Tabung nuffnang sayer :

Monday, 16 January 2023

MAKEUP TAHAN LAMA (10 to 12 JAM) DENGAN LOOSE POWDER MARY KAY

17 Jan 2023, 12.10 AM

Hi Assalamualaikum, alang-alang baru siapkan slaid untuk kerja esok, maka kita siapkan 1 entri untuk blog ni supaya tak usang dan sepi sangat. Tetiba rasa nak sharing mengenai loose powder. Korang yang perempuan mesti tahu kan untuk powder kita ada 2. Satunye compact powder, dan satu lagi adalah loose powder. Yang aku nak cerita ni more kepada loose powder sebab compact powder ni rata-rata orang dah tahu pun. Untuk loose powder ni sebenarya ramai yang masih tak tahu dan ada yang anggap tak perlu. Tapi seriousy, loose powder ni banyak kelebihan dia yeeeeeeee.. Antara salah satu nya untuk cantikkan makeup korang dan jadikan make up tu lebih tahan lama. 

Haaa tak tahu kan?? sO untuk  loose powder yang aku sendiri pakai adalah dari Mary Kay. Sebelum ni memang aku agak malas nak apply loose powder ni atau sebenarnya pada asalnye lah aku sendiri tak tahu mcam mana nak apply loose powder ni pun. Macam mana nak pakai kan? Ada tu yang kene tuang, bersepah habis bedak tu sebab dia macam bedak debu baby tu. 

Ok ni material loose powder and bewarna putih ye. Jangan risau loose powder ni untuk set kan makeup di wajah tu supaya lebih kemas sahaja. So dia akan lock minyak dan apa sahaja yang menghalang make up you all tu rosak. 


Selalunya bagi yang pakai loose powder ni, make up akan tahan sehingga 12 jam if apply step lengkap prep skin tu dari mosturizer sampai ke foundation. If you all tak pakai foundation and just pakai selepas letak mosturizer dan sunscreen so make up tu akan bertahan dalam 3-4 jam begitu. sO loose powder ni lebih kurang macam nak lock foundation korang supaya kemas dan tak bercapuk walau berpeluh sebab fungsi dia lebih kepada menyerap minyak yang ada pada skin tu nanti. 

Tapi semua bergantung atas loose powder yang dipilih ye. Macam Mary kay ni paling lama aku pernah pakai adalah 10 jam (kalau masa tak boleh solat) so make up tu masih ok ye. Price pun sangat ok dan reasonable. Korang tak akan percaya dengan finishing begitu dengan harga yang berpatutan. For sure loose powder ni bukan pakai banyak pn just dap dap je.


cara pakai dia pun mudah je. Tak susah. 


Selepas korang dah apply foundation, just terus dap dap begini di wajah. Kalau cara aku ni, aku cari 1 span bedak then amik je bedak tu  dengan span. Dap di wajah dan akhir sekali korang ratakan dengan powder brush. Ratakan juga sekali lagi dengan compact powder supaya dia blend dengan warna kod compact powder korang tu. Sebab tu loose powder ni bewarna putih pun tak ada hal lah !


Ok siap haaa... Make up lebih kemas tau korang. Betul tak tipu 


ok yang ini latest gambar di ambil selepas 5 jam ye pemakaian loose powder. sO finishing dia memang cantik sangat. Jadi kalau nak cuba produk-produk Mary kay terutamanya loose powder yang tak sampai pun RM80 ni, boleh la komen dibawah. Kita nak set kan skincare dan make up class untuk yang berminat juga sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam. 

Psstt... aritu kita dah lalu 1 butik make up di Sunway piramid ye. 1 loose powder brand tu RM200 tau. Hehe. so Mary kay still reasonable price ye for 3 - 4 months. Masih mampu milik . 

Monday, 9 January 2023

TOP 4 PRODUCT MARY KAY YANG DISUKAI

 9 Januari 2023, 10.40 malam.... 

MARY KAY ..... 

