Tabung nuffnang sayer :

Tuesday, 2 December 2014

pakai bahan-bahan yang dah ada kat rumah : Nasi lemak koboi !

Hoiiissshhh semalam aku cuti, jadik tetiba jek mood nak memasak nasi lemak sangat tiba-tiba tau. Ini yang menyampahnya sebab bahan-bahan kat rumah pun pakai yang mana ada jek laaaa. Kebetulan sehari sebelum tu, aku ada Tanya dekat member opis macam mana dia masak nasi lemak sambal sotong yang dia bawak arituh. Giler sedap sambal sotong tu. Kalau tak sedap, tak pulak aku Tanya resipinya kan???? Haaaaa semangat berkobar-kobar nak buat nasi lemak tu. Dalam jam 8 pagi lagi dah bangun. Adoiii awal pulak terjaga. Dah kata cuti, patutnye mata ni terjagalaaah lewat sikit !!!
 
Tapi Tak apalaaah, boleh jugak siapkan bahan-bahan. Aku buat pun dengan slow and steady. Sebab niat nak buat tu 50-50. Reasonnya:
1. Aku tak pernah memasak nasi lemak seumur hidup aku. Huhuhu aku mula memasak pun selepas berkahwin. Kalau tak kahwin dulu memang beli jek. Mak aku sendiri pun maid yang bantu di dapur.
 
2. Bahan-bahan tak berapa nak cukup. Dengan daun pandannya tak ado. Nasib baik santan kotak ada. Legaaaaa.
 
3. Sambal sotong?? Huhuhu memang aku tak pernah tengok sotong ni real sebelum masak. Tahu pun sotong merah (Kawan ajar sotong merah lebih sedap berbanding sotong bulat tu) tu betul ke masak macam tu ok? Memang blur-blur and O-O laaa
 
3. Takut tak menjadik and tak sedap !
 
 
Ok la 3 jek reason. Kang banyak-banyak reason Nampak sangat aku ni pemalas and carik 1000 alasan kan?? Huhuhu fuh !! Dengan lafaz bismillah, aku pun masuk dapur and cuba la ingat-ingat balik resipi yang kawan aku bagi. Hoi dalam slow and steady aku tu, sejam jugak laa baru siap nasi lemak aku tuh. Siap dengan jayanyaa ! Tak sangka pulak menjadik 100% ok. Tak ada yang defect or apa-apa laah. Terharu okeh. Aku mintak encik suami rasa sebelum tutup api, dia cakap dah sedap. Weeeee ok. Terus matikan api and siapkan meja
 
 
Maaf nama pun Nasik lemak koboi. Guna apa yang ada sajooo.
 
Hihi tak sempat nak hiding elok-elok kat meja, dah snap gambar. Dah kata nasi lemak aku ni nasi lemak koboi. Ada telur goreng and sambal sotong sahaja. Kacang and timun pun tak ada sebab aku guna bahan-bahan yang sedia ada kat rumah.
 
 
LUpa nak snap picture sambal lagi. Dah makan separuh baru ingat. Gini la jadiknyeee.
 
Okey laaa. sO aku nak share resipi nasi lemak koboi ala-ala aku laaa. Hihihi pada yang baru nak memasak macam aku jugak boleh la kot cuba resipi koboi ni. Huhuhu sedih jek tak ada kacang and timun kan?? Macam tak lengkap. Tapi tak apa laaa makan apa yang ada sahaja. Oh ok resipi ni aku bagi untuk 4 orang makan laaa lebih kurang k =). Takut tak sedap pulak buat banyak-banyak. Hihihiihi
 
 
Bahan-bahan untuk nasi lemak:
 
1. Bawang merah 3 ulas potong bulat
2. Halia 2 inci potong bulat jugak
3. Nasi lemak 3 cawan
4. 1 kotak santan
5. Garam 3 sudu kecik
* Sorry daun pandan tak ada. Hihihi
 
Cara-cara buat nasi lemak:
* Beras tu aku basuh macam biasa. Then tos kan.
* Santan kotak tu aku tuang dalam mangkuk dulu. Campurkan air sikit sebab tak mo pekat sangat. Aku tengok santannya macam pekat kan??
* Maasukkan garam 3 sudu kecik. sO aku gaulkan jek.
* Santan tu aku terus masukkan dalam beras and tengok la sukatan tu macam kita tanak nasi sebelum ni.
* Then tunggu jek sampai masak. Tak ada daun pandan pun sedap macam biasa aih !
 
