Memandangkan ada orang request untuk aku ajar cara-cara membuat riben, makanya aku pun usha-usha balik gambar yang ada dalam hp ni ha.. Sebab masa buat aritu dengan ibu, jadi semua peralatan ada di kampong lew.. Hik hik aku memang tak bawak balik apa-apa pun ke KL. Kiranya balik masa hari buruh harituh, aku dah tolong siapkan semua riben-riben yang dia nak. Untuk bunga pahar dalam 150 tangkai, untuk riben souvenir kawan-kawan rapat dalam 65 and, riben untuk keluarga as corsage tu aku buat dalam 7 camtu sebab family aku ada 5 orang jek + 2 pengapit jadilah 7. Memang best sangat bila dah siapkan semua kan? Jumlah bunga tu memang banyak. Sakit tangan oi dok memulas dawai-dawai untuk ikat riben. Merah-merah ibu jari aku. Tapi gigih jugak kan berDiy dengan mak aku. Tengoklah lepas-lepas semua dah settle ni aku nak buat bisness bunga pahar . Hak hak.. Kelakar tak ^_^
|
Ni lah rupa riben-riben yang dah siap tuh. Hah banyak x? banyak x?? Banyak okey !! Kalau nak cantik u olls guna lah riben yang cantik-cantik and unik. Tapi agak mahal la sket. Harga segulung riben ni tak silap dalam RM3 ++ |
Okey sO kalau camtu meh nak ajor satu-satu camne nak buat riben yang cantik tu ek. Hasil idea kretif ibu gua.
|
Okey benda pertama kene buat. Carik 4 batan lidi . Kendian korang cucuk masuk dalam kepingan kotak yang dah di potong cmni. Ikut la. Belah kiri tu Untuk riben size besar. Aku buat riben besar untuk Bunga Pahar. Untuk belah kanan tu riben kecik aku guna riben kat souvenir guest and corsage family. Lidi tu tak kisahlah nak lekat cmne asalkan kuat ye. Jangan goyang2 plak. |
|
1.
Okey lemme start kasi contoh. Jadiknye pakai la lidi-lidi yang dah di cacak tu. Nampak tak 4 batang semua. sO tak dak benda ni, cmne nak hasilkan riben tu? Kiranya ni acuan laa yek. Jadik korang kene carik jugak 4 batang lidi tu camne-camne pun. |
|
2.
Okey aku pakai 3 jenis kaler riben. Tak kisah ikot korang nak pakai bpe lapis kan?? Kalau nak cantik 3 colour laaa. Kaler yang we olls pakai
Pink lembut
purple belacan
hijau daun
So nanti korang sama ratakan riben-riben tu. Bila dah sama tu, letak kat atas board tu and kepit dengan pengpit. Kat sini aku guna pengepit rambut sebab kuat and kecik. TUjuan utama letak pengepit tu supaya dia tak gerak-gerak ye lepas ni. So nak handle senang. |
|
3.
Kemudian make sure riben-riben tu sama rata ye. Jangan ada yang senget or riben terbalik ke supaya masa nak keluarkan kelopak riben nanti tak terbelit-belit. Buat perlahan-lahan tak yah gelojoh. Lepas tu korang masuk selang selikan lidi tu k. Kiranya masuk selang seli lidi tu. |
|
4.
Okey langkah 4 tu, Nampak tak lepas selang-seli korang buat pulak lapisan kedua cara yang sama. Selang selikan jugak lidi tu pada lapisan kedua. |
|
5.
Lapisan ketiga. Kat sini bergantung pada korang nak banyak mana, nak lebat mana riben korang tu. Macam aku, kat souvenir ni, aku buat 4 lapisan sahaja. Kalau bunga pahar aku buat 3 lapisan sahaja. Bunga pahar tu riben nya besar and nanti nak lekat pada bunga kan? Jadik tak payah nak riben lebat sangat kelopaknya. sO lepas dah buat 4 lapisan contoh. Korang dah boleh stop |
|
6.
Okey Nampak tak lepas stop dari 4 lapisan tu. Nanti korang kira dari first lapisan korang kepit tu, 1, 2, 3, 4 . Pastikan hujung akhir tu berlawan arus dengan permulaan riben. Bila dah berlawan arus, korang terus matikan and lurut ke bawah cni. Kepitkan dengan pengepit rambut kedua. sO kiri kanan akan di apit begini. |
|
7.
Okey bila dah apit gini. Memang confirm tak gerak-gerak, korang amik dawai kawat,. Oh sebelum tu nak habaq. Untuk bunga pahar tu, Dawai yang panjang tu, korang potong siap-siap bahagi 2. sO 1 batang tu boleh pakai untuk 2 riben. Untuk Souvenir tak yah potong pn tak apa. Pasai pa nak pakai dawai tu panjang-pangjang?? pasai nak ikat kat lidi bunga pahar nanti. sO lepas ikat tu jangan gatai tangan p gunting k. Biarkan je ada terjulur dawai2. |
|
8.
Okey sekarang ikat dawai tu di tengah-tengah begini. Nampak tak aku biarkan de dawai panjang ?? Haaa biarkan ye kalau nak ikat riben ni pada bunga pahar. Ikat ketat-ketat supaya tak terbukak da lagi |
|
9.
Okey taraaaaaaaaaaaaaa !!!!! Camni la bentuk gayanyaa bila dah nak siap. Tapi !!! belum siap lagi k.
Okey . Kira kalau dah Nampak rupa riben ni sket-sket kira dah success la tuh. |
|
10.
Okey sekarang tarik keluar riben tu dari lidi-lidi acuan tadik. RIben ni dah kukuh dah. sO tak yah Risau. Hik hik .. |
|
11.
Okey begini lah rupanya selepas keluar dari acuan tadi. Bila u olls guna acuan lidi tu, korang akan dapat riben yang sama besar semuaa... Memang sama jek. And menyenangkan proses. Memang mula-mula tu terkial-kial sket. Tapi lama-lama akan okey ye.. Usaha tangga kejayaan !!! |
|
12.
Ermmm .... Ermmm... Kenapa macam sotong kurita jek ni??
Haaaaaaaaa sabar.. Proses masih belum settle lagi ye. Ada 1 step lagi. Lepas siapkan semua gubahan tu, tibalah masa untuk mencantikkan riben-riben |
|
13.
Yeay !! dah jadik !!! Riben tadi yang asalnya macam sotong kurita kan?? Korang amik and keluarkan kelopak dia 1 1. So kembangkan. Buatlah camne pun dia pasti kembang camni. Keluarkan and jangan bagi dia jadik sekeping k. |
|
Togel jek kan bunga pahar ni. Haaaa Lepas ni kalau dah letak riben tu cantik laaah !
|
Dah siap !!
|
contoh kalau pada souvenir or apa-apa jenis hiasan lain k |
|
|
terima kasih hanis... sangat sangat la memberi inspirasi dan idea serta semangat!
ReplyDeleteWah rajin nya nak DIY..
ReplyDelete