Ada sape-sape lagi yang menggunakan kereta Perodua?? Aku rasa memang ramai yang menggunakan kereta perodua right? Kalau ada, jomlah sertai 'What's Your Perodua Story?' di http://www.peroduastory.com.my/story/ and ceritalah pengalaman korang semua sepanjang dengan kereta perodua ni. s0 mungkin inilah masanya untuk korang semua bercerita tentang pengalaman pahit manis, atau untuk sebarang aduan atau ingin mengutarakan sebarang penambahbaikkan untuk perodua. Aku dah.. korang bila lagi ^_^
CERITA PERODUA AKU?
"Perodua Myvi adalah kereta
pertama aku. Memang semestinya kereta pertama yang aku miliki. Masa Myvi
mula-mula keluar dulu, aku still belajar tahun kedua terakhir Ijazah Sarjana
Muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu. Masa tu asyik tengok
je orang yang pandu kereta MyVi dari jauh. Cun betul kereta ni. Comel sangat!
Masa tu mulalah berangan nak pakai kereta ni kalau dah kerja nanti. Bila habis
belajar tahun 2009 tu, aku terus bekerja. Memang tak sempat nak menganggur
walau sehari. Kiranya terus dapat kerja yang bagus. Alhamdulillah… jadinya,
angan-angan nak pakai kereta tu memang kuatlah sebab senang untuk urusan
ulang-alik ke tempat kerja.
Awal-awal kerja ni, memang
ulang-alik dengan kereta emak, iaitu Perodua Viva. Memang jimat minyak dan tak
ada masalah langsung. Tapi bila aku di arahkan untuk bertukar balik ke ibu
pejabat dari cawangan Terengganu, emak dan ayah hadiahkan perodua Myvi SE
kepada aku. Macam mana mak dan ayah tahu kereta idaman aku pun tak tahu. Duit
muka kereta memang mak dan ayah bayarkan. Cumanya aku hanya perlu membayar duit
ansuran bulanan. Sama seperti Perodua Viva. Perodua Myvi juga menjimatkan
minyak. Kiranya sekarang ni, aku Cuma perlu isi RM40 seminggu untuk ulang alik
ke tempat kerja dari kelana Jaya ke Petaling Jaya. Campur lagi dengan
ronda-ronda sabtu ahad untuk keluar bersama kawan-kawan. Kiranya menjimatkan.
Bagi aku memang berbaloi dan
senang untuk aku pandu Perodua Myvi untuk kemana-mana. Rasa yakin dan selesa.
Paling aku suka sebab tempat duduknya boleh dilaras menjadi lebih tinggi. Jadi
aku boleh nampak jelas masa memandu. Dah macam naik perodua kembara pula
rasanya. Memang selesa dan membuatkan aku lebih yakin nak memandu kot .. dan bla bla bla ... "
Oh walaupun myvi aku ni pernah excident teruk.. tapi aku tetap sayangkan beliau..
Oh walaupun myvi aku ni pernah excident teruk.. tapi aku tetap sayangkan beliau..
dah la tu.. banyak sangat aku membebel..
kereta aku pon dah back to normal..
kereta aku pon dah back to normal..
ready to drive !!!
opss lupa..
I LOVE MY MYVI MUCH !
Laaaa.... mcm mna bole excident ni... hihihi... mklum lh dpt myvi baru.... hihihi..... sya pon ska myvi ..tpi yg wrna putih la..hihi....
ReplyDelete