Tabung nuffnang sayer :

Monday 15 February 2016

CLINIQUE - faktor usia dan selepas bersalin

Lepas bersalin aritu aku rasa macam kulit muka aku teruknya. Teruk sangat. Bukan teruk sebab naik jerawat tapi sebab nampak kusam giler-giler. Tak berseri macam sebelum ni. Hormon kot. Pikir macam tu tapi dah nak 3 bulan bersalin ni hormon apa eh?? Still kusam and rasa macam makin teruk jek. Tak glowing langsung. Kalau yang tengok dari jauh memang orang cakap okey, tapi kalau pergi dekat-dekat nampak muka aku sebenarnya kering giler. Area hidung dan sekitar mulut n pipi tu menggelupas. Nampak macam pelik pulak. Tang dahi okey jek tup2 ada pulak part menggelupas. Kalau pakai bedak lagi la nampak clearly okey !! sO aku pun dok usaha fikir nak tukar skincare ke tak eh?? Kenkadang skincare lama dah tak effective pada kita, so kita perlu tukar. Aku pulak aritu kebetulan ada teman mak aku beli alat make up dia di Clinique. Jadi terdetik pulak dek hati ni nak mencuba. Plus pulak barang-barang dia kan untuk skincare yang alergic lagi la recommended. 


Setelah jenuh jugak menggoggle review blogger lain mengenai jenama clinique ni, aku pun dengan semangat berkobar-kobar nak cuba lah this skincare. Plus dia adalah 100% free from chemical kan? Memang mahal tapi rasanya ada pakej-pakej yang kita nak and tak nak rasanya. Lagipun kuantiti barang dia tahan lama jugak untuk dipakai dalam 5 bulan cenggitu. Rasa berbaloi kot. Makanya aku pun mengajak mak aku untuk teman tanya nasihat dari promoter Clinique tentang brand ni and masalah yang berlaku kat kulit muka aku ni haaaaaa. Geram aih ! Tetiba rasa sedih sebab kulit tak macam dulu lagi. 

Aku cuma nak bagi kulit ni rasa glowing balik jek. Tak putih pun tak apolaaah aih ! Yang penting kulit kita sihat. Ni kalau kusam memang rasa tak selesa di muka. Orang tengok muka pun rasa cam menyampah kot ! 


Happy face sebab dah nekad nak cuba skincare ni



Makanya ni lah produk yang aku beli. 
3-Steps produk yang basic la kiranya 
ada:

1. Pencuci muka RM89.00
2. Toner RM89.00
3. Mosturizer (Kecik) RM74


patut kene beli mosturizer tambahan untuk moist kan balik kulit tu. Disebabkan harga dia terlebih mahal. Bajet pun dah suam-suam. Sebab baru jek jugak pergi cucuk Laana. sO amik jek la basic 3-Steps ni dulu. Tapi promoter tu kasi sampel untuk test. 


mcm foundation / sunblock untuk melindungi kulit. (sampel) sampel pun agak besar jugak kuantitinya. Tahan kot untuk 1 bln pr 2 bulan. 


Total semua barang-barang ni RM252.00

Ok la rasanya kan? 


Hari ni, hari ke 2 aku dah consumed produk Clinique ni. Katanya bagi dorang 10 hari untuk mencantikkan balik kulit. Hurm hurmm tapi bangun pepagi tadi lepas sapu cream mlm td sblom tidur terasa lembut jek kulit. Mungkin masa tidur dia repairing kulit aku kan?? sO far ok laaa. Akan diteruskan dan bagi feedback after 10-days. Tapi hari ni baru hari ke-2 laaa. Pun boleh jugak nk buat review sebab kulit menggelupas sekitar hidung dan tepi-tepi bibir dah tak banyak. Ada pun sikit sangat. Rasanya 95% improved menggelupas tu. 



arghh nampak tak jeragat pun dah ada sikit2 tepi pipi. sO Clinique please help me to remove all this things !! 

5 comments:

  1. pernah guna jugak skincare ni dulu tapi tak berapa sesuai kot sebab muka jadi berminyak berbakul2. pengaruh rakan sebaya punya pasal :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke? hihi mungkin promoteer slah bg info jenis kulit n produk yang fieda perlu amik kot.

      Delete
    2. ye kot sebab bila pegi kat kaunter clinique yg lain, rpomoter lain describe lain pulak. tp dah malas dah masa tu. so pakai safi je la senang dan murah. haha

      Delete
  2. pernah guna jugak skincare ni dulu tapi tak berapa sesuai kot sebab muka jadi berminyak berbakul2. pengaruh rakan sebaya punya pasal :p

    ReplyDelete
  3. Sue guna skincare Nutriwhite Shaklee, pencuci muka sahaja tahan dalam 9 bulan lebih, jimat dan alhamdulillah serasi dengan kulit :)

    Skincare shaklee ada 2 jenis untuk kulit biasa dan bermasaalah. Saje nak berkongsi ;)

    ReplyDelete