 
Bahan-bahan untuk rebus sotong merah:
 
Sotong merah ni lebih senang nak and sedap untuk dibuat sambal nasi lemak. Kawan aku ajar, sotong tu direbus dahulu sebelum masukkan ke dalam sambal. Untuk buang bau hanyir and lembut kan sotong merah, memang kene rebus dulu.
 
Bahan-bahan untuk rebus sotong merah:
 
1. Garam
2. 4 biji limau nipis/ kasturi
 
 
sotong merah yang dah dipotong kecik-kecik
Bagi yang tak pernah tahu sotong merah macam mana. Haaa sotong ni besar and berwarna merah-merah oren sikit. Besar tapi dah potong jadik begini. Kemudian aku basuh cuci-cuci, buang lendir and lumur dengan garam and perah air limau nipis. Aku perap selama 15 minit untuk buang hanyair dan busuk.
 
 
Kemudian, selepas 15 minit tu, aku basuh bersih-bersih sekali lagi dan rebus. Rebus dalam 15 - 20 minit pn dah okey. Api sederhana.
 
Sotong yang dah siap rebus
 
 
Semenjak ada kuali tefal ni senang memasak. Kuali ni tak melekat and senang dibasuh. Ada pemegang. Hihihi
Beli masa offer barang tefal arituh. RM80 sebijik. Tengok kt AEON RM149.00. Mak ai !! Tahu beli 2 bijik  -_-
 
Bahan-bahan untuk sambal sotong:
 
1. Sotong merah yang dah direbus
2. Cili boh 5 sudu
3. Bawang merah 8 ulas Kisar
4. Bawang putih 2 ulas Kisar
5. Garam secukup rasa
6. Asam jawa 1/2 sudu kecik
7. Belacan bakar
8. Gula secukup rasa
9. Air 2 cawan
 
 
Cara-Cara buat sambal:
* Panaskan minyak seperti biasa
* masuk bawang merah and putih yang dah dikisar tu. Tumis sehingga dah nak Nampak garing yeee.
* Masukkan cili boh.
* Dah lama sikit, aku baru masukkan asam jawa cap adabi tu dan belacan.
* Dah Nampak nak pekat sikit masukkan air 2 cawan yeee.
* Masak sehingga nak pekat tu, masukkan garam and gula seckup rasa korang. Macam aku, aku letak gula lebih sikit.
* Dah lama tu aku masukkan sotong merah. Biar masak lama sambil gaul tu then aku angkat laaa
 
 

8 comments:

  1. nampak menarik la Hannis.

    Kite tak suka sangat sotong merah ni. kami kat sini panggil sotong rendam. Ada yg panggil sotong kurita. hihihi. Tapi eka suka makan part janggut dia. Rasa macam jelly hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni beli dia dah jadi lempeng hihi . Sotong ni tak mahal dalam RM4.60 jek 2 ketul. 2 ketul pn byk sebab ni masak separuh jek. Separuh lg simpan tkot masak tak sedap :P

      Delete
    2. kat sini mahal gak. Kadang2 kat Giant ada offer memang berebut orang beli. Mak kite masak sambal gak. Tapi renyah sikit buatnya kan. Kene rebus2 bagai. Hihihi. Mak kite masak taruk petai. Perghhh.

      Delete
    3. Hihihi btol2 sotong ni murah kalau kt Giant. Petai? Kite tak makan petai. Huhuhu tak leh telan

      Delete
  2. Sotong ni husband kita panggil sotong plastik..hihi..
    Nasi lemak koboi pun nmpk cm sodapp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh sotong plastic? Npe panggil plastic? Hihi tak pernah tahu. kikiki

      Delete
  3. Sedap nya kak.. tapi saya tak berapa gemar sangat nasi lemak sambal sotong nie.. haha..saya akan cari jugak sambal bilis dulu sebelum prever sambal sotong.... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak tahu masak yg ikan bilis. Ikan bilis macam lg leceh jek hihihi nak tunggu dia masak tu . Lol sgt kn :)

      Delete