Tabung nuffnang sayer :

Thursday, 1 January 2015

Goodbye 2014 ... HELLO 2015 !!!

Sebab dah lama sangat tak berblogging kan?? sO amik kesempatan update 2 entri tros hari ini. Mih mih... nasiblaaah sape kene baca. Huhuhu tapi ada ke yang membaca? Huhuu apa pun macam tak percaya 2014 dah berakhir kan?? sO kiranya hari ini aku menaip untuk tahun 2015 pulak yedok??? Pahit manis 2014 aku luah dalam blog usangku ni jek. Hihihihi kiranya blog ni macam online diary la gittew kan??? Throwback balik tahun 2014 dari awal, banyak perancangan ni aku kira berlaku dari ketentuan Allah. Bak kata pepatah, kita ni mampu merancang sahaja sebab yang menentukan semua takdir kita adalah Allah s.w.t. Kenapa aku cakap macam tu??? Contohnye
 
 
Merisik:
 
Majlis merisik yang aku sendiri tetiba minta dia datang bawak family. Tak pernah plan pun memula. Memang kalau ikutkan tak ada langsung dalam senarai wishlist aku oi! Jadiknye, bulan 2 2014 tu dia pun setuju nak bawak family dia merisik aku. Huiii memang tak planning la. Mungkin Allah dah nak tetapkan jodoh aku. Tapi kami tak bertunang pun. sO decide nak terus bertunang masa hari nikah shj.  Planning masa majlis merisik ni, bulan 2 tahun 2015. Kiranya setahun laa
 

 
 
Beli rumah
 
Huish memang tak sangka tetiba jek rasa nak beli rumah, and Allah mudahkan urusan tu. Tapi rumah belum siap lagi. Masih dalam proses untuk membeli. Sebenarnya jumpa rumah pun kebetulan. Area Kota Kemuning jugak laaa. Kira okey la sebab area2 ramai melayu. Rumah ni pun walau harganya agak mahal, tapi pemaju mintak RM3k booking fee shj. Kemudian dia bagi banyak promosi. sO sekarang ni tunggu urusan untuk dapatkan tandatangan DO.
 
ni lah lebih kurang bentuk rumah tu
 

 
lepastu aku g tengok baru-baru ni, Tanah dah rata. Signboard dah naik
 


 
 
 
Nikah + Resepsi
 
Fulamak ! ni paling tekejut gua. Tetiba mak ayah mintak percepatkan tarikh nikah. Sepatutnya Februari 2015, mak nak mintak diawalkan ke bulan 10 sepatutnya. Tapi dekat-dekat raya haji confirmed orang ramai balik kampong. Jadi, we all decide 27 September 2014. Fuh ! Berpeluh jugak dahi. Mana tidaknya duit belum tentu cukup. Pihak laki and en. suami mesti lagi terkejut, sebab dia yang nak kumpul duit. Tapi Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan sempurnaaaa.
 
Baju cantik
Makeup perfect. Kene dengan photographer nak amik
photographer sporting
Pelamin super marvelous and cantik sgt2. 10 bintang !!!
Kad kahwin aku yang super cun jugak. Sponsored by kawan aku.  Boleh refer entri sebelum ni Kad kahwin !!
 
Semua berjalan lancar !! Tunang, nikah and sanding parents aku planning nak 1 day jek. Senang. Hihihi
 





 
 
Rasanya ckup la kegembiraan untuk setakat ni walaupun majlis menyambut menantu nanti tu yang dijadualkan 27 Disember 2015, akan ditunda berikutan banjir teruk di Kelantan.
 
 
Dapat cincin diidamkan masa bertunang !
 
Wuiii hihihi dapat cincin tu memang kesukaan semua perempuan dan wanita kan?? sO of course laa bila bertunang kita dapat sebentuk cincin. Jadiknye aku suka gler sebab dapat cincin idaman. Hihihi Berlian emas putih. Setengah orang kata tak suka, sebab suka emas. Nanti tak le gadai kalau terdesak. Errr... cincin tunang or emas masa nikah memang aku tak akan gadai. huuuuuu ~
 
 
cincin tunang disarungkan oleh mak mertua


 
Dapat hias rumah sendiri (Walaupun rumah sewa)

