Tabung nuffnang sayer :

Monday, 10 November 2014

Shopping barang di PETSWONDERLAND

Holllaaaa... disebabkan harini aku banyak masa. Ada 1 lagi benda aku nak cerita. Ok bila mood menaip hado, jangan ditegur. Kang tak mo update 10000 tahun. Hahahaha ada pulak orang kisah kan?? Huhhuhu okey.. okey sebenarnya nak cerita, semalam 1 hari jek we olls keluar pergi cari barang-barang untuk kucing kesayangan Encik Suami. Hurmmm aku sebenarnya tak minat sangat membela kucing lebih dari sekor. Sekor cukup la kan? hadoii ini dah smpai 4 ekor sebab mak Nye dah selamat bersalin bulan lepas. sO anak dia yang terselamat and masih hidup dalam 3 ekoq !! Apa aku nak buat sekarang ni?? Hadoiiii pening jugak pasal dok umh apartment ni bukan besar mana pun. Tanah pn tak ada sebab dok tingkat paling atas sekali. Redha jek laaa.
 
Ni pn we all decide nak kasi orang yang nak. Tapi kene tunggu sebab semua baby2 lagi. Bagi la dorang besar smpai 3 - 4 bulan kan? Kalau sebelum ni sangkar pun kecik jek. Kesian pada kucing-kucing entah apa jadik kat dorang dalam tu. Maknye la seksa dengan nak menyusu lagi. Makan berak kencing. Sebab kalau pergi keje, aku memang tinggalkan dalam sangkar. Gila kalau lepas, confirm2 jadik ZOO rumah aku nanti. Mulut kucing2 ni pulak agak bising. Sebab ikot suara maknya yang kuat ,tapi kene ajar la. Kene marah supaya jangan bising. Dah serupa JOYAH aku tengok haaa.
 
sO semalam Encik suami beria ajak pergi beli sangkar yang lebih besar di PetsWonderland. Dia memang suka bebenor shopping barang-barang haiwan ni kat situ. Lengkap katanya. Harga boleh tahan laaa. Cuma kita seronok masuk kedai Pets tu. Sampai-sampai sana terus terjah yang sangkar besar. Tapi mak ai harga memang mahal laaa. Huhuhu ada tu smpai RM700. RM500 pun hado. sO ktorang nak yang besar sedang-sedang and 3 tingkat supaya dia boleh main dalam tu.
 

hasil tangkapan semalam. Whoaa tau tak ini dah melebihi perbelanjaan tuan rumah tau !!

 
Semalam memang sesi mencari Cage bebudak tu jek. Huish memang menelan air liur jugak laaa harganya. Ada 1 ni 2 tingkat, lebar tapi encik suami nak yang 3 tingkat pulak. Aku ikotkan sajo, lagipun dia yang bayar. Huhuhu. Tup tup bila nak yang sangkar 3 tingkat tu, stock habis pulak. Cuma ada yang display sajo. Tapi dah digunakan sekejap untuk kucing2 lain masuk sekejap. Jadi terpaksa we all tunggu sekejap sebab nak di cuci. Huhuhu harga asal cage tu RM338.00 jugak. Lepas sale 5% tu dapat laaa dalam RM308.00. Tapi disebabkan hanya ada yang display and perlu dibasuh, sO supervisor bagi lagi kami less 10%. Jadi harga cage tu RM292.50. Mahal ke idok ?? Huish ini kalau beli make up aku ni seronok !!!
 
Sambil tunggu cage tu dibasuh. ktorang ronda-ronda laa dalam kedai tu. Kebetulan pulak supervisor kedai tu bawak keluar kucing cantik spesis Bengal. Yeke aku sebut ni? huhu Kucing corak Leopard laa. Comel gler + manja and tak garang. Baik jeee.
 
sambil tunggu cage dibasuh. Ishh geramnye !!!
Tengok corak dia cntik kan? Tapi ni anak lagi sO masih kecik dan bulu pun baru nak cantik. Harga Leopard ni RM2,000.00
Kitorang memang suka shopping barang2 kucing di PetsWonderland. Barang-barang dia macam best. Haha lagipun dah tak tahu mana lagi nak cari pun barang-barang kucing ni. sO situ jek jadik pilihan. Sebelum ni pun aku ada teman encik suami beli makanan kucing, sO ada tuan kedai tu lepaskan kucing british shorthair kaler putih susu. Comelnyeeee + manja jugak. Nama dia King Kong. Dok kedai binatang ni memang best sebab dpat pegang kucing-kucing yang comel and yang mahal.
 
Haaa nila dia King Kong. Aku sempat godek2 gambar2 lama. Harga King Kong ni RM3,800.00 husih !!!


manja gler !!!


encik suami pencinta kucing

So lepas bayar semua barang-barang tu, we all terus balik and pasang cage tu. Hahahaha gler besar bila bawak balik. Hurmm harap-harap anak-anak kucing tu suka laaa sangkar baru ni. Smlm encik suami beli cage. Tapi aku dah tergoda dengan mainan kucing, sO aku belikan bebudak tu mainan and buaian untuk dalam cage. Harga tak mahal pun sebab 2 benda tu baru RM38.00 mcm tu.
 
 
Taraaaaa inilah dia cage baru bebudak kat rumah.
 
 
Actually walaupun anak dia ada 3 ekor. Mungkin 2 ekor lagi bagi pada makcik encik suami kot. sO pelihara ibu and anak dia sekor. Hihi ada sekor tu aku sayang sebab warna feveret aku. Aku panggil si kenit ni Marble.
 
 
Marble si mata kelabu

 
 
paling bising pun ye. Adoiii nak pekak telinga. Tak padan kecik.
2 beradik dia lagi diam jek. Tak bising.
 
 
Okey laaa. Nanti bila-bila lagi aku share pasal dorang. Sekarang ni umor dorang baru sebulan lebih macam tu. Tak boleh mandi pun lagi sebab masih baby. sO kene tunggu 2 bulan baru boleh mandikan. Itu pn sebulan sekali. Huishhh tak leh selalu kang mati pulak. 
 
 
 
 
 
 


3 comments:

  1. auwww comelnyaa. Husband kite suka masuk petswonderland ni. Kita suka kucing, suami pun suka. Rumah mak dia banyak kucing. Montel2. Umah mak saya plak ada seekor kucing dtg selepas kucing kitorang mati 3 taun lpas. Suami mmg hajat nak bela kucing tapi disebabkan kite preggy, memang terbantutla hasratnya. masa kita rancang nak preggy lagi suami nak bawa kucing mak dia, tapi tak jadi.. Penyudahnya dia nak main kucing, tunggu la balik umah mak dia. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe yeke??? jarang lelaki suka kucing, tapi kalau dah suka tu.. adoi sangkar beratus ringgit pun sanggup habiskan

      Delete
    2. lelaki suka kucing ni penyayang tau hehehe.

      Delete