2 November 2022, 12.25 tengah malam.. (Selasa)
Sebelum tidur, saja nk up 1 entri berkaitan pasca banjir untuk perkongsian bersama. Kalau masih belum pernah baca entri aku berkaitan banjir tempoh hari boleh la baca di link Banjir Besar Shah Alam Part 1. So secara ringkasnya banyak barang memang rosak la. Ada part 2 rentetan dari kisah banjir tu tapi kita masih tak ada idea nak sharing lagi ayat. Haha gitu... Rumah masa lepas banjir tu tak yah cerita lah. Memang buruk habis. Jenuh la nak cuci ye. Rumah kita bila da kene air banjir for sure la kotor tau. Air dia busuk yang amattt tak tahan dan loya ye kawan-kawan. Untuk yang ni kebanyakkan barang-barang memang habis rosak la kn. Terutama brang-barang dalam bilik habis semua tak boleh dipakai dan perlu dibuang. Bilik memang kosong ye especially bilik anak-anak yang dah cantik aku hias sebelum ni ye. Banyak habis duit haha rasanye tak sampai setahun buat untuk bilik then hancur. Korang boleh visit deco lama bilik anak-anak di sini : Deko bilik Laana sebelum banjir
Selepas banjir tu terduduk la sekejap kan. Tak tahulah dapat bina balik tak suasana bilik tidur idaman anak-anak lagi selepas ni. Duit simpanan pn bukan nye kita nak habiskn untuk deco rumah je kan? Tapi kene lalui dengan redha. Sabar dan terima ujian Allah ni dengan hati yang lapang. Amin banyak sinar yang menanti kami. Satu satu bantuan muncul. Maka dengan duit yang dah mencukupi ni aku pun hias semula bilik anak-anak. Anak-anak memang request untuk pink barbie pun. Tapi kita buat ala kadar sahaja asalkan kemas dan sedap mata memandang.
|
Taraa !! Bilik baru anak-anak selepas pasca banjir. |
Kalau boleh kita nak hias seminima mugkin untuk bilik anak-anak ni. Tak nak serabut sangat. Biar jadikan tempat untuk berehat, bermain, tidur dan aktiviti bebas dengan selesa.
|
Ini pulak gambar lama sebelum banjir. Jadi selepas banjir kita bagi nafas baru yang lebih mantop gitu! Jadi mana satu pilihan korang Deco bilik lama ke bilik baharu? |
|
throwback satu gmbor bagi memperingati saat semua barang dalam bilik ni rosak ye. Semua kene buang tak ada 1 pun tinggal. Memang kosong |
|
Dalam almari ni memang khas untuk buku-buku dan mainan budak2 je. |
Alang-alang dah kene deco suasana baru. so aku choose kalini perabot yang sukar mngalami kerosakan je la.Katil pun beli yang besi je. Rak baju kayu betul. Bkn kayu chipboard lagi. Lain-lain tu memang almost IKEA laa. Total kita beli baru semua untuk bilik ni
Cat smooth pink nippon paint. Ada sale 40% = RM180
katil besi (beli kedai perabot) RM499
Cadar RM79
Almari (Beli kedai perabot) RM899
Rak buku Ikea Billy Oxberg RM389
Rak Ikea Trofast (isi mainan anak) RM229 (box pink dan putih yang sedia ada)
Meja kecil 1 set dengan kerusi IKEA LATT RM119
Karpet (pakai sedia ada)
Tilam (pakai sedia ada. Masa banjir pakai servis basuh shj) RM80
Almari IKEA berlaci chest (sedia ada)
Total hasil belian barang baharu : 2,474.00 (lebih kurang sebegitu lah kot)
|
Step pertama kan harus lah beli cat. Cat acara wajib sbab dinding yang banjir memang kotor sangat. Kene kikis untuk cuci. Kita choose warna pink. pink lembut mcm dusty pink gitu. Tapi ada jgk mcm warna salmon pink |
|
Bilik siap cat. MBSA ada datang untuk bantu cat. Lega sangat sebab kami tak de kudrat nak cat sendiri. Klw nk upah orang kene la standby RM3-4 ribu yee |
|
Alhamdulillah warna cat seperti di idamkan |
|
Seronok tengok blik dah siap cat. Cerah bersih. Masa ni cadar pun belum pasang lagi. Tunggu cadar baru |
So lepas dari tu sikit-sikit kita deco dan begini lah hasilnyaaa
So sorry to hear that TT terkesan dengan banjir besar Shah Alam tu. Anyway cantik warna dinding tu, sama dengan warna latar belakang blog ni ;)
ReplyDeleteeh hehe aah la sy pn baru perasan. sama betul hehe. Banyak yang terkesan banjir thn lepas tu. Setiap ujian ada hikahnye
Delete