Tabung nuffnang sayer :

Monday, 26 May 2014

Penangan Temptation of WIFE !!

Ada 1 hari tu kita cuti apa tah, aku da lupa. Hari wesak tak silap. sO masa lepak petang-petang tak buat apa tuh aku tertengok la cerita Philippine "TEMPTATION OF WIFE" . Memula tu malas nak layan sangat sebab aku ni memang tak suka cite Philippine. Seksi bebenor semua perempuan-perempuan, sebab tu malas nk tgk plus cite Nye panjang sgt2. Dah sama panjang macam cerita Indonesia. Tapi masa dok layan cite tu. Eh ! Macam best la plak .. Harus layan terus. Patot la kat blog2 banyak orang review pasal cite nih. Okeh nak dijadikan cite, rupa-rupanya aku dah tengok Korean version dlu. Korean dlu-dlu orangnya tak bape nak cun and handsome, itu pasal laaa tak femes macam cite Philippine nih ! Adore sangat dengan heroin dia. Marian.
 
Kiri ni si perempuan Heidi yang jahat. Heroin cite Chantal / Angeline kanan. Cantik kan heroinnya??

Ni antara barisan pelakon watak utama cite tu

Laki yang tngah2 tu la yang jahat. Tak de lah ensem pun. Ensem lagi Nigel kawan pada Chantal


 
Okey cerita ni sinopsisnya, aku cite sket-sket la ye? Heidi (watak jahat) ni dan Angeline (Heroin) dibesarkan bersama-sama oleh family Angeline. Ibu bapa Angeline kutip Heidi masa dia masih kecik and jaga dengan baik sekali. Kiranya Heidi ni anak angkat. Dari kecik memang Heidi ni jahat and dah mula jeles dengan Angeline. Tak tahu lah sebab apa kan?? So sehinggalah besar, si Angeline ni berkahwin dengan lelaki kaya yang agak tampan bernama Marcel. Marcel ni plak lelaki bodoh yang telah digoda oleh Heidi. Heidi memang jeles dengan Angeline sampaikan suami Angeline pun dia nak rampas. Angeline ni perempuan polos yang selekeh jek. Dia tak pandai bergaya, tak pandai bersosial. Perempuan baik and slow je. Kiranya kalau dia kene buli pun, dia redha. Family Marcel pun tak suka Angeline and slalu menganggap Angeline ni seperti orang gaji. Macam-macam penderitaan yang Angeline ni tanggung.
 
Heidi pulak cuba merampas kebahagian Angeline dengan menggoda Marcel. Tah macam mana lah jantan nih boleh tergoda dengan Marcel kan, sampaikan Angeline bagitahu dia mengandung pun, dia tak percaya. Paling tak leh blah dia boleh halau Angeline sebab dia da mula jatuh hati pada Heidi??? Hei ini pantang betol klau ada laki keparat macam ni kat dunia reality kan?? sO Heidi ni pun disahkan mengandung. Bila dapat tahu Heidi mengandung, Marcel mestilah happy sebab anak dia nanti akan mewarisi kekayaan family dia. Yang peliknya bila Angeline bagitahu dia mengandung, Marcel ni tak percaya. Hampeh tak suami macam ni? Tapi sewaktu Angeline cuba membuktikan dia mengandung, Heidi dapat tahu and cuba menggugurkan kandungan Angeline. Tah manusia jenis apa laaa Heidi ni. Dah laa orang tua Angeline dah mmbesarkan dia, boleh pulak dia balas macam tu??
 
Sewaktu dia cuba menculik Angeline, mereka bergelut dan terjatuh ke dalam sungai. Angeline yang masa tu tak tahu berenang telah tenggelam bersama arus air, dah disahkan meninggal. Tapi keluarga Marcel semua mencanang yang Angeline ni mati sebab bunuh diri. Padahal Heidi yang cuba mencederakan Angeline. Kemudian tak lama tu, Nigel yang sedang bersedih dan mncari kekasihnya, Chantal yang cuba bunuh diri di laut, telah terjumpa Angeline di tepi pantai. Nigel ni jugak laaa yang membawa Angeline ke hospital dan merawat Angeline. Selepas sihat tu, Angeline dah nekad tak mahu pulang ke keluarga Marcel. Dia cuba mencari keluarganya, namun tak jumpa sebab ibu Marcel dah mengalau keluarga Angeline dari rumah yang telah diberikan kepada mereka. Jahat tak family Marcel ni, dan dibantu oleh Heidi ! Hei laaa kalau aku jumpa perempuan macam Heidi ni dah katuk-katuk dah ! Tak kenang jasa betul. Bukan nak balas kebaikkan orang, malah dipijak2 pulak orang yang telah mmbantu dia sejak kecik dulu.
 
Angeline ingin memulakan kehidupan baru. Dia masuk 1 contest untuk make up and dapat juara. Kebetulan pemilik kosmetik tu terus berkenan and nak Angeline bekerja dengan mereka. Di situ lah,ada babak sedih sket, and smpai Angeline boleh menceritakan tentang kisah silam dia. sO pemilik kosmetik tu akan membantu Angeline membalas dendam. Dalam masa yang sama, pemilik kosmetik tu jugak ada agenda sendiri untuk mmbalas dendam kepada bapa mertua Angeline sebab kisah mereka hampir sama. Pemilik kosmetik tu pulak kebetulan, ibu kpada Nigel. Lelaki yang telah menyelamatkan Angeline masa dia dijumpai terdampar di tepi pantai. Sepanjang tu jugak, Angeline dah diubah identity kepada Chantal. Di ajar pelbagai perkara. Memandu kereta, menari, fesyen dan sebagainya. Sehinggalah pada hari yang dinantikan, produk baru keluaran pemilik kosmetik bakal dilancarkan. Masa Chantal yang dah berubah cantik tu keluar je, Marcel yang kebetulan dating memang terkejut laa. sO bermula lah babak pembalasan dendam, sebab Chantal akan menyakinkan Marcel dia bukan Angeline. Mereka semua juga percaya Chantal dan Angeline adalah orang berbeza.
 
Mana tak berbeza. Angeline tak pandai memandu, tak pandai berfesyen. Tak pandai bersosial. Chantal dan Angeline mmang seperti 2 orang yang berbeza. Penampilan mereka juga berbeza. Bermula dari hari itu laa Chantal akan mula menggoda Marcel kembali dan membuatkan Heidi merasa balik penderitaannya dahulu. Lama-kelamaan Marcel akan jatuh cinta kepada Chantal, dan mula meninggalkan Heidi. Gittew lah kisahnya. Nanti tengok sendiri yek !
 
 
Ni versi Korean puna Temptation of wife . Memang Fillipina tiru bulat-bulat pun cerita nih

Ni gambar selepas Angeline berubah dengan identity Chantal. Cantik gler kan?


ni pulak masa dia selekeh and slalu diseksa. Masa ni lah, dia slalu menangis jek. Di jadikan hamba oleh keluarga Marcel. Di caci suami sendiri selepas kantoi laki dia dengan Heidi
 

No comments:

Post a Comment