Tabung nuffnang sayer :

Monday 5 September 2022

KITCHEN CABINET UNTUK LETAK MAKANAN HASIL DUIT GOOGLE ADSENSE

Assalamualaikum wbt 
10.49 malam. 

Mata masih belum mengantuk penangan kopi. Adeh.. tu la bila lama tak minum kopi, mata jadi cerah sedikit. Makanye tak toleh kiri kanan, terus capai laptop di meja dan menaip. Actually lama da nk menaip. Tapi kekangan masa, banyak sangat benda berlaku lately dlm kehidupan. Antaranya baru je kami dilanda ujian banjir. Rumah aku tak terkecuali. Ujian kecil ni aku hadapi dengan redha. Aritu aku janji nak cerita apa aku buat dengan duit hasil berblogging ni kan? Kalau boleh nak yang ada depan mata untuk tengok hari-hari. Duit hasil menaip nih haaaa..... Bukan senang ye nak menghasilkan sesebuah entri ye. hehe yang paham tu paham la ye dak .... 

Ok lah. Tempoh hari aku ada cerita mengenai duit hasil berblog yang aku dah cash out tu dekat ENTRI NI YE ! Makanya dalam kepala ni terus teringat nak buat Kitchen Cabinet (KC). Sebelum ni da memang ada je KC, tapi aku nak tambah sikit lagi memandangkan, barang-barang dapur makanan dah tak muat untuk disimpan. Al maklumlah bila anak-anak da besar ni byk stock makanan kne buat. So simple entri yang aku nak cerita adalah mengenai KC latest aku ni ha.. tak ada lah mahal mana. Aku buat yang paling simple sgt da ni. Warna putih tak sama dengan KC sebelah yang warna soft  gold memandangkan bajet pn yang sedang - sedang. 

material kali ni kayu melanin biasa je. Table top pun pilih yg MDF so far masa kene banjir tu mcm ok jeeeeeeeeeee ... hehe yg KC lg 1 tu mmg pakai konkrit. yang itu toksah buat kira memang elok tak rosak apa. Tp untuk kali ni memang kita tambah yang part ni shj. Kita simpan sini buat kenang-kenangan ye sebab suka sangat baca cerita-cerita lama nih. Bila cakap pasal banjir, cerita banjir pun kita tak sempat cover tau. Panjang perjalanan banjir tu. Tp apa pun 1 episod tak leh nak lupa sebab habis perabot dlm rumah rosak. Tunggu i up kisah banjir pulak yee lepas ni

memang dah lama nak design almari stor mkanan boleh letak lampu mcm mni dan pintu berkaca. Disebabkan kita nak nmpkkan comel tu, pintu kaca aku buat separuh je.

 
Ni bila pintu tu tertutup. Memang saja susun barang begitu. Mostly letak brg mknan dlm bekas jernih mcm ni menyenangkan pemandangan mata untuk tangkap terus apa yang kita nak. Contoh klw aku rs nak minum kopi or milo dah tahu kt mn kedudukan. Tak perlu buka satu satu bekas. Selalunya brg mknan mcm ni ditopup sebulan sekali ataupun ikut keperluan. Yang rasa masih belum habis kami xakan beli lah lagi. Dekat nak habis baru kita beli dan topup sebab barang mkanan ada tarikh luput. 

Inilah ruang pantri kecil yang aku buat tu. Hasil dari duit berblogging (TQ Google Adsense) hehe. Ada juga tempat untuk organise letak barang mknan lebih tersusun. Almari ni khas untuk letak mkanan kering sahaja. Stock mknan yang boleh tahan lama contohnya sos spagethi, tin sardin, kicap, sos cili, minyak  dan sebagainya. Atas sekali dalam box hitam kt cermin tu ada stock susu-susu baby untuk sebulan jugak beli beserta barang-barang btol susunya. 


Untuk almari ni aku pilih white colour. Actually tema rumah aku ni more kepada gold, putih dan warna kayu. sO tak nak lah berwarna-warni sangat warna dlm rumah ni. Aku still ikut konsep yang sama. Lagipula, warna putih ni nampak cerah sikit rumah dan dapur tu. So rumah nampak lebih luas. Eh colour ni betul-betul main peranan jgk tau. Asalnye nak beli di Ikea sahaja, tapi bila fikir-fikir kita dapur sekangkang kera ni ha. Nak ikut ukuran sendiri, perlulah customize kn perabot-perabot. Dapat lah nak design sendiri kan? 



rak makanan dibawah yang tak sempat dikemas lagi. Kita letak masuk je siap-siap dalam basket. Memang masih ada lagi ruangan yang masih kosong dan tak sempat untuk kami berkemas





Nampak tak dapur kita yang sekangkang kera tu. Hehe jadilah kan? Untuk keselesaan sendiri. 


Yang ini aku buatkan khas rak kabinet dapur hanya untuk tempat letak mkanan shj dan barang-barang. Untuk KC yang sedia ada sebelum ni boleh juga rujuk link kitchen cabinet gold. Kos untuk kabinet terbaharu berwarna putih ni tak mahal mana. sO estimated lebih kurang RM1,300 -RM1,500 sahaja bagi yang sedang mencari rujukan harga. 

4 comments: