Tabung nuffnang sayer :

Wednesday 14 May 2014

Tips perkahwinan: Tudung VS Bentuk muka

Huish sebenarnya aku masih pening memikirkan jenis tudung-tudung untuk nikah and bersanding nanti. Al-maklumlah bentuk muka iolls ni bulat. HUrmmm kang salah pakai jadik buruk pulak. Habis semua gambar-gambar kahwin dalam album nanti jadik buruk. Tak sanggup hokey !! sO pemilihan tudung dengan bentuk muka amatlah PENTING ! PENTING ! dannnn PENTING !!! Ingat ye kengkawan. Jangai main bedal jek pakai ikot korang suka. Buat research dulu. Supaya hari bersejarah korang tak bertukar jadik hari sedih ! Masa aku godek-godek majalah pengantin tak ingat siri ke berapa kan? sO ada lah free 1 majalah kecik yang di panggil Blog Perkahwinan. Ada lah some tips dalam tu tentang pemilihan tudung dengan bentuk wajah ye...
 

 
Menurut tips tu, antara bentuk-bentuk muka yang sepadan dengan jenis tudung antaranya
 
1. Bentuk OVAL
 
 

 
Mereka yang berwajah Oval ni sesuai untuk menggayakan semua jenis tudung. Bentuk muka mereka ni bujur dan sesuai je mana-mana jenis tudung. Antaranya pengacara Hijablista TV9 ni. Ameera Zaini. Aku memang minat giler kat dia sebab dia memang cantik. Kalau korang visit Instagram dia pun macam-macam jenis tudung dia gayakan, semua Nampak kene jeeee.. I is jelous plak ye. Jelous kearah yang baik. hihihi .
 
 
2. Bentuk BULAT
 

 
This is iollss yeee. Haha saja jek letak picture sendirik sebab tahu wajah I berbentuk bulat ye.. -_-
Okeyy apa dalam tips ni beritahu, mereka yang berwajah bulat ni disarankan memakai tudung ada awning atau inner neck jenis anjal supaya bentuk muka kelihatan bujur dan cantik. Hurmmm hurmmm ...
 
Tapi aku bukan retis. sO mencari-cari gk sape agknye retis muka bulat ??
 
Datuk Siti Nurhaliza boleh kategori Bulat ke? huhu xth la tp kalau dia pakai tudung awning lg nmpk cantik kot
 

 
 
 
3. Bentuk PANJANG
 

 
 
Haa saja aku pilih Rita Rudaini sebab muka dia mcm panjang jek. HUish cantik apa dia. Okey menurut tips ni, sekiranya anda memiliki bentuk muka jenis panjang, dinasihatkan memakai anak tudung yang kedudukannya diletakkan di bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening bagi memberi ilusi kecil pada muka.
 
Sentuh bab menutupi kening kan, ternampak 1 picture Felixia Yap
Ooo kiranya felixia kene pakai inner dalam yang menutupi dahi la kan kan ?? kay aku da pandai sket da. hik hik
 
4. Bentuk DIAMOND
 
 
 
 

Sari yanti ni berwajah diamond sangat. hik hik Kalau tengok picture-picture bertudung dia.
Mereka yang berwajah diamond ni, gunakan tudung jenis selendang. Tutupkan sedikit dibahagian rahang supaya muka anda kelihatan tirus dan kecil
 
 
5. Bentuk HEART
 


Aku pun tak sure sangat bentuk hati camne. Tapi kalau ikut dari mata aku nih macam Ayu Raudhah and Diana Amir ni bentuk wajah they all macam heart pasal de dagu sket ..
 
Bentuk muka jenis hati ni sesuai digayakan untuk pelbagai jenis gaya tudung. sO bolehlah korang nak pakai camne-camne kan?
 
 
6. Bentuk BERSEGI
 



 
Part wajah bersegi nih. Korang jangan gelakkan pulak sebab ramai Ooooo retis Hollywood yang wajah bersegi yek ! Antaranya Angelina Jolie, Paris Hilton, JLo. Hahhh see. SO anda yang berwajah petak or bersegi tu, jangan rendah diri hokey.
 

 
Kalau ikutkan free hair tu dorang2 ni berwajah bersegi. sO mereka yang berwajah bersegi ni tudung jenis turban adalah sangat sesuai bagi menampakkan rahang yang lebih terbuka. Yeke???
 
tetiba teringat kat yuna kalau bab2 turban nih. Tapiiii macam x berkenan jek tudung gaya ala turban nih..hish!
 

3 comments:

  1. Hmmm... muka saya bentuk apa ye? Tudung mcm mana sesuai?

    Jemput folo blog coz i folo u... :D. TQVM

    http://ibuilyaniescottage.blogspot.com/
    http://puterihannan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Hihi saya pun tak pakar tentang muka seseorang dengan bentuk tudung. Ini cuma sharing tips shj ^_^

    ReplyDelete
  3. Susah kan nak cari tdung yg sesuai utk muka bulat ...sama la mcm akak...hehe

    ReplyDelete