Tabung nuffnang sayer :

Thursday, 11 February 2016

BOBA baby carrier untuk baby Laana ^_^

Baby Laana lagi seminggu nak masuk 4bulan. Tapi dah sebok-sebok nak mencarik baby carrier kn?? Kalau nak beli baby carrier jugak kene beli insert baby untuk baby bawah 4 bulan + berat bawah 5kg. So masa dalam pantang and smpai dia 3 bulan lebih pn still dok search google info-info baby carrier yang okey dan terbaik untuk baby. Memang ada yang murah tapi kalau boleh nak yang selesa untuk baby tambahan pulak untuk tulang belakang dia kan? Dalam kepala dah dok ada yang berkenan macam jenama Snuggbaby memula. Then lepas tu berkenan Pognae. Haish ! Tula pun berkenan tapi mahal sangat Tula ni yang paling murah pun RM500 kot ! Bajet aku cuma laahhh RM400 cmtu jaaaa. Nak beli yang murah risau jugak laaa kan? Memang kene search and google more info untuk produk berkaitan baby ni. 

Bagi aku la kan aku suka baby carrier yang SSC iaitu soft structure carrier. Nampak lebih kukuh, baby pun boleh pakai sampai berat dia 20kg. Harga setiap brand banyak yang lebih kurang so sebab tu laa lebih baik korang google dlu mana yang okey. Kalau pendapat aku la kan, aku lebih suka pergi ke kedai or butik then try laaa. Kalau boleh jangan beli sebarangan sebab baby carrier pn ada yang tiruan ye. Sangat bahaya untuk baby anda. Nak bawak baby kot ! Jangan buat memain.


Haa stroller pun kami pakai jugak. Cuma kegunaan baby carrier ni kenkadang time malas nk bersesak-sesak dengan stroller kalau tempat yang ramai orang. Baby carrier lebih mudah la orang kata. Kalau stroller ni kadang-kadang nak bawak barang banyak dah tak boleh sebab space dah penuh dek stroller. Itu sebabnya aku standby jugak la baby carrier ni. Tengok sedap jek si cenonet ku ni dok dalam stroller. 

sO kat sini antara brand yang aku ada usha la before beli tu. Antara orng kata dalam senarai nak beli laaa 
Snuggbaby brand. Brand ni cute2 coraknya. Tapi aku pergi try sendiri di butik fabulos Mom, aduhai tak sesuai dengan aku sebab nampak mcm aku gemuk pulak. Hihi mungkin sebab aku rendah kan. Selesa memang selesa.
Price dia mcm ni dalam RM380

Jumpsac brand pun sama and lebih kurang sebijik macam snugbaby. Made in Malaysia sama jugak seperti Snuggbaby juga made in Malaysia.
Price pun lebih kurang Snuggbaby tapi dia ada yang murah dalam RM229. 

Tula cantik kan ! Huhuhuhu adore sangat brand ni tapiiiiiiiiiiiiiiii mahal sangat. Tak mampu hakak laaaa.
Price Tula semua over RM500 okey. 

Pognae ni pun antara dalam list sebab kawan 1 opis pakai cakap selesa. Ada zip kt belakang baby so buka bukak untuk pengudaraan.
Made in Korea.
Price dia minimum RM349 

So kebetulan aku jenis yang pergi try satu-satu setiap baby carrier ni haaa sebelum beli. Masa tu aku memang aimed nak beli Snuggbaby la kan? Ceyyyyy tak pandang brand lain nih. 2x pergi butik fabulos mom. Kali ke-2 tu nk usha lagi laa brand tu, tapi sekali terpandang Boba 4g. 4g ni kira yang terbaru la and banyak kemudahan lain. Memang aku pergi tu untuk cuba-cuba dulu sebab baby Laana baru 3bulan lebih time tu. Baby carrier tu mostly untuk baby 4bulan ke atas. Bila terpandang Boba tu, aku terus rasa nak cuba. Duit memang dah ada la untuk baby carrier nih. Memang standby awal lagi. 

Bila try tu terus jatuh cinta pulak dengan brand ni. Ringan... best... and tak rasa berat langsung bawak baby dalam tu. Extra mark bagi pada boba ni dia boleh untuk baby bawah 3 bulan jugak. Tak perlu beli insert sebab Boba 4g ada sertakan bantal untuk tinggikan baby bawah 3 bln. Then dia bagi pelapik jugak untuk alas kaki incase baby boring kaki tergantung. At least ada la pelapik untuk letak kaki dia. Boba Ok sangat. Desing pun cun !




 Boba ni made in US
Price dia untuk desing ni RM403.00

Makanya aku pun teros pilih Boba laaa. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



ni la bantal yang ada dalam tu untuk bby bawah 3 bulan. Kiranya tak perlu insert laa. Kaki pulak boleh dimasukkan ke dalam. 



9 comments:

  1. Samala kita. Sue beli boba design tweet ni jg.

    ReplyDelete
  2. Suami pun dok mengamuk nak beli baby carrier ni taw. Padahal kita pantang pun tak habis lagi.. hahhahahah. Inshaa allah kita pun suka dengan boba.. dah lama aim.. tggu ada rezeki.. comel je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiks dalam pantang dah nk beli. cakap dia saboooorr sebab baby ni over 4 months above baru bole start pakai hihi

      Delete
  3. hi... awak guna stroller brand ape yer.. nmpk mcm selesa je untuk bb.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiii baby saya pakai stroller brand santa barbara polo. Masa tu tgh offer so baby carrier + stroller RM699 only. 50% less

      Delete
    2. Tq for reply.. sy pon tgh survey2 stroller n carrier.if free awk buat laa review untuk stroller Lanaa yer...hihi.... :)

      Delete
    3. Hihi done entri pasal stroller. Selamat membaca ! :)

      Delete
  4. Choose comfort, safety and ease when picking out your baby carriers and baby slings. Baby Carrier Malaysia Shop online at our site Motherhood.com.my for the best range of baby carriers and slings that your baby will love.


    Visit Now - http://www.motherhood.com.my/baby-carriers-slings/

    ReplyDelete