Hello.. hello... dah masuk tahun 2023. Kita baru nak post something dalam blog ni. Itu pun setelah sekian lama tidak berupdate kerana busy. Malam ni nak sharing juga sikit... sikit pun jadik laa. So kita nk sharing mengenai Top 4 Produk Mary Kay yang aku suka, aku pakai dan beli selalu untuk buat stock. Actually nak jugak cerita bila mula pakai MK dan mcam mana boleh terjebak dengan MK ni. Tapi kita start dulu dengan gambar aku yerrrrrrr.... Tengok bebetul hehe.. Gambar terkini. di usia yang menginjak hampir ke angka 37 dan 38. Orang kata hampir ke 40 la kan?? 


See yaa kulit jadi senang nak dirapi, nak pakai make up pun senang yakmaaattt. Tak perlu nak struggle utk bagi nmpak helok. Tak rugi kalau korang nak cuba MK ni with a reasonable price. Tapi semua tahu kot kualiti produk mcm mn berbanding yang ada merkuri tu. 

Taraaaaaaaaa ! Product Timewise Mary Kay

Ok so far ni lah rupa skincare yang aku pakai tu dari beratus-ratus lagi produk dia ye. AKu dah senangkan pencarian korang dah ni haha. Macamana aku boleh berminat untuk cuba MK ? Actually bila dah umur semakin banyk ni, kita memerlukan some producti yang mampu merawat dan mencntikkan kulit kita. Sebab APA?? Sebab bila semakin meningkat ni, banyak benda di dalam badan mula pudar . Contoh nya kolagen dalam tubuh badan pn semakin berkurangan. sO mula lah ramai consume kolagen di pasaran-pasaran. 

Jadi bila umur dah semakin banyak, aku disapa oleh Sales Director or yang jual produk MK di booth. Kebetulan pulak aku mmang mula mencari-cari produk yang sesuai dengan umur. Maka MK menjadi pilihan. Bab price tu rasanya bila kita semakin dewasa ni, kita mesti ada peruntukan untuk kecantikkan kn? Rugi tak menjaga penampilan diri ye. 

Ini cleanser / pencuci muka. Kita ada iaitu kulit normal / kombinasi .  Seronok sabun muka dengan MK ni sebab dia terus bersih ye. NAmpak kecik tapi berbisa yee sebab boleh bertahan ke 3bulan. Memang betu jimat nih. 

Yang ini day cream. Boleh pakai sekiranya nak jemur kain atau untuk harian dipakai before apply
make up

Yang ini night cream yea memang dipakai untuk malam shj. Bila malam kn sewaktu kita tidur kulit muka akan mengalami pembaikkan kulit. hehe sebab tu penting untuk memaki before tidur. RUgi tak pakai ye sebab esk pagi bngun mesti ada beza pakai dan tidak pakai. 

Ok ini eye cream untuk merehatkan kulit mata. 

Ok aku dah senaraikan antara Top 4 produk-produk yang aku suka dan paling basis yeee.. Untuk Januari ni ada banyak promoooo. sO siapa yang nak join kelas make up / skincare bagi area Shah Alam (Kota Kemuning/ Jalan Kebun) boleh lah drop komen atau boleh emel terus shj sy ye. Aku nak bagi FREE class shj dengan FREE GIFT bgi yang berjaya belajar make up dngan baik lepas ni. 

Kita nak buka kelas ni limited 5 orang shj 1 kelas pada tahun 2023. Jom la korang! 

