Tabung nuffnang sayer :

Wednesday, 10 February 2016

yeay ... !!! baby Laana dah daftar haji !!

Kebetulan cuti chinese new year ni ramai bebenor orang bercuti smpai lengang jalan di KL and sekitar-sekitar Selangor. Memang rasa seronok la kalau nak driving and shopping pun ! sO dah alang-alang jalan tak jem, aku pun ambik keputusan ni ke Tabung Haji la semalam untuk daftar akaun dan haji baby Laana ni haaaa. Pergi masa lunch so dalam 1 jam dah settled urusan. Memang cepat dan pantas sekarang tabung haji. Nak kata orang tak ramai semalam, rasanya ramaiiii macam biasa. Cuti-cuti ni memang lagi ramai ambik kesempatan untuk selesaikan urusan peribadi kan?? Makanya aku pun sebok-sebok nak daftar and buka akaun untuk baby. Tu diaaa ! baru 3 bulan dah daftar haji okeh !!! 

Sebenarnya duit-duit ni semua yang terkumpul dari acik-acik and pakcik-pakcik yang bagi Baby Laana. TQ acik and pakcik semua ! Hihihi alhamdulillah dah daftar pun. Urusan untuk daftar pun senang. Tak sukar mana cuma kalau nak daftar haji tu kene ada RM1300 minimum. Kebetulan memang wang terkumpul tu dah cecah pun RM1300 so decide nak buka akaun terus. 

taraaaa dah ada buku akaun ! 



Aku daftarkan baby Laana semalam di Tabung Haji Kelana Jaya. Masa masuk ke dalam tu, terus isi borang ahli baru + borang penama. Borang ahli kene isi 2 set. I nama and detail aku as ibu, then 1 lg borang adalah detail baby. Kemudian isi borang penama sahaja. Kiranya tu adalah borang wajib ye. Tapi kene bawak sekali I/c dan mykid baby yang original. Tak sampai 10 minit urusan selesai dengan cepat.

baby happy sebab da daftar haji *macam la dia paham* -_-


syarat untuk daftarkan anak akaun tabung haji: 

1. borang ahli (2 set) isi detail ibu + detail anak
2. ic ibu dan anak
3. RM1300.00 (untuk daftar sahaja) Kalau nak buka akaun min RM2.00 
4. Ibu yang daftar perlu ada akaun tabung haji 
5. Islam
6. anak bawah umur 18thn 


Nak tahu bila tahun baby Laana akan ke haji?? 

Jeng.. jeng.. jengg... 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





TAHUN 2095 .

Pegawai tabung haji bagitahu masa tu maybe umur baby 79tahun -_-

hahaha tapi tak apa itu cuma anggaran dan panduan sahaja. Kalau dah cukup duit boleh jek pergi lebih awal. sO marilah kita kumpul dan menabung dari sekarang ye. 

No comments:

Post a Comment