Sebelum ni verangan asyik nak kemas rumah sendiri. Nak deco rumah sendiri, sebab jeles dengan mak sendiri rumah dia cantik. Huuhuu nak hias rumah sebab dok dengan kengkawan menyewa kan?? Lepas kahwin tup-tup dapatlah rumah sewa yang harganya agak berpatutan. Apartment jek pun. sO Dapatlaah menjalankan impian tu walaupun simple-simple. Nak deco lelebih kena tunggu rumah senirik siap. Setakat ni aku buat mana yang ada dulu lerr.. Nak lelebih bajet pn nan hado sangat. Baru-baru kahwin kan???

sofa putih. Bunga n konsul table tu mak kasi


wing chair pn hadiah dari mak, termasuk karpet



Dapur semua pun lengkap. Ada peti, mesin basuh. No need to add on anything lg dah



Okeylaaa. Ckup kot untuk throwback 2014. sO starting for today, dah counting untuk 2015 pulak kan?? Apa nak add dalam wishlist aku eh??? Hihhihi sebenarnya banyak lagi wishlist yang tak tertunai. slow-slow aku akan cuba capai. Cuma hasrat yang dah tercapai tu, bersyukur sangat-sangat. Terima kasih ALLAH. Alhamdulillah
 
 
HELLO 2015 !!
 
Hihii apa yang nak dibuat pada tahun 2015 ni eh??? Benda pertama yang aku rasa nak buat
 
 
1. Kumpul duit RM1000 sebulan
 
Hoiii mampu ke??? huhuhu kata wishlist kan?? sO kita masukkan dalam senarai supaya boleh dijadikan motivasi. Sebenarnya boleh jek menyimpan RM1k ni boleh sangat, IF !! IF aku tak kuat shopping. Huhuhu meaning aku kene kurangkan aktiviti beli baju seluar and macam-macam laaa. Ada jek kalau pergi mall tu nak itu ini. Haiiii laaa nafsu !! sO tahun ni kene kurangkan aktiviti membeli belah. Pakai jek laa mana ada. Lagipun aku kene simpan duit untuk persiapan rumah baru nanti. Memanglah dijangka pertengahan bulan 2016, tapi kene jugak la simpan dari awal. Sebab aku nak buat renovation sikit.
 
Cat
Beli peralatan or perabot mana tak cukup lagi
Buat cabinet dapur
grill seluruh tingkap and pintu depan n dapur
Pasang owning
 
 
Okey tak kira nak cite jugak cabinet dapur yang aku impikan. sO nak simpan duit nih !!
 


meja makan ni adore sgt !!!

 
NEXT .... buat rumah untuk anak-anak bulus
 
 
2. Of course siapkan manuskrip !!
 
Okey ni paling lemah. Minat membuak-buak dalam bidang penulisan. Idea dalam kepala dah nak mencurah-curah melimpah tapi selalu busy and malas nak menaip. Hurmmm itu la jadinye terbengkalai langsung list yang ni sejak 5 tahun lepas lg. sO tahun ni nak cuba siapkan manuskrip and hantar kepada syarikat novel-novel. huhuhu sedih !!!!
 
 
3. Bercuti
 
Hurmmm ni pun msih lagi berfikir nak bercuti ke mana. Tengok laa nanti mana-mana yang rasa sesuai and best.


4. Dapatkan 1000 follower di blog using ni

Of course nak tarik lebih ramai follower ke blog ni. Al maklumlah, blog kite tak famous sangat. Jadiknye tak berapa ramai follower. sobs .... sobs :'( 
 
 
Okey kot. Setakat ni tu jek list aku ingat . Hihihi simple sahajaaaa.. Supaya senang nak achieve nanti !
 

4 comments:

  1. la akak pandai tulis novel rupanya.. hebak ah... :") tak sabar nak baca air tangan pertama nie.. hihihi.. :")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh laaa. tp huhuhu pemalas yang amat !! Hihihi tahun ni kene kuatkan semangat!!!

      Delete
  2. kalo dh sampai jodoh nk wat cane..
    kite hanya merancang.. Allah yg tentukan..
    semuanya dh selamat kan..
    =)

    selamat tahun baru!

    ReplyDelete
  3. sonok baca kisah throwback ni. kite tak nyempat2 nak throwback hikhikhikhik

    ReplyDelete