Tuesday, 1 November 2022

DECO BARU BILIK ANAK-ANAK DENGAN RAK IKEA (PASCA BANJIR)

 2 November 2022, 12.25 tengah malam.. (Selasa)


Sebelum tidur, saja nk up 1 entri berkaitan pasca banjir untuk perkongsian bersama. Kalau masih belum pernah baca entri aku berkaitan banjir tempoh hari boleh la baca di link Banjir Besar Shah Alam Part 1. So secara ringkasnya banyak barang memang rosak la. Ada part 2 rentetan dari kisah banjir tu tapi kita masih tak ada idea nak sharing lagi ayat. Haha gitu... Rumah masa lepas banjir tu tak yah cerita lah. Memang buruk habis. Jenuh la nak cuci ye. Rumah kita bila da kene air banjir for sure la kotor tau. Air dia busuk yang amattt tak tahan dan loya ye kawan-kawan. Untuk yang ni kebanyakkan barang-barang memang habis rosak la kn. Terutama brang-barang dalam bilik habis semua tak boleh dipakai dan perlu dibuang. Bilik memang kosong ye especially bilik anak-anak yang dah cantik aku hias sebelum ni ye. Banyak habis duit haha rasanye tak sampai setahun buat untuk bilik then hancur. Korang boleh visit deco lama bilik anak-anak di sini : Deko bilik Laana sebelum banjir

Selepas banjir tu terduduk la sekejap kan. Tak tahulah dapat bina balik tak suasana bilik tidur idaman anak-anak lagi selepas ni. Duit simpanan pn bukan nye kita nak habiskn untuk deco rumah je kan? Tapi kene lalui dengan redha. Sabar dan terima ujian Allah ni dengan hati yang lapang. Amin banyak sinar yang menanti kami. Satu satu bantuan muncul. Maka dengan duit yang dah mencukupi ni aku pun hias semula bilik anak-anak. Anak-anak memang request untuk pink barbie pun. Tapi kita buat ala kadar sahaja asalkan kemas dan sedap mata memandang. 

Taraa !! Bilik baru anak-anak selepas pasca banjir. 

Kalau boleh kita nak hias seminima mugkin untuk bilik anak-anak ni. Tak nak serabut sangat. Biar jadikan tempat untuk berehat, bermain, tidur dan aktiviti bebas dengan selesa. 

Ini pulak gambar lama sebelum banjir. Jadi selepas banjir kita bagi nafas baru yang lebih mantop gitu! Jadi mana satu pilihan korang Deco bilik lama ke bilik baharu? 


throwback satu gmbor bagi memperingati saat semua barang dalam bilik ni rosak ye. Semua kene buang tak ada 1 pun tinggal. Memang kosong


Dalam almari ni memang khas untuk buku-buku dan mainan budak2 je. 


Alang-alang dah kene deco suasana baru. so aku choose kalini perabot yang sukar mngalami kerosakan je la.Katil pun beli yang besi je. Rak baju kayu betul. Bkn kayu chipboard lagi. Lain-lain tu memang almost IKEA laa. Total kita beli baru semua untuk bilik ni 

Cat smooth pink nippon paint. Ada sale 40% = RM180
katil besi (beli kedai perabot) RM499
Cadar RM79 
Almari (Beli kedai perabot) RM899
Rak buku Ikea Billy Oxberg RM389
Rak Ikea Trofast (isi mainan anak) RM229  (box pink dan putih yang sedia ada)
Meja kecil 1 set dengan kerusi IKEA LATT RM119
Karpet (pakai sedia ada)
Tilam (pakai sedia ada. Masa banjir pakai servis basuh shj) RM80 
Almari IKEA berlaci chest (sedia ada)

Total hasil belian barang baharu : 2,474.00 (lebih kurang sebegitu lah kot)


Step pertama kan harus lah beli cat. Cat acara wajib sbab dinding yang banjir memang kotor sangat. Kene kikis untuk cuci. Kita choose warna pink. pink lembut mcm dusty pink gitu. Tapi ada jgk mcm warna salmon pink


Bilik siap cat. MBSA ada datang untuk bantu cat. Lega sangat sebab kami tak de kudrat nak cat sendiri. Klw nk upah orang kene la standby RM3-4 ribu yee 

Alhamdulillah warna cat seperti di idamkan





Seronok tengok blik dah siap cat. Cerah bersih. Masa ni cadar pun belum pasang lagi. Tunggu cadar baru 


So lepas dari tu sikit-sikit kita deco dan begini lah hasilnyaaa 






Wednesday, 26 October 2022

HI-TEA TEMA TWILIGHT DI LAMAN GAHARU EMAS, KOTA KEMUNING SHAH ALAM

23 Oktober 2022, 11.30 malam.. 

Assalamualaikum wbt... Hello kembali bersiaran. Hehehe setelah lama kan janji nk update selalu secara konsisten. Seriously content untuk sharing banyak gler tapi aku tak sempat nak menaip. Ada baby .. aha alasan ! 

