Tabung nuffnang sayer :

Sunday, 9 November 2014

Perempuan dan 9 NAFSU

Tu diaaa tajuk kemain dasyat. Okey tapi itu sebenarnya ditujukan kepada diri senirik yee. Sekarang ni aku mempunyai hobi or kegemaran yang sangat tiba-tiba iaitu macam rasa nak pakai jek tudung ala bawal empat segi tu. Hui kalau dulu memang aku selalu pakai masa zaman university, tapi lelama tu rasa macam tak best sebab kene selalu betul kan, then kene gosok and tak boleh kedut. Pantang kedut sure rasa menyampah tahap gaban and mula la rasa moody pasal tudung tak menjadi. Hahaha mula lah ke kelas pun jadik lambat. Tudung bawal punya pasai ! Padahal tudung bawal aku dulu tuh tudung jenama BAWAL dah. Masa memula aku beli dlu murah lagi. Tak famous pun. sekarang jek aku tengok harga mak ai mencekik. Okey.. jadiknye bila dah pandai pakai tudung awning ni, terus nak pakai tudung express tuh. Gosok and tros pakai jek. Memang sepantas 1 minit jek la pakai. Kalau pegi solat memana pun, pendek kata tak payah nak risau, pasal kalau dulu confirm punya aku bersiap lama bila nak pakai balik tudung ni. Hahaha lawak btoi bila ingat zaman dulu-dulu. Tapi apa kan daya, tak mampu lagi nak beli tudung fesyen2 aih .
Tapi... tapi itu lah nak kaboo. Tetiba ni pulak aku ada terjumpa laah 1 tudung empat segi ala cara pemakaian tudung bawal la kan? sO ingatkan macam malas nak beli sebab takut susah nak pakai. Takut tak menjadik. Rugi jek duit beli. Tapi masa tu dia ada buat sale. Kaler pulak cantik-cantik. Haish !!! nak beli ke tak nak, beli ke tak nak. Orang memang ramai kemain. Tapi sup sap.. sup sap.. dok dengar orang berbisik cakap tudung ni senang membentuk masa nak pakai. Pong pang pong pang. Bila aku sarung kat kepala tu uish cantik ! Rege dia ada la dalam RM10.00 selai. Aku pun cuba laa amik beberapa helai sebab corak dia cantik punya pasai. Sesampai jek kat opis terus sarung tudung tu. Lepas tu langsung memang pakai jek laa malas nak buang daaa.
Tengok ni terus cabut tudung lama and try tudung baru
Sampai ke malam laa memakai Nye haaa still okey. sO malam tu jugak aku pergi tambah koleksi. Dari 1 menjadik 5 . Oppss !!!
Itulah dinamakan kegilaan or kegemaran terbaru. Ala biasalah perempuan kan kegemaran and kesukaan masing-masing boleh berubah. Kalau tidak, macam mana kasut and handbeg memenuh dalam almari kan?? btol tak? btol tak?? Hihihi rasanya semua perempuan mengalami masalah seperti aku ni ha. Rasa macam tak ada handbeg baru, tapi dalam almari tu rasa nak terkeluar dah ! Baru jek dapat handbeg hantaran aritu, boleh tak niat nak cari beg lain dah muncul. Adoi setan belaka !!!

 Sjuk gler arini smpai rs nk selfie

Maafkan picture ini sebab jumlah keseluruhan aku beli arituh almost 40 helai  -_-

