Morning... Huuuu hari ni ingatkan dapat CUTI UMUM kan? Tapi Malaysia kalah kepada Jepun. sO dengan kecewanya bersiap-siap ke opis. Hahaha tak apa laa.. Mereka pun telah berbuat sebaik yang mungkin. Kita tak perlu nak memakin hamun or menyalahkan pasukan Malaysia. Sepatutnya memberi semangat. Orang kata rezeki kan Allah tentukan. Tak ada rezeki kita tahun ni. Cuba lagi laaa. Hi hi tapi hari ni bukan nak cite pasal Malaysia kalah. Tapi nak sharing pasal Darlie Expert Fresh ni lagi. Sebelum ni aku memang pernah shared info dia kat entri lepas : Nak Mulut Stay Fresh Breakfast till dinner ?
Haaa So Hari ni aku rajin pagi-pagi lagi dah sharing pasal Darlie Expert Fresh ni sekali lagi. Orang kata nak amik mood keje pepagi isnin kan?? Alhamdulillah tak dak Monday blue today. Hik hik .. Oh sebenarnya aku up lagi entri pasal Darlie ni sebab buka-buka jek nuffnang pagi ni, tersenyum lebar Nampak iklan Darlie Expert Fresh ni berjoget lagi. Tapi untuk CPC laaa bkn CPUV. sOOOoooo kengkawan yang baik hati tu sudi-sudikanlaaahhh click pada iklan Darlie aku ni ye? Mekasih
Yeayyy !! Ha sebesar alam gittew aku haplod CPC ni. Hik hik.. |
MUngkin inilah ubat gigi yang terbaik yang mampu menyelesaikan masalh nafas berbau. Tapi perlu diingatkan Rajin-rajin memberus gigi ye. Janganlaah mengharap sekali berus jek kalau korang-korang makan benda-benda macam bawang, durian, petai and so on.. Darlie Expert Fresh ni dah available pun di Watson, Guardian and shopping2 mall. Harga dia dalam RM11.89 kalau tak silap. Boleh cek balik ye.
Tapi nafas segar ni memang penting pun dalam kehidupan seharian kita. Nak bercakap dengan orang ramai, bergaul dengan rakan-rakan sekerja. Jangan menjejaskan reputasi kerja and mood kita disebabkan perkara remeh-temeh begini yeee. Masalah mulut atau nafas berbau busuk walaupun telah diberus dan dicuci awal pagi adalah masalah yang sangat berat kerana teman atau rakan-rakan kerap mengelak untuk berada berdekatan ketika sedagn menjalani aktiviti mahupun berbual. Keadaan itu akan berlanjutan jika profession pekerjaan kita yang memerlukan banyak bercakap dan berurusan dengan orang ramai. Mesti kita terasa kan kalau orang mengelak atau menjarakkan diri ketika bercakap dengan kita. Perkara ini juga akan memalukan kita.
Antara penyebab masalah berbau, info yang aku dapat dari google adalah disebabkan factor:
Bakteria:
Mesti kita semua maklum tentang lebihan makanan yang terlekat di gigi akan menyebabkan bakteria kan?? Hahah aku selalu dengar masa dalam iklan TV. Okey lepas makan tu rajin-rajin lah berkumur atau berus gigi ye?
Kekurangan air liur:
Ohh rupanya kalau air liur dalam mulut berkurangan pun boleh menyebabkan nafas berbau. Patotlahh rata-rata orang yang berpuasa dan kurang minum air nafasnya akan berbau. kekurangan rembesan airu liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menyebabkan kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Sebab itu juga jika kita bangun dari tidur mulut akan berbau kerana air liur berkurangan.
Antara punca lain kekurangan air liur adalah :
- Stress
- Minuman alcohol
- Berpuasa
- Menggunakan ubat kumur ada alcohol
- Bercakap terlalu banyak
- penyakit pada pencernaan, pernafasan, usus, buah pinggang serta jangkitan tekak dan paru-paru
Jadi.. marilah kita rajin-rajin memberus gigi yee.. & Minum air yang banyak untuk kesihatan badan serta mulut |
No comments:
Post a Comment