Okey la. Kalini nk share 1 tempat yang aku rasa menarik nyee untuk korang-korang yang nak cari private place untuk adakan kenduri kahwin, hi tea or apa-apa event je la yang bertema twilight. Aku memang ckup suka tema macam tu sebab pengaruh cerita twilight yeee. Memang dari luar tu nk masuk ke situ agak konfius sedikit. Sebab korang akan rasa mcm weh luar mcm biasa masuk dalam, eh aku kt mn ni ?? Lawa betul tempatnya. 









Lawa tak korang ? seriously masa first time masuk pun dah teruja. Hari tu owner tempat ni jemput kami hi tea je dekat lamangaharu ni. Oh ye nama tempat ni lamagaharu. Owner tempat ni jemput 1 taman perumahan kami untuk borak2 santai petang. Pagi tu ada event kahwin dah so dia kekalkan deco twilight tu untuk kami hi tea pulak petang tu. 

Jiran-jiran pulak decide nak baju tema putih biru. Memang lawa ye sebab semua memakai warna seperti yang dijanjikan. Tempat cantik, makanan pun sedappp. Dalam ni tak rasa panas langsung tau korang. Seju memang rasa macam tak ingat dunia luar. Sejuk mcm aircond sebab ada pokok-pkok. NYamuk tak ada langsng sebab owner dah ltak siap ubat nyamuk secara tersembunyi tak akan nampak dan bau. 

sebelum makanan kitorang bergambar dulu dengan jiran-jiran susah senang 

ramai lagi tp yang ni je terawal datang hehe. Geng apak-apak tak masuk lg
kalini. Tema semua mesti samaa ye


Sambung amik gambar lagi sekejap hehe lepas mkn. 




Bila tengok kt atas . Lagi cantik tengok daun pokok-pokk tu touch each other kn? Memang menarik la. Klw ada nk buat promo video tema 'mat kilau' pn ni sesuai sangatt utk any event ehehe... 

Owner lamangaharu emas

yang terbaru sekiranya ada majlis perkahwinan owner tempat dah upgrade ada tempat untuk pengantin bersiap dan rehat ha. Ada aircond lagi tu. Sangat lah selesa kan? 

Tengok bila full deco. Cantik kan?? 

Dah terbayang cerita twilight hehe 

Aku just share bagi sesiapa yang nk buat event ala twilight la kot ada yang mencari idea kan. Tempat dia pun agak tenang, senang jgk nk parking. Area kota kemuning Shah Alam. Nk tengok gambar full boleh visit ig dan tiktok @lamangaharuemas


Nak tonton video full reels yang sempat aku create boleh tengok video di bawah ni


Monday, 26 September 2022

TOP MENU TACO BELL YANG AKU SUKA

27 September 2022
1.45 pm..

Sementara masih ada masa lapang sebelum jam 2.00 petang ni nak review 1 makanan yang best sangat. Boleh kata simple, sihat dan sedap. Sebenarnya aku memang suka sejenis makanan yang macam ni contohnya subway, roti sardin, and yang kali ni, Taco Bell. Nama macam biasa-biasa kan? Tapi bagi aku makanan-makanan dia sngat sedap. Last week we all tak tahu nak makan mana  sebab kadang hari minggu selalunya kami decide nak makan di luar je. Since ada baby kecik ni susah nak masak-masak sangat, maka aku lebih fokus kemas rumah dulu. Rumah yang banjir tahun lepas pun masih ada saki baki belum dikemas yeee. Lama kan ?



berselera anak dara ni makan ha. Memang habis licin. Semua anak-anak suka


Taco Bell yang aku pegi ni dekat Cyberjaya. Agak dekat jgk dengan rumahku. Kedai dia pulak diluar mcm tu. So tak perlu masuk ke mall and park kete jauh-jauh untuk makan ni je. 