Haa gittew la nafsu perempuan. Sekejap macam ni, sekejap macam tu. Sebenarny esok kan tu, aku teman mak aku yang sibuk sangat nak ke FAREEDA yang ada pembukaan rasmi di Subang Skypark sabtu lepas. Haaa aku la yang drive ke sana. Jauh mak and ayah aku dating dari Kuantan. sO bawak lah mak ke sana. Nasib baik tak ada system beratur petang tu, sebab tengok dalam facebook dia que sampai ke luar. Ngeri betul !
Hari ni kene teman my mommy pergi pmbukaan fareeda scara rasmi di subang airport.. jauh datang dari kuantan tuh. Nak pau ayah arini selai.
Gambar depan butik Fareeda kejap
Okey nak dijadikkan cerita jugakkk. Hari pertama pembukaan tu adalah Sabtu. sO bergegas dengan semangat kami ke sana. Tapi kecewa sebab banyak da habis. Huhuhu sO we all tengok-tengok jek laaa. Ada berkenan tapi macam tak rasa nak beli. Aku pulak semalam tu kan dah membei tudung 3D. Adoii tapi still kutip pakai tudung awning lagi. Sebab rasa senang and cepat. Kebetulan nak cepat.

Bila tak ada yang berkenan tu kitorang melantak subway yang ada tepi airport tu jek. Paling cepat. Sebab dah lapar sangat2
Nampak tak muka kecewa mak I olls. Sebab tak puas ati tak ada yang dia berkenan.

Okey. Balik rumah tu, sempat jenjalan Alamanda and Putrajaya, dorang tidor rumah. Tup-tup pagi tu mak cakap tak puas hati and nak ajak pergi ke SUbang Skypark lg. Huhuh dah la jauh. Hujan pulak pepagi. Tapi redah jugak laaa dia nak kan? Aku rasa dalam kepala dia da ada design mana dia nak. Tapi FAREEDA ni bukan boleh tunggu-tunggu. Alamatnya memang habis la apa yang kita berkenan.
Ok mungkin sesi membalas dendam. Aku terkejut tengok dia beli sekaligus banyak cam ni.
Happy face. Hihihi aku pn dapat la rembat 2 helai. Okeh rasa nak menangis kenapa? Kenapa aku boleh terjebak. Tapi nasib baik sehelai tu ditaja oleh super daddy !!!
TQ ayah !! hihi
Ok la bai. Huhuhu mulai hari ni berazam tak mo membazir sebab nak kene kumpul duit untuk buat cabinet dapur rumah baru nanti, kipas, lampu, grill. Arggh !! Ok stress tapi pagi tadi ada hati nak tambah pinggan corelle. hurmm hurmm. ini lah dia nafsu perempuan. sobs... sob.. sedih 

10 comments:

  1. phewit .. nampak muda la mak akak.. kim salam ke mak eh ? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha selalu klw pegi shopping dengan mak, org mesti ingat adik beradik. Apa lagi memang kembang semangkuk le dia.. :)

      Delete
  2. Beli tudung 40 helai..byknye nk satu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu 40 helai, lepaih tu adik2 perempuan dah rembat. Begini le gaya kalau ramai adik beradik prempuan. Adik laki seorang jek.

      Delete
  3. wah byknyee shoping tudung. cantik-cntik sume

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi beli banyak dapat murah time tu. Hihi selai jadik RM5.00 so sape tak nak amik banyak2.

      Delete
  4. 40 helai woahh banyaknya hihihihi. Kite selalu beli maksimum 5 je sebulan tu pun kadang2 suami bising sebab terlampau banyak tudung hahahahahaha.

    Tapi kan kita pun suka pakai bawal sekarang ni tapi kita jadikan dia macam shawl. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu tp kadang malas pakai tudung mcm ni. Pastu ni dah back to fareeda balik sebab senang and ringan.Hihii pakai time period ok kot. Tp ni pun rege RM5 selai. HUhuhu sebab corak dia limited. Kain sutera batik.

      Delete
    2. Kite tringin nak pakai fareeda tapia ritu try alamak kembangnya rasa muka. Awak pakai cantik sangat tudung fareeda awning tu. Kite tringin yg xde awning tu. Hehehe

      Delete
    3. Saya xsesuai yang tak ada awning Eka. hihi muka bolatttt. Tapi tgk orang pakai yg tak berawning cantik sgt

      Delete