Fuh !! Rsanya bulan disember ni memang pack betul setiap hari and masa. Ada jek keje nak dibuat. Huhuhu rasa macam sekejap sangat masa ni berlalu. Mana tidaknya, orang lain bulan 12 ni dah slow-slow untuk bulan 'honeymoon' orang kata kan?? Tapi aku tidak. Huish rasa nak sesak nafas and dada pun ado. Banyak pulak aktivitinya kan. Rasanya weekend untuk bulan ni pun lebih banyak masa dihabiskan dengan tugasan di pejabat. I mean kerja laaa.. Huhuhu macam minggu ni, weekend ktorang ada sukan SPRING bersama rakan dari Singapore. Arghh ! Nanti laa part tu aku update late yeee. Sekarang ni nak ceghiter movie yang aku tengok malam semalam. Agak lewat movie tu start, tapi OK laaa. Aku suka sangat cerita Manisnya Cinta tu. Memula tak tahu la nak tengok cite apa. Tapi bila tahu pengarah filem ni orang sama yang buat cerita Istanbul aku datang, sO memang segeralaaah aku bertukar fikiran.
Sabtu ahad dah sibuk bekerja. Hurmm cuma ahad tu penutup sukan habis dalam jam 2.00 petang. Sampai rumah rehat2 sekejap, sebab hari sabtu tu aku dah siap-siap beli tiket untuk ahad. Hahahaha kebetulan sukan bowling di adakan di Sunway Pyramid, sO apa lagi kan??? Langkah panjang la kitaaaaa. Hurmmm rasa tak sabar nak tengok cerita ni kan.. Tapi ceritanya memang best sangat-sangat. Ringan, padat, tak ada part yang membosankan. Lakonan Fazuran pun sweet. Plus tengok dia asyik cantik jeeekkk dalam cerita tu. Aku yang perempuan pun cair, lagikan lelaki kan??
antara pelakon-pelakon Manisnya Cinta |
Ok kalau Tanya aku berapa bintang, confirm aku kasi 5 bintang. Hurmmm tah mungkin aku suka jalan cerita dia. Memang la lebih kurang Istanbul aku Datang, tapi cerita agak berbeza laaa. Hihihi cerita ni memang sweet sesangat. Pelakon pun cun, cantik and handsome. Cerita ni pun rasanya ramai dah agak jalan ceritanyaa sebab memang adaptasi dari novel pun. Phewww !! Ok laa aku Tanya en suami yang tak berapa gemor cerita melayu sebelum ni pun, dia cakap cerita ni ok and tak membosankan. sO ok laa kan??
Sinopsis:
Serba sedikit pasal cerita ni laa kan?? Kang kalau cerita lelebih, tak syok aaarr ! Baik korang tengok sendiri. Cerita mengenai kisah hidup Ifti lakonan Fazura yang tak percayakan lelaki sebab kekasihnya ada perempuan lain. Siap dah bunting pun. sO Ifti dengan berat hati, rela untuk undur diri dan melepaskan kekasinya, Fedro berkahwin dengan perempuan lain. Semenjak dari itu, Ifti kurang percayakan lelaki, lebih-lebih lagi dia ada kisah silam abang iparnya yang melayan kakaknya dengan buruk.
Pertengah cerita pulak, dia berkenalan dengan nazmy lakonan shaheizy sam. Nazmy ni selalu tahu apa yang Ifti lakukan. Dengan berpenampilan biasa. Mengaku bekerja sebagai pemandu bas, Nazmy pulak cuba mencari perempuan yang tidak materialistic. Bermula dari situlah macam-macam babak menarik berlaku. Sweet sangat masa ni
Tapi part jadik lebih sedih bila Ifti ternampak Nazmy dengan seorang perempuan bersama anak. Lebih kurang macam happy family sangat. Sejak tu laaa Ifti lagi bencikan lelaki and tak percayakan Nazmy lagi. Ifti sendiri tak nak dengan penjelasan Nazmy tentang apa yang berlaku.
Ok laa kalau rasa nak tahu ending macam mana, boleh tengok kat panggung wayang.
tempek gambar selfie dalam cinema |
wah mcm best nanti nk tengok juga lah..
ReplyDelete