Menu dia ada banyak tapi aku share yang kitorang sukaaaaaaaaaaa makan ye. Recommended la Hehehe 





Untuk menu lain you all boleh google.  Harga pun berpatutan dan keyanggggg ye. hehe 

BANJIR BESAR DI SHAH ALAM 2021 - PART 1

 24 Ogos 2022, 10.00 pm

Cerita banjir rasanya dah lama berlalu tapi saja nak share juga dalam blog untuk simpanan dan tatapan. 27 Disember 2021 ye. Huhu memang tak dapat dilupakan tarikh tu. Setelah sekian lama blog tak ber'update' akhirnya ada juga masa untuk update. Al kisah disebalik banjir tu banyak perkara nak diselesaikan. Rumah memang habis rosak. Walaupun paras air masa kejadian di paras pinggang, tapi banyak kerosakkan dah berlaku. Untuk kami yang tak pernah hadap kejadian banjir ni. 

So ini kira the first time la memori banjir. Kebetulan semua jiran-jiran pun tak pernah hadap kejadian sama ni dan tempat kami ni pun tak pernah kene banjir, maka memang semua pun kalut dan tak tahu apa nk buat. Nak cerita kronologi banjir lah untuk kenang-kenangan.

Ruang bulat dimerahkan tu adalah rumah aku



26 Disember 2021: Hujan lebat tak berhenti-henti. Rasanya sebelum banjir tu hujan lebat lebih kurang tiga hari berturut-turut. Memang lebat sangat. Mula-mula tak ada kerisauan sebabnya tak pernah lagi rumah dinaiki air nih. Kebetulan juga tahun 2021 tu kan orang masih bekerja dari rumah. Rata-rata di rumah. 


27 Disember 2021 

Pagi: Bangun pagi tu Sabtu, jadi hari cuti tu mula-mula seronok la kan. Hari minggu hujan hujan ni kan siapa tak suka kan? Semua pun seronok. Tapi bila dah masuk ke petang tu kami macam sedikit panik sebab air macam penuh di jalan tar hadapan rumah. Walau tak masuk pun halaman rumah lagi masih tertanya-tanya la kan. Eh kenapa air penuh ni? Tak pernah air penuh di jalan tar. dah macam kolam bertakung. Masa tu mula tak sedap hati. Risau. Alamak ! NAK BANJIR KE NI ?

Kalau tengok pada air ni dah naik sikit. Tapi kami masih tak percaya nk banjir ye


Petang: Dalam jam 2 lebih tu, air dah mula masuk ke halaman rumah. Agak cepat juga dan sekitar 5petang dah penuh di ruangan porch kereta. Dah la masa tu husband kerja pulak siang tu. Barang-barang rumah memang tak kemas langsung ye. Langsung tak ada yang berkemas. Tapi bila nampak dapur belakang air da mula naik tu. ada la panggilkan jiran lelaki mintak tolong angkatkan masuk mesin basuh dan dryer ke dalam rumah. Masa ni mati-mati masih beranggapan air tak akan masuk nih. 



7.00 petang: Air da mula masuk ke dalam rumah sedikit. Masa ni kami cuak la. Angkat semua barang2 sepantas kilat. Mana yang boleh diselamatkan, kita selamatkan dulu. Kemudian husband mintak pack kan baju-baju. Aku terus bawa masuk baju dalam beg tarik besar gedabak tu mcm nk pergi holiday ok. Amik je baju mana yang sempat grab. Alhamdulillah byk jgk aku berjaya angkut. so kira untuk 5 hari bermalam asalnya. 

