Tabung nuffnang sayer :

Friday 21 November 2014

Jualan murah Tefal di SSTWO MALL

Misi menghabiskan duit di hujung-hujung bulan. Hurmmm ini yang tak gemor, tapi memang tak bawah cash banyak tadi sebab niat tak ada lah nak membeli barang-barang kan? Tapi memang niat ada nak mencarik periuk or kuali Tefal. Pagi tadi kebetulan ternampak iklan Jualan Murah Tefal di SSTwo Mall, dekat SS2 Petaling Jaya. Giler tak pergi, lagipun bukan jauh pun sebab we all SS8 la gittew walaupun di panggil PJ8. HUrmmm whateva ! Tapi ini mengundah benda tidak sedap bila aku terpaksa menghabiskan duit. Tapi bila pikir-pikir kan, bukannya selalu ada sale. Nak.. nak pulak barang ni kalau kat mall giler mahal wei !! Tak mampu nak beli kalau hitung-hitung.
Pagi tadi secara kebetulan ada kawan share picture keratin akhbar iklan jualan murah tu laa. sO apa lagi. Jumaat kan selalunya penjawat awam memang keluar shopping or cuci mata di tengahari, sebab jangkamasa rehat we all agak lama berbanding hari lain. Kalau jumaat pukul 12.15 tenghari sehingga 2.45 petang. Haaa panjanglaa langkahnyee. Haaa mentang-mentang dah mula rajin memasak tu, peralatan haruslaaa ckup. Tapi nak yang best macam Tefal ni. Keh keh keh.. Nasiblaa tapi Tefal ni memang "Alah membeli memang memakai" Eh betul ke peribahasa aku??? -_-

Ini pun aku mampu amik dua barang ni jek la dulu pasai kalau amik lelebih, bajet boleh lari woooo. Dah laa petang ni nak pegi cari penapis air. Air kat Malaysia ni kan paham-pahamlaaaa. Bukan bersih pun. Kalau minum rasa payau. Wekkk !!!
Oh berbalik kepada cerita Tefal tadi. Aku rasa mostly ramai tahu kalau sebut barang-barang Tefal especially untuk memasak, memang barang dia TERBAIKKkkkkkkk !!! Tapi yang tak baik Nye adalah MAHAL. Tapi kalau ada end year sale ni, memang murah betul la. Memang they all tak tipu punya, pasal dulu aku penah jugak ikut kakak-kakak senior di opis beli. Oh masa tu 4 tahun lepas, mana la berminat lagi benda-benda macam ni. Pandang sebelah mata jek. Tapi sekarang, hurmm rasa semua set masakkan kat rumah tu nak yang Tefal.

tempek 2 benda ni yang aku beli. Sempat rembat ni jek. Beli banyak2 nanti nak kene bayar hutang kad kredit pulak. Cukup la dulu ni. Tahun depan harap ada lagi
Masa pergi tengahari tadi, orang ramai tapi tak lah smpai beratur. Biasa-biasa shj laa. Tapi masa nak berbayar tu mak aiiii jenuh jugak laaa. Dalam 30minit ado kot beratur. Hurrrmmmm 




RM299 ni aku sempat snap pic masa dekat Jusco. Tapi dekat jualan tefal, harganya cuma RM150 . huiiii


Ok, Itu sajo gambar yang ada. Tak sempat nak snap banyak-banyak pasal busy membeli-belah. Hihi korang yang berminat dengan barangan jenama Tefal ni, bolehlah shopping ke sini. Refer pada iklan surat khabar yang aku attached tu k . 

3 comments:

  1. bestnye murah btol...attachment tu nmpak la pulak...

    ReplyDelete
  2. tidakkkkkk mengapa ada sale di saat diri ini busy di kampung......

    ReplyDelete
  3. Saya ad jual set tefal murah dr harga pasaran malaysia....saya amik stock direct dr uk...
    Boleh check fb saya Estin Trada Kitchenware atau whatsapp saya0196660129

    ReplyDelete