lah sedih sangat. Sebenarnya hari ni 1 Januari 2015, aku dah datang kerja. Sepatutnya aku masih bercuti. Huhuhu disebabkan bencana banjir tersebut, majlis sambut menantu di sebelah Kelantan pula. Sepatutnya majlis tersebut berlangsung pada 27 Disember 2014 (Sabtu), tapi masa tu lah banjir paling teruk and air mencurah-curah naik. *Errr betulke bahasa aku? Mencurah-curah. Huhuu wateva ! hihihi.
So plan bercuti patutnya balik Kelantan and Kuantan terpaksa ditangguhkan sebab jalan semua dah ditutup. Macam mn nak lalu kan??? Sedih jugak sebab semua persediaan sudah dibuat. Baju nak balik kampong pun dah nak packing siap dah. Tapi bila dengar berita air makin naik. terpaksa kami tunda majlis tersebut.
Baju di sebelah lelaki. Nasib baik baju ni dari Kuantan, sO tak rosak
Lepastu pulak dapat whatssap bergambar dari ayah. Lagi pilu hati ni tengok nenek redah banjir. Tak pernah-pernah air naik kat kampong aku, ni first time.
Gambar 2 hari sebelum bah besar

Bila air dah masuk rumah, nenek terpaksa cari tempat lebih selamat.


Tak apalah, mari kita pandang dari sudut positif. Mungkin ini ujian Allah untuk kita semua. Redha dan dah masuk tahun 2015 pun. Semoga tahun ini memberi lebih banyak kebaikkan pada ku.

3 comments:

  1. Ala kesiannya nenek. dalam air tu. paras pinggang nenek .. hm, take care akak and family :")

    ReplyDelete
  2. Siannya nenek redah banjir. Memang terkesan sgt dekat hati. Moga Allah swt permudahkan semuanya dekat sana.

    ReplyDelete