Barang-barang yang sempat dibawa naik ke atas kerusi plastik. Next time kene beli banyak-banyak kerusi plastik ni. Banyak kegunaan. 


8.30 malam: Masa ni Air da mula naik tinggi. Rasanya da paras lutut. Husband dah angkut barang2 naik ke tempat tinggi. sO baju semua da bawa masuk ke dalam kereta. Check semua elektrik dan all. kami semua meredah banjir naik ke atas. Ya Allah masa keluar dari taman tu, dah paras dada aku dah dengan air yang deras sekali. So kene berpaut kuat pada divider yang ada sebelah. kalau terlepas memang boleh hanyut. Dengan ada baby lg kan. Masa tu Julia 6 bulan umur nya. Bayangkan dengan keadaan banjir macam tu, hujan lebat lagi. Air deras. 

Air da mula tinggi paras peha dan pinggang 

9.30 malam: Kami selamat masuk ke dalam kereta yang husband actually da bawa naik awal-awal lagi nye. Naik kawasan tinggi sikit. Lepas msuk kereta tiba-tiba menangis sebab sedih, sebak hiba semua ada. Siapa tak sayang rumah kan? Rumah yang kita da buat cantik-cantik. Hati cuba terima tapi masih awal. so kita keep emosi jugak la. Nangis dan nangis. Baby langsung tak meragam. Elok pulak disamping kakak-kakak dia dua lagi tu. Pendek kata Allah permudahkan. 

Belum part tu selesai, kami kene redah keluar dari kawasan tu pulak. Masa tu kereta dah penuh. Parking pulak ikut dan simpang siur. Dah tak follow arah dah. Masing-masing nak elak banjir je la. Ada terpaksa redah jgk air banjir, klw tidak jalan stuck situ sampai ke sudah. Kami follow la arah mn yang sesuai sampai la jam 10.30 malam ye. 

11.00 malam: Parking tepi 1 Mall. Memang area rumah 5 minit je dgn Mall tu. Kawasan tu mmg tinggi. sO memang tak banjir lagi. Kat situ jenuh la dalam kesejukan sebab baju da kene air banjir tadi basah lenjun. Gigil-gigil. Anak-anak dah tidur semua ye. ketiga-tiga tertidur. Kami tunggu husband. Terpaksa berpecah sebab ada 2 kereta. Dia bawa 1 dan aku 1. Selepas keluar dari kekalutan, nampak la husband smpai. Masa tu jam 12.00 yeeeeeeeeee... 12.00 tengah malam. Bayangkan aku tak sempat makan dari tengahari tadi smpai 12.00 mlm.  Perut kosong, lapar, sejuk, mengantuk, penat. 

12.00 malam : 1 episod dah selesai. 1 episod lagi. MANA NAK TINGGAL NI ????? Allah dengan hujan masih lebat sangat. Kami rsau dah mana nak tidur mlm ni. 12 tengah malam. Ada kawan yang offer rumah diorang tapi masalah kami ni, kami sendiri tak dapat keluar dari kawasan tu. Dah macam pulau. 

Tiba-tiba one of jiran call bgth ada bilik kosong dalam 1 kem yang dia duduk sekarang. Tak cakap banyak terus pergi. Dekat dengan rumah. Alhandulillah sebab boleh la ulang alik tengok rumah. 5 minit je. Sampai-sampai... dalam kepala kem ?Hmmm rupa macam asrama kot. Sekali bila smpai kami dapat tempat selesa sangat. Dah la ada aircond. Katil, sofa, pendek kata tak ada yang kurang. Syukur lagi bila Allah permudahkan urusan mlm ni. 

2.00 pagi : Baru dapat nak lelap lepas mandi sebab dah lenjun kn? Lepas mandi solat tadi menangis lagi.. Huhuhu sedihnyeee. sebak hiba.... Sampai tertidur laahh keletihan. so Hari kedua kita sambung lagi. Macam mana situasi kami selepas hari kedua dan seterusnya... 

Gambar before kita masu ke Part 2 later.